A Mum Of Three Mohd |
- Najib terkincit dalam seluar??
- Hebat. Tak habis siasat dah ada konklusi
- Kayo kito!! Kayo kito!!
- Blah sebelum diarah
- Transformasi SPRM. Ada berani??
- Bravo Gerakan!!
- SPR banyak songeh
- The Power Broker??
- Liabiliti yang mesti pergi
- Transformasi : Cara beri rasuah
- Jom jatuhkan Noh Omar!!
- Yaahoo!! The Show is on!!
Najib terkincit dalam seluar?? Posted: 07 Dec 2011 08:15 AM PST Haisshh..... bebudak muda ni nak buat lawak pulak. Ada ke nak ditemukan si Najib dengan Anwar dalam satu pentas forum. Takkan jadi punyer...!! Caya ler... Kalau Anwar, aku konfiden, dia tak takut. No problem. Dia memang mencari peluang untuk bertemu ruas dengan Najib di mana-mana pentas sekali pun. Tapi... what about Najib?? Dulu dia kata Anwar akan demam jika berdebat dengannya but semua orang tahu, sebenarnya dia yang kecut perut dan takut terkincit dalam seluar jika berdebat dengan Anwar. Cer teka.... sapa yang korang rasa akan terkencing dan terkincit dalam seluar jika debat antara Anwar dengan Najib ni menjadi realiti?? Cer teka...Cer teka... Apa-apa pun, syabas diucapkan kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kerana mempunyai keberanian dan kesungguhan untuk menganjurkan Forum bertajuk "Merencana Masa Depan Negara". Berita selanjutnya sepenuhnya di sini. Aha... surat jemputan telah dihantar. Anwar dah setuju tanpa banyak songeh tapi Najib belum tahu lagi. Ada 'telor' atau tak der 'telor' untuk menerima jemputan tersebut, kita tunggu dan lihat... But... aku pasti bahawa dia akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada menyertai forum ini. Apa yang mungkin dilakukannya adalah mengantar wakil bagi menggantikkannya. Entah-entah... dia akan arahkan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri KPT untuk ambil alih tempatnya. Hmmm... kalau Saifuddin Abdullah, best gak. But, kalau Najib berani turun.... gempak beb!! |
Hebat. Tak habis siasat dah ada konklusi Posted: 07 Dec 2011 06:30 AM PST Kes sikit punya besaq.... siasat pun sat jer... lepas tu kata, tidak ada unsur penyelewengan. Senyap!! Siapa yang polis siasat, kita tak tahu. Apa yang disiasat... wallahua'lam. Tup... tup.... buat kenyataan tiada unsur penyelewengan. Senyap!! Yang terus bising ialah rakyat dan pihak yang membongkar skandal mega ini. Peliknya polis Malaysia yang kononnyer 'hebat' dan begitu 'professional' dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka, tak panggil pun pihak yang mendakwa dan yang membongkar skandal ini untuk diambil keterangan. Tak caya...?? Baca sini. Kesian kat depa. Sampai la ni.... depa dok tunggu la, kot-kot polis Malaysia nak panggil depa beri keterangan tapi hingga ke saat ini, tak nampak tanda-tanda apa-apa pun. Polis buat nehen jer. Depa buat dono jer. Macam mana pihak yang membongkar dan mendakwa, yang ada dokumen bukti itu dan ini tidak disoal siasat... tetapi pihak polis terus kata... siasatan mendapati tidak ada unsur penyelewengan kuasa?? Tak masuk akai langsung. Nampak sangat macam ada usaha nak cover up dan melindungi Shahrizat dan juga taik lembu UMNO Tapi.... rakyat bukan bodoh. Rakyat tahu polis Malaysia di bawah pengaruh siapa. Siapa boss mereka. Dengan pendedahan demi pendedahan yang bakal dibuat dan disebarluaskan di kalangan rakyat... skandal lembu ini akan ada kesan buruk kepada UMNO dan kerajaan 1Malaysia Najib Razak. Bangkai gajah tak boleh nak disorok-sorok. Yang bersalah akhirnya akan kalah juga. Tak per... tak per.... Dengar khabarnya, si Khairy Jamaluddin telah memberi reaksi positif kepada cabaran debat antaranya dengan Rafizi Ramli tentang skandal ini. Aha.... itu masa paling sesuai untuk dedahkan segala butiran dokumen bukti yang Pakatan Rakyat ada. Dedah biar semua orang tahu. Hendak-hendaknya biarlah debat itu diadakan secara live. Fuuhh..!! Baru ler happening. Banyak mata akan bertumpu pada pembongkaran tentang isu tersebut. Akan terlondehlah mereka. Tapi kan.... takut last-last minit, debat tak jadi.... kerana dihalang oleh orang-orang atas UMNO atau dihalang oleh polis dengan alasan kes masih dalam siasatan polis lagi. Aaaikk... kata dah siasat dan didapati tiada unsur penyelewengan kuasa. Sekarang, lain pulak citernya. Aha... itulah ramalan yang akan berlaku jika debat Rafizi-Khairy tak jadi nanti. Boleh agak punyer ler.... Sebenarnya.... mereka takut mereka akan 'kemaluan besar' jika bukti-bukti didedah dan dilondehkan in publik. Telor tembelang mereka akan pecah... Alamatnya, makin hampirlah mereka ke liang lahad.... disumbat oleh rakyat. Hahahaha.... kes lembu, so polis pun siasat macam lembuler. Polis Malaysia Boleh!! Boleh jadi apa..??? Hahahaha.... lu orang pikir dan jawablah sendiri. |
Posted: 07 Dec 2011 04:45 AM PST Senangnya dalam hati, dapat jadi suami dan anak menteri. Dunia ini mereka yang empunya. Fuiyo.... gilerr tu!! Muda-muda lagi dah dapat gaji puluh-puluh ribu sebulan. Syoknyer..... ber-mak-kan seorang menteri. Bestnyer.... dapat jadi anak menteri. Gilerr you.... dapat jadi laki menteri. Projek senang mari, gaji pulak tinggi. Semuanyer, rakyat tanggung. Fuuuhhh.... joli katak kita beb!! NFC: Gaji suami Shahrizat RM100,ooo sebulan? KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail. Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan. "AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya. "Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai," katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini. Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan. Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan. Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan. Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.-Harakahdaily |
Posted: 07 Dec 2011 03:00 AM PST Sepatutnya dalam keadaan UMNO sedang amat nazak, tercungap-cungap memerlukan talian hayat dari banyak sumber, survivalnya mestilah menjadi priority utama para ahlinya, tak gitu?? Sepatutnya macam tulah. Itu pun jika mereka sayangkan parti lebih daripada kepentingan diri sendiri. Lantas... jika diri sudah terpalit dengan taik lembu, ia bukan saja mencemarkan maruah diri tetapi juga parti. Oleh itu... demi menjaga maruah dan imej parti.... patutnya tahulah apa yang perlu dilakukan. Ini tidak.... dia buat nehen jer. Bila orang cabar... dia selak tangan baju. Uuuu mak.... rangginyer!! Sepatutnya, tak payah tunjuk ranggi..... hang jawab jer. Sebaliknya, dia cuma kata yang dia tak dak kena mengena. Tapi dia lupa..... yang dia seorang menteri dan yang dapat tu pulak laki dia. Ada unsur kronisme dan nepotisme tu. Kalau dia politician yang ada maruah dan integriti, sepatutnya dia tolak atau jangan proceed untuk dapatkan grant tersebut. Tak proper... Well.... itu semua sudah terbongkar dan banyak orang sudah sedia maklum senarionya. Oleh sebab, wujudnya unsur konflik of interest, maka ia sudah menjadi kesalahan. Bagi ler alasan apa sekali pun..... salah tetap salah. Apa yang menyedihkan lagi.... grant yang diberi telah disalahguna, terpesong daripada matlamat asal. Akibatnya.... banyak tanda soal menyelubungi projek tersebut. Dan, tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya menjawab satu persatu soalan-soalan tersebut. Tak boleh nak deny.. deny lagi... Ini isu serius kerana ia melibatkan duit rakyat. Sekarang... apa patut Shahrizat Jalil buat, atau apa patut para pemimpin UMNO buat?? Senang.... letak jawatan atau show her the way out. Banyak yang sudah bersuara, baik secara direct mau pun indirectly. Dan, Mahathir pun tak ketinggalan, turut memberikan pandangannya.... .....pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti. "Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur. "Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran mendatangkan faedah kepada parti, mereka harus undur" [ Lagi di sini] Dengar tu. Weh... Takkanlah seorang lawyer seperti Shahrizat tak paham-paham lagi kot?? Oleh itu, sebelum diperambat keluar.... lebih baiklah letak jawatan secara terhormat. |
Transformasi SPRM. Ada berani?? Posted: 07 Dec 2011 01:30 AM PST Pucuk dicita, ulam mendatang. Ibarat orang ngantuk disorongkan bantal. Tak habis lagi dengan skandal lembu, tup... tup... meletup pulak skandal rasuah Alstom yang mengaitkan bekas MB Perlis once upon a time dulu. Walau pun, dia menafikan terbabit tapi kita tak boleh terima bulat-bulat penafian tersebut. Kalau tak der angin, pokok takkan bergoyang. Jadi, kalau nak tahu mengapa pokok bergoyang... kita kena siasat. Berita ini diburukkan lagi, setelah indeks rasuah Malaysia semakin merudum. Merudum dan terus merudum sejak pentadbiran 3 PM UMNO. Bermula daripada Mahathir, then... Pak Lah dan paling teruk ialah semasa Najib Razak. Rakyat berasa amat bimbang dengan keadaan ini. Emmm... not good for the country. Buruk imej negara. Investors tak gemar masuk negara yang banyak korupsi. Padan muka Najib.... ia semakin buruk ketika era pemerintahannya. Yang syiuknyer.... dia cuba beri gambaran yang kononnyer dia hebat mentadbir negara. Melalui rancangan transformasi itu dan ini, dia meramalkan peningkatan pendapatan yang lumayan buat negara. Ramalan indah khabar dari rupa. Sebab.... rancangan transformasinya tidak berpijak di bumi nyata. Rancangan transformasi yang hanya memberikan gambaran 'make belief' yang indah-indah untuk mengaburi mata rakyat dan meningkatkan tahap perasannyer. Realitinya... rancangan transformasinya haprak tahap gaban!! Hahahaha... transformasi yang rakyat nampak macam bebudak main 'masak-masak' jer. Ok, bercakap pasal transformasi ini dan meletupnya skandal rasuah Alstom ini.... membuka peluang kepada Najib untuk membuktikan sama ada dia benar-benar serius untuk mentransformasikan peranan SPRM. You see... SPRM mesti telus. Benar-benar telus dan professional. Tidak bias pada mana-mana pihak dan mesti bebas daripada desakan dan pengaruh sang pemerintah. No cover up, ya?? Now... kita tengok sama ada Najib akan sokong cadangan seperti dalam laporan berita di bawah ini: KUALA LUMPUR, 7 Dis — Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berganding dengan pihak berkuasa Switzerland dan bertindak segera dalam skandal rasuah terbaru bagi menangani kemerosotan indeks persepsi rasuah Malaysia. Dalam kenyataannya, Presiden TI-M Datuk Paul Low membangkitkan urusan bisnis yang dipersoalkan, membabitkan syarikat kejuruteraan gergasi Perancis dan menggesa SPRM mengadakan siasatan terperinci.-MI |
Posted: 07 Dec 2011 12:00 AM PST Gerakan: SPRM perlu dipertanggungjawab pada Parlimen Gerakan bersetuju dengan cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipertanggungjawabkan hanya kepada Parlimen, bukannya Jabatan Perdana Menteri. Naib presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata, cadangan Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (SCC) itu "logik" kerana tujuan penubuhan SPRM adalah untuk membasmi rasuah dalam kerajaan dan sektor swasta. Oleh itu, katanya, adalah logik bagi suruhanjaya itu dipisahkan daripada kerajaan untuk memastikan ianya benar-benar bebas. "Ia tidak seharusnya diletakkan di bawah mana-mana jabatan, tetapi seharusnya benar-benar bebas tanpa sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan kerajaan," kata Mah dalam satu kenyataan. "Sebarang keraguan tentang konflik kepentingan dalam SPRM sudah memadai untuk menyebabkan kredibiliti suruhanjaya itu dipersoalkan, apatah lagi hasil siasatannya," tambahnya. 'Dakwa ikan besar' Selain cadangan SCC itu, Transparency International Malaysia (TI-M) juga membuat kesimpulan bahawa usaha kerajaan persekutuan untuk membasmi rasuah, telah gagal menahan ranking negara daripada terus jatuh dalam indeks persepsi rasuah (CPI) global kerana kegagalan untuk bertindak terhadap "rasuah besar ". TI-M telah mengemukakan lapan cadangan membanteras rasuah: mendakwa 'ikan besar'; memperkenalkan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat; meningkatkan autonomi SPRM; meningkatkan rangka kerja perlindungan untuk pemberi maklumat; mengenakan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan rasuah; melaksanakan sepenuhnya 'perjanjian integriti 'dalam perolehan; reformasi pembiayaan politik; dan melaksanakan reformasi pilihan raya yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Mah menambah, persepsi orang ramai adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kebebasan SPRM. Beliau menggesa kerajaan untuk melihat dengan lebih terperinci isu kebebasan SPRM kerana suruhanjaya itu merupakan salah satu badan terpenting untuk memerangi rasuah di negara ini. "Jika SPRM tidak dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya, maka ia akan menjadi halangan utama dalam usaha untuk memerangi rasuah," katanya. Oleh itu, tambahnya, adalah logik bagi suruhanjaya itu dipisahkan daripada kerajaan untuk memastikan kebebasannya.-Mkini Saranan dan cadangan macam inilah baru ada tanda-tanda berlakunya transformasi. Barulah ada unsur-unsur keadilan. Aha.... meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya. SPRM diletakkan dibawah tanggungjawab Parlimen. Setuju.... Setuju..... Amat setuju!! Persoalannya.... Najib@UMNO mahu terima ke cadangan ini?? Rasanya tidak. Mustahil. Tak mungkin. Jauh sekali. Sebab.... menerimanya ibarat membunuh diri. Harakiri... wa cakap lu!! Oooo... tidak, tidak. BAPAK dan TOK NENEK JAWS terlalu banyak dalam UNNO@BN. Semuanya, gumok-gumok dan kekenyangan. Kalau banyak JAWS kena pancing dan kena sembelih.... tak 'happening' ler lubuk puaka UMNO@BN lagi. Kering... Gersang beb!! Sorru miss... I tell you!! Kalau sorru miss.... mereka semua mampuuss!! Aku pasti cadangan Gerakan ini akan diketepikan begitu saja. Tu la.... banyak juga cadangan bernas dan munasabah daripada Gerakan ini yang tak dipandang walaupun sebelah mata pun oleh kerajaan UMNO@BN, walau pun ia baik untuk rakyat dan negara. Tapi, pelik... mengapa Gerakan masih mahu terus setia bersama dengan UMNO@BN, walau pun mereka sering kelihatan dianaktirikan olen kerajaan UMNO@BN. Yang UMNO tatang ialah MCA. Come on... wake up la Gerakan. Blah jerkkk... For the sake of the people and the betterment of the nation.... aku rasa adalah bijak jika Gerakan menarik diri dari Barisan Nasional dan mari berjuang bersama-sama rakyat dalam Pakatan Rakyat. Yes. Let's change for a better Malaysia. |
Posted: 06 Dec 2011 10:30 PM PST Menyampah aku!! Dah setuju tapi banyak songeh pulak. Kena dapat persetujuan Majlis Fatwa ler apabila dakwat kekal dibeli nanti. Weh.... banyak negara Islam seperti Tunisia, Iran, Mesir dan lelainnya pakai, tak der masalah pun. Buat ler homework sikit sebelum beli agar tak rugi dan rakyat yang mengharapkan penggunaaannya tak gigit jari. Carilah yang halal. Kalau tak halal pun, tak der masalah.... kita boleh cuci dan samak. No problem ler.. Ini tidak... hanya tahu duduk gayang kaki dan goyang telor. Pergiler berusaha untuk mencari yang sesuai. Buat ler research sikit. Jangan ler makan gaji buta jer. Haishh.... itu tak lain, saja nak cari alasan ler. Alasan bodoh... dengan harapan dapat sekali lagi memperbodoh rakyat. Sebenarnya, SPR yang bodoh. Tak buat research... tak buat homework... pakai beli jer. Dulu terus pergi beli daripada India. Woit... pi la tanya negara-negara Islam yang guna pakai dakwat kekal dalam pilihan raya, mereka dapat dari mana?? Huh.... bodoh sangat, terus order dari India, last-last... rugi RM4 juta. Duit rakyat jugak hangus. Bukan duit mak bapak lu orang, ya?? Itu satu pembaziran duit rakyat, akibat kebodohan SPR. Oleh sebab, penggunaannya pending pada keputusan Majlis Fatwa, maka kita tunggu jer ler sama ada ia jadi atau tak jadi digunakan. Kalau tak jadi.... kita tengok apa alasan bodoh mereka nak beri. Jika jadi... alhamdulillah. Kalau tak jadi.... kita ganyang SPR!! Amacam??? Hahahaha... [sumber] |
Posted: 06 Dec 2011 09:00 PM PST Utusan Meloya tak habis-habis cuba menjadikan perkahwinan PAS-UMNO satu realiti. Kali ini mereka cuba sekali lagi dengan menggunakan titah ucapan Sultan Selangor pulak sebagai alasan ketika melawat pejabat Utusan di Bangi baru-baru ini. Weh.... jangan ler menggunakan Sultan Selangor untuk terus memperbodohkan orang Melayu. Sultan Selangor berucap ler berpuluh-puluh kali pun tentang peraduan Melayu tetapi rakyat takkan terpengaruh. Rakyat bukan bodoh lagi ler.... BODOH!! BODOH punyer UTUSAN!! Berulang kali juga telah dikatakan bahawa PAS tak ingin berkahwin dengan UMNO. Melayu sebenarnya tak berpecah. Melayu cuma beralih arah dan berhijrah beramai-ramai ke satu platform perjuangan yang lebih releven dan realistik dengan keadaan dan masa. Mereka sudah terlalu lama dikhianati oleh Melayu UMNO yang masih berpegang teguh dengan cara berpolitik kuno mereka. Kini... Melayu sudah bangkit bersama-sama rakyat dari bangsa lelainnya bagi mewujudkan satu suasana politik baru yang lebih adil dan saksama. Ya.... kami rakyat Malaysia dari PAS-PKR-DAP yang menjadi mangsa ketidakadilan serta mangsa pengkhianatan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Well... enough is enough. Rakyat bukan bodoh lagi. Mereka tahu tujuan sebenarnya mengapa UMNO serta raja-raja Melayu beriya-iya mahu PAS dan UMNO bersatu. Its all about survival diri mereka sendiri dari segi material dan kuasa duniawi. It's all about kepentingan diri dan membesarkan tembolok sendiri. Melayu dan agama hanya digunakan sebagai alasan sahaja. Hanya Melayu bodoh@Melayu UMNO jer yang termakan 'bullshit' mereka. Selain menperguna Sultan, kini mereka cuba sekali lagi memperguna Hassan Ali. Weh... sehebat mana Hassab Ali sekali pun, kalau sudah ada track rekod sebagai pengkhianat, sorry.... rakyat takkan percaya lagi. Sekali lagi, aku ulangi.... seorang Hassan Ali pergi, kita takkan rugi!! Ngkorang bagi ler dia pingat sebesar mana sekali pun darjatnya, ngkorang pujiler dia melangit sekali pun... ngkorang sanjunglah dia setinggi mana sekali pun, isyaAllah.... rakyat terutama para pendokong Pakatan Rakyat, tidak akan lagi 'beri muka' kepadanya lagi. Terpinggirlah dia dalam parti sendiri. Gunting dalam lipatan yang telah dikenal pasti cuba mengkhianati kita, sapa nak percaya lagi. Sorry... Hassan Ali mungkin kekal sebagai ahli PAS, selagi dia tak pergi dengan sendiri. Dipecat tidak sekali-kali. Biar dia hidup segan, mati tak mau di dalam parti. Malangnya, tindak-tanduk UMNO serta saranan Utusan Meloya, bikin dia semakin dicurigai dan tak dipercayai. Kalau macam ini... habis ler karier politik Hassan Ali. Bisa 'mati' beb!! Kesian.... orang yang ada potensi seperti ini, mempersia-siakan anugerah yang Allah beri, dengan menjadi pengkhianat jemaah dan Pakatan Rakyat iaitu rakan kongsi sendiri. Anugerah dan pingat kebesaran tidak boleh memberikan undi kepadamu wahai Hassan Ali pada PRU13 nanti. Yang akan berikan kau undi ialah rakyat yang telah kau khianati. Persoalannya sekarang... apakah mereka akan berikan kau undi itu?? I doubt that very much. Apa-apa pun, wallahua'lam. We'll have to wait and see. As for PAS and Pakatan Rakyat, Hassan Ali is a great liability, so.... why don't we say bye-bye to Hassan Ali!! [sumber] |
Posted: 06 Dec 2011 08:00 PM PST Nauzubillah.... kalau kamu ditimpa musibah di dalam UMNO, alamatnya mampuss-lah!! Lebih-lebih lagi, jika musibah itu kerana ketamakan dan kebodohan diri sendiri. Mengapa mesti elakkan musibah, jika berada dalam UMNO?? Sebab.... yang berada dalam UMNO itu semuanya 'carnivore'. Ada serigala... ada vultures... ada pirana... ada hyena. Oooo.... dahsyat buruk laku orang-orang UMNO ni. Kawan makan kawan beb!! Cannibal, wa cakap lu. Lebih-lebih lagi, jika kawan sudah 'cedera' ditimpa musibah buatan sendiri, macam yang sedang berlaku ke atas Shahrizat Jalil, bini si tawkey lembu tu. Kini Sharizat ter'cedera'... diserang bukan saja oleh lawan di luar tetapi juga kengkawan dari dalam 'sarang'nya sendiri. Serangan yang terkini adalah datangnya daripada sekor dracula bernama Raja Nong Chik. Tetapi... mamat ini lebih 'halus' dalam serangannya untuk membaham Shahrizat. Dia lebih berdiplomasi supaya tidak dilihat begitu rakus. Katanya... "......menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar terus memegang jawatan politik atau memintanya berundur ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian anak-anak dan suaminya." Namun demikian... desas desus mengatakan yang mamat ni bercita-cita mengambil kawasan Shahrizat di Lembah Pantai untuk bertanding dalam PRU13 nanti. Uuuuu... Dracula bercita-cita nak 'hisap darah' Nurul Izzah Anwar. Itu rumours yang sedang hot berlegar-legar dalam kalangan orang UMNO sendiri. Wallahualam.... Dengan tercederanya Shahrizat akibat skandal lembu lakinya, rasanya peluang untuk dia dicalonkan semula di Lembah Pantai agak tipis. Skandal ini bukan main-main. Bapak skandal beb!! Ia sudah menjadi satu isu besar yang telah menjejaskan reputasi kerajaan 1Malaysia Najib Razak, walaupun mereka cuba untuk berdolak-dalik dengan pelbagai alasan. Well... it-s very true, apa yang Saifuddin Nasution katakan di sini. Indeed... Sharizat is now a liability to UMNO and Barisan Nasional. Pembangkang tak tuduh sebarangan. Mereka ada dokumen untuk menyokong tuduhan dan dakwaan mereka. Kalau tidak.... takkan lah mereka begitu berani dan lantang mendedahkan isu ini?? Akibat begitu rakus merompak wang rakyat, inilah jadinya. Kini.... Shahrizat ialah liabiliti yang mesti pergi. Sayonara... [sumber] |
Transformasi : Cara beri rasuah Posted: 06 Dec 2011 06:49 PM PST UMNO perlukan tongkat dan Pekida pun perlukan tongkat. UMNO dan Pekida sama-sama dah berkaki rengkat, tempang dan capek, hingga perlu saling bertongkat. Hahahaha.... UMNO bagi Pekida tongkat, Pekida bagi UMNO tongkat. Aku bantu kamu, kamu tolong aku. Apakah itu cara baru, Najib memberi rasuah untuk dapatkan bantuan bagi membuka peluang kemenangan yang lebih luas kepadanya dan 'kapal' lapuk yang dikepalainya?? Ingat di Sarawak dulu... I help you, You help me. Itu satu transformasi... cara untuk ber-rasuah ala Najib Razak. Wallahua'lam.. Nak tahu citernyer, klik dan baca di sini. Dengan janji bantuan, yang diberikan oleh Najib... maka laju jer ahli-ahli Pekida yang hadir membaca ikrar taat setia kepada Najib dan 1Malaysianya. Weh... Pekida, jangan syok sangat lagi. Itu baru janji. Janji pilihan raya, beb!! Korang boleh caya ke cakap Najib tu?? Nasib tak baik.... korang kena kencing!! Padan muka!! Tapi kan... kalau kedua-dua pihak udah capek dan perlu bertongkat, maknanya dah lemah ler. Tak kuat lagi.... Maka dengan itu adalah lebih afdal duduk jer diam-diam. Biar orang lain ambil alih pemerintahan negara. Itu pun, kalau betoi-betoi pentingkan kesejahteraan negara ler. Tapi, kalau dah gila kuasa dan nak memerintah sampai kiamat... susah ler nak cakap. Takut... manalah tau kalau kalah nanti, kot-kot masuk penjara kerana rompak duit rakyat. Mimpi ngeri mereka tu.... Apa-apa pun... kepada Pekida, tunggulah janji Najib tu, ya?? Tuntut jangan tak tuntut. Biar melutut asalkan tuntut!! |
Posted: 06 Dec 2011 04:45 PM PST Jaga... aku saman komer!! Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa akhbar milik kerajaan Selangor sengaja menyiarkan berita-berita rekaan dan tidak berasas mengenai beliau. Noh berkata tujuan akhbar 'Selangorkini' adalah untuk memburukkan imej dan kredibiliti sekaligus menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti. [Continue here] Weh.... rakyat Selangor memang pun nak ko bungkus dalam PRU13 nanti. Memang imej ngko dah buruk dan memang ngko tidak ada kredibiliti sebagai pemimpin. Harapkan lagak dan cakap besar jer. Berhujah kalau... hampeh. Merapu-rapu.. Tak banyak fakta tetapi lebih banyak auta. Ayuh... jangan tunggu lama-lama dan dok hesitate. Cepat.... cepat jumpa peguam untuk saman 'Selangorkini'. Mana yang ngko rasa 'Selangorkini' fitnah untuk mencemarkan nama 'baik' ngko, sila saman. Saman jangan tak saman tau?? Rakyat very eager nak tahu siapa yang benar dan siapa yang betoi-betoi haprak. Kita tengok siapa yang kena telanjang dan telor tembelang siapa yang akan pecah?? Apa-apa pun... kepada rakyat Selangor, oleh sebab Noh Omar pemimpin UMNO., jom kita berkerja kuat untuk kuburkan dia daripada arena politik Selangor dan tanah air dalam PRU13 nanti. Ingat ABU.... Kita mesti istiqamah untuk memilih siapa saja Asal Bukan UMNO@UMNOH!!! Kah kah kah kah.... Selangor dan negara lebih sejahtera tanpa NOH OMAR!! |
Posted: 06 Dec 2011 11:09 AM PST |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan