Rabu, 7 Disember 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Loceng kecemasan untuk PAS Kelantan !!

Posted: 07 Dec 2011 12:31 AM PST

"Anta lihat ni. Kita katakan PRU13 bulan 3. Musim cuti sekolah. Selepas Raya Cina. Jika itu tarikh PRU13, bermakna daftar pemilih yang digunakan ialah sehingga Disember ini.

Baik. Sekarang anta lihat perlumbaan pendaftaran pengundi baru antara UMNO dan PAS. See... PAS kalah 4 ribu lebih. Tiada langsung pendaftaran pengundi baru oleh PAS di Manek Urai, di Dabong, bla bla bla..

Ini pula adalah undi tetap UMNO 2004 dan 2008. Menurun?"

"Meningkat."

"Ya.. meningkat. Walau UMNO kalah 2008, tapi undi tetapnya meningkat. Beza keseluruhan undi PAS dan UMNO pada 2008 hanya 1%. Hanya 1%. Ini bermakna, undi tetap, dan ditambah dengan undi pendaftaran baru oleh UMNO, siapa menang?"

"Tapi tak semestinya mereka yang didaftarkan UMNO akan undi UMNO, mereka yang..."

"Memang benar itu antara pembolehubahnya. Tapi itu bukan hujah kita untuk menyelesaikan masalah ini. Hujah itu bukan penyelesai masalah ini."

"Ya.. jadi sebab itulah ana meminta anta semua, Harakah, untuk mengejutkan kita semua. Kita hanya ada 3 minggu lagi untuk menambah pendaftaran pengundi baru dalam senarai pemilih terakhir, dengan berpegang kepada tarikh PRU13 pada bulan 13."


Tiada ulasan: