Jumaat, 9 Disember 2011

PERAKITE

PERAKITE


Taliban akan saman Fauzi RM500 juta pada Isnin ini

Posted: 08 Dec 2011 10:43 PM PST


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak Norazli Musa akan mengemukakan saman malu dan fitnah terhadap Fauzi Muda di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Isnin ini.

Saman berkenaan akan dikemukakan oleh Peguam Aminudin Zulkifli.

Menurut Nor Azli, saman berkenaan adalah ekoran kenyataan Fauzi yang menyebut beliau telah memperkayakan diri semasa pemerintahan kerajaan negeri PakatanN Rakyat.

"Fauzi memfitnah saya, dengan mengatakan saya telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membina kediaman saya di Ipoh.

Beliau berkata, kenyataan Fauzi melalui media itu telah menjejaskan reputasi dan memalukan beliau. Ia bersifat fitnah kerana ia tidak berasas sama sekali.

"Sebelum ini saya telah mencabar Fauzi membuktikannya dalam tempoh seminggu atau hadapi saman tuntutan ganti rugi. Beliau gagal berbuat demikian, dan oleh sebab itu maka sama akan dikemukakan

Tiada ulasan: