AdukaTaruna |
- Apabila member Kelantan suruh gua bagi makan bini, Kiwi.
- Mari tengok harga makanan pagi di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Kelantan.
- Rapat Rakyat 15 Dis. 2011, 8.30 mlm, Tmn Melewar, Gombak.
- Hadiah RM50k jika kemuka gambar ayahnya.
Apabila member Kelantan suruh gua bagi makan bini, Kiwi. Posted: 12 Dec 2011 05:45 PM PST Oleh : AdukaTaruna Pagi tadi, time sarapan cam bagus di kedai, seorang rakan Kelantan tegur gua. Ni dialog yang gua taip balik la. Maksud sama. Ayat maybe silap. "Jang.. anak gano? Bereh ko?" "Bereh.. alhamdulillah." "Tino mu? Lepah pante doh ko?" (Bini lu? Lepas pantang dah ke?) "Lepah, dah.. alhamdulillah." "Tak ingak nok wi ko demo kiwee (Kiwi)." "Nak wak gapo?" Gua pelik dah. "Weeiiihhhhh... wi make tino mu la.. siar luko dale tuh! Demo nih.." (Weiii.. bagi bini mu la. Sembuh luka dalam tu) "Takpo laa.. bereh doh tu... alhamdulillah.." Gua malas tanya lanjut sebab tengah sarapan. Member pun bz nak blah. Tak boleh terima gua bagi makan kiwi ke bini gua. Ligat gua berfikir. Buah Kiwi ke, kiwi kasut? Kalau buah kiwi, takda hal la. Pastu, member gua yang lain sampai. Sarapan sama2. Gua tanya la semula. "Weih.. orang Kelantan bagi makan Kiwi ke kalau pompan tengah pantang bersalin?" "Ha? Tok rajin denga kawe." (Ha? Tak pernah dengar gua) "Tadi Meghe (Amran) cakap kat gua camtuh." "Io oyak gano?" "Bagi makan Kiwi la.. buah kiwi kot." "Kiwi? Kiwi?... Kiwii... Weih!!! Buke Kiwi la. Ke We.." "Apa dia Ke We?" "Ike Gue, laaaaa!" "Ikan Gue?" "Ikan Haruan laa!! Oloh laaa..." Pakcik tua sebelah dah berbulu dah kot. Sampai menyampuk. Wakakakakaka. |
Mari tengok harga makanan pagi di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Kelantan. Posted: 12 Dec 2011 05:22 PM PST Oleh : AdukaTaruna Pagi. Nasi pelbagai lauk. Jenis bungkus. = RM1.50 ke bawah Nasi pelbagai lauk. Jenis hidang. = RM2.00 ke atas Kuih pelbagai jenis. 5 butir. Boleh campur. = RM1.00 Teh O panas. = RM0.50 Tengah Hari. Nasi lauk ayam, sayur timun dan sambal. = RM2.00 (Lauk lain kiranya lain) Kebanyakan jenis air tidak bersusu (sunquick / teh o ais / limau ais). = RM1.00 Kebanyakan air bersusu. = RM1.50 Antara menu pagi. Kelantan ma.. nasik la... Ni gua nak tunjuk isi dalam. Yang setara dengan RM1.50 la... Tada.... Ada kuah, sambal dan kepak ayam tercabut 2 bahagian. Cuma kali ni timun takda plak. Selalu ada weii.. gua tak tipu. |
Rapat Rakyat 15 Dis. 2011, 8.30 mlm, Tmn Melewar, Gombak. Posted: 12 Dec 2011 05:00 PM PST Kenyataan Umum 13 Disember 2011 9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno. ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini. Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa. Siapa ABU ? ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM. RAPAT RAKYAT Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat. Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU. Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut : Rapat Rakyat ABU "bersatu ASALKAN BUKAN UMNO" 15 Disember 2011 8.30 malam Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak. Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik. Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU. Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda. Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU. Ini bukan cerita siapa nak jadi YB atau kerusi pilihanraya tetapi kisah kesedaran rakyat menolak Umno untuk sama menyelamatkan Malaysia. Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia. che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
Hadiah RM50k jika kemuka gambar ayahnya. Posted: 12 Dec 2011 04:54 PM PST 13 Disember 2011, Kuala Lumpur - Sebuah NGO, PERKISAR hari ini menawarkan RM 50 000 kepada sesiapa yang dapat mengemukakan gambar ayah kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. "Dalam kesemua Perdana Menteri di Malaysia, Tun (Mahathir) lah yang rakyat tidak pernah lihat gambar ayahnya. Ini pelik. Satu-satunya di dunia." - ABF Gambar Hiasan. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan