Addin |
- Siapa Dalang Seludup Parabola Di Sabah?
- Penemuan Telegram, Bukti Letusan Gunung Berapi Krakatau Dahsyat
- "UMNO Tidak Pernah Berubah" - Veteran UMNO
- Lagu Bunkface Di Haramkan Hanya Kerana Perkataan "Reformasi"
- Pengawal Revolusi Iran Bersiap Sedia Untuk Perang
- Najib Sokong Kumpulan Samseng?
- Internet Tanpa Wayar Jejas Kualiti Sperma?
Siapa Dalang Seludup Parabola Di Sabah? Posted: 06 Dec 2011 02:00 PM PST Baru-baru ini Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang diketuai oleh Ketua Pencegah Kastam, Hamzah Sundang dan Pegawainya Ali Asan telah merampas hampir 200 biji Parabola (Parabolic) di beberapa daerah di Sabah. Syabas kepada Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai yg mengatakan di sebuah suratkhabar kelmarin bahawa rampasan parabola oleh KDRM adalah tidak masuk akal sama sekali. Di sini, saya ingin bertanya siapa yang membenarkan pihak tertentu menyeludup masuk begitu banyak Parabola yang saiznya terlalu besar jika tanpa bersubahat dengan pegawai kastam? Menurut keterangan Hamzah Sundang kepada media, bahawa kesemua parabola yang dirampas itu diseludup masuk dari negara jiran. Kita ingin tahu jiran sebelah mana yang beliau maksudkan, Indonesia, Filipina atau Brunei? Sebenarnya bukan dari semua negara jiran yang tersebut di atas tetapi dari Sarawak dan pelabuhan Sepangar di Kota Kinabalu. Kenapa Hamzah tidak menyatakan secara terus terang pada Media? Hamzah patut dinaikan pangkat ke jawatan Pengarah KDRM Sabah dan Ali Asan sebagai Timbalan Pengarah dan kedua mereka harus ditukar ke Sarawak kerana di sana mungkin dua hingga tiga biji kontena tidak cukup muat bila ada rampasan kerana Sarawak negeri yang paling banyak memasang parabola. Kenapa Ketua Pengarah Kastam tidak arah kedua pegawai dari Sabah ke Sarawak dan merampas semua parabola di sana dan bukannya menumpukan rampasan di Sabah? Pemimpin Sabah harus bertanya dengan Ketua Pengarah Kastam, mungkinkah Sarawak sebagai salah satu negeri 'Fixed Deposit' BN, maka Kerajaan pun takut kepada pemimpin dan pegawai daripada Sarawak? Cuba anda ke Sarawak dan tengok sendiri adakah Sarawak sperti Langkawi dan Labuan yang Bebas Cukai? Di Sarawak semua kedai kopi menjual rokok dan minuman 'duty free'. RM10 x 3 tin dan rokok RM0.80-RM1.20 sebungkus. Dari Kuching sehingga ke Bintulu dan hanya Menteri kita yang tidak tahu bahawa sebelum Tahun Baru Cina atau Hari Raya, mercun dibawa masuk dari Sarawak ke Sabah mengguna lori; termasuk ratusan buah kontena yang digunakan menyeludup sayap ayam. Tetapi apakah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah banyak maklumat terbuka dan terperinci telah disiarkan Sabahkini.net. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu Langkawi dan Labuan sahaja 'Pulau Bebas Cukai'; tetapi mereka tidak tahu bahawa Limbang, Sarawak pun juga ada Kedai Bebas Cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam. Amat memeranjatkan, Kerajaan 1Malaysia Najib, menyambung setahun lagi kontrak Ketua Pengarah Kastam yang paling 'rasuah' dalam sejarah Malaysia sehingga 'Kambing Hitam' terjun dari bangunan SPRM ketika CCTV SPRM tidak berfungsi, sebaliknya mereka lupa, CCTV Tuhan merakam segala perlakuan jenayah mereka. Saya berpendapat, Ketua Pengarah Kastam mempunyai agenda dengan menteri dan selepas pencen tahun hadapan, beliau akan dilantik sebagai Penasihat KDRM seperti Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew; supaya kuncu-kuncu beliau masih terus menjalankan operasi penyeludupan rokok dan ayam beku di Sarawak. Sebagai pembaca Sabahkini.net, saya amat geram dengan tindakan KDRM kerana mereka yang ambil duit dari sindiket, benarkan sindiket masuk dan selepas itu tangkap para pembeli. Mereka juga Manusia dan mereka juga iblis terutama Pegawai atasan termasuk Ketua Pengarah Kastam. "Oi…Sudahlah Khalid. Anda sudah kenyang, sekarang ingin tunjuk anda tidak Korupsi. Takut pencen tahun hadapan SPRM akan ambil tindakan seperti Tan Sri Ling Liong Sik?" Kita tunggu dan kita lihat apa tindakan dan siasatan SPRM terhadap anda yang sudah kenyang menelan jutaan ringgit dan telah membawa keluar dan menyimpan wang di luar negara. Betul atau tidak boleh jelaskan melalui Sabahkini.net. Jangan anda ingat orang Sabah dan Labuan senang digertak dan tidak pandai melawan. Kastam kerja dengan ASTRO kah? Wahai orang orang Sabah dan Labuan, Jangan mimpi orang Sabah dan Labuan akan menjadi Ketua Pengarah Kastam Malaysia kerana Khalid sudah pasang Pegawai Sarawak yang menggantikan beliau. Jika Dr Jonathan Kandok boleh menjadi Pengarah KDRM Sabah tahun hadapan sudah bernasib baik tetapi kasihan kerana sepatutnya beliau sudah lama dilantik sebagai Pengarah kKDRM Sabah kerana jawatan kosong itu sudah lama tidak diisi. Sebagai pegawai kanan dan penuh pengalaman, Jonathan memang layak dan tidak perlu ijazah PHD untuk memegang jawatan Pengarah KDRM Sabah kerana Ketua Pengarah Kastam Malaysia pun tidak mempunyai ijazah kedoktoran. Jika Pemimpin Sabah tidak berani membela rakyat Sabah, terutama dalam isu parabola bagi kawasan pedalaman, maka pada pilihanraya umum ke-13, jangan marah jika rakyat beralih arah kepada 'Parti Kerajaan Rakyat' (PKR). Kerajaan Persekutuan sewajarnya memberi peluang saksama kepada semua pemimpin baru yang bersama rakyat dan membuang semua pegawai kerajaan yang rasuah dan salahguna kuasa.~sabahkini | ||
Penemuan Telegram, Bukti Letusan Gunung Berapi Krakatau Dahsyat Posted: 06 Dec 2011 08:03 AM PST
Dibandingkan letusan Gunung Tambora di Sumbawa (Nusa Tenggara Barat) pada 1815, letusan Gunung Krakatau masih kalah besar, baik kekuatan maupun dampaknya. Berbeda dengan letusan Tambora yang terekam samar dan dampak globalnya baru dideteksi lebih dari 100 tahun kemudian, letusan Krakatau diketahui warga dunia dalam bilangan jam. Dampak letusan Tambora baru diketahui ketika peneliti di kantor meteorologi Amerika Serikat, WJ Humphreys, pada tahun 1930-an menemukan hubungan antara cuaca buruk di dunia Barat pada 1816 dan letusan Gunung Tambora. Adapun letusan Krakatau telah menjadi berita utama di koran-koran di Eropa tak lama kemudian. Tsunami yang menyebar luas ke berbagai penjuru dunia pada 27 Agustus 1883 juga terdeteksi dengan cepat bahwa sumbernya Krakatau. Sepanjang tanggal 27 Agustus dan sehari setelahnya, telegram dari Batavia (Jakarta)—160 km dari Krakatau—berkali-kali dikirim ke Singapura. Dari sana kabar kemudian menyebar jauh hingga Inggris. Bunyi telegram menyebutkan kepanikan suasana di Jakarta waktu itu. "Batavia saat ini hampir gelap gulita—lampu gas menyala sepanjang malam—tak dapat berkomunikasi dengan Anjer (Anyer)— beberapa jembatan hancur, sungai-sungai meluap karena gelombang laut yang menuju daratan," demikian isi telegram yang dikirim pada sore hari, 27 Agustus. Kemudian, pukul 11.00 pada 28 Agustus, sebuah telegram kembali diterima di Singapura, "Anjer, Tjeringin, dan Telok Beting hancur lebur." Setengah jam kemudian kabar buruk kembali dikirim, "Mercusuar di Selat Sunda menghilang." Berikutnya, telegram itu mengirim informasi lebih detail tentang gelombang laut setinggi 40 meter yang menghanyutkan terumbu karang seberat 600 ton ke daratan Anyer. Disebutkan, sedikitnya 36.417 orang tewas, sebagian besar karena gelombang tsunami, dan 165 desa hancur. Berita yang cepat menyebar itu tak membuat warga Australia bagian selatan, Perth, Colombo, dan Rodriguez (sejauh 4.800 km), harus lama bertanya-tanya tentang suara gelegar letusan yang terdengar dari rumah mereka pada 27 Agustus. Demikian halnya warga dunia menjadi cepat tahu bahwa tsunami yang melanda pantai Sri Lanka dan perubahan tinggi permukaan air laut di Selandia Baru, Alaska dan Saluran Inggris pada hari itu adalah dampak Krakatau. Para meteorolog dunia juga dengan cepat menghubungkan bahwa cuaca dingin yang terjadi sepanjang tahun 1883 hingga paruh pertama 1884 adalah berkat letusan Krakatau. Awan dari abu vulkanik naik ke atas mencapai ketinggian 50-80 km dan mengitari bumi dengan kecepatan jet beberapa kali. Suhu udara menjadi lebih dingin akibat sinar matahari terhalang abu vulkanik lebih dari satu tahun lamanya di beberapa wilayah bumi. Volume material yang dikeluarkan diperkirakan sekitar 18-21 kilometer kubik yang terdiri dari 9-10 kilometer kubik batu-batu berat. Letusan Krakatau merupakan bencana besar pertama di dunia yang terjadi setelah jaringan kabel telegraf menyambung di seluruh dunia. Dua belas tahun sejak Samuel Morse pada 24 Mei 1844 mengirimkan pesan pertama dari gedung Mahkamah Agung di Washington kepada koleganya Alfred Vail, di Baltimore, telegram sudah disambung ke istana besar di Buitenzorg ke kantor-kantor di Batavia. Jawa kemudian terhubung ke dunia internasional sejak 1859, melalui Singapura, sehingga berita letusan Krakatau bisa dengan cepat menyebar luas.~kompas | ||
"UMNO Tidak Pernah Berubah" - Veteran UMNO Posted: 05 Dec 2011 10:31 PM PST Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin mengajak rakyat supaya bersama menolak kerajaan Umno. Menurutnya, kepimpinan Umno tidak pernah berubah dan didakwa sejak dulu lagi hanya mementingkan sekelompok golongan sahaja. "Umno sudah tidak boleh berubah. Caranya itu saja, semata-mata untuk menguntungkan kumpulan-kumpulan mereka saja. "Kepentingan rakyat pada hakikatnya diketepikan sehingga sekarang penyelewengan semakin banyak berlaku, jadi keadaan ini tidak boleh dibiarkan," katanya kepada Sinar Harian selepas program Ceramah Perdana bertajuk 'Malaysia Tanpa Umno' malam kelmarin. Program turut dihadiri, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Khalid Jaafar. Pada akhir program itu, Mohamed Nazar turut menyaksikan penyerahan borang kemasukan keahlian Ranting baru PKR Cabang Hulu Selangor kepada Anwar. Mohamed Nazar berkata, paling mendapat perhatian isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurutnya, pemberian RM250 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada NFC dilihat satu pembaziran Beliau berkata, sebaiknya wang itu diberikan kepada penternak tempatan dan bukan kepada individu atau pihak berkepentingan. "Dalam isu Fidlot ini jelas memperlihatkan kerajaan BN dan Umno mengutamakan kepentingan segelintir pihak semata-mata. "Mengapa ia tidak diberi kepada penternak seluruh negara di mana manfaatnya lebih besar untuk rakyat," katanya. Menurut Mohamed Nazar, sekiranya Kerajaan Pusat serius membantu rakyat dan penternak sudah pasti pulangannya lebih besar. Menurutnya, berdasarkan rekod, Selangor saja menggunakan kira-kira 5,000 lembu setiap tahun apabila tiba ibadah korban, maka jumlahnya lebih besar untuk seluruh negara. Beliau berkata, isu seperti itul yang tidak sepatutnya berlaku dan keadaan itu tidak boleh dibiarkan. "Maknanya, kita kena tolak kerajaan Umno dan tukar kerajaan baru."Kita sudah buktikan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang jelas tidak mengamalkan rasuah," katanya.~sh | ||
Lagu Bunkface Di Haramkan Hanya Kerana Perkataan "Reformasi" Posted: 05 Dec 2011 10:12 PM PST Penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharum terkilan apabila lagu Panik diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).Sam berkata, pihaknya diberitahu oleh RTM bahawa lagu itu tidak akan dimainkan di stesen radio milik kerajaan itu kerana mempunyai perkataan 'reformasi' dalam liriknya. "Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsurkan politik," ujarnya P di sini, baru-baru ini. Tambahnya, penggunaan perkataan itu juga tiada kena mengena dengan laungan Gerakan Reformasi oleh sebuah parti politik pembangkang satu ketika dahulu. "Jika perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku, saya rasa tidak adil kerana maksud reformasi bukan merujuk kepada kejadian tersebut. "Dan jika ya, sepatutnya perkataan itu dibuang terus daripada kamus," ujarnya. Sementara itu, Sam berkata walaupun agak terkilan dengan tindakan RTM dia tidak patah semangat untuk terus menghasilkan lirik dan muzik yang bagus untuk peminat. Katanya, dia menulis sesebuah lagu hanya berdasarkan kepada pengalaman hidup untuk dikongsi bersama peminat dan bukannya untuk menimbulkan kontroversi. Sam juga baru-baru ini menerima anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) pada minggu lalu. Addin : UMNO betul-betul sudah meroyan.. Hanya kerana perkataan 'reformasi' yang terdapat dalam lirik lagu Panik dari Bunkface, lagu tersebut diharamkan di RTM. Yang pasti lagu itu pun bukan berunsur politik tetapi kerana terdapat perkataan 'reformasi' ianya telah di haramkan. Sungguh terdesak UMNO BN untuk mengekalkan sisa-sisa kuasanya.. tidak profesioanal dan demokratik. Kepada penyokong Bunkface dan anak-anak muda di luar sana.. wajib tukar UMNO BN daripada tampuk kuasa sekarang.. kita sama-sama lakukan REFORMASI!! | ||
Pengawal Revolusi Iran Bersiap Sedia Untuk Perang Posted: 05 Dec 2011 07:14 PM PST TEHERAN - Pengawal Revolusi Iran bersiap perang di tengah meningkatnya tanda-tanda bahwa Barat melakukan tindakan langsung untuk melumpuhkan program nuklir Iran. Demikian diberitakan harian Inggris, The Telegraph, dalam situs webnya, Senin (5/12/2011). Sebuah perintah dari Jenderal Mohammad Ali Jaafari, komandan para pengawal, telah menaikan status kesiagaan operasional pasukan negara itu dan memulai persiapan menghadapi potensi serangan eksternal dan serangan rahasia. Para pejabat intelijen Barat, seperti dikutip Telegraph, mengatakan, Republik Islam itu telah memulai sejumlah rencana untuk menyebarkan rudal jarak jauh, bom berdaya ledak tinggi, unit-unit pasukan artileri dan pengawal ke posisi pertahanan kunci. Perintah itu diberikan sebagai tanggapan atas tekanan internasional yang meningkat terhadap program nuklir Iran. Persiapan bagi sebuah konfrontasi meningkat cepat menyusul laporan Badan Energi Atom Internasional (IAEA) bulan lalu di Wina yang menyatakan ada bukti bahwa Iran secara aktif telah bekerja untuk menghasilkan senjata nuklir. Para pemimpin Iran takut, negara itu menjadi sasaran serangan terkoordinasi intelijen Barat dan badan-badan keamanan untuk menghancurkan elemen-elemen kunci infrastruktur nuklirnya. Ledakan di falistas pengujian rudalnya baru-baru ini telah menguatkan paranoia Iran itu. Rejim negara itu takut Iran akan menjadi target serangan kejutan militer Israel atau AS. Program rudal balistiknya mengalami kemunduran besar pada 12 November setelah sebuah ledakan terjadi di fasilitas pengujian utama rudal rejim itu di Bidganeh, sekitar 30 mil di sebelah barat Teheran. Setidaknya 17 orang tewas dalam insiden itu, termasuk Jenderal Hassan Tehrani Moghaddam, kepala program riset rudal Iran. Laporan IAEA mengatakan, para ilmuwan Iran telah bekerja untuk mengembangkan sebuah rudal yang mampu membawa hulu ledak nuklir. Para analis keamanan menjelaskan, kemajuan pengembangan rudal Iran sebagai sebuah "titik balik" yang punya "implikasi strategis yang mendalam". Minggu lalu sebuah ledakan misterius lain menyebabkan kerusakan signifikan pada fasilitas konversi uranium Iran di Isfahan. "Ini terlihat seperti bentuk perang abad ke-21," kata Patrick Clawson dari Washington Institute untuk Kebijakan Timur Dekat, sebuah lembaga think tank Washington, kepada Los Angeles Times. Ayatullah Ali Khamenei, pemimpin spiritual Iran, mengeluarkan sebuah arahan untuk para kepala intelijen militer dan organisasi keamanan negara itu guna mengambil semua langkah yang diperlukan demi melindungi rejim Iran. Jenderal Jaafari menanggapi arahan itu dengan memerintah unit-unit Pengawal Revolusi untuk meredistribusikan rudal-rudal jarak jauh Iran, yaitu Shahab, ke tempat-tempat rahasia di seluruh negara itu agar rudal-rudal itu aman dari serangan musuh dan dapat digunakan untuk memulai serangan balasan. Selain itu, angkatan udara Iran telah membentuk sejumlah "unit reaksi cepat", yang telah melakukan latihan besar-besaran untuk mempraktekan reaksi atas serangan udara musuh. Akhir pekan lalu, Iran mengklaim berhasil menembak jatuh sebuah pesawat canggih tanpa awak AS, RQ-170, di timur negara itu. Jika benar, itu akan melambangkan sebuah kudeta bagi para ayatullah, karena jenis pesawat siluman ini berisi teknologi sensitif yang memungkinkannya untuk beroperasi selama berjam-jam tanpa terdeteksi. Seorang juru bicara Pasukan Bantuan Keamanan Internasional NATO di Afghanistan hanya menegaskan bahwa para operator AS telah "kehilangan kendali" atas sebuah pesawat tak berawak, tanpa menentukan modelnya. Para pejabat intelijen percaya, permainan berbahaya kucing dan tikus antara Iran dan Barat telah bertanggung jawab atas serangan massa demonstran terhadap Kedutaan Besar Inggris di Teheran pekan lalu. William Hague, Menteri Luar Negeri Inggris, telah menutup kedutaan Inggris di Iran dan mengusir para diplomat Iran dari London sebagai tanggapan. Namun karena Iran tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengendurkan program nuklirnya, ada kekhawatiran bahwa Israel akan melancarkan aksi militer sepihak. Akhir pekan lalu, Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel, memperingatkan, ia akan mengambil "keputusan yang tepat pada saat yang tepat" jika Iran melanjutkan program pengayaan uraniumnya. Pendekatan tanpa kompromi Israel itu memicu peringatan dari Washington. Leon Panetta, menteri pertahanan AS, telah memperingatkan, serangan sepihak Israel berisiko menimbulakn sebuah "eskalasi" yang bisa "menyebabkan Timur Tengah berada dalam konfrontasi dan konflik yang kita akan sesali". Seorang pejabat intelijen senior Barat mengatakan, "Ada keprihatinan mendalam dalam kepemimpinan senior di rejim Iran bahwa mereka akan menjadi target dari serangan militer mengejutkan Israel atau Amerika Serikat. Untuk alasan itu, mereka sedang melakukan semua tindakan yang diperlukan demi memastikan mereka dapat mempertahankan diri dengan baik jika serangan itu terjadi."~kompas | ||
Najib Sokong Kumpulan Samseng? Posted: 05 Dec 2011 06:21 PM PST Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. "Memang ada pilihan tetapi soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang? "Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis? "Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?" soalnya semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini. Walaupun Najib tidak menamakan pilihan itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat. "Walaupun belum lagi berkuasa, mereka sudah mahu mengurangkan perkhidmatan awam menjadi separuh ... mereka mahu mengubah bendera Malaysia, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu," katanya. Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan 'gerhana' jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13. Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. "Orang bukan Melayu tidak perlu cuit perasaan orang Melayu. Jangan cuba ubah apa yang telah diputuskan dan dipersetujui," katanya. Addin : Najib secara terang terangan menyokong Pekida.. Siapa yang tak tahu? Pekida sering di kaitkan dengan aktiviti samseng seperti tarik kereta, pau, kegiatan kongsi gelap dan pelbagai lagi. Setelah Pakatan Rakyat di belasah semasa PAU 2011.. Kini Najib dan UMNO tunjuk taring mereka yang sebenar.. menyokong salah satu kumpulan samseng terbesar? Serta memainkan isu perkauman yang sempit. Dengan sokongan terbuka ini, maka Pekida makin bermaharajalela dengan aktiviti samseng mereka. Adakah menyokong kumpulan samseng ini merupakan salah satu talian hayat terakhir UMNO sebelum PRU 13?? | ||
Internet Tanpa Wayar Jejas Kualiti Sperma? Posted: 05 Dec 2011 03:42 PM PST Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa? Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka. Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki. "Penggunaan sambungan Internet tanpa wayar ini juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma," menurut Avendano lagi. Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan