Rabu, 7 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Video Anwar hasut rakyat... kahkahkah...

Posted: 07 Dec 2011 08:00 AM PST

Bibiaq mulut Najib tak merah dah lepaih nih...

Posted: 07 Dec 2011 07:32 AM PST

Kejatuhan Umno sudah dekat...

Oleh Lanh

HANYA Umno-BN mampu buat itu dan ini. Hanya Umno-BN mampu perintah negara - demikian antara lain kita disogokkan dengan slogan berbentuk indoktrinasi.

Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kita menerima apa saja yang disogokkan tanpa kita berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.
Sebagai contoh ramai daripada kita diajar hal ehwal agama semasa kecil tanpa memahami apa yang sebenar kita pelajari. Ramai orang mengaji (membaca al-Quran) tetapi sangat sedikit daripadanya memahami maksud ayat yang dibaca apatah lagi mengamalkannya. Orang dewasa menyuruh kita sembahyang tetapi ramai daripada kita tidak faham apakah tujuan kita berbuat demikian dan pengertian ayat yang kita baca ketika solat.

Ketika kecil, ramai daripada kita dipaksa menyerap dan menanam fahaman dan ajaran ke dalam diri kita secara bulat-bulat tanpa dapat mempersoalkan apa yang kita lakukan. Ini termasuklah bab hantu. Apabila dewasa dan tiada lagi pihak berkuasa (ibu bapa sudah jauh dari mata) mengawasi dan memaksa kita melakukan ibadat tersebut (seperti sembahyang), sebahagian daripada kita secara perlahan-lahan meninggalkan atau melakukannya hanya sebagai satu kebiasaan saja.

Mereka yang melakukan ibadat tersebut, sebahagiannya hanya mengharapkan pahala (balasan baik) dan dijauhkan daripada seksaan api neraka. Hal yang sama berlaku tatkala kita dewasa. Kita dipaksa menerima fahaman-fahaman yang ternyata kita sendiri tidak faham tetapi kita juga tidak mempunyai hak mempersoalkannya. Orang lain cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kita untuk menanamkan fahaman-fahaman dan kepercayaan ini.

Berdasarkan Perhimpunan Agung Umno terbaru di ibu kota, kita dapat saksikan betapa indoktrinasi parti tua ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ambil saja ucapan berapi-api Ketua Wanitanya, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Sebahagian ucapannya tiada 'substance', hanya mengekspoitasi serta memain-mainkan perasaan perwakilan. Lihatlah betapa bijak Shahrizat mengalihkan serangan musuh dalam isu 'lembu' terhadap dirinya kepada Wanita Umno pula. Kononnya kejituan Wanita Umno dicabar dan uji, hakikatnya serangan ditujukan kepada dirinya sehingga ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin juga meminta dia meletakkan jawatan.

Kenapa Shahrizat berlindung di belakang Wanita Umno dan majoriti perwakilan Wanita beriya-iya bersorak menyokongnya? Persoalan ini begitu kompleks; jadi marilah kita teliti kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) yang sudah sudah baca di sekolah rendah dulu tetapi tidak kita aplikasikan dalam kehidupan. 'The Emperor's New Clothes' menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat). Hanya kebijaksanaan seorang budak dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah (berbogel tetapi dikatakan berpakiaan paling mewah dan cantik) dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Ringkasnya pemimpin benar kerana dia berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut. Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam (perwakilan) kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya. Lebih-lebih lagi masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Kenapa perwakilan bersorak, menyatakan sokongan tanpa menyelidik sama ada yang dikatakan itu fakta atau suatu manipulasi? Ilmuan psikologi dan sosiologi mengaitkan perlakuan manusia ini sebagai 'collective behaviour' (tindak-tanduk bersama). Kelakuan manusia berbeza sama sekali apabila di bersendirian atau berada dalam sesebuah kumpulan (beramai). Kelakuan beramai mempunyai ciri tertentu yang membolehkan kita mengenal pasti dan mengkaji tingkah-laku manusia dalam situasi itu.Individu yang termasuk dalam keramaian, bertindak kepada sesuatu perangsang (stimulus) yang berupa orang, peristiwa atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan emosi rancak.

'Collective behaviour' telah menyebabkan perwakilan Wanita Umno (sebagai contoh) begitu berani. Berani kerana ramai, bukan kerana benar. Apabila bersendirian seseorang adalah lemah dan penakut – ibarat seekor tikus yang sentiasa takut akan bayang-bayang kemampuannya, jauh daripada takutkan bayangkan kucing. Sebenarnya kucing tidak wujud, tikus hanya takut pada dirinya saja. Namun apabila berkumpulan, barulah manusia berani dan lantang. Berani bercakap berapi-api dan lantang bersuara termasuk untuk 'menyelak kain' kerana dia yakin mendapat sokongan dan akan dibela oleh ribuan bahkan jutaan pak turut di belakangnya.

Indoktrinasi begitu berkesan pada jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang pula terutama pada era teknologi maklumat kini, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan dan ruang untuk berfikir dan menambah maklumat.

Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat SovietUnion dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur saja. Setiap perkara (benda) yang sudah sampai di kemuncaknya akan jatuh. Lemparlah batu ke udara, selepas ia mencapai kemuncak ketinggian, ia akan jatuh. Apabila Umno sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya, percayalah ia juga akan hancur!

Meloya dah jarum Hassan Ali to give and take... kahkahkah...

Posted: 07 Dec 2011 01:30 AM PST

Utusan mahu Hasan Ali jadi 'orang tengah kahwinkan Umno-PAS'

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat "Datuk Paduka" sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan "melakukan perkahwinan" antara PAS-Umno.

Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang "penting" dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.

Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

"Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali," kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.

"Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor," katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.

Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu "berkahwin" sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan "sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu."

Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.

"Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.

"Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya," kata penulis akhbar itu.

Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.

Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

"Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

"Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu," kata Zaini lagi.

Akhbar Umno itu berkata "Faktor Dr Hasan amat penting sekali" kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.

"Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam," katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.

"Malah PKR pun pening kepala dengan beliau," katanya.

Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.

"Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor," katanya dalam tulisan kali ini.- TMI

Video ni gerenti popular bila time dekat mengundi... hihi...

Posted: 07 Dec 2011 12:30 AM PST

Mai kita tibai Zahid Hamidi pulak... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 11:00 PM PST

Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Zahid Belum Dijelas

Oleh Mohd Sayuti Omar

KALAU tidak salah ingatan saya Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang ditimbulkan mengenai pemergiannya ke Makkah yang menaiki jet peribadi. Kata Zahid yang ketika itu berada di Russia beliau akan menjelaskan perkara itu sebaik pulang ke tanah air.

Saya tidak tahu apakah Zahid telah menjelaskan atau tidak jet siapa yang beliau naiki itu. Katanya jet itu adalah jet kawannya dan bukan jet miliknya sendiri.

Semasa perhimpunan agung Umno beberapa hari lalu tidak ada perwakilan bertanya mengenai hal itu kepada Zahid. Jadi terlepaslah Zahid untuk menjawabnya. Namun kelesuan dan kealpaan perwakilan Umno yang sudah dikunci mulut dari menyoal itu tidak bermakna Zahid boleh releks dan tidak menjawab.

Beliau kena menjelaskan jet yang ditumpangi ke Makkah itu jet siapa. Pemergian itu bukan sekali, kalau tidak salah saya sudah lebih dari dua kali Zahid menggunakan jet berkenaan. Kalau Zahid tidak jelas menyebabkan orang boleh beranggapan jet itu adalah jetnya yang dibeli atas nama orang lain, nominis.

Apa yang Zahid kena jelas ialah siapakah kawannya yang memiliki jet itu. Apakah pekerjaaan kawannya itu sampai boleh membeli jet. Apakah dia seorang kontrektor yang menguruskan pembelian peralatan tentera di Malaysia? Atau dia sebenarnya hanya seorang teukah jual pisang goreng dan tahu bakar di Chow Kit saja?

Kalau sesiapa telah mendengar penjelasan mengenai jet berkenaan oleh menteri pertahanan itu bolehlah laporkan kepada saya. Saya percaya ramai orang hendak tahu kedudukan jet itu dan apa hubungan Zahid dengan tuan jet berkenaan. Saya juga hendak jelaskan bagi menghuraikan kekeliruan orang ramai terhadap isu berkenaan.

Penjelasan ini dituntut kerana kalau tidak akan banyak lagi kemisterian yang berlegar di keliling diri Zahid seperti macam mana dia pernah dikatakan membantu keluarga isterinya untuk memajukan sebidang tanah di Melaka untuk membina sebuah institusi pendidikan

http://msomelayu.blogspot.com/

Wajib baca: Mahadhir dah tunjuk jalan kat Shahrizat...

Posted: 06 Dec 2011 09:30 PM PST

Scandal Fidlot : Pesan Mahathir buat Shahrizat...

Tun Mahathir berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti.

"Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain," katanya lagi.

Kalau tak sedar lagi... baguslah..


*******************************************

Mahathir beri isyarat Shahrizat perlu letak jawatan

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba memberi isyarat agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan jika ianya memberi kebaikan kepada Umno.

Ia berikutan skandal isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan suami beliau dan pembelian kondominium mewah di sebalik dana penternakan lembu itu.

Ketika diminta mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat (PR) agar Shahrizat meletak jawatan, Tun Mahathir berkata, pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.

"Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur.

"Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran mendatangkan faedah kepada parti, mereka harus undur," kata Tun Mahathir di Ipoh, kelmarin.

Tun Mahathir turut berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti.

"Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain," katanya lagi.

Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat 'untuk kebaikan parti' telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.

Padahal sebelum ini, selain dari PKR yang mahu Shahrizat meletak jawatan, beliau juga turut mendapat pandangan yang sama dalam Umno sendiri.

Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

Ketika persidangan agung sayap Wanita Umno minggu lepas, ada beberapa perwakilan Wanita Umno cuba melakukan protes diam terhadap ketua sayap Umno itu. Baca di sini.

Keadaan itu memberi satu jawapan buat Shahrizat, bukan sahaja rakyat mahu beliau berundur, bahkan rakan-rakannya dalam Umno turut mendesak beliau bertindak demikian.

Jadi usahlah beliau merasa sombong untuk mencabar orang lain yang tiada kaitan dengan tuduhan penyalahgunaan dana menternak lembu itu untuk meletak jawatan.

Warkah Daily

UMNO gempaq mak cik Felda... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 08:40 PM PST

Lakonan "polis baik, polis jahat" UMNO-BN

Oleh Muhammad Zir

Jika kita perhatikan betul-betul ucapan dasar Presiden UMNO Najib Razak berbanding timbalannya Muhyiddin Yassin sewaktu perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, kita akan dapat melihat corak serangan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Dua susuk ini akan memainkan peranan yang amat penting dalam taktik dan strategi kempen serangan besar-besaran mereka ke atas Pakatan Rakyat.

Lakonan ekstrem

Berdasarkan ucapan Muhyiddin, jelas sekali beliau begitu fokus kepada agenda Melayu. Kata-kata atau fitnah beliau untuk membakar emosi Melayu cukup hebat. Manipulasi beliau tentang DAP untuk membangkitkan kebencian melulu kepada apa sahaja yang 'Cina' sungguh menakutkan.

Kita lihat bagaimana tuduhan melampau Muhyiddin tentang DAP dihamburkannya secara langsung melalui stesen TV UMNO, iaitu TV3, serta laporan-laporan media kawalan UMNO-BN. DAP dituduh mahu menjadikan Malaysia sebagai republik, DAP ditohmah mahu melantik Perdana Menteri tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, DAP didakwa menindas Melayu, dan pelbagai lagi kata nista yang bukan-bukan.

Para perwakilan yang mengikut skrip Muhyddin pula menyambungnya dengan menggambarkan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP dalam soal negara Islam, hukum hudud dan pelbagai lagi. Sasaran pastilah kelompok warga Islam yang membesar dengan membaca lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia serta menonton berita TV3 dan RTM.

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana sentimen perkauman dan agama dimanipulasi tanpa rasa tanggung jawab pihak mereka. Tujuannya hanya satu, iaitu Muhyiddin akan mengepalai kempen menarik sokongan orang Melayu dan Islam dengan membenci DAP, dan dengan itu mereka menjadi takut untuk mengundi rakan-rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR.

Lakonan moderat

Berdasarkan ucapan Najib pula, ungkapan beliau sangat berhati-hati. Hinggakan nama parti DAP, PAS dan PKR sekali pun tidak mahu disebutnya, hanya digantikan sebagai parti A, B dan C. Ini memberi imej yang bertentangan sekali dengan ucapan timbalannya yang secara terang-terangan mencaci-maki DAP.

Najib lebih menekan isu nasional, agenda transformasi dan slogan 1Malaysianya. Jelas di sini peranan beliau sebagai ketua parti dan kerajaan yang mahu dilihat lebih inklusif dalam mencari sokongan rakyat dari pelbagai kaum, dan bukan dari orang Melayu sahaja.

Beliau seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada emosi perkauman yang dibangkitkan oleh timbalannya sendiri serta ramai kalangan perwakilan UMNO sewaktu perhimpunan itu. Beliau mahu dirinya dilihat sebagai pemimpin moderat atau sederhana.

Seolah-olahnya wujud perbezaaan pendapat, dan mungkin ada yang menganggap kedua-dua perpimpin tertinggi UMNO itu sudah tidak sehaluan. Tetapi adakah itu hakikat sebenarnya?

Lakonan terancang

Teknik soal siasat polis "good cop, bad cop" atau "polis baik, polis jahat" adalah taktik psikologi yang sering digambarkan dalam filem dan drama TV antarabangsa.

Dalam babak soal siasat suspek, seorang pegawai penyiasat polis akan berlakon garang dan ganas serta agresif untuk menakutkan suspek. Dalam ketakutan itu, seorang pegawai lain yang berlakon baik akan memujuk suspek supaya memberitahu polis segala maklumat yang diperlukan.

Tekanan psikologi sedemikian dapat menghasilkan apa yang diperlukan kerana suspek biasanya akan tunduk dan bekerjasama dengan pegawai yang dilihatnya sebagai baik, bersopan-santun serta 'boleh dipecayai'.

Malah ada juga suspek, kerana terlalu takut dengan ugutan watak 'jahat', terus mengaku segala-galanya kepada pihak polis.

Inilah yang menjadi permainan politik pucuk pimpinan UMNO sekarang bagi memanipulasi minda para pengundi agar percaya bahawa mereka tidak ada pilihan lain kecuali mengekalkan kuasa BN dalam PRU akan datang.

Wang rakyat untuk menjayakan lakonan

Pakej serangan ini akan diselaraskan dengan pelincir yang paling kuat, iaitu wang. Ringgit dan sen akan mengalir deras dalam kempen kali ini, malah lebih dari kebiasaannya berbanding pilihan raya yang lalu.

Dakwaan tentang warga asing yang telah mendapat kad pengenalan Malaysia dan dijadikan pengundi berdaftar sudah berkali-lagi dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan NGO-NGO prihatin.

Tetapi semua itu hanya dijawab dengan pelbagai alasan oleh agensi-agensi pemegang amanah rakyat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tanpa mengambil sebarang tindakan serius.

Para pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipergunakan secukup-cukupnya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Rakyat pula ditawarkan dengan pelbagai program pembangunan dan kebajikan. Semua ini memakan belanja yang besar, semua ini adalah wang rakyat dan hasil sumber negara.

Melihat dari situasi ini, maka tidak hairanlah mengapa Najib menganggap PRU akan datang sebagai ibu segala pilihan raya. Kita sebagai rakyat pula memahaminya sebagai ibu kepada kempen yang paling kotor, zalim dan tidak adil.

Lakonan komponen BN

Dengan lakonan politik yang sama, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga hebat berkempen di kalangan kaum Cina dengan memperlekehkan hukum hudud. Katanya hudud akan menjadikan Malaysia negara mundur dan semua pelabur akan lari.

Strategi MCA ialah untuk menakutkan kaum bukan Melayu, iaitu oleh kerana PAS mahu kepada hukum hudud, jadi DAP yang menjadi rakan PAS dalam Pakatan, juga dituduh sebagai parti yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Soal sama ada DAP telah menolak hudud atas dasar prinsip, termasuk kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak diambil kira oleh Chua yang hanya mahu orang Cina menolak Pakatan Rakyat.

Kesan hubungan antara kaum tidak dipedulikannya kerana pemimpin MCA itu hanya mahu menjayakan tugasnya sebagai alat kepada pucuk pimpinan UMNO yang lebih awal lagi telah menolak pelaksanaan hudud.

Seperti yang kerap dilakukan sekarang, UMNO mendakwa PAS diperkudakan oleh DAP manakala MCA mengatakan DAP diperkudakan oleh PAS. Logik hujah mereka juga semakin mereng.

Pertimbangan rakyat terhadap lakonan politik

Strategi UMNO menerusi Najib dan Muhyiddin bukanlah sekadar untuk memberi kemenangan kepada BN, sebaliknya rakyat perlu melihat, jika BN mengekalkan kuasa sebagai kerajaan, ia membawa maksud bahawa ia adalah kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa dan perosak demokrasi.

Rakyat menyeru kepada 3.3 juta ahli UMNO, yang kita rasa ramai antara mereka yang masih waras serta malu dengan kerakusan para pemimpin mereka yang hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni masing-masing, supaya membuang politik benci dan fitnah.

Kita merayu supaya semua pihak berjuang di atas landasan yang betul. Sekurang-kurangnya jika kalah pun, ia adalah kekalahan yang bermaruah. Maksudnya pihak yang kalah, walau pun berjuang secara bersih, adil dan jujur, akan tetap dihormati umum.

Sebaliknya, jika UMNO-BN menang dengan cara yang keji, maka itu bukan kemenangan kepada ahli-ahli UMNO-BN sendiri. Kemenangan dengan cara yang kotor hanya mencerminkan kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa, penindasan dan ketidakadilan.

Jika rakyat, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri, membiarkan ini berlaku, bayangkan nasib diri dan keluarga yang terpaksa menanggung kesan politik kotor dan keji di mana perkauman akan berleluasa, benci-membenci menjadi budaya dan hanya yang di atas terus mengaut keuntungan tanpa mempedulikan nasib kita.

Perlukah kita menanggung sengsara semata-mata kerana mahu mempertahankan segelintir pemimpin yang mahu meneruskan politik keji mereka yang semakin tidak relevan lagi? – Roketkini.com

Sah: Rambut Rosmah takkan kembang lagi lepaih nih... haha...

Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST

Anwar tambah yakin bila UMNO gaduh nak selak kain... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 06:00 PM PST

Anwar Yakin Tawan Putrajaya

SHAH ALAM : Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk menawan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), terutama Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana PR kini semakin kuat, bahkan yakin dapat menawan Putrajaya.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat, apatah lagi dengan terbongkarnya pelbagai kes berikutan Laporan Audit Negara 2010.

"Mana jawapan rasional bagi isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)? Mereka jawab, tetapi hanya untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin peruntukan RM250 juta bagi mereka adalah jumlah yang kecil.

"Selain itu dalam Perhimpunan Agung Umno lalu, mereka kata mereka pejuang bangsa Melayu, mana ada?. Jika pejuang bangsa Melayu, tidak timbul isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan lain-lain," kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, ketika berucap pada majlis Rapat Umum PR di pekarangan Stadium Malawati, semalam.

Beribu-ribu penduduk setempat dan luar kawasan membanjiri majlis berkenaan, walaupun pada awalnya hujan lebat dan khemah tidak mencukupi untuk menampung mereka. Siri kedua dan ketiga Rapat Umum PR dijadualkan berlangsung di Perak dan Pulau Pinang pada 10 dan 18 Disember depan.

Rapat Umum PR diadakan bagi menjawab segala tuduhan yang didakwa dilemparkan Umno ketika persidangan agung parti itu yang berlangsung selama lima hari bermula 29 hingga 3 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut berucap pada program itu termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri serta Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Nik Abdul Aziz berkata, strategi pemerintahan yang menjadikan Islam sebagai landasan, berjaya menyekat anasir buruk daripada melanda rakyat.

"Pas masih kekal dengan perjuangan Islam dan akan berjuang de-ngan tidak mengetepikan syariat Islam. Apa dilakukan Umno adalah di luar corak pemerintahan Islam.

"Mereka tidak menegah perkara mungkar. Tidak menutup aurat, terutama dalam kalangan pemimpin wanita Islam, adalah perkara biasa. Cara Pas berbeza, kita dahulukan tuntutan Islam. Pemimpin yang diwajibkan dahulu ikut syariat Islam supaya dijadikan contoh oleh rakyat," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, DAP kekal menyokong Pas yang memperjuangkan Islam dalam pemerintahan negara.

"Kami memang sokong seratus peratus agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara," katanya.- SPR

Tua kutuk tak sedaq diri... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 05:00 PM PST

INI BARU BETUL TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI

Oleh: WFAUZDIN NS
TUA kutuk tak sedar diri. Itu saja yang boleh aku sebut kepada Mohd Kamal Saidin orang tua nyanyuk yang dipanggil ulamak oleh puak Umno ini. Memang dia nyanyuk kalau pun tidak sedar diri kerana jika beliau waras, mana mungkin tergamak beliau menghina Hukum Hudud di hadapan orang-orang bukan Islam?

Mohd Kamal Sadin baru-baru ini dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Beliau yang bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur, berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Menyalak sambil menghina hukum Islam di depan orang-orang bukan Islam.... 

Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh orang tua kutuk ini tentang enakmen tersebut sama seperti yang dipersoalkan oleh Zul Kulim `lembu' di dalam Parlimen sebelum ini yang mendakwa hukum tersebut `memboleh'kan suami meliwat isteri. Persoalan tersebut telah dijawab di dalam Parlimen malahan telah diperjelaskan dengan nas dan dalil oleh Dewan Ulamak PAS melalui media. Lebih jelas lagi, telah bertahun enakmen tersebut diluluskan, sehingga kini Jabatan Agama Islam mahu pun Majlis Fatwa tidak pernah mempertikaikan enakmen berkenaan. Masakan hukum yang `sesat' di dalam enakmen Syariah boleh dibenarkan berkuatkuasa tanpa tindakan oleh Jabatan Agama Islam?

Oleh yang demikian, mengapa bengap sangat orang tua ini untuk memahami enakmen tersebut? Atau, sememangnya beliau dilahirkan untuk menyesatkan orang lain kalau pun tidak untuk menunjukkan betapa bebalnya Ulamak di dalam Umno memahami Hukum Hudud? Baru-baru ini, aku sendiri tengok si tua jahil ini bercakap di pentas PWTC dengan memetik beberapa ayat Al-Quran yang bacaannya pun tunggang-langgang semata-mata untuk menghentam PAS. PAS dikatakan parti ajaran sesat, tetapi si tua nyanyuk ini lupa bahawa parti anutan beliau itu telah beberapa kali `menyembah' kaki PAS untuk bersatu. Jika benar PAS itu sesat, apa kejadahnya yang Umno mahu bersatu dengan PAS? Bukankah lebih baik Umno terus bersatu dengan APCO yang `tidak sesat' itu?

Mahu marah pun ada, tetapi simpati pun ada pada orang tua seekor ini. Di dalam keadaan nyawa di hujung tanduk, gigi pun semakin jarang dengan rambut sudah memutih tetapi masih bersemangat untuk memburukkan hukum Islam di hadapan orang-orang bukan Islam. Jadi, pelik apanya jika Chua Soi Lek pemimpin MCA kaki zina itu sekarang berani menghina hukum Hudud. Elok benarlah Chua Soi Lek melantik Mohd Kamal Saidin ini menjadi Tok Guru dia.

Mampuih keraih la hang Papa Gomo oiii... haha...

Posted: 06 Dec 2011 04:00 PM PST

Kolumnis mahu Papagomo minta maaf

Salhan K Ahmad
Seorang kolumnis hari ini menuntut penulis blog pro-Umno papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris meminta maaf atas satu tulisan di laman berkenaan yang didakwa memfitnah dirinya.

Kolumnis berkenaan, Amin Iskandar berkata, kandungan tulisan bertajuk 'Amin Iskandar penulis the malaysian insider akui dicabul Anwar Ibrahim' itu tidak benar dan merupakan satu fitnah yang menjatuhkan nama baiknya.

"Saya difitnah oleh penulis blog tersebut yang menuduh saya dicabul oleh (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan blog tersebut telah memaparkan sebuah gambar saya dan sebuah gambar yang bukan saya," laporan polis itu dipetik.

Laporan berkenaan merujuk kepada salah satu daripada gambar yang didakwa Wan Muhammad Azri dalam tulisan berkenaan sebagai "aksi cabul yang telah berjaya dirakam."

Foto yang disiarkan bersama tulisan bertarikh 26 November itu menunjukkan dua orang lelaki yang membelakangi kamera dan tidak memperlihatkan wajah kedua-duanya.

Nama samaranKetika ditanya, Amin berkata beliau telah memastikan bahawa Wan Muhammad Azri, 28, merupakan penulis yang berselindung di sebalik nama samaran Papagomo di laman tersebut.

Katanya lagi, beliau memastikan demikian melalui semakan dengan "sumber yang dipercayai."

Amin juga berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mengambil tindakan terhadap penulis seperti Wan Muhammad Azri "tanpa memilih bulu."

"Penulis seperti ini sering kali melemparkan fitnah secara sesuka hati tanpa berani memperkenalkan identiti sebenar mereka dan berselindung di sebalik nama samaran.

"Diharapkan agar laporan polis yang akan disusuli dengan tindakan undang-undang selepas ini dapat membantu usaha membersihkan dunia penulisan blog dari unsur fitnah, lucah dan berniat jahat untuk memburuk-burukkan sesetengah pihak," kata Amin lagi.

Sementara itu, peguam, Puspawati Rosman yang menemani Amin untuk membuat laporan di Balai Polis Travers berkata, tindakan hari ini merupakan langkah pertama ke atas Wan Muhammad Azri.

"Tuntutan utama adalah supaya penulis blog itu meminta maaf secara terbuka dan mengaku bahawa beliau telah berbohong dalam penulisan beliau.

"Sekiranya tuntutan mahkamah perlu dibuat supaya beliau mengaku, kita akan buat tuntutan mahkamah... Kita akan hantar surat tuntutan," katanya lagi kepada pemberita selepas laporan polis itu dibuat.Blog papagomo.com sebelum ini telah menyiarkan tulisan yang dipertikai banyak pihak, termasuk ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelas sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Maksud Ilmu Tauhid

Posted: 06 Dec 2011 02:30 PM PST

Ilmu Tauhid secara umum ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, seperti dalil naqli, dalil aqli. Sarjana barat menterjemahkan Ilmu Tauhid ke bahasa mereka dengan Theologi Islam. Secara etimologi Theologi itu terdiri dari dua kata yaitu theos berarti Tuhan dan Legos berarti ilmu. Dengan demikian dapat diartikan sebagai ilmu ketuhanan.

Perkataan tauhid berasal dari bahasa Arab wahhada, yuwahhidu, tauhidan. Secara etimologis, tauhid bermaksud keesaan iaitu itikad atau keyakinan bahwa Allah SWT adalah Esa, Tunggal, Satu.

Dari segi istilah pula, tauhid diertikan dengan berbagai maksud yang dapat mengambarkan frasa Tauhid itu secara konseptual. Justeru, ini memudahkan kita memahami konsep Tauhid dengan lebih jelas sebelum mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara lebih terperinci. Antara istilah-istilah yang diguna pakai ialah tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang.

Menurut Syeikh Muhammad Abduh mengatakan tauhid adalah suatu ilmu yang membahas tentang wujud Allah, sifat-sifat yang wajib tetap padaNya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepadaNya dan tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan padaNya. Tauhid Juga membahas tentang rasul-rasul Allah dan meyakinkan kerasulan mereka.

Menurut Husain Affandi al-Jars mengatakan tauhid adalah ilmu yang membahas hal-hal yang menetapkan akidah agama dengan dalil-dalil yang meyakinkan.

Prof. M. Thahir A. Muin mengatakan bahawa tauhid adalah ilmu yang meyelidiki dan membahas soal yang wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah dan bagi sekalian utusan-utusanNya, juga mengupas dalil-dalil yang menjadi bukti kepada akal fikiran sebagai alat untuk membuktikan adaNya zat yang wujud.- MR

Tiada ulasan: