Khamis, 22 Disember 2011

Addin

Addin


Gempar!! Pengerusi Harakah Akan Di Pecat?

Posted: 22 Dec 2011 11:00 AM PST

Addin bukanlah salah seorang pembaca Harakah yang tegar... lama jugak dah tak beli. Tambahan pulak, blogger seperti Addin ni selalu mengadap laptop. Lebih baik cari info dalam internet, lagi jimat, cepat dan mudah... itulah hakikatnya. Isu yang di timbulkan oleh blogger Suara Pakatan Rakyat amat signifikan buat masa ini, tambah-tambah lagi dekat PRU 13. Media PR perlu diperteguhkan. Apa sebabnya berlaku situasi ini? Satu persoalan yang kita harus kongsi bersama.

Kepesatan teknologi maklumat sekarang menyebabkan ramai orang mencari maklumat yang "on time'. Sudah pasti internet lah jawapannya. Tetapi sekiranya maklumatnya tidak tepat dan samar-samar ketepatannya, pengunjung mungkin beralih arah. Dan ini yang terjadi kepada Harakah.

Maklumatnya agak kurang tepat dan bersifat rambang. Portal mesra Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider lebih mendapat tempat. Lihat ranking alexa web Harakah di sini dan bandingkan ranking Malaysiakini di sini dan Malaysian Insider di sini. 

Dan ini juga berlaku pada jualan akhbar Harakah, dengan ramai pembaca beralih arah ke portal online yang merudumkan jualan akhbar penting arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Di tambah pula dengan akhbar Harakah yang hanya di terbitkan 2 minggu sekali serta terpaksa berperang dengan maklumat yang samar-samar serta rambang.

Kemelut Harakah harus di tangani segera oleh pimpinan PAS.. pengerusi Harakah harus di pecat, kembalikan kegemilangan Harakah. Jangan dah gulung tikar baru nak bertindak.. maka pada itu nasi sudah menjadi bubur.


Jualan Harakah Merundum, Siapa Harus Di Persalahkan?

Oleh : Azman Ariffin

Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS. Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil.

Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana hampir sama dengan akhbar New Straits Times. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir.

Kadar jualan bersih Harakah ini adalah jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lain seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari) dan Sinar Harian (180,000 sehari). Pastinya ini adalah tamparan hebat bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan terus giat dijalankan.

Ada yang menganggap bahawa perkembangan ini adalah berpunca dari trend pembacaan rakyat yang lebih gemarkan bahan ringan dan kurang minat lagi dengan berita-berita politik. Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan berterusan jualan akhbar-akhbar tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo di sebalik kemerosotan jualan akhbar-akhbar yang dianggap serius.

Namun begitu, ini tidak bermakna yang pengurusan Harakah harus mengambil ringan perkembangan ini kerana ia mungkin berkait rapat dengan hasil kajiselidik beberapa pihak yang mendapati populariti pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) terus merosot dari sehari ke sehari.

Penulis bimbang, trend kemerosotan jualan ini nanti dianggap sebagai petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS dan PR juga semakin merosot.

Melalui cakap-cakap santai di laman sosial, kita mendapati bahawa terdapat di kalangan rakyat yang membandingkan mutu berita-berita yang dipaparkan di Harakah yang dikatakan jauh lebih rendah dan kadangkala tidak boleh dijadikan sandaran berbanding Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Ini kerana cara penulisan dan persembahan wartawan mereka yang disertai fakta-fakta yang lebih menyakinkan menyebabkan populariti kedua-dua portal tersebut terus kekal tinggi sedangkan Harakah lebih gemar menulis secara am dan rambang.

Mungkin ini juga adalah petanda bahawa rakyat, terutama bangsa Melayu yang membaca Harakah kini terdiri dari generasi baru yang tidak lagi berminat dengan gaya penulisan akhbar itu yang tidak banyak berubah sejak 15 tahun dahulu.

Selain itu, secara dasarnya, akhbar Harakah juga terlalu ekstrem dalam memaparkan berita politik melalui pandangan sehala semata-mata sedangkan rakyat lebih gemarkan akhbar yang kelihatan lebih terbuka dengan memaparkan berita dari kedua-dua
belah pihak.

Ini terbukti dengan tindakan Harakah yang seolah-olah menutup berita mengenai kemelut Dato' Dr. Hasan Ali walaupun beliau diberi tempat di Utusan Malaysia dan juga TV3 untuk menjelaskan kedudukannya di dalam parti.

Selain dari faktor-faktor di atas, faktor keluaran dua kali seminggu juga mungkin perlu diambilkira oleh pengurusan Harakah dalam menangani masalah kemerosotan jualan.

Apapun, Pengerusi Harakah, iaitu Datuk Mustafa Ali harus bertanggungjawab atas kemerosotan jualan akhbar rasmi parti ini. Jika perlu, mungkin beliau harus meletakkan jawatan bagi membolehkan rombakan besar-besaran dapat dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan Harakah. ~suaraPR

Gambar Lucah Adam Adli Di Sebarkan Blogger UMNOporno

Posted: 21 Dec 2011 10:51 PM PST

Apa hal lah ko blogger UMNOporno, duduk sebar citer lucah dan fitnah jer.. Terbaru gambar Adam Adli disebarkan oleh blogger UMNOporno.. blogger Parpukari dan Sanggah Tok Janggut. Macam Ameno World cakap.. mybe Parpukari tengah-tengah mabuk terjumpa gambar lucah ni. Ntah sapa-sapa punya gambar di taruk nama Adam Adli. 


Blogger UMNOporno macam tu ler, dah tak boleh nak serang secara gentleman diserang peribadi pulak. Di reka-reka tuduhan bagi mengaibkan individu tersebut.. maklumlah hasil didikan pimpinan UMNOporno. Bapak borek anak rintik.. Pegi jahanam UMNOporno!! Klik sini, dan sini.

Addin :

Salute buat Adam Adli!! Link blogger Parpukari Addin tak letakkan di sini sebab tak layak.. terlalu lucah dan kotor..najis!!. Kalau nak tengok carilah sendiri..


Shahrizat Tidak Akan Di Calonkan Pada PRU 13

Posted: 21 Dec 2011 07:00 PM PST

Shahrizat tidak akan dicalonkan pada PRU 13? Wah!! makin panas isu NFC nih.. Lepas beli kondo kat KL untuk lembu-lembunya, kini kecoh Shahrizat beli kondo kat Singapura pulak. Al - maklumlah, projek NFC makin berjaya terpaksalah bukak satu cawangan lagi kat Singapura.. so tu yang kena beli kondo kat Singapura. Bertuah sungguh lembu-lembu Shahrizat dapat duduk di kondo mewah. Padahal kat Malaysia ni masih ramai lagi tinggal dalam rumah serupa kandang lembu..


Sudah Tiba Masanya Shahrizat Letak Jawatan



Apakah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menghantar surat perletakan jawatannya hari ini? Isu itu tersebar meluas dan soalan mengenainya telah diajukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis yang dihadiri beliau di sini hari ini.

Perdana Menteri menafikan tindakan itu. Najib bagaimanapun berkata, beliau akan membuat satu pengumuman penting melibatkan Shahrizat tidak lama lagi. Isi penting pengumuman itu tidak sedikit pun disebut oleh beliau.

Namun, sumber memberitahu Mynewshub.my, Shahrizat berkemungkinan tidak akan dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana beliau hampir pasti akan tewas di mana sahaja kerusi yang beliau tandingi dan itu bukan satu pilihan yang baik buat Barisan Nasional (BN).

Desas-desus perletakan jawatan Shahrizat tersebar selepas beliau dilaporkan berkata; "Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat. "Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata kepada wartawan hari ini.

Karier politik Shahrizat kini dibelenggu dengan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.





NFC menjadi perhatian umum apabila sebahagian dananya dikatakan telah digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan terbaru di Singapura. Perbadanan itu dikatakan telah menerima dana berjumlah RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran).

NFC asalnya ditegur pihak Ketua Audit Negara kerana diuruskan dengan cara yang kucar-kacir serta gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan. Perkara itu (teguran Ketua Audit) telah dinafikan oleh pihak NFC tetapi isu berkaitan pembelian kondominium mewah itu masih tergantung jawapannya.

Isu NFC menjadi semakin parah apabila Dr Mohamad Salleh dilihat mengambil pendirian berdiam diri dan mengelak dari menjawab. Sikap beliau itu mendapat kritikan pedas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang berkata, sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan. "Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan UMNO dan kerajaan," katanya awal bulan ini.

Selain pembangkang, wujud desakan yang agak kuat dalam UMNO juga yang mahu Shahrizat meletak jawatan dan berundur segera bagi mengelakkan dirinya terus menjadi liabiliti kepada parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang diramal banyak pihak berlangsung awal tahun hadapan.

Antara yang membuat gesaan berkenaan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa Ahli Parlimen BN. Di peringkat ini, Najib pun mesti dalam dilema kerana hendak ambil tindakan terlalu tegas secara mendadak bukan mudah kerana Shahrizat bukan kecil-kecil anak, beliau adalah Ketua Wanita BN dan UMNO.

Harus berpijak di bumi yang nyata kerana Najib selaku Presiden UMNO pastinya mahukan jentera yang terkuat untuk menghadapi PRU-13. Kalau Shahrizat ditolak begitu sahaja, ada kemungkinan sayap Wanita akan patah dan selaku sayap terpenting, ia akan menjejaskan UMNO dengan begitu teruk sekali.

Itu satu percaturan politik yang amat tinggi risikonya. Dalam isu NFC, Shahrizat dilihat telah menemui jalan buntu dalam memperjelaskan isu berkenaan sehingga sekadar mampu berkata; "Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,".

Kalau sudah mula beri jawapan-jawapan seperti ini, yang nyata menagih simpati semata-mata dan tidak ada isi yang kuat, maka lebih baik Shahrizat berundur sahajalah. Kalau benar sayang UMNO dan BN, itu adalah antara penyelesaian terbaik.

Kalau benar tidak dicalonkan untuk PRU-13 pun mungkin satu permulaan yang baik ke arah Shahrizat berundur diri secara perlahan-lahan. Dan sebenarnya apa yang terbaik boleh dilakukan ialah Shahrizat berundur atas kesedaran sendiri.

Keputusan PRU tahun 2008 mengajar bahawa BN dan UMNO perlu berjuang dengan sebaik mungkin dalam PRU-13 untuk terus kekal releven memerintah negara ini.

Jika Shahrizat dan suaminya gagal memberikan penjelasan yang munasabah dan boleh diterima umum, maka beliau harus berundur dari jawatan dalam Kabinet dan parti atas kerelaan sendiri. ~mynewshub.my




Tiada ulasan: