Selasa, 6 Disember 2011

shalehudin

shalehudin


Hilang akai dah puak-puak nih, tubuh parti nak dok saja...

Posted: 06 Dec 2011 10:21 AM PST

Kita Umum Tidak Akan Bertanding PRU13

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada Selasa mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Sebelum ini, parti itu mengumumkan hasratnya bertanding dalam pilihan raya umum dan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

"Kami telah mengeluarkan banyak kenyataan bahawa kami akan menyertai pilihan raya umum akan datang, tapi sekarang kami ingin mengumumkan bahawa demi mengekalkan perpaduan dengan pembangkang, Kita tidak akan meletakkan mana-mana calon jika dengan berbuat demikian ia akan menjejaskan peluang calon pembangkang memenangi kerusi.

"Sebaliknya kami akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang dalam apa jua cara bagi memastikan kemenangan kepada rakyat," demikian menurut kenyataan parti itu dalam laman webnya www.partikita.com.

Parti itu berkata perpaduan menuntut parti yang kecil seperti Kita, memberi laluan kepada parti politik yang lebih besar bagi memastikan hasil optimum dalam pilihan raya.

Kita dipimpin oleh peguam yang menjadi ahli politik Datuk Zaid Ibrahim selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas berikutan perselisihan faham berhubung proses pemilihan dalam PKR.

Parti itu bergolak baru-baru ini yang membawa kepada pemecatan tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusatnya. - BERNAMA

Sib baik DAP ada, tempat UMNO merahkan telinga... haha...

Posted: 06 Dec 2011 08:00 AM PST

Mujur ada DAP, boleh juga Umno jadikan kambing hitam

AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Dato' Ibrahim Ali sewaktu ahli Parlimen Pasir Mas itu berucap, mengambil peluang secukupnya membuat tohmahan terhadap Lim Kit Siang dan DAP walaupun butiran belasahannya itu tidak lebih daripada ulangan piring hitam lama cap anjing

Kononnya DAP dengan liciknya mahu menguasai Malaysia dengan berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian. Kononnya juga Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.

Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Bagi menambahkan lagi perisa provokasi rasisnya, orang nombor dua Perkasa itu mengungkapkan kata-kata pembakar nafsu perkauman Melayu seperti "Mati Melayu", "Apa polis boleh buat, kita Raja.

Buang sama polis Melayu", "Melayu sakai pergi masuk hutan", "KL sekarang Cina punya", "Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa.

Sekarang kita Cina sudah kontrol." Kononnya itu yang diucapkan oleh DAP dalam peristiwa berdarah 13 Mei. Memang bahasa pembakar sentimen perkauman begitu.

Mereka akan mengungkapkan apa sahaja agar merah cuping telinga orang Melayu lalu hilang kewarasan dalam membuat perhitungan, walhal bangsa Melayu terus terperosok dalam bencana ketinggalan dalam serba serbi bidang kehidupan.

Retorik perkauman Perkasa dan Umno dalam isu 13 Mei tiada kena mengena dengan usaha memartabatkan bangsa Melayu.

Pejuang bangsa Melayu akan melenting dengan tuduhan itu, tetapi sejak 42 tahun berlalunya peristiwa 13 Mei, sewaktu Umno mendominasi kerajaan yang memerintah tanpa bersengkokol dengan DAP, apakah Melayu telah menjadi bangsa yang lebih maju berbanding Cina dan India?

Hari ini dari aspek pemilikan ekuiti orang Melayu hanya menguasai 19 peratus; 20.3 peratus dalam pemilikan syarikat, 11.7 peratus dalam pemilikan bangunan komersial, 14 peratus dalam pekerjaan pengurusan tertinggi dan 20 peratus pemegang jawatan CEO. Bakinya semua dimiliki oleh bukan Melayu.

Orang Melayu hanya berjaya menguasai tahap sosioekonomi terendah sebanyak 76 peratus dan pengangguran 73.3 peratus.

Oh ya, lagi catatan kejayaan orang Melayu ialah peratusan tertinggi sebagai penagih dadah, pembuang bayi, mat rempit, bohsia dan bohjan. Purata pendapatan isi rumah orang Melayu juga adalah yang ketiga terendah selepas kaum Cina dan India.

Peristiwa 13 Mei sudah menjadi bahan sejarah. Semua pihak yang terbabit dengan persengketaan pada masa itu, termasuk parti-parti politik sudah melalui proses transformasi yang berkali-kali.

Parti-parti politik yang masih bertahan hari ini juga telah dihuni oleh majoriti ahli-ahli yang sewaktu berlaku Peristiwa 13 Mei mereka belum melangkah kaki menyertai politik.

PAS sendiri adalah parti yang bersetuju dengan Umno dengan cabaran perkauman pada masa itu, lantas memilih untuk bersama Umno memantapkan permuafakatan seagama dan sebangsa.

Bukankah PAS menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional adalah ekoran Peristiwa 13 Mei? Jadi hari ini, jika PAS (PAS hari ini) dikecam kerana menjalin kerjasama dengan DAP (yang juga telah melalui transformasi) maka ia tidak lebih dari usaha terdesak kumpulan katak bawah tempurung yang masih meletakkan pemikiran mereka di bawah longkong perkauman ala empat dekad lalu.

Kalaulah bahan sejarah menjadi ramuan terbaik untuk dieksploit dalam pertikaian politik terkini, maka pengkhianat terbesar terhadap nasib orang Melayu di Malaysia ialah Umno itu sendiri.

Umnolah yang melutut penuh rela kepada penjajah British menerima prinsip Jus Soli yang mengizinkan pendatang Cina dan India pada masa itu diberi taraf kerakyatan.

Andai DAP mahu dianggap rasis Cina, maka hakikatnya DAP tidak mungkin wujud di Malaysia jika tidak kerana ketundukan Umno kepada kehendak penjajah itu.

Hari ini seluruh rakyat Malaysia bersetuju bahawa sejarah memberi kerakyatan kepada pendatang Cina dan India tidak perlu diungkit sekalipun dengan niat untuk meratapi nasib malang bangsa sendiri 'menjual' hak.

Tiada bezanya juga dengan mengungkit Peristiwa 13 Mei bagi meratapi nasib malang bangsa sendiri dimaki hamun walhal ia tidak dapat mengubah apa-apa.

Dalam kalendar orang Yahudi mereka menyambut satu hari untuk bermuram durja atas nasib malang yang menimpa bangsa mereka. Tapi untungnya Yahudi mereka tahu untuk membangunkan semula bangsa mereka yang pernas ditindas sehingga menjadi bangsa yang maju di dunia.

Pemuka perkauman Melayu seperti Umno dan Perkasa pula mengungkit kisah bangsa yang kononnya dimaki hamun untuk melebarkan permusuhan sesama bangsa dengan menyalahkan, memfitnah, mengecam, mengutuk dan menghina PAS dan KeADILan. PAS digambarkan sebagai parti yang tiada prinsip perjuangan sehingga akan membenarkan Perdana Menteri daripada DAP, Kristian dijadikan agama rasmi, pemerintahan beraja dihapuskan dan seribu satu macam tuduhan yang tidak masuk akal.

Persefahaman PAS dengan DAP tiada bezanya dengan persefahaman antara Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan dari aspek mendapatkan undi bukan Melayu. DAP dan MCA berkongsi dalam banyak perkara yang melibatkan kepentingan bukan Melayu namun DAP 'nampak jahat' hasil manipulasi media yang dikuasai sepenuhnya oleh BN, yang tidak habis-habis mempotrait DAP sebagai rasis.

Sekurang-kurang DAP konsisten dalam memerangi rasuah, penyelewengan, pembaziran, kezaliman berbanding MCA yang separuh abad bersama memakmurkan budaya rasuah dalam kerajaan.

Pilihan raya umum makin hampir, apa lagi formula terbaik bagi Umno untuk menakutnakutkan orang Melayu kalau bukan ancaman perkauman.

Media talibarut Umno akan terus meletakkan topeng hantu di wajah DAP bagi mencetuskan ancaman di kalangan orang Melayu. Maka melompatlah segelintir orang Melayu menghunus keris, menjulang laungan ketuanan Melayu hingga langit ketujuh, walhal di bumi Malaysia yang satu ini bangsa Melayu sedang bergelut dalam pelbagai bidang selepas tertinggal jauh dengan bangsa lain. Mujur ada DAP, boleh juga jadi kambing hitam.

Umno bukan reti kias-kias, tibai teruih jaa...

Posted: 06 Dec 2011 06:00 AM PST

Ceritera Parti U

Daing Yahya

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembuka kata

Kita sebagai Parti U berbeza dengan pihak lawan. Contoh pertama, jawatan Ketua Umum dalam Parti A tidak dipilih secara demokratik, malah lebih berkuasa pulak dari Presiden parti.

Lihat bagaimana Presiden kita dipilih oleh perwakilan secara demokratik. Cumanya ada seorang mantan Presiden kita yang amat berkuasa sehingga boleh menyuruh Presiden kita buat itu dan ini. Kalau tak ikut cakap dia, alamat jadi seperti seorang lagi mantan Presiden yang tidak lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, hanya sudah terbuang.

Contoh kedua, Parti B yang ada nama demokratik tetapi tidak ada ertinya kerana dalam pemilihan mereka, perwakilan memilih 20 ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti.

Parti kita pula dipilih secara demokratik oleh perwakilan. Kuasa demokrasi dipegang oleh pucuk pimpinan. Mana-mana calon yang boleh menewaskan calon pilihan pucuk pimpinan, kita akan serahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk melucutkan pencalonannya. Malah, demokrasi kita membenarkan calon yang mencabar calon kesukaan pemimpin kita digantung keahlian.

Demi menjaga nasib orang kita, Parti tidak boleh terlalu demokratik. Sebab itu kita tidak benarkan jawatan-jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari dipertandingkan. Walaupun kita tak sama dengan pihak lawan, kita juga kena ikut mereka sedikit-sebanyak. Sebab itu kita lantik beberapa calon yang kalah pertandingan untuk duduk dalam jawatankuasa tertinggi pusat.

Contoh ketiga, adalah Parti C yang kini memperjuangkan negara berkebajikan. Masyaallah… jawatan Mursyidul Am pun tidak diundi secara demokratik tapi nampaknya lebih berkuasa dari Presiden. Sama juga dengan Parti A yang mana suami jadi Ketua Umum, isteri jadi Presiden dan anak sulung jadi Naib Presiden.

Demokrasi dan keadilan

Parti U yang kita sayangi ini jauh lebih baik. Bukan sahaja mantan Presiden U yang lebih berkuasa, sama seperti residen British zaman penjajahan dahulu, kita juga ada isteri Presiden yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti tetapi amat berkuasa. Jadi kita ada dua ketua umum untuk menentukan arah tuju parti.

Lihatlah betapa demokratiknya kita. Daripada 3.3 juta ahli, kita benarkan 2,700 perwakilan menentukan nasib Parti U. Ini berbeza dengan Parti A yang pada tahun lalu mengadakan pemilihan di mana peringkat akar umbi yang memilih kepimpinan parti. Mana boleh begitu. Itu terlampau demokratik. Tak sesuai untuk negara kita yang belum cukup matang demokrasi. Sebab itu kita ada mantan Presiden untuk mengajar kita bagaimana mahu berpolitik. Pihak lawan tidak ada semua itu.

Jauh sekali Parti kita dengan masalah gabungan lawan yang tidak bersatu hati. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata dia setuju secara peribadi, Parti B kata dia menentang habis-habisan dan Parti C pula kata dia mahu jadi negara berkebajikan.

Kita pula amat konsisten. Kita sentiasa bersatu hati. Kita sudah umumkan kita ini negara Islam walaupun kita tidak buat apa-apa. Kita cabar Parti C supaya buat undang-undang hudud tapi kita sendiri tak ada niat untuk melaksanakannya. Malah, kita mengaku kita pun ada negara berkebajikan, cuma kebajikan untuk kroni dan keluarga menteri sahaja. Untuk rakyat kita sediakan kedai 1Negara yang menjual barang-barang bermutu rendah.

Memanglah kita tak boleh beritahu orang lain bahawa kita banyak meniru dari Parti B. Apa tidaknya, bila mereka perkenalkan "Malaysian Malaysia", kita hentam Parti B habis-habisan. Bila mantan Presiden kita dulu buat Wawasan 2020, kita senyap-senyap tiru falsafah Parti B. Lepas itu Presiden kita sekarang buat 1Negara, sekali lagi kita tiru "Malaysian Malaysia", malah kita tambah lagi idea Parti B yang memperjuangkan "Malaysian First" atau "Utamakan Rakyat Malaysia".

Shhh…jangan beritahu orang lain. Malu kita nanti kalau orang tahu kita tiru idea-idea Parti B yang kita tuduh semua penyokong mereka sebagai bangsat. Mana nak sorok muka kalau rakyat tahu kita ceduk prinsip Parti B yang kita kata parti paling rasis, sedangkan kita tidak benarkan kaum-kaum lain masuk parti kita.

Apa pun, kita memang tidak sama dengan pihak lawan. Kita hanya gunakan slogan, mereka pula benar-benar mahu melaksanakannya. Itulah kebodohan mereka. Dalam politik, mana boleh laksanakan apa yang kita janjikan. Nanti teruk kita dituntut oleh rakyat untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebaikan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nepotisme dan hak

Pihak lawan penuh dengan nepotisme, penuh dengan politik anak beranak. Parti kita pun ada juga. Tapi kita tidak gelarnya nepotisme, itu namanya hak. Malah zaman pemerintahan Islam Hadhari pun ada politik anak-beranak. Tapi itu dulu. Lagi pun nepotisme kita untuk kaum kita juga. Melalui nepotisme kita mengkayakan sanak-saudara kita. Apa salahnya kita membantu kaum kita.

Berbeza dengan nepotisme pihak lawan. Apa mereka dapat? Dalam Parti A, Ketua Umum sudah masuk keluar penjara. Isteri dan anak-anaknya merana. Siapa suruh masuk pembangkang? Dalam Parti B, anak dan bapa serta kawan-kawan sudah kita tahan di bawah ISA tanpa bicara. Mengapa mereka sibuk sangat hendak mendedahkan salah guna kuasa, tasuah dan penyelewengan? Tentulah kita terpaksa tangkap untuk tutup mulut mereka.

Dalam Parti C pun sudah ramai kita tahan tanpa bicara. Mereka benar-benar mahu laksanakan apa yang mereka perjuangkan. Tidak cerdik langsung mereka ini. Agama itu hanya untuk slogan politik, bukan untuk dilaksanakan.

Sungguh hebat dan dalam sekali makna kata-kata Presiden kita walaupun belum pernah bertanding jawatan Presiden. Malah, belum pernah beliau melalui pilihan raya umum. Inilah kehebatan pemimpin kita, boleh jadi Presiden Parti U tanpa perlu bertanding apa-apa.

Malah, kita bangga dengan Presiden kita yang masuk politik kerana bapanya adalah tokoh besar negara. Itu bukan nepotisme. Itu adalah hak. Itu suratan takdir.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Berkorban untuk kami

Jelaslah betapa demokratik dan adilnya Parti U yang selama ini menjadi tempat naungan untuk anda semua. Tanpa Parti U, negara akan hancur. Kita dalam Parti U tidak tamak. Kita berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen yang lain.

Keadilan dan demokrasi kita sudah tersohor. Apa tidaknya, kalau kita kita mahu buat apa-apa, parti M1 dan M2 akan menyokong sepenuh-penuhnya usaha kita. Walau pun kadang-kadang Parti G buat bising, sekali kita jerkah, dia membisu seribu bahasa. Itulah konsensus dalam barisan kita.

Oleh itu, jika kita mahu Presiden Parti G digantikan dengan orang lain yang lebih rela mengikut kehendak kita, ia akan mengikut sahaja. Begitu juga Parti M1 dan M2 yang bukan sahaja menurut kata-kata kita, malah belum kita buka mulut, dia sudah setuju.

Maklumlah kesemua parti-parti komponen kita ini, pemimpin mereka semuanya kalah atau tak bertanding dalam PRU yang lalu. Jadi mereka tahu di mana kedudukan mereka. Kita tetap sayang mereka. Walaupun kalah pilihan raya, kita lantik mereka jadi Senator supaya boleh jadi Menteri. Tentulah mereka bersyukur dan terhutang budi kepada kita.

Di seberang laut Timur negara kita, parti-parti komponen hanya menurut sahaja. Kita bagi jawatan kepada pemimpin mereka. Itu pengorbanan kita. Apa kita dapat? Tentulah hasil sumber minyak dan hutan untuk kita agihkan kepada para pemimpin kita. Sebagai parti yang dominan tentu mereka rela Parti U perlu mendapat lebih dari orang lain.

Inilah erti pengorbanan yang sebenar. Jika parti-parti komponen sanggip berkorban, mengapa tidak anda sebagai tanda taat setia kepada kepimpinan kami yang sentiasa memikirkan tentang nasib anda, walaupun biasanya nasib kami perlu diutamakan kerana kami adalah pemimpin anda.

Penutup kata

Pihak lawan selalu menuduh kita meminggirkan rakyat khususnya Bumiputera. Itu tidak benar. Kalau kita pinggirkan rakyat, masakan kita berikan di kalangan mereka projek-projek besar seperti menternak lembu. Malah, kerana kita tidak mahu melihat mereka gagal, kita benarkan mereka membeli kondominium dengan duit yang diberi untuk menternak lembu. Malah, kalau benar pun khabar angin kononnya mereka membeli kereta-kereta mewah, apa salahnya? Kan kita mahu tunjukkan kepada rakyat tentang kejayaan kaum kita?

Jika Parti U hilang kuasa, siapa yang akan membela agama untuk memastikan hanya rakyat bawahan yang dikenakan tindakann undang-undang? Siapa yang mampu menyekat hak umat dan kaum kita daripada mempersoalkan dari mana kita dan anak-beranak mendapat kekayaan?

Bagi tuan-tuan dan puan-puan, tepuklah dada, tanya siapa yang menjadi sumber rezeki anda. Bagi kami pula, tepuklah dada, tanya Presiden adakah kami akan dicalonkan. Sama-sama kita berjuang untuk kepentingan pucuk pimpinan.

Jika Parti U terus berkuasa, maka tuan-tuan dan puan-puan juga yang akan menumpang gembira. Cukuplah setakat itu. Kami tahu apa yang kami buat.

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.

Sapa yang ajaq selak kain nih... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 04:30 AM PST

Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain

Mohd Sabri Said
PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, Islam melarang sama sekali umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan.

Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga 'tepi kain' saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah.

Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur sekaligus memutuskan pertalian.

"Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula sekira saudaranya terbabas, tetapi bukan sampai menyelak kain sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu," jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam.

Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan, maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh menjejaskan persaudaraan yang terjalin.

Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan.

Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah' ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan.

Orang akan gelak bila badak ayaq pandai kentut... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 03:00 AM PST

Modai baik nak tibai UMNO... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 01:30 AM PST


'United Mamak And NaiNa Organization'

Ini bukan saya yang kata tapi sakmongkol AK47 yang kata dalam blog beliau dalam posting Umno:Dari Modal Insan ke Modal Lembu dan kemaraan Fasisme Umno;

"Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita"Baca di sini.

Maki hamun oleh Nana Tanjung ni semakin menjadi-jadi sejak Umno-Bn hilang Pulau Pinang dalam pru 13 yang lalu.Puak-puak ni kena tunjuk kuat dengan politik maki hamun untuk dicalonkan dalam pru 13 oleh Umno sebagai calon boleh menang.Cuba kita baca apa kata Nana Tanjung ni ;

Umno Youth calls Pas , PKR 'Bapok', 'Pondan', and Dap 'enemy of Islam'M'insider

One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there. "PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP.

"A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!"

Honing in on the island's PAS state chief Datuk Salleh Man and state executive councillor in charge of religious affairs Abdul Malik Kassim (PKR), Shaik Hussin repeatedly called them "pondan" and "bapok."

Adakah ini muka Melayu?Adakah ini calon boleh menang Umno pru 13?Di mana senator Ezam Mat Noor dalam persidangan Umno?Setelah puas maki hamun Pas dalam persidangan Umno maka berkatalah pemimpin Umno kepada Pas berbincang kerjasama politik Umno-Pas!

Lawak!! Orang himpun beg ngan cincin, dia pi bela lembu... kahkahkah...

Posted: 06 Dec 2011 12:00 AM PST

Hey Shahrizat! Zaman sekarang kumpul beg tangan bukan ternak lembu....

Kasihan Shahrizat. Apabila kesnya(NFC) meletup, setiap apa yang dilihat, didengar dan dihidu segalanya semacam lembu. Ada bunyi lembu. ada baur lembu. Ada tahi lembu bahkan ada kepala lembu.

Bermula Nazri Aziz membelanya kemudian suaminya sendiri , mantan Menteri Lembu Muhyiddin yang terbabit bagi projek pada NFC dan terakhirnya Timbalan IGP Khalid sendiri turut turun padang untuk membelanya.

Semua turun padang membelanya. Menteri. Timbalan PM, suami dan akhirnya polis.

Wow! Bertuahnya Shahrizat kerana semua orang mahu membelanya.

Jika Timbalan IGP Khalid turut membelanya, ianya tidak menghairankan. Ini kerana kes kepala lembu di Selangor, Khalid turut menjuarainya. Barangkali jika Khalid jadi IGP nanti, eloklah PDRM tubuh Unit Lembu pula. Unit anjing dan kuda sudah ada.

Yang peliknya mengapa sekonyong-konyong Khalid "mengfatwakan" kes lembu Shahrizat tiada unsur rasuah sedang ianya dalam siasatan ? Adakah ini taktik bodek Khalid sempena Perhimpunan Agung UMNO?

Yang pasti kes lembu Shahrizat tidak dapat meredakan kemarahan penternak-penternak lembu seluruh Malaysia.

Juga, segala kenyataan pembelaan buat Shahrizat tidak berkesan. Sebab itulah Shahrizat "mengamuk sakan" dalam Perhimpunan Agung UMNO sambil menyingsing lengan.

Dan Shahrizat jangan syok sendiri. Jangan menyangka perwakilan ketawa gembira kerana sokong membelanya dalam isu NFC. Tetapi sebenarnya perwakilan yang turut bangun bukannya sokong Shahrizat tetapi mereka ketawa kerana lihat "tahi lembu" melekat di lengan Shahrizat !

Barangkali yang paling gembira dengan kes lembu Shahrizat tentunya Rosmah dan Raja Nong Chik. Tentu anda dapat agak mengapa ya?

Hey Shahrizat! Zaman sekarang orang kumpul gelang, beg tangan dan cincin bukannya ternak lembu!

Bengong sangat la mengkalu sapa percaya ni... kahkahkah...

Posted: 05 Dec 2011 11:00 PM PST

Benarkah UMNO Semakin Kuat?

Oleh SuaraPakatan

BAGI orang-orang UMNO, berakhirnya perhimpunan semalam bermakna tiada lagi hal lain yang perlu difikirkan melainkan persiapan untuk berpilihanraya. Tidak kurang juga yang memasang angan-angan mereka ada ciri-ciri 'winnable candidate' atau calon boleh menang seperti yang diinginkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepengetahuan penulis, proses pemilihan calon-calon pilihanraya biasanya bermula diperingkat bahagian, sejauh mana kepimpinan bahagian mereka benar-benar memahami konsep 'winnable candidate' ini sangatlah tidak dipastikan.

Apa sekalipun, satu perkara yang boleh penulis simpulkan ialah betapa yakinnya orang-orang UMNO dengan parti mereka dan kebarangkalian menang dalam pilihanraya akan datang. Beberapa kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak luar UMNO termasuk dari PAS, PKR dan UIA digunakan untuk menggambarkan ketinggian populariti Najib dibanding dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Datuk Seri Anwar dijadikan petunjuk kehebatan UMNO.

Memetik sedikit dari ucapan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi, dikatakan bahawa populariti Najib pada 2008 ialah 41% dikalangan seluruh rakyat Malaysia dan 38% dikalangan orang Melayu. Peratusan ini dikatakan meningkat pada 2011 dengan 55% dari kalangan seluruh penduduk dan 59% dari kalangan orang Melayu.

Menurut Zahid lagi, perbandingan ini lebih tinggi dari populariti DS Anwar (21% umum dan 22% Melayu) dan TG Nik Aziz (35% umum dan 45% melayu).

Dalam keadaan biasa penulis boleh sahaja mempertikaikan penemuan atau dapatan dari kaji selidik ini tapi itu kelihatannya terlalu mudah. Apa yang boleh penulis katakan ialah, sedikit atau tidak langsung orang-orang UMNO ini faham bahawa kaji selidik itu merujuk kepada populariti individu, bukan populariti parti.

Dalam pilihanraya, akan ada lebih banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kekalahan dan kemenangan calon-calon parti bertanding, bukan sekadar betapa popular atau tidaknya kepimpinan tertinggi mereka. Dengan politik UMNO yang kita semua ketahui dimana cantas mencantas, hasad dengki dan busuk hati menjadi budaya, tidak mustahil ketinggian populariti Presiden mereka tidak memberi kesan kepada pola pengundian nanti.

Inilah kebimbangan sebenar Najib dalam ucapannya semalam apabila menyebut tentang hubungan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian dan sebagainya. Walaupun dilontar dalam gaya santai dan bersahaja tetapi jelas kelihatan pada mata penulis kebimbangannya itu.

Bagaimanapun, mesej kepada kepimpinan Pakatan Rakyat itu begitu jelas, kita tidak boleh sesekali memandang rendah keupayaan UMNO walaupun kita rasa UMNO berada di tahap yang paling rendah sekarang ini terutama dengan pendedahan penyelewengan wang rakyat yang membabitkan syarikat milik keluarga Ketua Wanita mereka, Shahrizat Abd Jalil.

Yang lebih penting ialah gerak kerja mendekati dan memahami kehendak rakyat diperingkat akar umbi itu perlulah berterusan dalam menghadapi gelombang wang ringgit dan salah guna jentera kerajaan persekutuan yang biasa digunakan UMNO dalam menghadapi perjalanan pilihanraya.

Fokus kita perlu tidak beralih daripada menuntut proses pilihanraya yang telus dan bersih kerana hanya dengan itu sahajalah kita mampu untuk merampas kerajaan Persekutuan daripada UMNO, seterusnya mengubah landskap politik yang dpenuhi rasuah dan penyelewengan.

Kesian, niat naik haji... jadi mangsa korupsi...

Posted: 05 Dec 2011 10:00 PM PST

Saya antara mangsa korupsi

zulsulung
"Hanya tiang elektrik dan unta sahaja yang tidak batuk di Mekah" adalah kenyataan paling popular di kalangan jamaah haji di Mekah dan juga Madinah.

Ia dibuat untuk memberikan justifikasi apabila ditanya kenapa batuk....mereka menjawab, saya tidak sakit kerana semua orang batuk, tidak ada yang tertinggal.

Namun apabila batuk terlalu berlebihan dan ubat yang diberikan oleh klinik Tabung Haji di Mekah dan Madinah tidak dapat mengurangkannya, sebagai manusia, masing-masing mula berfikir...kenapa ia berlaku.

Takkan tidak ada ubat yang sesuai untuk menghentikan batuk ini atau sekurang-kurangnya meredakan batuk yang dihadapi mereka.

Dan jawapannya diperolehi oleh penulis hanya selepas pulang ke Malaysia.

"Sebenarnya, batuk ada dua jenis...Satu yang berkahak dan satu lagi yang kering atau gatal-gatal di tekak akibat debu. Batuk di Mekah dan Madinah adalah jenis kering yang disebabkan oleh debu halus yang masuk ke dalam sistem badan kita melalui saluran pernafasan dan mulut.

"Debu ini pula halus dan kering kerana cuaca di sana yang panas dan kering," terang seorang doktor yang ditemui selepas pulang ke tanah air.

Untuk batuk jenis berkahak, ubatnya adalah yang berwarna hitam. Brandnya adalah macam ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika tu.

Manakala untuk batuk akibat dari debu kering ini adalah yang berwarna kuning jernih itu atau brandnya adalah ubat batuk cap ibu dan anak.

"Jadi apabila kita makan ubat batuk warna hitam itu, batuk kita tidak akan berhentilah, bahkan boleh bertambah lagi," beritahu doktor berkenaan.

Sebenarnya inilah yang berlaku kepada jamaah haji Malaysia. Boleh dikatakan mereka telah diberikan ubat batuk yang salah.

Ketika lawatan kali kedua ke klinik Tabung Haji di Mekah, saya meminta petugas perubatan yang memeriksa saya (bukan doktor) yang bertugas memberikan ubat batuk yang lain kerana selepas sebotol ubat batuk (yang berwarna hitam itu) saya makan, ia tidak memberikan sebarang kesan.

"Tidak ada yang lain encik. Hanya ubat ini yang dibekalkan oleh Tabung Haji," kata petugas perubatan berkenaan.

Inilah nasib jamaah haji Malaysia. Ketika hampir kesemua mereka berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Haji, isu ubat batuk menjadi isu yang tidak berkesudahan.

Isu ini pula dihadapi oleh hampir semua jamaah kerana 'tiang elektrik dan unta' sahaja yang tidak batuk di sana.

Ketika berbincang dengan doktor yang saya temui di sebuah klinik di Malaysia selepas pulang, beliau bersetuju bahawa saya adalah salah seorang mangsa penyalahgunaan kuasa dan amalah rasuah atau salah guna kuasa di Malaysia.

Beliau yakin, Tabung Haji adalah antara pihak yang terperangkap dan menjadi mangsa amalan ini.

"Sebenarnya, sejak beberapa tahun lepas, hanya ada satu syarikat sahaja yang berhak membekalkan ubat kepada Tabung Haji. Syarikat itu pula amat baru dalam bidang ini dan mendapat kontrak secara fast track bukan kerana kemampuan dan track rekordnya.

"Hasilnya inilah...ubat yang perlu lain, yang dibekal lain," kata doktor berkenaan.

Akibat dari ketidak berkesanan ubat batuk ini, hampir semua bilik penginapan jamaah haji Malaysia, penuh dengan botol-botol ubat batuk ini, namun mereka tetap batuk.

Di dalam masjid, samada Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Nabawi di Madinah, batuk menjadi satu irama. Sahut menyahut antara satu sama lain. Dan antara pemain utamanya adalah jamaah haji Malaysia yang bilangannya hanya minoriti itu.

Pompuan Melayu dicekup ngan warga Nigeria...

Posted: 05 Dec 2011 09:00 PM PST

Puak-puak Negro ni makin MELAMPAU!

SEREMBAN – Seorang pelajar wanita yang sedang leka bermesra dengan kekasihnya warga Nigeria dicekup di sebuah rumah berhampiran kolej swasta di Mantin dekat sini, semalam.

Lebih memalukan, wanita berusia 20-an itu berada dalam keadaan separuh bogel dalam bilik di tingkat lima rumah berkenaan bersama kekasihnya itu kira-kira jam 4 pagi.

Seramai sembilan warga Nigeria turut berada di rumah berkenaan dalam keadaan mabuk di ruang tamu rumah dipercayai sedang berpesta menyambut hari lahir seorang rakan mereka.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi Ops Ajar Jabatan Imigresen ketika serbuan dilakukan terhadap sebuah rumah penempatan Mini Afrika itu.

Mengikut sumber, ketika serbuan dilakukan, pintu bilik wanita itu tertutup rapat dan dia enggan membukanya mes­kipun lebih 30 minit pintu bilik diketuk.

"Anggota Imigresen terpaksa memecahkan pintu dan kelihatan seorang wanita berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut tidak berpakaian.

"Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku lelaki Nigeria berkenaan teman lelakinya dan menjalinkan hubungan lebih dua tahun," katanya.

Menurut sumber, wanita itu mendakwa kekasihnya itu adalah rakan sekelas dan menjalinkan hubungan cinta ketika belajar di tahun dua kolej berkenaan.

Wanita terbabit kemudian ditahan dan diambil ketera-ngan sebelum diserahkan kepada keluarganya kira-kira jam 7 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jaba­tan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 42 warga asing ditahan yang terdiri daripada warga Nigeria dan selebihnya warga Kenya, Indonesia, Bangladesh, India, Iraq, Mesir dan Myanmar.

"Kita melakukan lebih 500 pemeriksaan dan mendapati, lima lelaki warga Nigeria memalsukan pas pelajar mereka melalui sindiket.

"Begitu juga dengan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingku-ngan 20 hingga 30-an dan dihantar ke Depoh Tahanan Lenggeng.
Sumber: sinarharian.com

PANAS!! Umno dah maafkan Mat Sabu...

Posted: 05 Dec 2011 08:00 PM PST


Rindu benar pada cacian dan makian kepada Mat Sabu di TV

Saya sudah tawar untuk menonton berita utama terutama pada pukul 8.00 malam. Saya rasa sudah hilang Umhpp!! Sudah tidak ada lagi cacian dan makian kepada Mohd Sabu. Laporan polis pun tak lagi meingkat. Sudah tak ada orang kampung ceruk mana diinterview kerana marah kepada Mohd Sabu sedang orang kampung itu haram jadah tak tahu apa itu Bukit Kepong!

Datuk Ahmad Maslan, kepala tarajui filem-filem terbaik ini seolah-olah sudah memaafkan Mohd Sabu. Atau Mat Sabu sudah serik dan sekarang ini berjinak dengan UMNO mungkin akan menurut rakan-rakannya daripada PKR yang berhijrah perahu!

Kebodohan Datuk Ahmad Maslan dalam isu ini amat tidak disenangi oleh beberapa orang lama dalam UMNO. Malah Tun Mahathir juga telah membuat komen yang tidak menyenangkan Datuk Ahmad Maslan.

Mat Sabu masih utuh, malah kerana Mat Sabu ramai mendapat durian runtuh.

Kebodohan UMNO terserlah dan keparcayaan golongan muda kepada media kerajaan makin menurun. Apatah lagi sekarang ini mereka disaljikan pula dengan perhimpunan orang-orang bodoh. Maaf bukan saya yang kata, tapi ini adalah ulasan David Martin dalam Malaysian Insider. Anda boleh baca petikan di sini.

Apa pun saya masih rindu dengan berita serangan terhadap Mat Sabu. Saya juga nak tahu ke mana perginya laporan polis yang lebih daripada 1000 itu.

Kenapa berhenti, kenapa jemu wahai UMNO. Buatlah kerja bodoh agar rakyat boleh lihat bertapa bodohnya kamu!!

Berat dakwaan MSO nih...

Posted: 05 Dec 2011 07:00 PM PST

RM100 Juta Untuk Sebuah Sayap Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

Syarikat-syarikat kolongmeret dan kontrektor kelas A yang mendapat projek berbillion ringgit dari kerajaan dikatakan sudah mula mengeluarkan wang sebagai bayaran ufti untuk Umno menghadapi pilihan raya. Pembayaran ufti tahunan itu sebagai menjamin UBN memang dalam pilihan raya sudah pun bermula.

Menjadi kebiasaan setiap kali menjelang pilihan raya syarikat gergasi akan menyalurkan bantuan kewangan kepada UBN khususnya Umno. Ada kalanya penyaluran wang itu macam menyalurkan beras kepada mangsa banjir berguni-guni dan berlori-lori.

Kita merasa mustahil dengan berita atau cerita itu tetapi itulah yang berlaku selama ini. Sebab itu UBN tidak ada masalah dengan kewangan. UBN akan menerima pemberian wang dari mana-mana sumber sahaja tanpa mengira halal atau haram.

Satu masa pernah seorang bekas pegawai askar yang bertanggungjawab menjaga Ha Najib memberi tahu saya pejabat Najib pada satu pilihan raya penuh dengan wang yang disalurkan oleh syarikat perjudian Genting. Katanya wang itu tidak digunakan Najib walaupun satu sen. Timbul pertanyaan di kotak fikiran saya kalau Najib tak guna wang itu (Genting) bermakna banyak lagi wang yang diberikan kepadanya untuk menghadapi pilihan raya.

Hakiakt UBN ini banyak wang ini boleh ditenguk kepada perbelanjaan di sepanjang kempen pilihanraya. Jentera dan logistik UBN selalunya mewah dan setiap pertugas diberikan wang termasuk juga pengundi. Kerana pilihan raya ini juga menjadi lombong wang panas menyebabkan ahli Umno berebut-rebut untuk menjadi calon kerana dengan menjadi calon mereka akan dibekalkan wang.

Dan maklumat terbaru yang diberitahu kepada saya sebuah syarikat kontrektor telah memasukan wang RM100 juta ke dalam akauan sebuah syap Umno beberapa hari lalu. Transksi penyaluran itu telah pun berlaku sebaik saja Najib memalungkan genderang perang pilihan raya.

Itu hanya dari sebuah syarikat sahaja dan pemberian pusingan pertama akan ada lagi syarikat lain mengambil giliran menghulurkan sedekah untuk UBN.Terima kasih kepada pemberi maklumat. http://msomelayu.blogspot.com/

Kejam: Depa lupa teruih dah kat Ku Li...

Posted: 05 Dec 2011 06:00 PM PST

Tengku Razaleigh Kalau Pun Benci Tetapi Jangan Dilupakan

SEMASA menyampaikan ucapaan dasarnya Haji Najib Razak memberi pujian dan sanjungan khas kepada para pejuang Umno terdahulu baik yang masih hidup atau yang sudah mati. Beliau telah meminta para perwakilan bangkit untuk memberi penghormatan (standing owation) itu dengan tepukan bergemuruh. Tentunya tindakan Najib itu satu tindakan terpuji kerana mengenang jasa dan juga bakti para perjuang Umno terdahulu.

Satu persatu nama-nama tokoh disebut dengan iringin tepukan bergemuruh perwakilan sambil berdiri. Nama utama yang tersemak dalam barisan ucapan Najib ialah Mahathir Mohahmad kemudian Abdullah Badawi dan diikuti Musa Hitam serta tidak terlupa Sakaran Dandai. Mereka semua Najib gelarkan sebagai kesastria dan negarawan. (Tidak pula saya pastikan apakah Taib Mahmud hadir di perhimpunan itu tetapi jelas namanya tidak termasuk dalam hulubang balang negara. Kenapa?).

Selepas itu Najib juga membilang nama-nama lain yang sudah tidak ada - kembali ke ramlatullah bermula dengan Onn Jaaffar, Tunku Abdul Rahman, ayahnya Razak Hussein, bapa saudaranya Hussein Onn, Dr Ismail dan Tun Ghafar Baba.

Saya yakin seramai 2,500 perwakilan Umno berderau darah mereka dan dan meriding bulu mereka apabila nama-nama agung itu disebut. Tentu juga ada yang menitiskan air mata dan sebab dada. Begitulah yang kita mahu dari setiap orang pengikut kepada satu perjuangan, tidak mudah melupai dan tetap mengenangkan jasa pemimpin terdahulu dan orang yang berjasa kepada parti.

Cuma jahil sedikit bagi Najib para pejuang yang telah pergi itu hanya diberikan kalungan sanjungan dan tepukan tetapi tidak dihadiahkan al Fatihah. Walahl saat sesetengah pemimpin yang sudah pergi dan kini bersemadi di alam barzakh itu mereka perlu diberikan al Fatihah dan bukannya tepukan bergemuruh atau sanjungan melangit.

Namun dalam ketinggian daya kehormatan Najib itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang lengkap dan mencatatkan standing owation yang dilakukan itu apabila nama seorang lagi yang sepatutnya juga dimasukan dalam barisan senarai orang berjasa dan bersifat negarawan tetapi tidak disebut sama. Orang yang saya maksudkan itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Kenapa Najib mencicirkan Tengku Razaleigh? Kalaupun benci tetapi Najib tidak seharusnya melupai nama anak raja berjiwa rakyat itu yang jasa dan budinya kepada Umno lebih tinggi dari sesetengah nama yang disanjung itu.

Sekali lagi kenapa Najib lupa? Apakah Najib jahil mengenai jasa dan budi serta pengorbanan besar Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno. Atau pun Najib sengaja tidak mahu menyebut kerana beliau dikejar bayang-bayang sendiri, bimbang takut Tengku Razaleigh akan mencabarnya tahun depan. Begitukah? Sebenarnya gelanggang perang belum bermula Najib tidak perlu mematahkan senjata lawan.

Apakah sejarah boleh menolak jasa dan pengorbanan Razaleigh kepada Umno. Siapa yang berusaha membina bangunan Umno tempat Najib dan sekalian orang berhimpun hari ini. Bukankah bangunan itu, jawatankuasa pembinaannya diketuai leh Tengku Razaleigh. Apakah ada orang tidak tahu bahawa sebahagian tanah tapak bangunan itu diberikan oleh Tengku Razaleigh. Dan apakah jasa dan budi memberi tanah dan membangun bangunan itu tidak wajar dikenang?

Begitu juga dengan syarikat GLC Petronas bukankah pengerusi eksekutifnya yang pertama dan bertindak sebagai pengasas bersama Tun Razak, Tengku Razaleigh. Entah sudah berapa banyak wang Petronas digunakan oleh Tengku Razaleigh untuk membangunkan negara dan tentu juga membangun dan mengukuhkan kedudukan Umno sehingga mampu beridir sampai ke hujung hayat seperti hari ini.

Banyak kalau hendak disebut pengorban dan jasa-jasa Tengku Razaleig kepada Umno. Pengorbanan paling besar dan dramatik, beliau ialah melawan pentadbiran kuku besi yang diamalkan oleh Mahathir Mohamad. Sejarah penentangan beliau terhadap Mahathir untuk jawatan presiden tahun 1987 menceritakan segala-galanya. Siapakah orang pertama yang berani melawan atau menghalang niat Mahathir untuk menguasai Umno selamanya. Menguasai kekayaan menerusi Umno, kalau bukan Tengku Razaleigh. Beliau menegur dan mengkritik Mahathir atas satu nawaitu untuk menyelamatkan negara dan menjaga maruah Melayu.

Tindakan Tengku Razaleigh semasa itu disokong lebih separuh pemimpin dan menteri ketika itu. Ia termasuk bekas PM Abdullah Badawi dan juga menteri radio tv sekarang ini Rais Yatim. Bagaimana pun sokongan kedua orang itu sekerat jalan saja mereka kembali kepada Umno apabila diberikan sedikit umpan bermatakan joran dan kekal hingga ke hari ini. Saya tidak mahu menamakan atau mengolongkan golongan apa mereka yang mula bersama tetapi berundur di sekerat jalan dalam perjuangan.

Kalau bukan kerana tindakan berani dan insaf Tengku Razaleigh mungkin institusi raja-raja yang menjadi payung dan tunggak Melayu di negara ini sudah lebur disebabkan sikap liberalisme dan anti feudal Mahathir. Sekali lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi PM menceritakan segala-galanya tetapi ada yang meupai kerana ralik mendengar retorik Mahathir atau kerana mendapat sekeping roti.

Selain itu kesetiaan dan pengorbanan besar Tengku Razaleigh ialah sanggup membubarkan Parti Semangat 45. Demi Melayu dan demi surival Umno beliau rela mematikan anaknya sendiri kerana sayang kepada Umno.

Apakah jasa, pengorbanan dan budi Tengku Razaleigh itu tidak layak untuk dikenang? Tidak layak untuk disanjung. Sepanjang sejarah perjuangan dan keberadaanya dalam Umno Tengku Razaeigh tidak pernah menggunakan sejanta haram untuk mencari kemenangan. Beliau tidak menggunakan polis, tentera ataupun melantik mana-mana konsultan dari luar negara menguruskan perlawanannya.

Tengku Razaleigh adalah seorang yang hormat dan mengikut lunas undang-undang. Beliau juga tidak korup dan pernah dibabitkan dalam sebarang skandal. Beliau lebih rela kecewa kerana gagal dalam sesuatu perebutan yang tidak dibantu dengan senjata-senjata haram dan agensi kerajaan. Sikap Tengku Razaleigh juga beliau sedia kecewa daripada melihat rakyat dan Umno itu sendiri kecewa. Itulah seorang yang mengorbankan dirinya untuk sebuah perjuangan dan bangsa.

Pada saya Najib kurang bijak dan kurang cermat apabila beliau tidak membariskan nama Tengku Razaeigh dalam senarai tokoh-tokoh yang perlu diberikan tepokan gemuruh. Najib tidak bijak dalam hal ini dan nampak dia sengaja mencicirkan nama Tengku Razaleigh. Kalau Najib tidak alpa pasti markahnya lebih tinggi di mata para penyokong dan pengkagum Tengku Razaleigh. Saya rasa Tengku Razaleigh tidak pun kecewa dengan keadaan itu, air matanya tidak pun menitis barang setengah titik.

Tetapi Najib harus ingat bahawa dalam dewan itu masih ada orang yang setia dengan Tengku Razaleigh. Dari 2,500 orang perwakilan itu masih ada para penyokong Tengku Razaleigh. Juga mereka yang mendengar ucapan itu disiarkan secara langsung termasuk juga orang dewasa golongan veteran yang menjadi pengkagum Tengku Razaleigh. Apabila mereka menanti nama hero mereka tidak dinobatkan, tentu mereka akan kecewa. Dan kekecewaan atau keterkilan orang lama menjadi doa yang boleh menyeksakan Najib.

Hendaknya didalam ucapan penggulungan nanti Najib akan meralat kealpaan beliau terhadap Tengku Razaleigh ini. Bukan untuk Tengku Razaleigh tetapi demi mengaman hati dan perasaan bekas Menteri Kewangan itu baik di dalam dewan Merdeka PWTC dan juga puluhan ribuan yang berada di luar termasuk juga anak-anak muda yang sudah mulai mengenali siapa Tengku Razaleigh dan mengkagumi integaritinya.

Pelakon ni dituduh masuk PAS...

Posted: 05 Dec 2011 05:00 PM PST

Pelakon Catriona Ross Isi Borang Sertai PAS?

KOTA BHARU R 4 Dis. - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.

Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.

"Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.

"Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya 'ustazah jadi jadian' ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak," kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini. Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.

Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.

"Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya. Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan," katanya.

Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.

Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.

Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.

Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

"Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi," katanya. Sinar Harian

Kesian sungguh la kat UMNO... haha...

Posted: 05 Dec 2011 04:00 PM PST


Meracau dengan dosa sendiri

Keresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang.

Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka.

Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata "Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur" melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO.

Imaginasi orang bersalah

Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur.

Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi.

Pendek kata, imaginasi propaganda UMNO ini membayangkan seolah-olah dunia Melayu akan kiamat jika rakyat menolak UMNO.

Igauan ngeri ini hanya lahir apabila seseorang pemimpin atau kumpulan yang dipimpinnya mula merasa bersalah dan berdosa. Perasaan bersalah itu kini sedang menyelubunginya, terasa seperti dibayangi oleh sesuatu, terasa sedang diburu oleh sesuatu. Maka muncullah satu fenomena yang kita kenal sebagai 'paranoid'.

Oleh sebab kesalahannya itu banyak dan besar, maka tanda-tanda untuk mereka menerima pembalasan akan tergambar dengan sendirinya dihati dan fikiran UMNO. Itulah yang sedang berlaku, mereka sedang membayangkan sesuatu yang buruk bakal menimpa diri jika gagal dalam PRU ke-13 kelak.

Mereka takut kesalahan-kesalahan yang pernah mereka lakukan selama ini akan terbongkar, kezaliman mereka akan didedahkan dan hal-hal rasuah mereka akan mula makan diri.

Kebijaksanaan rakyat

Namun, strategi propaganda seperti ini amat sukar dijual kepada orang Melayu dan Islam pada zaman ini kerana sudah ramai yang waras, bijak dan tidak mudah ditipu.

Orang Melayu tahu menilai kes National Feedlot Centre (NFC) yang jelas kesalahan kronisme dan salah guna kuasa. Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahu menutup minda dan mulut rakyat.

Kebijaksanaan orang Melayu di zaman ini menjadi aset penting kepada mana-mana parti politik yang ingin memujuk mereka. Malah, bukan orang Melayu sahaja, malah sahabat-sahabat Bumiputera di Sarawak dan Sabah sudah mula sedar tentang perihal hak mereka dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Ertinya, Melayu, Bumiputera dan semua kaum lain di negara ini semakin sedar bahawa satu perubahan positif amat diperlukan untuk keluar dari kitaran ganas yang hanya merugikan rakyat dari semua kaum dan agama.

Satu demi satu mitos ciptaan UMNO-BN telah terbukti palsu dan fitnah. Apabila PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, UMNO-BN menuduh rakyat akan terabai, terhina dan jatuh miskin.

Selama 21 tahun, rakyat Kelantan setia dengan PAS. Oleh kerana tekanan keras dan sekatan daripada kerajaan pusat BN, maka Kelantan sukar untuk maju di segi ekonomi.

Sepatutnya dengan penindasan sedemikian, termasuk kengganan kerajaan pusat memberi royalti minyak kepada Kelantan, tentu negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita sebagai negeri paling miskin di negara ini.

Sebaliknya, rakyat negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi di bawah pemerintahan BN yang menderita dengan kemiskinan seperti Sabah, Terengganu dan Perak.

Kelantan bersama Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri mana yang telah bankrap? Negeri mana orang Melayu telah hilang harta dan hidup merempat? Negeri mana Islam sudah dimatikan? Negeri mana Sultan diturunkan dari takhta?

Apa yang menjadi pengetahuan umum – kecuali para propagandis UMNO – adalah kesemua negeri Pakatan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari negeri-negeri di bawah penguasaan UMNO-BN.

Walau pun disekat bantuan kewangan, walau pun ditohmah, walau pun ditimbulkan kekecauan, Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membuktikan kejayaan besar pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Penentuan rakyat

Bayangkan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan cacing kepanasan. Pakatan Rakyat telah sebulat suara menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika apa pun berlaku, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun berikrar menerima realiti politik bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu Islam.

Bukankah suatu ketika dahulu tokoh besar negara Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri?

Memang benar kenyataan itu tetapi Guan Eng sendiri sedar akan hakikat politik negara. Menerima Melayu sebagai Perdana Menteri adalah tanda penghormatan kepada kaum majoriti di negara ini di samping akur kepada hakikat demokrasi, asalkan yang memimpin negara itu bukan manusia yang kotor, rasuah dan suka menyalahgunakan kuasa.

Semua kisah yang dimomokkan para pemimpin UMNO itu hanya sekadar bayangan ketakutan mereka sendiri. Ketakutan inilah yang menjadikan mereka terus diburu oleh dosa-dosa kesalahannya.

Malah, dalam keghairahan mempertahankan kuasa, mereka kadang-kadang lupa bahawa dalam ramai-ramai 3.3 juta ahli UMNO, ada juga yang semakin meluat dengan telatah dan kerakusan pemimpin mereka sendiri.

Bukankah kerana marah dengan keangkuhan pimpinan UMNO dahulu, telah ada antara mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 2008?– Roketkini.com

Wajib baca: Membaziaq time buat baik

Posted: 05 Dec 2011 02:30 PM PST


Pembaziran Yang Terhijab Oleh Kebaikan


"Pembaziran apakah ini, wahai Sa'ad?" Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bertanya."Apakah dalam berwudhu' pun ada pembaziran wahai utusan Allah?" Sa'ad tidak pasti.

Hairan dengan pertanyaan Baginda itu."Malah jika kamu berwudhu' di sungai sekali pun!" tegas Baginda.

Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam menegur perbuatan Sa'ad yang menggunakan air secara berlebihan. Ia tetap pembaziran tatkala melebihi keperluan. Niat dan nilai agama pada besarnya tuntutan berwudhu', bukan justifikasi terhadap pembaziran tersebut.

Termenung saya. Dalam wudhu' ada pembaziran. Apakah pembaziran juga boleh berlaku dalam kebaikan-kebaikan yang lain? Pembaziran yang tidak kita sedari. Terhijab oleh sangkaan kita bahawa kita sedang berbuat baik. Kebajikan.

" Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [Al-Isra' 17: 27]

Pembaziran itu bukankah persaudaraan Syaitan? Tentu sahaja Syaitan menghias licik agar manusia tidak sedar dirinya sedang membazir. Menyangkakan ia sebuah kebaikan.

PEMBAZIRAN CERAMAH?

Teringat saya kepada kisah Abdullah bin Mas'oud radhiyallahu 'anhu. Beliau memperuntukan hari Khamis untuk mengajar. Sesekali pada hari Isnin. Tetapi jemaah yang hadir meminta beliau menjadikan kuliah tersebut setiap hari. Kuliah yang sedap itu.

Tetapi Abdullah bin Mas'oud menolaknya. Biar pun manfaatnya kelihatan akan menjadi bertambah banyak dengan ilmu yang dikongsi, Ibn Mas'oud menolaknya. Beliau tidak mahu jemaah menjadi jemu.

Menjemukan mereka yang mendengar, bukan Sunnah Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Sheikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah hafizahullah menegaskan di dalam buku beliau al-Rasul al-Mu'allim, salah satu daripada teknik mengajar yang diamalkan oleh Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam sebagai seorang guru, adalah mencegah kejemuan anak murid.

Tentu sahaja dalam hidup kita, ada pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Kita kesuntukan masa. Sama ada kerja itu kita sudah kenal atau masih kekal dengan tanggapan 'tak ada benda nak buat', hakikatnya tanggungjawab kita sangat banyak. Namun kita peruntukkan masa yang besar untuk kuliah-kuliah agama.

Kuliah Subuh.

Kuliah Dhuha.

Kuliah Zohor.

Kuliah Asar.

Kuliah Maghrib.

Ceramah Perdana.

Kuliah Online.

Kita menganggap setiap satunya sebagai baik. Ia kuliah. Ia ceramah. Ia taman-taman Syurga. Ia jalan menuju Syurga. Tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa kuliah-kuliah itu boleh menjadi sebuah pembaziran.

Pembaziran apabila kita gagal menjustifikasikan manfaatnya. Sama ada pada yang mengajar, mengajar acuh tidak acuh. Atau yang belajar, belajar acuh tidak acuh. Yang mengajar tidak buat homework, tidak membuat persediaan, mengajar seperti melepaskan batok di tangga.

Yang belajar, hadir ke kuliah tanpa pensel dan kertas. Tanpa perakam. Bersandar di dinding, mendengar ceramah antara tidur dan jaga, sementara menunggu Isyak.

Bertahun-tahun rutin ini berlaku, kita tidak melakukan muhasabah terhadapnya.

Kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam membicarakan tentang Fiqh Keutamaan:
"Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu'), dan rukun."

Terkenang di zaman masjid tidak banyak ceramah. Kuliah-kuliah dicari, tumpuan banyak diberi kepada isi, biar pun bentuk penyampaian amat sederhana malah adakalanya hambar. Bukan mudah hendak mencari kuliah agama. Setiap satunya dirasakan begitu berharga. Di kala surau dan masjid hampir setiap malam penuh dengan kuliah, apakah manfaatnya semakin bertambah? Manfaat bukan pada bertambah TAHU, tetapi bertambah MAHU dan MAMPU terhadap kehidupan beragama.

Di era lambakan kuliah dah ceramah ini.

"Apakah dalam ceramah pun boleh berlaku pembaziran?"

"Malah jika kamu berjiran dengan 'sepadang' ustaz sekali pun!"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Tiada ulasan: