shalehudin |
- Mantap jawapan pantun nih... hihi...
- Kalau ikutkan, saya dah 3 kali mati...
- Biaq dia meroyan sorang-sorang dia... kahkahkah...
- Tahniah orang PAS Kelantan... kahkahkah...
- Jahatnya DAP, 29,000 jawatan awam dimansuhkan
- Mulia sungguh kerja buat Utusan nih...
- Ugut Ugut - Tak Ada Orang Ambil Pot... kahkahkah...
- Altantuya kembali...
- Mai bincang pasai Politik Melayu pulak...
- Kes kontraktor ditembak Polis...
- Tentang Ruh...
Mantap jawapan pantun nih... hihi... Posted: 09 Dec 2011 09:30 AM PST |
Kalau ikutkan, saya dah 3 kali mati... Posted: 09 Dec 2011 07:52 AM PST Datuk Ustaz Ismail Kamus : "Kalau ikutkan, saya dah 3 kali mati" GOMBAK, Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Ismail Kamus dikatakan telah meninggal dunia, malah sehingga kini sudah tiga kali mati jika berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini. Khabar angin seperti itu bertiup kencang di tengah masyarakat, malah diakui turut didengar sendiri oleh tokoh tersebut tetapi hanya disambutnya dengan senyum. Menurut Datuk Ustaz Ismail Kamus (gambar), kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 12 tahun lalu, manakala yang kedua sekitar 5 tahun lalu. Katanya, sesudah itu, beliau menyangkakan fitnah seperti itu tidak akan berlaku lagi ke atasnya, tetapi sangkaannya itu ternyata meleset apabila ia kembali berulang untuk kali ketiga terutama ketika beliau berada di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji tahun lalu. "Saya hairan macam mana mereka boleh sebarkan fitnah seperti itu ke atas saya, sedangkan saya sebenarnya masih hidup," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pusat perubatannya, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, di sini, hari ini. Fitnah tersebut, menurut beliau, agak sukar untuk diterjemahkan mesejnya kerana ia mungkin berpunca dari keinginan pihak terbabit supaya beliau segera meninggal dunia atau sebaliknya. "Saya sebenarnya tak pun berasa sedih dengan fitnah itu. Lagipun kalau mereka tak kata saya dah meninggal dunia pun, saya pasti akan mati juga apabila tiba masanya nanti," ujarnya. Beliau bagaimanapun berharap agar pihak-pihak terbabit tidak lagi menyebarkan fitnah seperti itu terhadap beliau selepas ini bagi mengelakkan salah faham di dalam masyarakat, di samping mengelakkan dosa kerana menyebarkan fitnah. Tokoh agama yang disegani itu bagaimanapun mengakui beliau kurang sihat sejak 6 bulan lalu kerana mengalami sakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Ekoran masalah kesihatannya itu, aktiviti beliau dalam kemasyarakatan dan agama turut terbatas sejak hampir setahun lalu, tetapi kini mulai aktif kembali setelah kesihatannya bertambah baik. Sejajar dengan sumbangannya yang besar dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 Hijrah Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 26 November lalu. (gambar kanan: Beliau bersama pembantunya, Ustaz Zaki Zulkifli) Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, midal Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej menunaikan umrah yang disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Sebelum anugerah itu disampaikan, saya sudah dengar 'angin' mengenainya, tetapi saya memang terkejut juga dengan pemilihan ke atas saya sebagai Tokoh Maal Hijrah itu. "Selain itu, saya juga berasa gembira, bersyukur dan terharu dengan anugerah tersebut yang jelas merupakan satu penghargaan daripada kerajaan negeri dan pihak-pihak berkenaan ke atas saya," katanya. Ekoran kesihatannya yang kurang baik, beliau kini mengambil keputusan untuk tidak bergiat aktif dalam politik bersama-sama para pemimpin PAS, melainkan memberikan sumbangan sekadarnya untuk parti setakat yang terdaya. "Tetapi saya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku. Bagi saya, PAS sememangnya mempunyai harapan yang cerah untuk menang dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 nanti. "Saya berharap agar para penyokong PAS terutama generasi muda mengambil manfaat yang sebaiknya dari perkembangan baik yang dialami oleh PAS sekarang bersama-sama para pemimpin PAS di semua peringkat, bagi membolehkan PAS mencapai kejayaan besar bukan sahaja di negeri-negeri tetapi juga di peringkat nasional," tambahnya. Sebagai tokoh agama dan aktivis masyarakat, kini beliau banyak menghabiskan masanya dengan memberikan sumbangan kepada orang ramai di pusat perubatannya bersama para pembantunya. "Jika ada jemputan daripada orang ramai untuk berubat di rumah mereka, khususnya bagi kes-kes kronik, saya dan rakan-rakan yang juga pembantu saya akan turut pergi ke rumah mereka bagi membantu sekadar terdaya," ujar beliau.H/Daily |
Biaq dia meroyan sorang-sorang dia... kahkahkah... Posted: 09 Dec 2011 03:00 AM PST Wanita PKR tak perlu jawab Shahrizat Oleh Subky Latif MENTERI Shahrizat Abdul Jalil yang enggan meletak jawatan baik dari kabinet mahu pun pimpinan Wanita UMNO, bukan sekadar menyifatkan ketua Wanita PKR biadab kepadanya kerana menyuruhnya meletak jawatan, tetapi menempelak pula Presiden PKR meletak jawatan atas segala tuduhan terhadap suaminya. Shahrizat menggunakan Perhimpunan Agung Wanita UMNO yanag dipimpinnya untuk mengecam PKR baik Ketua Wanitanya yang menasihatkannya meletak jawatan, Presiden PKR dan Ketua Umum PKR. PKR tidak perlu merasa bersalah atas tuntutannya supaya Shahrizat meletak jawatan, Dr. Wan Azizah Ismail tidak perlu respons atas tempelak Shahrizat, kerana apa yang mereka mahu telah diperkenan oleh Bung Mokhtar Radin, MP BN Kinabatangan. Malah Bung Mokhtar, orang kuat UMNO dari Sabah itu sudah mendahului Wanita PKR menuntut Shahrizat supaya meletak jawatan ekoran skandal lembu yang melibatkan suami dan anak-anaknya. Shahrizat memilih untuk menempelak PKR saja mengapa dia tidak perlu meletakkan jawatan tetapi tidak merujuk kepada tuntutan Bung Mokhtar yang lebih dulu mengemukakan tuntutan itu. Bahkan kurang seminggu selepas Shahrizat mengecam ketua Wanita PKR, Bung Mokhtar mengulang semula tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan. Cuma Bung Mokhtar agak spesifik dalam tuntutan terbarunya iaitu Shahrizat tidak perlu meletak jawatan Ketua Wanita UMNO tetapi mengosongkan jawatan kabinet saja. Bung Mokhtar tentu sudah mengikuti jawapan Shahrizat kepada Ketua Wanita PKR, tetapi Bung Mokhtar tetap merasa perlu mengulangi tuntutan Shahrizat perlu meletak jawatan kerana UMNO tidak mampu membelanya dan tidak senang untuk menghadapi rakyat atas isu itu. Bung Mokhtar tahu tuntutan ulangannya itu menguatkan tuntutan Wanita PKR dan suaranya seperti memihak kepada pembangkang, tetapi dia terpaksa meluahkan pendiriannya bagi membersihkan UMNO dalam isu berkenaan. Bung Mokhtar tentu tahu bahawa polis telah membuat kenyataan bahawa gembala lembu jadian tidak pecah amanah dalam pengendalian dana yang dipinjamkan kerajaan, dan Shahrizat tidak disebut di mana-mana terlibat dalam urusan gembala itu, tetapi menteri Shahrizat mesti mengambil tanggungjawab moral atas sebarang takwil yang melibatkan suami dan anak-anaknya. Syarikat gembala itu telah ditakwil menggunakan dana itu atas perkara lain yang tidak terlibat dalam urusan gembala, dan bagaimana suaminya dapat pinjaman RM250 juta dari kerajaan sedang tidak digambarkan bagaimana dana itu dapat dilangsaikan kemudian. Suami Shahrizat tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang gembala itu, maka bagaimana kerajaan boleh meluluskan dana itu jika tidak isteri si pemohon adalah seorang menteri dan seorang pimpinan kanan UMNO. Payah orang hendak menerima bahawa Shahrizat tidak tahu dan tidak ada pengaruh dalam kejadian itu. Mungkinkah suaminya dan anak-anaknya merahsiakan proses mendapatkan lesen dan dana itu daripadanya, tetapi ia adalah satu kebarangkalian yang tidak mungkin. Orang-orang yang memproses lesen gembala, memproses tanah tapak gembala, memproses dana dan menteri/kabinet yang meluluskan semuanya tentu tahu pemohon adalah suami dan anak Shahrizat. Jika ia tidak dikonspirasi oleh menteri dan kabinet, tentunya menteri yang bertanggungjawab atas gembala dan dana bertanya Shahrizat, adakah dia tahu hal itu? Maka payah untuk menerima Shahrizat kalau pun tidak ada kena mengena dalam urusan itu dan tidak tahu atas semua maklumat itu. Siapa saja tidak dapat menerima Shahrizat tidak tahu dan tidak ada peranan. Dan paling tidak orang mengira Shahrizat bertaklid bahawa dia tidak tahu dan taklid tidak tahu itu dia terlepas dari segala-galanya. Dengan kejadian ini Shahrizat mesti mengambil tanggungjawab moral atas skandal itu telah disusahkan oleh suami dan anak-anaknya, dan dia juga telah disusahkan oleh menteri dan kabinet merestui menganugerah isu itu buatnya. Banyak pihak telah sepakat mencemar nama baik Shahrizat. Bung Mokhtar sudah menjalankan sebahagian dari tanggungjawabnya minta Shahrizat meletak jawatan supaya kerajaan BN dan kabinet serta menteri berkenaan tidak disalahkan atas faraid harta dan dana kerajaan. Bung Mokhtar boleh dilihat tidak bersekongkol dengan kepincangan itu. Tetapi Bung Mokhtar tidak menuntut sangat Shahrizat melepaskan pimpinan Wanita UMNO. Dengan sikap berbeda Bung Mokhtar itu bererti dia membenarkan Wanita UMNO dipimpin oleh seorang yang ada kecacatan moral. Jika Shahrizat terus memimpin Wanita UMNO, maka ia bersetuju Wanita UMNO dipimpin oleh seorang yang tidak bersih. Kalau Shahrizat sangka keluarga pimpinan PKR tidak bersih oleh tohmah yang dibuat oleh pimpinan UMNO, maka apakah boleh Wanita UMNO dipimpin oleh orang namanya dipersoal? Tuntutan Wanita PKR telah dibela oleh Bung secara langsung. |
Tahniah orang PAS Kelantan... kahkahkah... Posted: 09 Dec 2011 01:30 AM PST Khabar gembira untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan, tahniah! Terlupa pulak, siapa dipanggil bentara? Kalau di kampung saya, bentara tu panggilan untuk tukang angkat hidang dan pelayan waktu kenduri. Nak suruh angkat hidang untuk siapa mencekik? Nak mencekik apa? Tanah di Lojing? Perlantikan YDP MPKB baru-baru ni siapa sebenarnya yang menentukan? Ah, ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi! Saya copy paste berita ni dengan ucapan tahniah untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan: ************************* Sultan Kelantan terima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Berita Harian (7/12/11): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini. Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah. Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu. Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara - Bernama. |
Jahatnya DAP, 29,000 jawatan awam dimansuhkan Posted: 09 Dec 2011 12:00 AM PST Tak sempat DAP nak jadi kerajaan, 29,000 jawatan awam telah dimansuhkan...!! Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 8 Dis — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak (gambar) memperlihatkan hipokrasi "teramat tinggi" sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam. Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu. "Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti anti perkhidmatan awam. Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu. "Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu. Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa. Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa. Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang. "Bermakna ia tidak sampai 10 peratus," katanya merujuk kepada nisbah tersebut. "Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain. "Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau 'right-sizing', kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus ('outsourcing'), perekayasaan proses kerja ('business process reengineering') dan kajian semakan skim perkhidmatan. Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian. Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang. Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, "ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung." "Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta. "Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?" kata presiden Umno itu. Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu. Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350. Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula. "Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis," katanya lagi. |
Mulia sungguh kerja buat Utusan nih... Posted: 08 Dec 2011 10:00 PM PST Utusan Terus Jadi Batu Api Pecahkan PAS KUALA LUMPUR : Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu. (Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia) Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini. Malah tulisan editor kanan akhbar milik Umno itu, Datuk Zaini Hassan cuba menjadikan pemimpin PAS Selangor pula sebagai kambing hitam. Sambil menyelar tindakan Utusan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, Zaini seolah-olah kekeringan idea sehingga cuba memainkan api permusuhan antara pemimpin PAS agar mereka bertelagah dan berprasangka buruk antara satu sama lain. "Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, bahawa PAS tidak sudi 'berkahwin' dengan UMNO yang hanya tahu memperalatkan Islam demi survival politik mereka. "Umat Islam masih menyimpan kemarahan ekoran keceluparan Presiden MCA yang mempertikai hukum Islam dalam Forum Hudud yang baru dilangsungkan beberapa hari lalu di Wisma MCA, malah wakil Umno turut sama mempertikai hukum Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif terhadap hukum Islam itu," katanya. Selain itu, rakyat pula masih tidak boleh melupakan bagaimana tindakan rakus pemimpin Umno BN meluluskan Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun, Akta Pekerja yang menindas golongan pekerja dan Akta Perbadanan Kampung Baru yang meminggirkan nasib orang Melayu di Kuala Lumpur. "Bagaimana dalam keadan begini, Umno masih mahu berbaik dengan PAS. Tangan kanan mahu berjabat, tangan kiri pula menikam perut," soalnya. Mengulas lanjut, beliau juga membangkitkan sikap pemimpin Umno ketika Perhimpunan Agung parti itu yang dijadikan medan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sesuka hati. "Seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah parti yang penuh noda dan dosa yang perlu dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia. "Dalam keadaan demikian, mahu disuruh PAS berbaik dengan Umno pula," soalnya lagi. Sementara itu beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat melakar perubahan bersama dengan rakyat Malaysia dalam PRU ke 13. "Usah lagi bermimpi untuk 'berkahwin' dengan PAS, kerana PAS tidak ingin bersahabat dengan Umno yang semakin tenat dimamah usia," tegasnya.- SPR |
Ugut Ugut - Tak Ada Orang Ambil Pot... kahkahkah... Posted: 08 Dec 2011 08:00 PM PST UGUTAN NAJIB BUKTI UMNO SEDAR AKAN HILANG KUASA - harakah daily KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam. UGUT UGUT DAN CABUT Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu. Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti. "Ada sesuatu yang tidak sihat daripada ucapan itu. Ada kecenderungan di kalangan pemimpin BN, seolah-olah mereka tak boleh terima kalau mereka kalah dalam pilihan raya. "Kalau ucapan yang dibuat berbau kekerasan kerana nak pertahankan kuasa, ini sesuatu yang sangat berbahaya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah..UGUT UGUT INI CARA GEDEBE... kah kah kah.. kah kah kah... TAHUN 2000 UGUT UGUT ...TAK ADA ORANG AMBIL POT...kah kah kah woit...ABU SEMAKIN BERTABURAN.... kah kah kah.. kah kah kah...SEMANGAT ABU DI SANA SINI.... kah kah kah.. kah kah kah..... ABU DI UTARA ... ABU DI SELATAN... ABI DI TIMUR...ABU DI BARAT...kah kah kah,... kah kah kah..INI LAH HARI HARI AKHIR UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION.... kah kah kah.. kah kah kah...SELAMA 54 TAHUN GEROMBOLAN BERKUASA... MEREKA HIDUP KAYA RAYA... kah kah kah.. woit...MASANYA TELAH SAMPAI UNTUK RAKYAT KEMBALI BERKUASA.... kah kah kah NOTA: awas dan waspada jangan terperangkap awas berjaga jaga ada orang jual melayu ada orang jual islam semua kaki tipu kah kah kah INI MUSUH KITA |
Posted: 08 Dec 2011 06:00 PM PST Deepak, rakan Rosmah bawa kembali Altantuya ke dalam dunia korporat Malaysia Written by Wong Choon Mei Deepak Jaikishan, yang popular setelah akuan berkanun yang dibuat oleh seorang penyiasat persendirian mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, sekarang sedang muncul semula tetapi dalam senario berlainan dan kemungkinan tempat yang paling tidak disangka- dunia korporat Malaysia. Inilah yang dikatakan oleh pengkritik sebagai bisness dicampur politik. Deepak yang juga dikenali sebagai 'lelaki karpet' Rosmah kerana keluarganya memiliki kedai karpet di Jalan Tunku Abdul Rahman telah muncul sebagai pemegang saham utama dalam Envair Holdings Bhd, sebuah syarikat yang kerugian dalam pembuatan penapis air dan udara yang dikatakan akan ditukar menjadi sebuah syarikat minyak dan gas. Sahamnya telah disenaraikan di Mesdaq untuk saham kecil dan tech. "Ini suatu perubahan besar baginya. Walaupun Enviar adalah sebuah firma kecil, ia tetap lebih besar dan berbeza dengan suasana perniagaan karpetnya yang adalah bebentuk runcit. Ini menunjukkan betapa berkuasanya kita sekiranya kita kenal orang yang beul dan kadang-kadang, ia adalah lebih kepada siapa yang kita kenali daripada apa yang kita tahu." Kata seorang penganalisis di sebuah fima broker kepada Malaysia Chronicle. From selling carpets to oil-and-gas on Mesdaq Deepak yang berusia 39 tahun itu telah membeli 5.06% kepentingan dalam Enviar bernilai RM1.32 juta atau 6 juta saham bernilai 22 sen seunit. Beliau yakin bahawa ia adalah 'pelaburan jangkamasa lama'. Sungguhpun begitu, kenyataan beliau yang agak mentah itu menunjukkan bahawa beliau kurang arif dalam dunia yang baru diceburinya. "Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada lembaga eksekutif dan pengurusan syarikat yang berkembang ini. Saya menegaskan disini bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan saya akan cuba untuk meningkatkan ia kelak." The Star memetik Deepak sebagai berkata. Selain daripada latar belakang Deepak yang kontroversi, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, transaksi itu menjadi perhatian kerana Jiang Chuan Yi, pemegang saham yang berkepentingan 6.75% dalam syarikat itu telah menjualnya sebulan selepas membelinya pada 1 Nov lepas. Jiang, seorang warga negara Cina tidak menjelaskan mengapa beliau menjual saham tersebut. Penjualan itu berlaku di transaksi pasaran terbuka pada harga yang tidak dinyatakan. Saham Enviar berakhir ke satu sen lebih rendah pada 30.5 sen pada hari Selasa. Harvest and Tiong King Sing Setelah kisah panas mengenai saham penny yang dikaitkan dengan keluarga PM Najib Razak iaitu Harvest Court Industries Bhd, terdapat cakap-cakap bahawa Enviar adalah cubaab kedua Najib untuk mendapatkan wang daripada pasaran saham. Terdapat spekulasi bahawa perjanjian itu adalah untuk mendapatkan keuntungan sendiri atau untuk mendapatkan dana untuk pilihanraya pada tahun depan. Saham Harvest sememangnya telah naik di paras yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita bahawa anak Najib yang berusia 28 tahun, Nazifuddin telah menyertai lembaga dan mempunyai kepentingan dalam syarikat. Spekualasi menjadi begitu kuat sehinggakan kesemua saham penny dalam pasaran tempatan juga naik menyebabkan pemerhati mengeluarkan amaran bahawa kejadian yang sama berlaku pada tahun 1998 sebelum kejatuhan pasaran saham. Dalam kekecohan itu jugalah Nazifuddin meletak jawatan dalam lembaga Harvest dan beliau juga seperti Deepak telah berjanji untuk mengekalkan kepentingan dalam Harvest untuk jangkamasa yang lama. Berita bahaw seorang lagi tokoh yang kaitkan dengan Najib, Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing akan menjual 31% kepentingan beliau dalam firma Wijaya Baru Global telah menyebabkan ramai yang berpendapat bahawa ahli politik Malaysia meninggalkan pasaran sebelum pilihanraya yang dikatakan berkemungkinan akan menyaksikan pertukaran dalam kerajaan persekutuan untuk kali pertama dalam masa 54 tahun. Mejar bersara Anuar Adam, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang telah jatuh, Halim Saad dikatakan disokong oleh sekumpulan ahli perniagaan daripada Indonesia untuk perjanjian ini seperti yang dilaporkan Business Times. Beliau dikatakan mahu membeli Rm1.10 saham seunit daripada Tiong untuk kepentingan dalam Wijaya. Saham Wijaya ditutup pada 4.5 sen lebih tinggi di 80.5 sen pada hari Selasa manakala warran mengakhiri dagangan pada 9.5 sen lebih tinggi pada 33 sen. "Dari Harvest ke Enviar dan juga Wijaya, semua perjanjian ini kelihatan seperti boleh memberikan gambaran yang salah. Walaupun sekiranya ia adalah tidak lebih daripada satu kebetulan , ia tetap mencurigakan. Untuk pelabur yang sudah arif, ia adalah ibarat orang ramai cuba melepaskan diri di suatu jalan keluar yang sempit dan inilah yang membuatkan ia menjadi perhatian." Kata penganalisis itu lagi. "Tidak kisahlah sekiranya ia adalah untuk faedah peribadi atau untuk Umno dan BN, ia tetap tidak betul dalam kes ini. Walaupun Najib dan Perkasa mengatakan bahawa ia adalah untuk kepentingan nasional atau keselamatan nasional, ia tetap salah. Pasaran saham bukanlah mesin basuh yang anda boleh juga untuk lemparkan baju kotor anda. Membina dana untuk sebab politik adalah salah dan pedagang haruslah di beri amaran. Pengawal selia haruslah berpegang kepada peraturan. Mengapa ahli politik masih dibenarkan untuk memain peranan aktif dala firma dan bukankah sepatutnya ia dilepaskan kerana mereka ada jawatan dalam kerajaan? Pilihlah sama ada anda ahli perniagaan atau ahli politik. Pada hari ini apabila ketelusan dan pentadbiran baik adalah sangat penting, janganlah pula anda ingin jadi ahli politik dan ahli perniagaan sekaligus. Tiada tempat untuk kamu!" Dari penapis udara kepada bantuan terbesar Petronas Sementara itu, Deepak rupanya bersahaja dengan pertukaran Enviar ke sektor minyak dan gas. Mungkin kerana sangat senang mendapat bantuan daripada syarikat minyak negara, Petronas. Walauapapun, industry minyak dan gas kelihatan seperti diminati oleh keluarga orang-orang kuat Umno. Keluarga bekas PM Mahathir dan Abdullah Badawi kedua-duanya terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi. Sekarang, giliran Najib pula untuk mendapatkan bahagian beliau. Enviar telah mengejutkan pasaran pada bulan lepas dengan memasuki sektor Minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen daripada Petronas untuk membeli diesel dan lain-lain produk jenis minyak dan gas. Enviar meyakinkan pelabur bahawa ia dapat membekalkan 2 juta tong minyak mentah sebulan untuk 60 bulan kepada sebuah syarikat di Cina, An Hong Shenzhen. Cita-cita tinggi ini kelihatan telah ditegaskan lagi oleh Deepak walaupun tiada petunjuk apa jenis kepakaran yang beliau boleh bawa untuk usaha itu. "Saya , dengan menyatakan kepentingan dalam Enviar telah memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada bisnes ini (minyak dan gas) dan dalam beberapa bulan seterusnya akan mengumpul kekuatan untuk memperkembangkan bisnes ini," ujar Deepak. Kisah silam yang tidak selesai Mungkin mustahil kita harapkan Deepak akan bercakap mengenai P Balasubramaniam, penyiasat peribadi yang telah membuat perakuan berkanun pada tahun 2008 mengenai penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam Scorpenes. Najib telah menafikan bahawa beliau kenal Altantuya tetapi, menurut Bala, PM itu bukan sahaja mengenali Altantuya tetapi merupakan kekasihnya sebelum memberikannya kepada kawan rapatnya Razak Baginda. Kemudian, kurang 24 jam selepas itu, Bala menarik balik perakuannya dan menghilangkan diri. Dia kemudiaanya muncul kembali dalam sebuah video yang boleh ditonton oleh semua rakyat dunia dan menceritakan bagaimana beliau telah diberi dua cek berjumlah RM5 juta dan dipaksa pergi ke Chennai di mana beliau dan keluarga beliau masih tinggal sehingga kini. Yang menariknya, Bala juga menceritakan bagaimana dia telah di culik dan dibawa berjumpa seorang lelaki di showroom Volkswagon dan kemudiannya dia kenali sebagai Nazim Razak, adik Najib yang merupakan seorang arkitek. Isteri Nazim yang juga bekas wartawan ada bersama. Deepak telah menafikan cerita Bala namun mengaku bahawa pernah berjumpa Bala sebanyak 2 kali."Selepas pegawai polis Suresh memperkenalkan kami, saya telah jumpa dia sekali lagi.Dia minta wang daripada saya sama ada RM500 atau RM 1000 tetapi saya beritahu dia bahawa saya tidak dapat berikan wang kepadanya. Saya tidak mahu terlibat dalam hal kewangan beliau." Deepak memberitahu sidang akhbar pada April lepas. Nazim enggan memberi komen mengenai perkara itu. Perjanjian baru dengan Bala? Deepak juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah 'toy-boy" atau 'orang suruhan" Rosmah. Beliau mengatakan bahawa Rosmah adalah seperti kakak beliau. Beliau juga memuji Rosmah dan Najib memperkenalkan pelanggan baru kepada kedai beliau. "Saya pertama kali mengenali beliau (Rosmah) enam atau tujuh tahun lepas semasa beliau pergi ke kedai saya. Saya kenal dia dan anggap dia seperti kakak saya," kata Deepak. Semasa itu, Deepak telah memanggil sidang akhbar untuk melenyapkan spekulasi bahawa beliau sedang cuba membuat perjanjian baru dengan Bala iaitu membawa balik Bala ke Malaysia di mana Bala akan membuat perakuan baru yang membersihkan nama PM dan isteri daripada kes bunuh itu. Altantuya berusia 28 tahun semasa beliau dibunuh oleh 2 orang bekas pengawal peribadi Najib di sebuah kawasan hutan di Selangor. Beliau telah ditembak di muka dan diletupkan dengan C4 untuk mengelak daripada badan nya dapat dikenalpasti dan juga menghapus segala bukti bahawa beliau hamil ketika itu seperti yang telah diberitahu beliau kepada pembunuh beliau. Kedua-dua pembunuh itu sekarang sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati dan juga menunggu keputusan rayuan selepas disabitkan bersalah pada tahun 2008. Mengelak dan menafi Tidak ramai yang percaya bahawa hanya mereka berdua yang bersalah selepas pihak berkuasa memekakkan telinga mengenai permintaan supaya mereka yang benar-benar mengarahkan pembunuhan untuk dibawa ke muka pengadilan. Menurut surat Altantuya dan perakuan Bala, wanita Mongolia itu datang ke Malaysia untuk mendapatkan USD500000 yang merupakan komisyen beliau daripada pembelian 2 buah kapal selam Scorpenes daripada firma gergasi Perancis DCN. Bala juga pernah menawarkan diri untuk berjumpa dengan SPRM di London pada tahun lepas untuk membuat laporan formal mengenai perjumpaan beliau dengan Deepak dan Nazim. Malangnya, perjumpaan yang dinanti-nantikan itu tidak menjadi kerana SPRM pada saat akhir menolak. Mengelak- itulah yang sangat jelas dalam gaya Kerajaan Persekutuan menangani kes Scorpenes dan Altantuya. Ini telah menyebabkan timbul lebih banyak perasaan curiga dalam peranan pasangan pertama negara dan juga Umno walaupun sering menafikan bahawa mereka terlibat dalam kes bunuh dan juga rasuah pembelian kapal selam yang dianggarkan bernilai 114 juta Euro atau RM570 juta. Malaysia Chronicle |
Mai bincang pasai Politik Melayu pulak... Posted: 08 Dec 2011 05:00 PM PST Dan Tercabarnya Kuasa Politik Melayu… Oleh Khalid Samad Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin 'menggegarkan' bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para 'pemimpin Melayu' ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri. MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR? Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun, apa yang telah dihasilkan adalah budaya kepimpinan rasuah, pegampuan dan kronisma. Pemimpin bergelumang dengan maksiat dan kekayaan sedangkan rakyat, terutamanya orang Melayu, hidup terhimpit di kota dan di desa. Sekiranya seseorang membuat tinjauan pada hujung minggu lepas di persekitaran PWTC, maka dia akan melihat segala jenis kenderaan mewah yang terdapat di muka bumi diguna pakai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai 'pejuang' bangsa. Tersusun rapi barisan Vellfire, Hummer, Mercedes, BMW, Porsche Cayenne dan berbagai lagi kenderaan mewah milik para 'pejuang' ini. Kemewahan ini diketengahkan sebagai bukti 'pengorbanan' mereka dalam 'perjuangan' yang begitu lama dan 'sukar'. Yang anehnya, si 'pejuang' semakin mewah sambil yang kononnya diperjuangkan terus miskin dan semakin tertekan. Sekiranya yang dimaksudkan dengan 'politik Melayu' adalah politik rasuah, fitnah dan rasis yang bercanggah dengan ajaran dan nilai agama Islam, maka politik jenis itu sememangnya ingin kita tumpaskan. Akan tetapi, adakah politik Melayu bersifat begitu? Bagi UMNO, itulah politik Melayu yang mereka ingin orang Melayu pertahan dan banggakan. Sekiranya ada yang menentang politik yang sedemikian rupa, maka mereka ini dikatakan penentang 'politik Melayu'! Pada hakikatnya ianya bukan politik Melayu tetapi sebaliknya politik UMNO! Mereka yang mentakrifkan politik Melayu sebagai politik rasuah, fitnah dan rasis serta ingin terus mempertahankannya pada hakikatnya ingin membunuh masa depan politik Melayu. Lihat sahaja pada wanita UMNO yang mengerumun Shahrizat, menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya walaupun beliau terbabit dengan skandal Feedlot Negara. Adakah kepimpinan Melayu sebegitu rupa yang ingin dipertahankan? Di manan maruah dan wawasan kepimpinan yang adil dan bertaqwa di sisi UMNO? KUASA MUTLAK ADA PADA ORANG MELAYU? Berkata pemimpin UMNO bahawa di dalam BN, UMNO berkuasa sepenuhnya. UMNO yang dominan dan boleh melakukan apa jua yang UMNO inginkan. Tiada yang boleh menghalang dan itulah bukti politik Melayu berkuasa! Sedangkan dalam PR, parti politik Melayu adalah minoriti dan tiada kuasa, terpaksa akur kepada kehendak DAP menurut mereka lagi. Hakikatnya sebenarnya keadaan berkuasa secara dominan dan tanpa halangan adalah punca masalah politik Negara. Telah dikatakan berulang kali bahawa "power corrupts and absolute power corrupts absolutely" atau "kuasa merosakkan dan kuasa penuh tanpa batasan merosakkan secara menyeluruh tanpa batasan". Inilah sebabnya mengapa budaya rasuah, kronisma dan rasis dapat diamalkan oleh UMNO tanpa bantahan. Lihat sahaja pada skandal Feedlot. Tidakkah penyelewengan sebanyak RM 250 Juta itu berlaku tanpa apa-apa tindakan atau hukuman? Malahan ada juga yang berusaha keras mempertahankannya. Melalui pembelaan ini, mereka ingin merosakkan ummat dan bangsa. Adakah kuasa mutlak diperlukan sekiranya apa yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil? Biasanya, yang terpaksa bersandar kepada kekuasaan yang mutlak adalah pemimpin 'dictator' dan mereka yang ingin melebar-luaskan kerosakan di atas muka bumi. Maka apabila mereka ingin melaksanakan kezaliman dan ianya dibantah, maka kuasa mutlak digunakan untuk mengalahkan golongan yang membantah. Sebaliknya, apabila yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil, maka sokongan rakan dan rakyat umum akan menentukan ianya terlaksana. Seperti pada zaman Rasulullah (SAW) di mana ummat Islam minoriti pada awalnya di Madinah, namun kepimpinan Baginda (SAW) telah diterima semua atas sebab keadilan Baginda. ADAKAH KUASA POLITIK MELAYU AKAN HANCUR? Maka ditanya pula, "adakah dengan hilangnya kuasa mutlak maka akan hilang juga kuasa politik Melayu?" Jawapannya "Tidak"! Yang akan hilang adalah hanya kemampuan melakukan rasuah dan kezaliman! Dan dengan itu akan dibebaskan politik Melayu dari budaya perosak yang telah diasaskan sekian lama oleh UMNO dan BN di kalangan bangsa Melayu. Akan subur seterusnya politik Melayu dengan budaya keislaman yang sebenar, bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisma dan rasisma. Pada hakikatnya dalam PR tiada pihak yang akan mempunyai kuasa mutlak dan oleh itu dasar semak dan timbang (check and balance) akan lebih bermakna. PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya. Begitu juga DAP dan begitulah juga PKR. Semua berkuasa dan apa sahaja yang ingin dilakukan mesti mendapat persetujuan dari semua pihak. Tidak perlu PAS akur pada kehendak DAP atau DAP kepada kehendak PAS. Apa yang diperlukan ialah menentukan sesuatu dasar yang benar dan adil yang akan dipersetujui bersama. Maka sebagai contoh, sekiranya ada yang ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, sepertimana yang didakwa Najib, ianya tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan ketiga-tiga parti. Dan sepertimana yang diulangi, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu. Begitu juga dengan sebahagian pemimpin DAP. Sebaliknya, apa yang ingin diusahakan adalah keberkesanan perkhidamatan awam dengan ditingkatkan mutu perkhidmatan. Bukti nyata ialah apa yang dilakukan di bawah kerajaan Negeri PR. Berapa ramaikah kakitangan kerajaan Negeri yang dibuang kalau ada? Jawapannya tidak walau seorang. Jelas UMNO hanya ingin membohongi bangsa Melayu seperti biasa supaya UMNO kekal berkuasa. PAS TUNDUK PADA DAP? Dikatakan juga bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP kerana kalau tidak orang bukan Islam tidak akan mengundi PAS di dalam Pilihan Raya. Maka mereka akan undi siapa? Kalau di Parlimen Shah Alam, sebagai contoh, calonnya dari PAS dan UMNO. Kalau mereka tidak undi PAS, adakah mereka akan undi UMNO? Atau mereka akan mengundi DAP yang tidak bertanding? Kalau undi DAP maka dikira undi rosak dan sekiranya undi UMNO, maka lagi teruklah akibatnya. Selagi PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam dan menghormati hak bukan Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri, masyarakat bukan Islam akan terus mengundi PAS. Ini adalah kerana UMNO adalah jauh lagi teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan merosakkan Melayu, UMNO merosakkan Negara dan masyarakat bukan Islam memahami perkara ini. Jelas bahawa sekali lagi UMNO ingin membohongi bangsa Melayu dan bukan Melayu. KEDUDUKAN KUASA POLITIK MELAYU Sekiranya PR memerintah di Pusat, kerusi perwakilan Melayu di Parlimen akan tetap seperti sekarang iaitu lebih ramai dari yang bukan Melayu, apabila dijumlahkan keseluruhannya iaitu pemerintah dan pembangkang. Oleh itu, tiada undang-undang atau dasar yang merugikan orang Melayu akan dapat diluluskan sekiranya ada yang berniat melakukannya sekalipun. Maka orang Melayu tidak perlu khuatir atau takut akan masa depan mereka. Dengan itu mereka boleh turut sama dalam usaha membasmi negara dari budaya politik rasuah, kronisma dan rasis yang dijuarai UMNO dan BN. Ini akan membebaskan masyarakat Melayu dari penjajahan minda Melayu yang dilakukan UMNO selama ini sehingga Melayu terpaksa redha dengan rasuah dan penyelewengan 'pemerintah Melayu' atas alasan 'ingin menjaga kuasa politik Melayu'. Dengan itu bangsa Melayu akan sebenarnya bebas. Dan akan turut berkembang segar politik Melayu selepas itu setelah dibebaskan dari belenggu yang menghimpitnya selama ini; bebas untuk dicorakkan politik Melayu tanpa rasuah dan kronisma; bebas untuk menuju keredhaan illahi. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Kes kontraktor ditembak Polis... Posted: 08 Dec 2011 04:00 PM PST Kontraktor ditembak mati: Suhakam digesa buat inkuiri Abdul Rahim Sabri Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan awam berhubung insiden seorang kontraktor ditembak mati, dipercayai oleh seorang anggota polis pada 15 September lalu. PSM membuat desakan itu demi mendapatkan pembelaan dan keadilan terhadap keluarga Kathir Oli a/l Pakeer Mohamed, yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. Dalam memorandum yang dihantar kepada Suhakam pagi ini, PSM berkata, laporan bedah siasat menyebut kematian Kathir Oli adalah disebabkan "luka tembakan di dada" sebelah kiri. Memorandum itu yang dibaca oleh wakil PSM Perak, Mahonarani Rasiah, mendakwa bahagian ringkasan laporan bedah siasat itu menyatakan bahawa luka tembakan di dada 'telah menembusi dan mencederakan struktur-struktur vital, iaitu jantung, aorta dan paru-paru sekaligus menyebabkan kematiannya. Berikutan itu, PSM mendakwa dalam memorandum tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa tembakan itu berniat untuk menyebabkan kematian dan bukannya untuk tujuan menghalang atau melemahkan mangsa. Laporan bedah siasat - yang turut dilampirkan dalam memorandum tersebut - menyatakan "tembakan yang dilepaskan adalah jarak lekap iaitu muncung senjata melekap pada badan sebelum tembakan dilepaskan". Wakil PSM Perak itu mendakwa alasan bahawa anggota polis itu terpaksa menembak "untuk mempertahankan diri" dicabar oleh saksi-saksi yang menyatakan bahawa mereka bersama mangsa sudah mula beredar dari kawasan pub, tetapi dihentikan oleh anggota polis berkenaan. Memorandum itu dipetik mendakwa, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan cuba menutupnya dengan mempertahankan insiden tersebut "dengan membuat cerita bahawa Kathir Oli dan kawan-kawannya membawa parang dan memasuki pub dengan niat mencuri". "Polis memberi gambaran seolah-olah anggota polis yang membunuh Kathir Oli telah memperkenalkan dirinya dan bahawa nyawanya terancam yang memaksanya menembak untuk mempertahankan dirinya. Kesemua ini dinafikan oleh saksi-saksi," memorandum itu dipetik. Kenyataan Mohd Shukri yang dilaporkan itu turut disertakan dalam memorandum tersebut. Mengikut memorandum tersebut, Kathir dan lima rakannya pergi ke sebuah pub untuk makan dan minum, pada lewat malam 14 September lalu. "Menurut aduan polis yang dibuat oleh kawan-kawan yang ada bersama mendiang P Kathir Oli, mereka tidak dibenarkan masuk di pub itu dan ini telah menyebabkan pertelingkahan mulut, membaling botol dan tolak menolak. "Kemudian Kathir Oli dan kawan-kawannya telah memasuki kereta masing-masing dan mula beredar daripada situ," menurut memorandum itu lagi. Memorandum itu mendakwa, sewaktu kereta yang dinaiki Kathir Oli sedang berundur, tiba-tiba datang seorang lelaki mengacukan pistol ke arah belakang kereta dan menghentikan mereka. Menurut memorandum itu lagi, Kathir dan rakan-rakannya tidak sedar bahawa lelaki tersebut adalah seorang anggota polis kerana "dia berpakaian biasa" dan mengikut aduan polis, lelaki itu dikesan keluar dari pub dengan "gerak-gerinya tidak stabil". "Kathir Oli dan rakan-rakannya turun dari kereta dan berlaku pergaduahan antara mangsa dan anggota polis itu, cabar mencabar, tolak menolak dan tumbuk menumbuk. "Menurut aduan polis rakannya juga, tiba-tiba tanpa sebarang amaran, kedengaran bunyi tembakan kuat, dan Kathir Oli pun rebah ke atas kawannya," memorandum itu dipetik. Menurutnya lagi, selepas mangsa ditembak, anggota polis tersebut menggari dua kawan mangsa yang ada bersama dengannya. Malah, seorang lagi rakan mangsa dari kereta yang lain, yang datang ke tempat kejadian, juga turut digari. Memorandum itu lagi, PSM risau berhubung siasatan kejadian itu yang telah dihantar ke Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk tindakan seterusnya. "Kami risau kertas siasatan ini berpihak kepada pembunuh kerana tidak ada sesiapa di pihak keluarga mangsa yang dipanggil untuk temuduga atau siasatan. "Ini sangat penting kerana menurut suratnya bertarikh 10 November, ketua polis Perak masih memegang kepada versi ceritanya kepada media pada 15 September, iaitu hari Kathir Oli ditembak mati," demikian menurut memorandum itu lagi. Sebelum aduan dibuat, mereka menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah di pejabatnya kira-kira jam 11.45 pagi. Memorandum tersebut diserahkan oleh isteri mangsa, S Janaky (kiri). Turut hadir ialah anggota keluarga mangsa serta beberapa pemimpin PSM termasuk setiausaha agung PSM, S Arutchelvan. Dalam aduan lisannya kepada Suhakam, Janaky berkata dakwaan yang menyatakan suami mahu mencuri di pub tersebut adalah salah, sebaliknya mendakwa suami dan rakan-rakan pergi untuk makan dan minum. Katanya, suami pergi ke pub berpakaian dengan memakai seluar pendek dan selipar. Janaky menyifatkan suaminya itu adalah seorang suami, ayah dan majikan yang penyayang dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, beliau mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam bagi "membersihkan nama baik suami" daripada dakwaan melakukan jenayah. "Saya tidak mahu anak saya dikatakan ayah mereka melakukan jenayah. Saya mahu membersihkan namanya," katanya. Sementara itu, dalam jawapannya, Muhammad Sha'ani berkata Suhakam akan meneliti permintaan PSM dan keluarga Kathir Oli supaya diadakan siasatan awam terhadap kes kematian kontraktor tersebut. |
Posted: 08 Dec 2011 02:30 PM PST BEBERAPA PERSOALAN TENTANG RUH Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Saya masih di Malaysia. Pulang sabtu ini insyaAllah. Dalam keadaan mengejar waktu, saya mengambil kesempatan untuk menyemak beberapa rujukan dalam perpustakaan peribadi saya di rumah. Sekali lagi saya merujuk beberapa pandangan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana beberapa isu yang dibahaskan semasa di Oxford membabitkan pandangan beliau. Sering saja nama besar itu menarik perhatian saya dalam kajian. Sebenarnya, sejak dahulu saya memang berminat dengan tokoh tajdid ini. Sebagai anak murid tokoh reformis yang agung Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), al-Imam Ibn Qayyim telah meneruskan usaha pembaharuan dan sumbangan ilmu selepas kewafatan gurunya itu. Saya sendiri –dengan segala kedaifan yang ada - telah mengasaskan pusat pengajian umum yang saya nama Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di Bukit Mertajam, S. Perai. Alhamdulillah, sekarang bertambah subur dan terus menyumbang dan dikenali sebagai IQ. Dewan Ibn Qayyim yang penulis asaskan di Bukit Mertajam, S. Perai. Lebih Luas Ibn Qayyim dan gurunya Ibn Taimiyyah sering dikaitkan dengan aliran salafi. Bahkan ada yang menganggap bahawa pemikiran al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (meninggal 1206H) yang dikaitkan dengan wahabi itu sama seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Walaupun memang banyak perkara yang Muhammad bin Abdul Wahhab petik dan ambil daripada Ibn Taimiyyah, namun hakikatnya beliau tidak memiliki keluasan ilmu seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Pemikiran Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim itu lebih menjangkau dan luas ke segala ceruk rantau bidang ilmu dari tauhid sehingga kepada kerohanian, dari akidah sehingga ke falsafah. Melihat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim cuma menerusi jendela Muhammad bin Abdul Wahhab akan memperkecilkan nilai sebenar kedua tokoh reformis yang agung itu. Sudah pasti melihat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim dari jendela sesetengah salafis literalis yang muncul di zaman ini akan menzalimi dan menghina kehebatan ilmu kedua tokoh ilmuwan besar itu. Antara perbahasan Ibn Qayyim yang agak 'berbeza' adalah mengenai ruh dalam karyanya 'Al-Ruh'. Dalam karya ini Ibn Qayyim membincangkan tentang tajuk yang sering dianggap kontroversi iaitu persoalan tentang ruh; apakah mayat mengetahui apabila orang hidup menziarahi, apakah ruh orang mati menziarahi orang hidup, apakah ruh orang hidup dan orang mati bertemu dan pelbagai lagi. Oleh kerana agak aneh jawapan-jawapan Ibn Qayyim tentang hal-hal ini sehingga menyebabkan sesetengah mereka yang beraliran salafi cuba menyatakan kitab ini ditulis sebelum beliau berguru dengan Ibn Taimiyyah. Namun, kenyataan itu ternafi kerana dalam kitab ini beberapa kali menyebut nama gurunya itu dengan penuh penghormatan. Ini menunjukkan ia ditulis berguru dengan Ibn Taimiyyah dan dari beberapa ungkapannya menunjukkan setelah Ibn Taimiyyah meninggal dunia. Hakikat Barzakh Telah lama kitab ini saya beli. Sejak saya belajar ijazah pertama di Jordan lagi. Namun, saya tidak memberikan masa yang memadai untuk menelaahnya. Apabila sahabat dan jiran saya yang turut menjadi felow di OCIS, Oxford; Sayyed Shahabeddin Mesbahi penulis buku Method and Mysticism, berbual berjam-jam pada suatu malam tentang alam barzakh, menyebabkan saya kembali mengingati buku ini. Huraian beliau tentang barzakh telah mengetuk fikiran saya untuk kembali melihat persoalan ini. Apakah itu hakikat barzakh? Apakah ruh yang dibawa ke barzakh masih dapat mengingati apa yang telah mereka lalui di dunia ini? Lebih dari itu, apakah mereka yang berada di alam barzakh dapat mengetahui perkembangan tertentu di dunia ini? Inilah antara persoalan yang dilontarkan oleh ramai sarjana lepas, termasuk Ibn Qayyim dalam buku khusus tentang hal ini dan persoalan ini juga diminati oleh ramai penulis Barat dan pelbagai penulis filem di seluruh dunia. Persoalan ini mungkin kurang menarik bagi sesetengah pihak, namun bagi sesiapa yang kematian orang yang dikasihi, mungkin perkara berlegar dalam fikirannya. Juga kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang hal ini seperti sahabat saya Presiden IRF. Kita pada hakikatnya makhluk bersosial. Kehidupan ini terbina atas hubungan kita dengan makhluk lain; manusia dan alam. Apabila kita mati, tubuh kita mungkin hancur menjadi tanah, namun ruh kita membawa bersamanya sejuta kenangan tentang kehidupannya di alam ini. Ruh akan terus mengingati keluarganya, sahabat handainya, kediamannya dan segala yang pernah dilalui. Al-Quran menceritakan tentang keadaan ahli syurga apabila melihat buah-buahan di sana, lalu mengingati buah-buahan yang pernah mereka makan di dunia dahulu. Firman Allah: (maksudnya) "dan berilah khabar gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada ami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lama". (Surah al-Baqarah: 25). Jika di akhirat insan masih mengingati apa yang telah dilalui di dunia, sehingga rupa buah-buahan pun masih segar di ingatan, inikan pula perkara-perkara yang lebih besar. Sebelum akhirat bermula, setiap ruh akan berada di alam barzakh. Membawa bersamanya jutaan kenangan tentang kehidupan yang telah dilalui. Apakah ruh insani akan berenang kesepian dalam alam barzakh yang maha luas itu? Atau mungkin bersosial di alam baru? Atau apakah masih ada ruang untuk ruh berjenguk perkembangan alam duniawi; kaum keluarganya, negaranya, sahabat handainya dan perkara-perkara yang Allah izinkan untuknya. Apakah ruh akan mengetahui beberapa tindakan sesiapa yang dikenalinya di dunia? Perkara-perkara ini dibahaskan oleh ramai sarjana muslim berasaskan riwayat-riwayat yang pelbagai dan penilaian yang berbeza pula. Kita tahu Nabi s.a.w melarang kita menyakiti mayat antaranya sabda baginda dalam hadis yang sahih: "Mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkan tulang orang hidup" (Riwayat Malik, Abu Daud, Ibn Majah dll). Banyak hikmah atas larangan tersebut, antaranya kerana mayat itu mempunyai empunyanya yang telah ke alam barzakh. Menyakiti mayat, akan menyakiti perasaan ruhnya. Ini antara tafsiran yang diberikan. Hakikat insan ialah ruhnya, tanpa ruh hanya tinggal tubuh yang tidak bernyawa. Walaupun tubuh sudah mati, ruh terus hidup dengan caranya yang tersendiri. Ahli Kubur Kita juga diajar oleh Nabi s.a.w agar memberikan salam kepada ahli-ahli kubur apabila kita melalui kawasan perkuburan. Pasti mereka mengetahui salam kita, jika tidak masakan kita disuruh memberi salam kepada batu dan kayu. Kata Ibn Qayyim: "Nabi telah syariatkan umatnya agar ketika memberikan salam kepada ahli kubur hendaklah memberi salam seperti kepada mereka yang mendengar ucapan dengan menyebut 'salam sejahtera kepada kamu wahai para penduduk yang beriman'. Ucapan ini untuk sesiapa yang mendengar dan berakal, jika tidak ucapan itu hanya seperti bercakap kepada sesuatu tidak wujud dan kaku. Ulama salaf telah bersepakat mengenai hal ini dan terdapat riwayat-riwayat yang mutawatir daripada mereka bahawa mayat mengetahui ziarah orang hidup dan bergembira dengannya". (Ibn Qayyim, al-Ruh, m/s 140, Jordan: Maktabah al-Manar). Di sana ada riwayat yang dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, 'Abd al-Barr, 'Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain, di mana Nabi s.a.w bersabda: "Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (si mati) mengenalinya dan menjawab salamnya". Ibn Qayyim juga turut membahaskan apakah ruh orang yang mati boleh bertemu ruh orang hidup? Kata Ibn Qayyim: "Apakah ruh mereka yang hidup dapat bertemu dengan ruh mereka yang mati? Bukti dan dalil dalam perkara ini sangat banyak, tidak dapat dihitung melainkan Allah. Perasaan (sense) dan realiti antara bukti terkuat bahawa berlakunya pertemuan ruh orang hidup dan orang mati seperti mana bertemunya ruh orang hidup sesama sendiri" (al-Ruh m/s 173). Kemudian Ibn Qayyim mengemukakan pelbagai hujah yang dimulakan dengan firman Allah (maksudnya) : "Allah yang mewafatkan jiwa-jiwa dari badan-badan; ketika matinya, dan ketika tidak mati semasa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan kematiannya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Surah al-Zumar: 42). Demikian ruh datang dan pergi dari jasad. Ada yang hidup semula, ada yang mati tidak kembali ke jasad. Kata Ibn 'Abbas ketika menafsirkan ayat di atas: "Telah sampai kepadaku bahawa ruh orang hidup bertemu ruh orang mati dalam tidur. Mereka bertanya antara satu sama lain. Allah menahan ruh orang yang mati dan melepaskan kembali ruh orang yang hidup ke jasadnya". Kesimpulan Ibn Qayyim dan tokoh-tokoh yang lain bahawa kematian dan perpindahan insan ke alam barzakh masih mempunyai ruang untuk insan berhubung atau mengetahui kadar tertentu kejadian di dunia ini. Dari cebisan ilmu kita cuba memahami perkara ini. Namun, kita akhir menyebut firman Allah (maksudnya) "dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: "Ruh itu dari urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja". (Surah al-Isra: 85). |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan