Addin |
- Muhyiddin Tikam Belakang Najib?
- Presiden Ahmadinejad Di Lempar Kasut
- Gelombang Baru PRU13 Memihak Pakatan Rakyat
- Ridhuan Tee Hentam Chua Soi Lek
- Ini Bukti Video Sembang Rakyat Yang Hina Hudud Adalah Tajaan UMNO
- Skim SBPA 2012, Apa Muslihat Kerajaan UMNO BN?
Muhyiddin Tikam Belakang Najib? Posted: 13 Dec 2011 10:01 AM PST Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal. Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu. Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing. Sejauh manakah setianya si timbalan? Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti. Anehnya, pada masa itu, Muhyiddin tiada kuasa langsung, umpama ahli biasa UMNO kerana dia tidak disokong oleh peringkat tertinggi dan pemimpin UMNO yang lain. Tiada juga wakil dari tempat asalnya, Johor. Pada masa itu, dia keseorangan dan terpaksa mula mengumpul penyokong dan juga pengikutnya sendiri. Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian. Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti. Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya? Perpecahan Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu. Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir. Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun. Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur. Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13. Pencacai-pencacai Najib Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani. Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib. PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin. Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi. Tanda lebih jelas Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir. Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap. Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini. Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit. ~malaysiachronicle |
Presiden Ahmadinejad Di Lempar Kasut Posted: 13 Dec 2011 07:58 AM PST TEHERAN - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad bergabung dalam "klub" tokoh-tokoh dunia yang pernah dilempari sepatu. Ahmadinejad dilempari sepatu oleh seorang penganggur saat berpidato di kota Sari, ibu kota Provinsi Mazandaran, Iran utara, Senin (12/12/2011). Menurut kabar yang dilansir kantor berita Mehr di Iran, seorang pria bernama Rashid (45 ), yang baru diberhentikan dari sebuah pabrik tenun, merangsek maju di tengah kerumunan orang sambil berteriak-teriak mengungkapkan keluhan soal tingginya angka pengangguran di wilayah itu. Begitu sampai di barisan depan hadirin, pria tersebut mencopot sepatunya dan melemparkan ke arah Ahmadinejad. Namun, sepatu bot Rashid dikabarkan meleset dari sasarannya. Pria tersebut dikabarkan langsung ditangkap aparat. Dalam tradisi Timur Tengah, melempar sepatu ke arah seseorang adalah salah satu cara penghinaan yang paling kasar. Menurut kantor berita Xinhua, tingginya angka pengangguran di Iran disebabkan, antara lain, oleh sanksi ekonomi negara-negara Barat terkait program nuklir Iran, berbagai peralatan industri yang sudah tua dan kurang perawatan, serta kegagalan Pemerintah Iran menjalankan program-program ekonominya. Laju inflasi di Iran dalam 12 bulan terakhir sudah 17 persen. "Tradisi" melemparkan sepatu kepada tokoh dunia yang tak dihormati ini berawal tahun 2008 saat Muntazer al-Zaidi (30), seorang wartawan stasiun televisi Al-Baghdadiya di Irak, melemparkan sepatu ke arah Presiden AS waktu itu, George W Bush, dalam sebuah konferensi pers di Baghdad. Sejak saat itu, sepatu-sepatu juga dilemparkan ke arah Presiden Sudan Omar al-Bashir, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari, Perdana Menteri China Wen Jiabao, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, dan mantan Direktur Pelaksana IMF Dominique Strauss-Kahn. ~kompas |
Gelombang Baru PRU13 Memihak Pakatan Rakyat Posted: 13 Dec 2011 05:40 AM PST KUALA TERENGGANU – Gelombang baru yang memihak kepada pembangkang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), khususnya di negeri ini dan negara amnya. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, gelombang tersebut amat terasa ketika kini memandangkan PRU13 memperlihatkan satu titik baru dalam sejarah negara apabila Pakatan Rakyat (PR) buat pertama kali bertemu Barisan Nasional (BN). Bagi Pas Terengganu, beliau berkata, pihaknya tekad memastikan Terengganu jatuh ke tangan pembangkang buat kali ketiga selepas memenangi negeri ini sebanyak dua kali pada 1959 dan 1999. "Kalau pilihan raya sebelum ini, kita (Pas) bersendirian, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersendirian dan DAP bersendirian tetapi kita tidak cukup kuat untuk bersendirian lagi. "Kita juga rasa satu gelombang baru akan berlaku bukan sahaja di negeri ini tetapi di seluruh negara dan untuk menghadapi pilihan raya kali ke-13 dalam tempoh 54 tahun merdeka, inilah kali pertama pili-han raya iaitu satu pakatan lawan satu barisan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kelab Veteran Pas Terengganu di Jalan Sultan Mahmud, di sini, kelmarin. Pada majlis tersebut, keputusan mesyuarat bersetuju melantik Abdul Wahab Salleh sebagai Pengerusi Kelab Veteran Pas Terengganu bagi menggantikan Allahyarham Kassim Ahmad yang meninggal dunia, 19 Mei lalu. Mengulas lanjut, Mohd Abdul Wahid turut meminta golongan veteran mengadakan perjumpaan lebih kerap sebagai platform menyampaikan maklumat kepada ahli supaya mereka tetap dengan perjuangan parti dan bekerjasama menghadapi pilihan raya akan datang. Beliau berkata, Kelab Veteran Pas perlu memainkan peranan untuk sebarang perbincangan, selain memberi sumbangan termasuk kewangan untuk kemajuan parti. "Veteran kena bermaklumat dan kena bekerja untuk menghadapi pilihan raya. Kita harap perjumpaan ini bukan yang pertama dan terakhir. Kalau pertemuan ini boleh dibuat sekali sebulan lebih baik," katanya. Pada majlis sama, beliau turut mempertahankan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang bakal disaman Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berhubung satu artikel membabitkan kontrak perbekalan pakaian seragam sekolah. Beliau berkata, Adun tersebut tidak menipu dan mendapati tiada apa yang tidak kena berhubung fakta yang dikaitkan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010. ~SH |
Ridhuan Tee Hentam Chua Soi Lek Posted: 13 Dec 2011 12:58 AM PST Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah. Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar. Apatah jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya. Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka. Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu mereka ibarat cacing kepanasan. Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya. Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu. Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima 'hudud Pas'. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada 'hudud Pas', tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau. Sebagai umat Islam kita mesti berasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah. Saya bersetuju dengan desakan supaya penzina yang memalukan parti dan keluarganya sendiri ini, membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan 'binasa diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang dari China dan Vietnam yang datang 'memberi khidmat'? Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini?. Penzina ini juga berkata, sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum. Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu? Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk 'menghapuskan' identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam Pakatan dan Barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima. Seperti Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu. Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah ultra kiasu, termasuk dalam Barisan Nasional. Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam. ~SH Addin : Mana ada Hudud PAS.. Ustaz!!.. Hang kena menuntut lagi.. tapi jangan dengan ustaz UMNO nanti tersesat jauh... susah nak patah balik. |
Ini Bukti Video Sembang Rakyat Yang Hina Hudud Adalah Tajaan UMNO Posted: 12 Dec 2011 08:32 PM PST Kalau sebelum ini laman Sembang Rakyat ada mengeluarkan video mengenai HUDUD. Terbaru, keluar satu lagi video sembang rakyat yang mengandungi pelbagai perbincangan hangat di Malaysia termasuklah diselitkan sama isu hudud.. Antara dialog-dialog dalam video sembang rakyat di atas yang berjaya menarik perhatian kami :
Isu utama di dalam video tersebut mempertikaikan kredibiliti pemimpin yang disebut dalam video sembang rakyat tersebut, perkara kedua. Tetapi yang kami cukup kesalkan dengan pandangan buruk sehingga sanggup mempersenda dan menghina hukum Allah, HUDUD. Bagi kami, kita sering melatah apabila agama lain mempersendakan agama Islam, tetapi saudara seislam kita sendiri sanggup mempersendakan agama Islam. Mengapa sampai ada kalangan yang sanggup bertindak sebegini rupa? Melihat situasi yang bagi kami semakin menjadi-jadi, kami terpanggil untuk menyemak satu persatu siapa dibelakang koleksi video sembang rakyat ini. Untuk mengetahuinya cukup mudah : Sebelum itu, koleksi video sembang rakyat mempunyai lamannya sendiri di alamat sembangrakyat.org Pada ketika berita ini dikeluarkan, laman sembangrakyat.org tidak boleh diakses. Sudah dijangka. Nak tahu siapa disebalik laman sembang.org tidak sesukar mana. Dengan bantuan laman http://whois.domaintools.com/sembangrakyat.org anda boleh menyemak Dengan adanya maklumat, anda juga menyemak pelbagai maklumat disebalik pembangun laman web sembangrakyat.org Kami berikan contoh dengan menggunakan perkhidmatan website.informer.com, kami berjaya mengesan domain-domain lain yang ada kaitan dengan Syarikat Kaya Raya ini : Antaranya ialah :
~beritasemasa |
Skim SBPA 2012, Apa Muslihat Kerajaan UMNO BN? Posted: 12 Dec 2011 06:00 PM PST Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kira-kira 1.4 juta penjawat awam supaya tidak gopoh menandatangani persetujuan untuk bertukar kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa 1 Januari depan. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini. "Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu. "Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini semalam. Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini. Berhubung tempoh untuk menandatangani opsyen berkenaan iaitu 15 hingga 31 Disember, Omar berkata ada penjawat awam menyatakan tempoh itu tidak mencukupi. "Ini kerana ramai penjawat awam sedang bercuti dan disebabkan itu kita bimbang ramai tidak faham mengenai SBPA nanti," katanya. Ditanya sama ada penjawat awam akan berdepan masalah jika tidak menandatanganinya, Omar berkata, perkara itu tidak timbul kerana ia berdasarkan kepada persetujuan individu. ~SH Addin : Rata-rata penjawat awam tak faham dengan skim baru ni, masa yang di beri pun terlalu suntuk. Ada yang tak kena dengan skim ni.. perlu teliti dengan kerajaan KORUP seperti ni.. jangan sampai terperangkap. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan