Jumaat, 9 Disember 2011

Addin

Addin


(Video) Iran Pamer Pesawat Perisik AS Yang Di Rampasnya

Posted: 09 Dec 2011 02:00 PM PST

TEHERAN - Iran dengan bangga membuktikan bahwa mereka memiliki satu pesawat mata-mata tanpa awak, RQ-170 Sentinel, milik Amerika Serikat. Televisi Iran, Press TV, menayangkan sebuah video berdurasi dua menit yang menunjukkan sejumlah pejabat militer memeriksa pesawat yang sangat dirahasiakan itu, Kamis (8/12/2011).

 Pesawat sangat canggih itu terlihat utuh. Pesawat itu dipamerkan di bawah bendera Iran. Pihak AS mengakui mereka kehilangan satu pesawat tak berawak itu dan mengatakan pesawat itu tidak berfungsi dan hilang kendali. RQ-170 Sentinel memiliki rentang sayap 27,43 meter dan tinggi (dengan roda) 1,82 meter.

Namun, Iran mengatakan, militernya berhasil membajak pesawat itu secara elektronik ketika pesawat itu terbang di atas kota Kashmar. Tim dari "unit perang elektronik" itu kemudian mengendalikannya hingga mendarat pada 4 Desember lalu.

Brigadir Jenderal Amir-Ali Hajizadeh, kepala unit antariksa Garda Revolusi Iran, mengatakan kepada media Iran bahwa pesawat itu "masuk dalam perangkap" unit antariksa "yang kemudian berhasil mendaratkannya dengan kerusakan minimum".

Hajizadeh menyatakan, Iran "menyadari betul informasi teknologi tak ternilai" yang bisa diperoleh dari pesawat itu. Sebelumnya, pihak Pentagon mengatakan kekhawatiran mereka soal kemungkinan mengambil informasi tentang teknologi tersebut.

Media Iran melaporkan, Kamis (8/12/2011), bahwa Kementerian Luar Negeri Iran telah memanggil duta besar Swiss di Teheran untuk menyatakan "protes atas invasi pesawat mata-mata AS ke wilayah udaranya".

Washington tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Iran sehingga urusan AS dengan negara itu dijembatani oleh Kedubes Swiss. Sebuah laporan di New York Times, Kamis (8/12/2011), menyatakan, pesawat mata-mata tak berawak itu merupakan bagian dari program pengamatan untuk memetakan lokasi-lokasi reaktor nuklir Iran. ~kompas


Ini Kisah Sebenar 16 September..

Posted: 09 Dec 2011 08:01 AM PST

Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2009 menyaksikan kekalahan BN yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Lima negeri dan 1 Wilayah Persekutuan tumbang di tangan Pakatan Rakyat. Akibat kekalahan yang memalukan, Abdullah Badawi meletak jawatan dan diambilalih oleh Najib Razak. Najib segera merangka strategi jahat untuk mengembalikan keyakinan penyokong BN yang terjejas teruk akibat kekalahan yang memalukan mereka.

 Dalam mesyuarat sulit Najib bersama unit pakar strategi dan think tank beliau pada April 2008, Najib membuat perancangan jahat dengan 'apa cara sekalipun' merampas semula negeri-negeri yang telah tumbang. Dan mereka menumpukan strategi mereka untuk Perak dan Selangor.

Tetapi sudah pasti Anwar Ibrahim dapat mengetahui perancangan mereka melalui maklumat risikan oleh SB Polis dan MIO Tentera. Bagaimana SB dan MIO boleh beri maklumat kepada Anwar Ibrahim…? Sebenarnya, itulah hakikat yang berlaku sekarang.

Malah mesyuarat Kabinet, mesyuarat MKT Umno, maklumat risikan lain juga dengan senang Anwar boleh perolehi…. Sebab apa…? Sebab lebih separuh ahli UMNO, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai risikan adalah orang Anwar Ibrahim!

Najib merancang… Anwar juga mengatur strategi berdasarkan maklumat yang diberi. Pada 23 April 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah cukup Ahli-Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, dan tarikhnya adalah 16 September 2008, iaitu Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.

Dalam aturan tindakannya itu, Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan tidak satupun tindakan beliau yang melanggar perlembagaan dalam usaha strategi beliau untuk membentuk kerajaan baru. Termasuklah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi di Parlimen, dan juga memohon untuk mendapatkan persetujuan dari YDP Agong.

SEBAB UTAMA ANWAR IBRAHIM RANCANG 16 SEPTEMBER

Tujuan dan matlamat utama perancangan '16 September' adalah untuk mengalih perhatian Najib dan rejimnya daripada merampas Selangor yang merupakan aset yang tidak ternilai di Negara ini.

("Anda mesti mencari cara yang bijak untuk mengalihkan perhatian musuh anda semasa anda membuat langkah strategik" - Buku The Art Of War – Shun Zu)

Dengan pengumuman '16 September', maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya "lawatan sambil belajar". Padahal ketakutan yang amat sangat, apabila ramai ahli parlimen BN yang berbisik kepada Anwar, " Please.. count..me..in ".

Tetapi itu BUKAN matlamat utama Anwar iaitu menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib. Dalam tempoh Najib dan konco-konconya kelam kabut menyelamatkan ahli-ahli parlimen mereka, masa pun berlalu… selama hampir setahun.

Anwar Ibrahim berjaya merancang strategi untuk mengurustadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya. Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan '16 September'. Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor.

Selepas isu '16 September' berakhir, pada Februari 2009 Najib dan rejimnya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan rakusnya mengheret Speaker DUN dan mengunci beliau semasa ucapan perasmian sidang DUN oleh Raja Muda Perak. Tetapi, Selangor tidak semudah itu untuk dirampas, kerana bilangan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Selangor adalah jauh lebih banyak dari Perak.

Akibat ketidakpuasan hati Najib dan rejimnya, mereka masih mencuba untuk hancurkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan memperkudakan SPRM sehingga kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock atas sebab dakwaan pembelian bendera Malaysia yang bernilai RM2 ribu sahaja.

Jika Teoh Beng Hock mengaku "kesalahan" tersebut, adakah akan ada tangkapan secara besar-besaran ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dan menumbangkan Kerajaan Selangor ???

konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu, kerana isu azan. Dan kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa penyelenggaraan kereta sendiri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor.

Isu kecil sebegini pun mereka gunakan sehingga menyebabkan kematian, tangkapan ISA dan dakwaan terhadap Menteri Besar. Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata '16 September'.

Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu '16 September' yang kononnya "gagal", sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor... ~reformis anak muda

Pekeliling SBPA 2012 Keluar Secara Rasmi, Ini Tangga Gaji Baru..

Posted: 09 Dec 2011 07:44 AM PST

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Dasar Pemisah (Exit Policy) ; 67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah.

Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Link JPA:

SBPA UMUM : KLIK
SBPA GURU : KLIK
SBPA PDRM : KLIK

Jadual Pemindahan Gaji

PnP
Pelaksana Diploma
Pelaksana STPM
Pelaksana SPM
Pelaksana PMR
Skim Perkhidmatan Bersepadu
Skim bawah SPRM
Skim Bawah Maritim

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:


Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :
STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier. Gaji Minimum – Maksimum
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.    

Prinsip Pemindahan Gaji


32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)


44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.
Setakat ini antara tangga gaji SBPA 2012 yang berjaya diperolehi antara ialah :

Tangga Gaji Baru Guru

tangag gaji guru DG32
tangga gaji guru DG34
tangga gaji guru DG 44
tangga gaji guru DG 48
tangag gaji guru DG52
tangga gaji guru DG54


Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-

SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM

SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.

Setakat ini kaedah perlaksanaan telah dikeluarkan secara rasmi. Tangga gaji SBPA masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini…Ramai yang inginkan lampiran C, tetapi masih dimuat naik lagi. Sebenarnya inilah yang menjadi tanda tanya sebahagian besar kakitangan awam. Tangga gaji biasanya akan diedarkan oleh Jabatan masing-masing.

Apa pandangan & pendapat anda selepas meneliti pekeliling SBPA tersebut? ~beritasemasa

Tiada ulasan: