shalehudin |
- Kesian, nampak ja sihat rupanya sawan Babi... kahkahkah...
- Sapa yang ajar si Saiful menipu nih... kahkahkah...
- Hak mutlak UMNO, dilarang tiru... kahkahkah...
- Kahkahkah.... Muhyiddin pi tibai Mahathir pulak dahh.... haha...
- Tau pun takut, awat tak tunggu selak kain... kahkahkah...
- Hilang akai dah gerombolan nih, baca Yasin pun kena permit ka?
- Buat malu betoi la menteri radio nih... kahkahkah...
- Mai gelak guling-guling... kahkahkah...
- Seekor mamak yang tak dak gambaq ayahnya...
- Bukan saja Amerika, UMNO pun berpeluh dahi jugak... kahkahkah...
- Syabas Pakatan Pulau Pinang...
Kesian, nampak ja sihat rupanya sawan Babi... kahkahkah... Posted: 13 Dec 2011 09:30 AM PST |
Sapa yang ajar si Saiful menipu nih... kahkahkah... Posted: 13 Dec 2011 09:14 AM PST Kronologi Fitnah II: Polis, Saiful menipu dalam mahkamah 2.40 petang: Sankara percaya jeli pelincir KY yang dibawa ke dalam kes ini oleh polis adalah satu penipuan (hoax). Ia diperkenalkan agar konspirasi fitnah ini lebih tersusun memandangkan pemeriksaan klinikal mendapati tiada koyakan atau trauma pada dubur Saiful. Justeru, jika kejadian liwat yang difitnah itu kononnya berlaku dengan bantuan pelincir, maka konspirasi fitnah ini akan kelihatan lebih masuk akal, kata Sankara. 2.28 petang: Sankara mempertikai kesaksian pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengendalikan siasatan kes Fitnah II. Beliau memfokus kepada pengendalian barang bukti oleh Jude Pereira yang bercanggah dengan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO). Jude sebelum ini mengaku tidak mengendalikan barang bukti dengan teliti apabila menyimpan calitan putik kapas daripada tubuh Saiful pada suhu bilik dan bukan dalam peti sejuk 2.21 petang: Saiful juga menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat, kata Sankara. Menurutnya, jika benar ia dikunci rapat, siapakah yang menghidang kopi dan karipap yang didakwa dimakan Saiful dan Anwar selepas kejadian yang difitnah didakwa berlaku. "Bagaimana karipap dan kopi boleh ada di dalam unit itu, jika benar pintu kondominium ditutup dan dikunci rapat seperti didakwa Saiful," kata Sankara yang yakin Saiful mereka-reka cerita 'luar biasa' apabila mengaku mendapat nombor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak. "Mustahil TPM tiada nombor Ketua Polis Negara," kata Sankara. 2.11 petang: Mahkamah bersidang semula. Sankara menggulung hujah bagi pasukan peguam bela. Dalam penggulungannya, Sankara menyifatkan Saiful sebagai seorang penipu besar. Beliau mengambil contoh pengakuan Saiful yang mendakwa beliau tidak diperiksa sepenuhnya oleh Dr Mohd Osman sedangkan keterangan Dr Osman menyatakan beliau memeriksa Saiful sepenuhnya. |
Hak mutlak UMNO, dilarang tiru... kahkahkah... Posted: 13 Dec 2011 04:00 AM PST Cara-cara Salam UMNO Oleh Picture2U Bersalam untuk langsai hutang, minta jangan bocor rahsia, minta jawatan dan minta projek. INi adalah cara bersalam untuk UMNo Jangan Tiru - Amaran Kerajaan Malaysia. |
Kahkahkah.... Muhyiddin pi tibai Mahathir pulak dahh.... haha... Posted: 13 Dec 2011 01:00 AM PST SAR: Muhyiddin 'tampar' Mahathir Oleh Subky Latif TAHUN akhirnya memimpin UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menyekat semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), kerana pada persepsinya SAR rata-rata menentang kerajaan Barisan Nasional dan ia menyediakan orang-orang yang akan menjadi PAS. Demi melumpuhkan PAS, kalau boleh dihapuskan PAS, maka Sekolah Agama Rakyat itu perlu dihapuskan dulu.Sikap anti SARnya itu dinyatakannya dalam satu perhimpunan UMNO di PWTC. Sesudah bersara dari Perdana Menteri beliau keluar UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi. Selepas Pak Lah berundur Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha membawanya semula masuk UMNO. Tidak diketahui dia sudah UMNO semula atau belum. Tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pelajaran itu seperti telah menampar muka mantan Perdana Menteri. Apabila secara rasmi mengadakan peruntukan membantu semua Sekolah Agama Rakyat. Hatta semua sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan yang mendapat biaya dari kerajaan Kelantan itu pun turut diberinya bantuan. Dalam kunjungan Muhyiddin ke Kelantan yang terakhir telah menyampaikan sendiri bantuan kepada SAR. Apa yang dibuat oleh TPM itu adalah mencerminkan dasar UMNO terhadap SAR. Kalau pun tidak semua masa UMNO jadi pro SAR seperti yang berlaku di hujung pentadbiran Dr. Mahathir, tetapi Menteri Pelajaran seolah-olah mempersetankan sikap anti SAR Mahathir itu. Dr. Mahathair belum mati, sedikit demi sedikit dasarnya dirongkai oleh pemimpin-pemimpin UMNO selepasnya. Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan supaya Dr. Mahatahir dipanjangkan umur, supaya dia dapat menyaksikan kerosakan di muka bumi Malaysia gara-gara dasar dan tindakannya sebagai pemimin kerajaan dan UMNO. Doa Al-Marhum itu seolah-olah terkabul. Dr. Mahathir sudah melihat, tindakannya menghapuskan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, telah memberi kesan besar kepada negara. Pencapaian Bumiputera dalam bidang sains merosot. Wujud pertembungan antara pro dan anti pengajaran sains dan matametik dalam Bahas Melayu. Bercelaru antara ucapan Muhyidin tentang dasar bahasa penghantar dalam subjek itu dengan pelaksanaannya. Mungkin Muhyidin mati dulu sebelum isu itu dipullihkan sepenuhnya. Ketika yang sama anti SAR Mahatahir itu telah tidak dipedulikan oleh Muhyiddin. Anti SAR itu justeru Mahathir terlalu takutkan PAS. Tiada rasa sayangnya kepada pembelajaran Islam disebabkan ketakutannya yang tinggi terhadap PAS. Dia sanggup kuburkan sekolah agama kerana tidak mahu melihat PAS dan menggantikan UMNO sekali pun sekolah pengajian Islam itulah yang menyelamatkan Malaysia menjadi bekas umat Islam. Islam hancur di Filipina selepas kedatangan Sepanyol. Tiada institusi pengajian Islam yang berkesan menyebabkan negara itu menjadi negara Katholik. Islam kuat di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan utara Perak berbanding dengan lain-lain negeri di Malaysia ialah disebabkan wujud sistem SAR lama sebelum merdeka. Muhyiddin menyambung semangat Pak Lah membantu semula SAR. Mungkin Pak Lah adalah cucu dan anak pengendali SAR. Muhyiddin pula anak guru yang mendidik Mat Indera. Ayahnya pengendali SAR juga. Sekali pun mereka dijangkiti unsur sekular tetapi jiwa Islam mereka lebih jelas dari Dr. Mahathir. Maka mereka mengambil sikap politik membantu SAR sesuai dengan apa yang datuk nenek mereka buat dulu. Mereka tidak memikirkan apakah PAS dapat manfaat atas sikap mereka membantu SAR, tetapi SAR boleh diselamatkan. Insya Allah, PAS dapat faedah dari SAR yang kuat. Yang Muhyiddin buat itu betul-betul menempelak sikap dan dasar Mahathir. Mahathir tentu sedar dasarnya dibakut sampahkan. Sikap Muhyidin itu adalah sikap UMNO sekarang. Mahahir sedang menyaksikannya betapa dasarnya dibakul sampahkan. UMNO sudah menolak dasar Mahathir pada masa dia masih hidup. Kalau Mahathir rasa dasarnya betul, maka dia tidak boleh berada dalam UMNO lagi. Kalau masih mahu bersama UMNO, ini bererti dia mengaku anti SARnya dulu adalah tidak betul. |
Tau pun takut, awat tak tunggu selak kain... kahkahkah... Posted: 12 Dec 2011 11:30 PM PST Shahrizat Larikan Diri! Tahu Pun TAKUT ! Senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya. Sejak kontroversi itu timbul, Shahrizat dibidas pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan tetapi membelanjakannya dengan membeli kondominium mewah, kereta mewah dan membiayai perjalanan luar negara. Ketika diasak oleh wartawan di pintu masuk Dewan Negara hari ini, Shahrizat ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun memilih untuk tidak menjawap dan sekadar berkata "tidak, tidak" sebelum beredar meninggalkan premis itu dengan kereta rasmi kementeriannya. Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Umno dua minggu lalu, Shahrizat enggan menjawap sebarang soalan yang berkaitan dengan projek lembu itu selepas membidas pembangkang pada ucapan dasar beliau. Beliau juga menolak dakwaan bahawa dirinya terbabit dengan syarikat yang dikendalikan oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan menegaskan bahawa beliau tidak kena mengena dengan projek itu. Antara pemimpin dan ahli parlimen Umno yang menuntut beliau supaya berundur, termasuk - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan). Bagaimanapun, Shahrizat mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata beliau tidak terlibat secara langsung dalam skandal berkenaan. Sumber: Malaysiakini.com |
Hilang akai dah gerombolan nih, baca Yasin pun kena permit ka? Posted: 12 Dec 2011 10:00 PM PST Gempar : Baca Yasin Kena Mohon Permit? Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya. Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam. Mengapa benci benar mereka kepada program-program Islam.....???? ********************************* Harakahdaily melaporkan bahawa kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran. Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan. Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar. "Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan. "Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama," katanya di sini. Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan. "Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu," katanya kesal. Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam. Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam. Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis. "Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat," ujarnya. |
Buat malu betoi la menteri radio nih... kahkahkah... Posted: 12 Dec 2011 08:00 PM PST Aduhai Rais Bin Yatim Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang Asli di suatu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam memberi sokongan kepada BN. Saya tidak tahu macam mana persepsi orang ramai terhadap gesaan atau cadangan Rais itu. Tetapi bagi saya ia agak memeranjatkan. Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka. Kalaupun benar Rais hendak bodek Orang Asli supaya terus menyokong BN, tetapi takkanlah sampai suruh orang Melayu tiru macam Orang Asli. Di sini bukan maksud saya hendak memperendah-rendahkan keupayaan Orang Asli tetapi apakah tidak ada perbuatan dan sifat-sifat kaum lain yang boleh dibuat perbandingan. Saya faham dan saya tahu bukan semua Orang Asli menyokong BN. Ini menunjukkan Orang Asli juga sudah pandai membilang dan menghitung menilai baik dan buruk kerajaan UBN. Tetapi apabila Rais membuat cadangan itu dia telah meletakkan orang Melayu jauh lebih rendah tahap pemikiran siasahnya dari Orang Asli. Harapnya hanya orang Melayu Umno sajalah. Kalaulah menteri Malaysia (UBN) berpandangan macam Rais Yatim itu "bedigul" sungguhlah rakyat negara ini. Rais harus mengkaji nilai ataupun macam mana kesetiaan Orang Asli kepada UBN itu. Beliau kena faham dan mengerti akan nilai sokongan itu. Tahap pemikiran dan kehidupan Orang Asli secara umumnya. Kalaulah nilai sokongan yang Orang Asli berikan kepada UBN yang dikehendaki Rais itu juga dilakukan oleh Orang Melayu, maka sahlah orang Melayu boleh diperkotak katik dengan apa-apa saja mengikut kehendak kerajaan UBN. Lagaknya ini orang Melayu tak ubah seperti anjing pemburu saja ikut 'dipetuk'. Apakah tahap itu yang Rais mahukan? Kalaupun hendak menarik sokongan kepada UBN berilah idea yang lebih bernas dan bermutu berwawasan dan berjiwa besar. Fikir dan renunglah apakah idea itu sesuai yang boleh memberi semangat dan bukan merendahkan martabat diri sendiri dengan meminta meniru Orang Asli. Benarlah seperti mana dikatakan Rais Yatim ini seorang anti tesis bukan saja sanggup membakar jambatan besi dan membina jambatan emas walaupun emas itu diambil dari lombong orang lain tetapi lebih dari itu. Rais bukan saja sanggup menjilat semula ludahnya tetapi dia juga sanggup terus bercakap dalam keadaan mulut berbaut kohong. Saya tidak tahu macam mana pemikiran dan tanggapan orang lain apabila mendengar nasihat menteri radio itu tetapi bagi saya ia adalah sesuatu yang memalukan |
Mai gelak guling-guling... kahkahkah... Posted: 12 Dec 2011 06:00 PM PST |
Seekor mamak yang tak dak gambaq ayahnya... Posted: 12 Dec 2011 04:00 PM PST Dr Mahathir meminta Shahrizat berhenti. Yang lain-lain itu macam mana? Oleh Aspan Alias Dr Mahathir telah meminta Shahrizat berundur sebelum beliau diundurkan. Dr Mahathir merupakan individu yang terakhir meminta Sharizat berundur kerana terlibat dengan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk membangunkan NFC di Gemas, Negeri Sembilan. Sebenarnya berundur itu memang tidak payah disuruh dan dipaksa kerana isu itu memang menuntut Shahrizat untuk mengundurkan diri secara 'voluntary' sesuai dengan semangat demokrasi yang tulen. Sepatutnya Sharizat lebih awal lagi berundur tetapi beliau sebaliknya menyingsing lengan dan mengkritik pembangkang pula yang melakukan fitnah dan sebagainya. Seperti yang saya sebut dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu keputusan kerajaan untuk memberikan pinjaman dengan begitu mudah adalah disebabkan Shahrizat adalah seorang ahli jemaah kabinet negara. Kalau Shahrizat seorang bidan di klinik desa di kampung saya suaminya tidak mungkin mendapat pinjaman yang mudah daripada kerajaan. Kalau dipandang dari sudut mana sekali pun, skandal ini melibatkan bukan sahaja Shahrizat tetapi seluruh ahli jemaah kabinet dan sepatutnya yang berhenti bukan Shahrizat seorang tetapi kesemua ahli yang berada di dalam jemaah kabinet semasa itu, terutamanya TS Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi menteri pertanian dan asas tani negara. Jika Shahrizat bertanggungjawab, maka Muhyiddin sepatutnya mengambil 'accountability' kerana projek ini mendapat sokongan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab. Sayalah orang yang paling awal menerima cadangan TUN yang Shahrizat patut berundur tetapi masalahnya kenapa Sharizat sahaja? Kenapa tidak mereka yang lain yang telah menggunakan kuasa untuk kepentingan anak-anak dan keluarga dengan menggunakan duit orang ramai untuk menyelamatkan keluarga yang gagal dan perniagaan. Tentu Dr Mahathir tahu siapa yang menggunakan lebih dari satu billion wang rakyat untuk digunakan untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang dalam kerugian besar semasa itu. Kenapa pemimpin itu tidak meletakkan jawatan dengan serta merta? Kita akui yang kesalahan politik dan moral yang dilakukan oleh Shahrizat adalah besar tetapi kenapa tidak mengambil tindakan kepada kes yang lebih besar dari itu? Saya juga hendak bertanya bagaimana hendak membuang Shahrizat sedangkan parti telah mengambil ketetapan untuk mempertahankan Shahrizat. Muhyiddin Yassin, Noh Omar, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi yang mempertahankan Shahrizat. Dalam perhimpunan agong 3 sayap parti dan perhimpunan agong UMNO sendiri tidak ada apa-apa tindakan yang di ambil terhadap Shahrizat. Inilah masalahnya UMNO ini. Pemimpin-pemimpin mereka mempunyai kepentingan perniagaan. Kepentingan perniagaan itu satu hal. Yang lebih menyedihkan berlaku di dalam UMNO ini ialah nilai kepimpinan, nilai kemanusiaan serta budaya di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya telah terlalu ,'un Malay', budaya yang bukan dimiliki oleh Melayu. Persepsi kepada sesuatu isu itu sudah terlalu jauh menyimpang dan tidak pernah kita sangka yang keadaan sudah sampai ke tahap yang sangat merunsingkan. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari yang lepas di mana sekumpulan penyokong kerajaan yang anti DAP telah menampakkan kebobrokan mereka dengan menghantar kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng. Apa semuanya ini? Tindakkan tidak berbudaya dan beragama ini disokong pula oleh media masa perdana kepunyaan UMNO TV3 dengan menyiarkan berulang kali untuk memberi tekanan kepada DAP. Inikah hasil perjuangan UMNO? Ini kah budaya yang UMNO bentuk selama ini. Ini kah budaya Melayu? Mentaliti yang sudah jatuh ke tahap ini sekali gus melambangkan pihak yang menyokong UMNO itu sudah berada di dalam keadaan desperate yang tidak terhingga. Di perhimpunan agong di Kuala Lumpur kita mendengar ada pemimpin-pemimpin yang menggunakan ayat-ayat suci, tetapi di bawah, penyokong-penyokongnya menggunakan taktik politik yang bukan islamik. Mereka membuat kek berbentuk tahi untuk di hadiahkan kepada Ketua Menteri yang menyambut hari jadi yang ke 51. Kalaulah hanya ini yang UMNO mampu untuk mencapai maka kita eloklah berfikir 1000 kali sebelum memberikan undi kepada parti yang kian hari kian gila ini. Sampai bila kita rakyat hendak hidup bersama dengan kumpulan yang tidak berbudaya ini. Menghantar kek berbentuk tahi ini memang satu insiden yang sudah cukup untuk di nilai bagaimana UMNO membentuk budaya dan sifat penyokong-penyokong mereka. Sifat amarah yang tidak ada batasan semata-mata kerana hendak menjatuhkan pimpinan negeri dengan melakukan tindakkan yang tidak terperi hinanya ini amat memalukan bangsa. Kenapa tidak bertindak dengan melakukan kerja-kerja baik untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong pimpinan UMNO? Percayalah ini bukan budaya yang sepatutnya ada dalam UMNO. Itulah sebabnya saya telah menyebutkan ratusan kali, budaya ini bukannya budaya UMNO yang asal. Ini budaya UMNO baru, parti yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Dr Mahathir dahulu. Jika UMNO yang ada pada hari ini serupa dengan UMNO dahulu, politik negara tidak akan jadi begini keadaannya. Bagi pendapat setengah pihak samada Shahrizat berhenti atau pun tidak UMNO akan tetap berada dalam keadaan yang sama. UMNO itu telah jatuh imejnya bukan oleh kerana Shahrizat seorang. Ia di sebabkan oleh semua pemimpin-pemimpin parti itu. Terus terang saya nyatakan yang patut berhenti ialah Najib dan seluruh barisan pimpinannya. Kata perbilangan, 'busuknya ikan itu bermula dari kepalanya'. Jika kita selalu ke pasar untuk membeli ikan kita akan tengok kepalanya dahulu untuk menentukankan samada ikan itu elok atau pun tidak. Kita tidak payah melihat badan ikan itu; cukup sekadar melihat kepala ikan itu sahaja. Kalau engsang ikan itu sudah hitam ikan itu sudah tidak baik untuk dimasak lagi. Kalau kita pandang dari sudut etika kepimpimpinan semua pemimpin UMNO yang ada sekarang sudah sepatutnya mengundurkan diri, tetapi mungkin oleh kerana Shahrizat tidak sekuat setangah pemimpin yang lain maka Shahrizat tidak mendapat keistimewaan ramai lagi pemimpin yang telah melakukan kerja tidak baik yang jauh lebih hina dari Shahrizat. Itulah sebabnya di negara-negara maju etika kepimpinan ini merupakan perkara yang lebih di titikberatkan oleh negara-negara tersebut. Seorang ahli kabinet Jerman pernah hilang jawatannya kerana menggunakan kad kredit kerajaan untuk membeli cokelat untuk cucunya yang tidak seberapa harganya. Seorang ahli kabinet Britain hilang jawatannya kerana menggunakan pengaruhnya sebagai menteri dalam negeri untuk mempercepatkan proses permohonan permit kerja untuk orang gaji teman wanitanya. Saya menyebut perkara dan contoh-contoh ini untuk menunjukkan betapa ketinggalannya kita dalam memilihara etika kepimpinan dalam sebuah negara demokrasi saperti kita ini. Pemimpin-pemimpin kita telah menggunakan pengaruh dan kuasa dengan tidak ada hadnya dan ada seorang pemimpin utama negara yang menggunakan wang rakyat yang berbillion utnuk menyelamatkan perniagaan anaknya. Pemimpin yang saya maksudkan itu tidak pula berhenti dan telah duduk di kerusi tertinggi negara ini dengan begitu lama selepas perkara itu berlaku. Saya telah selalu sebut tentang perkara ini: iaitu yang membuat salah yang lebih besar meminta pemimpin lain yang telah melakukan kesalahan yang sama untuk berhenti. Ini merupakan satu perkara yang tidak adil. Benar, Shahrizat wajar berhenti, tetapi yang lain-lain pun perlu berhenti kerana telah melakukan kesalahan yang sama suatu ketika dahulu. Lagi pun apa yang dilakukan oleh Shahrizat ini sepatutnya diambil 'accountability'nya oleh keseluruhan barisan kabinet kerajaan. Moralnya Najib dan semua ahli-ahli jemaah kabinetnya perlu berhenti dalam isu NFC ini. Itulah etikanya. Dr Mahathir patut menyeru semua ahli jemaah kabinet negara berhenti bersama-sama dengan Sharizat Jalil. Kesemua mereka itu sama sahaja. |
Bukan saja Amerika, UMNO pun berpeluh dahi jugak... kahkahkah... Posted: 12 Dec 2011 02:30 PM PST Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel "Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth. Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama. Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir. Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel. Dalam ucapannya kepada Knesset (Parlimen Israel) bulan lepas, Netanyahu berkata, "Pada bulan Februari, apabila berjuta rakyat Mesir berdemontrasi di Kaherah, ada kalangan pemimpin Israel yang berkata, kita akan menghadapi era liberalisasi dan progres." Kebimbangan Netanyahu itu ditegaskannya kerana beliau tahu bahawa kebanyakan rakyat Mesir tidak menerima kewujudan Israel, dengan perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic yang begitu subur di negara Arab itu. Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas diktator Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat Mesir. Kebimbangan Israel bukan hanya setakat perkembangan di Mesir sahaja. Mereka terpaksa menganalisis dengan terperinci kebangkitan Islam di Tunisia, Libya dan Maghribi, di mana, satu persata ketua-ketua negara Arab yang lunak dengan mereka tumbang. Keputusan rasmi PRU peringkat pertama Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (PJF) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan. Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas PJF dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan). PJF akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012. Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam. Isu undang-undang Islam, hudud,pelancongan, kebebasan berpakaian, isu kebebasan agama, hubungan luar dan ekonomi cuba diapi-apikan didalam sekmen bincang politik saluran-saluran media. Akan tetapi, semuanya dapat dijelaskan dengan baik oleh wakil-wakil parti seterusnya menyakinkan pengundi untuk terus menyokong mereka membentuk kerajaan. Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama PJF. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. PJF juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti. Pecahan 112 kerusi yang dimenangi secara berkumpulan seperti berikut: - Parti al-Huriyyah wal Adalah, 44 kerusi - Parti an-Nur Assalafi, 27 kerusi - Kerusi berbaki dikongsi oleh 8 parti lain seperti; o Parti Alwafd o Parti Almisriyyin Alahrar o Parti Aladl o Parti Attajammuk o Parti Misr alQaumy o Parti Alhuriyyah o Parti Almuwaten Almisry o Parti Misry Alhurrah 56 kerusi Individu seperti berikut: - Parti al-Huriyyah wal Adalah 36 kerusi - Parti an-Nur Assalafi 6 kerusi - Parti Alwafd satu kerusi - Parti Almisriyyin Alahrar satu kerusi - Parti Aladl satu kerusi - Parti Attajammuk satu kerusi - Parti Misr alQaumy satu kerusi - Parti Alhuriyyah satu kerusi - Parti Almuwaten Almisry satu kerusi - Calon bebas 5 kerusi - (2 kerusi masih menuggu untuk dipertandingkan semula ) Fakta PRU Mesir peringkat pertama - Melibatkan 9 buah Negeri dari 27 buah negeri ( Kaherah, Port Said, Dumyat, Bahr Alahmar, Assuit, Kafr Syiekh, Alfoyyoum, Luxor dan Iskandariah ) - Mewakili 13.5 juta pengundi - Mempetaruhkan sebanyak 166 kerusi parlimen ( 2/3 atau 112 kerusi berkumpulan & 1/3 atau 56 kerusi individu ). - 2 kerusi daerah pertama di Kaherah dibatalkan dan akan diadakan pilihan raya semula. |
Syabas Pakatan Pulau Pinang... Posted: 12 Dec 2011 01:00 PM PST Exco Pakatan Pulau Pinang akan isytihar harta masing-masing PRAI, 11 DIS – Semua anggota Exco kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada rakyat dalam masa sebulan. Keputusan itu diambil oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri sebagai memenuhi pelaksanaan langkah integriti yang telah membawa kejayaan besar untuk rakyat dalam pentadbiran Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata bahawa melalui pentadbiran yang bersih, kerajaan Pakatan telah membawa semangat keyakinan dan optimisme yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur. "Kesannya, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion. Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011," ujarnya. Menurutnya, antara langkah-langkah integriti di Pulau Pinang yang telah dilaksanakan ialah memastikan parti-parti politik diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. "Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun," tambah beliau. Jelasnya, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. "Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana penjana tenaga bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan. "Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah," tambahnya. Beliau yakin langkah-langkah integriti itu boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggariskan kejayaan-kejayaan urus tadbir kerajaan Pakatan Pulau Pinang ketika merasmikan konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang di sini hari ini. "Dwi-kejayaan terbesar DAP dalam tempoh 45 tahun adalah menjadi rakan dalam kerajaan yang mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dan membuktikan kecekapan kita dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri," katanya. Menurutnya, pentadbiran Pakatan telah membolehkan pelbagai program sosial dilaksanakan untuk rakyat pelabgai kaum yang dibiayai melalui lebihan bajet. Katanya, cara BN membiayai program sosial ialah dengan meminjam wang sehingga menyebabkan ia mencatatkan defisit sejak 15 tahun lalu, dan kerana itulah BN hanya boleh memberi wang kepada rakyat setiap lima tahun sedangkan PR melaksanakannya setiap tahun. Beliau menjelaskan, hutang-hutang BN pula telah mengakibatkan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 71%, daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011. "Bagi Pulau Pinang, kita telah mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada hanya RM30 juta sekarang, iaitu pengurangan hutang sebanyak 95% yang bernilai RM600 juta, pengurangan hutang yang terbesar bagi mana-mana kerajaan negeri dalam sejarah Malaysia. "Adakah kerajaan BN di Pulau Pinang sejak 51 tahun lalu telah melaksanakan apa yang kita lakukan dalam masa empat tahun sahaja, terutamanya menyediakan RM500 juta untuk Tabung Perumahan Mampu Dimiliki?" katanya. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, media-media antarabangsa yang terkenal seperti The Economist dan Bloomberg telah memuji pentadbiran kerajaan Pakatan di mana pujian itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Katanya, kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah membuat perubahan besar, termasuk menjadi negeri pertama yang menghapuskan miskin tegar dengan memastikan setiap isi rumah memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan, dan kini mahu menjadi negeri pertama yang menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2015. "Sekarang tiada lagi kroni atau korupsi di Pulau Pinang. Tidak ada penyelewengan wang rakyat seperti membeli kondo mewah dengan duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu. "Yang ada hanya tender awam terbuka yang dilaksanakan melalui internet. Tidak ada lagi kabel politik kerana telah digantikan dengan kabel komputer. Pulau Pinang kini bukan sahaja bersih dan hijau persekitarannya, malah bersih pentradbirannya," tambah beliau. Menurutnya, pentadbiran yang bersih sahaja tidak cukup jika rakyat tidak dapat menikmati persekitaran yang bersih, hijau dan selamat. Katanya, Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling tinggi di Malaysia iaitu 27% pada tahun lalu, dan dijangka mencatat prestasi yang sama pada tahun ini. "Kerajaan negeri Pulau Pinang juga hendak melibatkan masyarakat dalam usaha ini dengan mewujudkan polis komuniti melalui Pasukan Peronda Sukarela untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di negara kita," ujarnya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan