Selasa, 6 Disember 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


DAP CABAR NAJIB KELUARKAN 'SIJIL MATI 1MALAYSIA'

Posted: 06 Dec 2011 06:24 AM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas perdana menteri kerana memberi "amaran" kepada masyarakat bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu semasa ucapannya kepada anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, semalam.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Kata Lim, Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaan yang kononnya orang bukan Melayu dengan hendak "mengubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu".

Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan "sijil kematian" untuk 1Malaysia.

"Dengan meniupkan sentimen perkauman terhadap bukan Melayu dan mahu mempertahankan  BN memberi Umno hak untuk terlibat dengan skandal 'lembu dan kondominium' bernilai RM250 juta yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri kabinet?" soal Lim dalam satu kenyataan.

"Dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan Melayu menghalalkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM13 bilion ataupun perbelanjaan berlebihan kerajaan persekutuan sebanyak RM3.7 bilion seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010?"

NONENajib pada ucapannya semalam, berkata orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

Katanya, pilihan raya akan datang milik BN kerana mereka telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sudaj tiba masanya, bagi memperjuangkan aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa atau agama mereka.

Menurut beliau DAP menolak "politik diskriminasi" Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua.

Shahrizat rebah, siapa Ketua Wanita baru?

Posted: 06 Dec 2011 06:24 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCVYeHNYPe00CStR2JefwAmRbn4skGxP6z9tGXCpAXzlzlbDDdOUMkfSru5b_YvdQ4sd2C2lQVqwCxUXJTO2X6-ASh50s36fbRZ_K6pkAQjQGojSgx3PBhZq2_d4OKYisKpQk-jep51nQ/s400/725.jpgSEMEMANGNYA kuasa itu akan korup apabila seseorang memegangnya buat tempoh lama. Itulah yang berlaku terhadap sesiapa pun termasuk golongan wanita.

Memanglah wajar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil marahkan Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli; anak muda yang mendedahkan skandal lembu Feedlot. Lewat ucapannya, Shahrizat menyelar Zuraida sebagai biadap sebab menyuruhnya meletak jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Itulah sebabnya punca Shahrizat marah-marah. Iaitu Zuraida telah 'mengusik' jawatannya gara-gara isu lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang dikendalikan oleh suaminya lalu, Shahrizat mencabar Zuraida agar mendesak Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah memecat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KeADILan terlebih dahulu.
Hujah Shahrizat lagi, jikalau beliau diminta berundur bagi menerajui Wanita Umno cuma gara-gara suaminya, lalu hal yang sama patut dilaksanakan Wan Azizah kerana suami beliau sudah lama menguasai parti berkenaan.

Lojik berfikir beliau tentang hal ini masih kabur. Ini kerana, Wan Azizah tidaklah memberi projek keuntungan buat Anwar seperti mana Shahrizat mengagih keuntungan lembu feedlot itu hanya kepada keluarganya sahaja melalui sebuah syarikat yang diterajui oleh suami beliau.

Jadi isu di sini adalah berkaitan skandal, keuntungan bila mana jawatan sudah menjadi sumber keuntungan peribadi dan keluarganya. Kedudukan jawatan yang dicapai seseorang dengan sebab adanya dorongan lain daripada keluarga mereka dalam parti itu masih juga boleh didebatkan dengan lebih perinci.

Ini kerana, jawatan tidak semestinya menandakan seseorang itu akan berbuat keuntungan.

Begitu juga jawatan Ketua Umum yang tidaklah jelas bermotif keuntungan. Jadi, hujah Shahrizat terbatal di sini. Atau mungkin Shahrizat marah-marah itu kerana terkesan dengan kenangan lama juga setelah terguling di Lembah Pantai selepas ditolak para pengundi yang mula menyokong anak muda seperti Nurul Izzah di kawasan Parlimen itu?

Apakah benar Shahrizat dan Umno mula berasakan penangan anak-anak muda mutakhir ini?

Ini kerana, yang turut diselar adalah Rafizi juga sebab beliau bertanggungjawab mendedahkan skandal yang terpalit ke atas Shahrizat. Arakian, gara-gara pendedahan itu, Rafizi diselar sebagai Tanggang muda pula.

"Dia (Rafizi) boleh pergi ke sekolah dan belajar itu kerana apa? Itu kerana berkat perjuangan kaum ibu yang ada di sini..." kata Shahrizat disambut pekikan soraksorai perwakilan Wanita Umno itu. Lalu, beliau menyambung,, "Kini beliau menjadi anak menderhaka, menjual agama dan penghancur bangsa."

Banyak hal juga yang boleh ditelaah dengan sebab kemarahan menyinga Shahrizat dengan tiba-tiba ini. Berkata Shahrizat, selepas menyinsing lengannya itu, beliau berkata, boleh selak kain juga. Tetapi, untuk bersangka baik, adalah lebih afdal dikaitkan selak kain itu untuk berpencak silat dan bukan tujuan satu lagi.

Nampaknya, itulah masalah yang menimpa para pemimpin Wanita Umno pada hari ini.

Sebelum ini, Rafidah Aziz memegang jawatan itu dalam suatu tempoh yang agak lama juga. Apabila seseorang mula memegang kuasa itu dalam tempoh yang lama, maka kuasa itu akan dihinggapi barah korupsi.

Lihat salah satu masalah Rafidah yang terkait dengan menantunya Fazrin Azwar Md Nor itu.

Beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI, di mana Rafidah meluluskan RM1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada menantunya.

Hal ini dilaporkan Anwar Ibrahim sebagai salah guna kuasa Peguam Negara Abdul Gani Patail, merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani Abdul Ghani jelas menunjukkan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah Seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970.

Rafidah bagaimanapun masih bebas dan tidak didakwa sehingga ke hari ini. Barangkali, Rafidah telah pun terhukum di bawah undang-undang mahkamah Umno, iaitu letak jawatan jika anda ada masalah rasuah. Hanya itulah sahaja caranya Umno mahu menyelesaikan masalah dalam kalangan ahli tertinggi mereka. Mereka tidak dibawa ke mahkamah sebaliknya dihukum untuk meletakkan jawatan.

Jika Shahrizat mahu dihukum oleh PM Najib Razak dengan cara sebegitu pun boleh juga. Tetapi Najib perlulah fikirkan siapakah pengganti Shahrizat lepas ini.

Tentang hal lembu NFC yang masih tidak kunjung selesai itu, maka boleh diadili rakyat dalam pilihan raya.
-detikdaily-

Lembu NFC Turut Tersenarai Sebagai Pengundi Pos Sehingga Berlaku Peningkatan 1,343%?

Posted: 06 Dec 2011 06:17 AM PST

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, peningkatan 1,463 peratus pengundi pos berlaku di Parlimen Lembah Pantai (P.121).

"Peratus peningkatan ini amat ketara iaitu peningkatan sebanyak 1,463 peratus dalam masa dua bulan iaitu pada 26 September yang lalu hanya 149 pengundi tetapi pada 2 November ia meningkat kepada 2,180 pengundi.

"Melihat kepada angka ini jelas Barisan Nasional melalui SPR begitu terdesak untuk menawan balik kerusi Lembah Pantai," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Nurul Izzah juga berkata, atas desakan tersebut SPR sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan terdapat dalam senarai nama daftar pemilih yang baru dikeluarkan itu pengundi boleh mengundi dua kali di peti undi yang berlainan.

Selain itu juga, katanya terdapat pengundi yang mempunyai nama di Parlimen Lembah Pantai dan boleh mengundi di Bukit Bintang.

"Melalui penelitian yang telah pihak kami lakukan iaitu semakan senarai nama lebih kurang dua ribu pengundi, kami dapati sebanyak 97 nama mempunyai keraguan iaitu dari segi tiada rekod di dalam sistem talian walaupun dalam senarai daftar pemilih ada.

"Dalam pada itu juga kita telah menjumpai pemilih yang mengundi di dua tempat seperti Saripah Haji Arif (RF90153) yang mengundi di Balai Polis Pantai dan juga di Balai Polis Pekan.

"Sementara itu Mohd Fajree Zulkifli (RF146959) pula boleh mengundi di Balai Polis Pantai dan juga Balai Polis Petaling iaitu di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.

"Ini adalah contoh-contoh senarai nama yang telah kami perolehi melalui semakan yang telah dilakukan dan kami pasti jika ditelitikan kesemua nama-nama daripada 97 yang dikenalpasti ia akan meningkat lagi," sambungnya lagi.

Nurul Izzah juga berharap apa yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya nanti bagi memastikan ia berlaku secara adil serta telus.

"Begitu juga cadangan memansuhkan undi pos serta menggantikan dengan undi awal tetapi itu belum pasti sama ada ia dapat dilaksanakan sebelum pilihanraya atau pun tidak, dengan alasan BN begitu terdesak untuk memenangi pilihanraya nanti," kata Nurul Izzah lagi.

Beliau juga berpendapat Pakatan Rakyat berhadapan masalah yang serius dalam menghadapi pilihanraya terutamanya peningkatan mendadak undi pos.

"Ini baru berlaku di Lembah Pantai dan di tempat-tempat lain juga sedemikian, apa yang pasti kita berhadapan dengan masalah yang serius pada pilihanraya nanti.

"Apa yang ingin saya tekankan SPR perlu tampil dan beri kenyataan pada media berhubung dengan senarai nama mencurigakan ini dan jangan berdiam diri," katanya. -Hrkh


'Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai.


LEMBAH PANTAI, 6 DIS : Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mendedahkan kepada media pelbagai percanggahan maklumat pengundi pos di kawasannya.


Menurut Nurul Izzah, sekurang-kurangnya 97 percanggahan dapat dikesan pihaknya termasuk seorang pengundi yang didaftar diatas nama "Balai Polis Kerinchi".


Nama yang dikesan ini merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011.


Merujuk kepada pangkalan data 'on-line' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nurul Izzah mendedahkan kad pengenalan bernombor RF161872, secara rasmi di daftarkan atas nama Balai Polis Kerinchi.


"Saya tekankan ini bukan sahaja satu nama yang mengelirukan, malah ada pengundi dari kalangan anggota polis yang boleh mengundi di dua kawasan yang berlainan.


"Ini baru rekod pengundi pos, belum lagi kita semak rekod pengundi biasa dan perkara ini berlaku ketika kita bercakap soal pilihanraya yang telus, adil dan bersih," jelas Nurul Izzah.


Nurul Izzah berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai di sini hari ini.


Baharu-baharu ini, bercakap di lobi parlimen, Izzah menzahirkan kebimbangannya mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.


Nurul Izzah mendakwa bilangan pengundi pos diLembah Pantai naik mendadak 1,400 % dalam tempoh dua bulan sedangkan rekod pada 26 September lalu hanya 149 orang kemudiannya meningkat kepada 2,180 orang pada 2 November.


Lebih buruk lagi semakan yang dilakukan di Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.


"Terus terang kami terpaksa melakukan sendiri, kerana tiada jaminan daripada SPR untuk nama-nama ini diperbaiki.


"Persoalannya, bagaimana kita boleh pastikan bahawa SPR telah membersihkan nama-nama ini kerana sehingga kini pelbagai percanggahan maklumat dan ini adalah mustahil bagi SPR untuk membersihkannya," tegas Nurul Izzah. -tvsnews


Sungguh ketara dan sungguh dasyat penipuan yang hendak dijalankan di Parlimen Lembah Pantai.

Apakah kesemua lembu NFC juga telah didaftar sebagai pengundi pos sehingga peningkatan mendadak 1,343% di Parlimen Lembah Pantai? -GB

Kenapa Najib jerit dan melalak di PAU?

Posted: 06 Dec 2011 06:15 AM PST

Perasaan takut boleh hilang sebentar dengan berbagai-bagai cara...

Ada dua orang pembaca setia saya menulis kepada saya untuk saya memberikan komen terhadap cara PM Najib bercakap dengan menjerit dan bertempik di dalam mana-mana majlis kempen beliau. Saya tidak berminat untuk mengomennya kerana dah stail beliau suka bertempik dan menjerit apa yang saya dapat katakan?

Tetapi saya hanya hendak membuat satu cerita semasa saya membesar di kampung saya yang jauh di pedalaman semasa itu. Sekarang kampung saya sudah tidak jauh ke pedalaman lagi, malah boleh menembusi perjalanan ke Jelebu, Bahau dan Kuala Pilah dengan senang.
Alhamdulillah, anak-anak kampung saya semuanya ingat kepada jasa ibu bapa yang membesarkan mereka dan semua mereka membantu ibu bapa mereka di kampung yang kesemuanya telah tua-tua belaka. Tidak ada orang-orang tua yang terbiar kerana anak-anak mereka semuanya membela nasib ibu bapa mereka yang sudah uzur. Alhamdulillah.

Tetapi semasa awal enam puluhan dahulu kami sangat jauh dari dunia luar. Api elektrik belum sampai ke kampung saya. Jalanraya pun baru tahun '67 baru di bina. Sebelum itu kami hidup dalam kegelapan. Cerita saya ini hanya boleh difahami dengan mudah oleh orang yang hidup pada zaman itu dan mempunyai keadaan di kampung mereka yang sama dengan keadaan kampung saya.

Walaupun tidak ada elektrik kami berkemampuan berjalan dalam kegelapan kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Kehidupan kami seperti biasa. Kalau nak ke surau pun boleh berjalan dalam gelap. Alhamdulillah kami sampai ke mana-mana yang hendak kami tuju. Perasaan takut tidak ada dalam kamus kehidupan kami walaupun perasaan itu datang sekali sekali semasa berjalan di dalam gelap itu.

Kadangkala bila berjalan kesaorangan di dalam gelap itu ada juga perasaan takut itu datang. Takut kerana ada orang berkata hantu selalu ada di sekian-sekian tempat. Apabila sampai ke tempat itu datang juga rasa takut itu. Jadi untuk menghilangkan takut itu masing-masing akan berbuat macam-macam untuk menghilangkan ketakutan itu.

Ada yang menyanyi dengan sekuat hati. Yang tua-tua menyanyikan lagi S Effendi sekuat hati. Yang muda-muda menyanyikan lagi Ahmad Jais dan Rafeah Buang. Ada yang nyanyi lagu Mat Sentul dengan sekuat hati. Semuanya itu adalah untuk menghilangkan rasa takut dan untuk meyakinkan diri sendiri yang mereka berada di dalam keadaan selamat dan tidak berbahaya.

Selain dari menyanyi ada pula membakar mercun untuk menghilangkan rasa takut. Mercun memberikan bunyi yang sangat kuat dan itu adalah cara yang paling senang untuk menghilangkan rasa takut itu. Saya mengalami segala-galanya ini kerana saya hidup di kampung yang agak jauh ke pedalaman semasa itu.

Jadi saya berharap kedua-dua orang yang bertanya kepada saya sudah mendapat jawapan kenapa seseorang itu bertempik atau bercakap dengan kuat. Jika itu yang berlaku di dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lepas itu, saya yakin ada orang yang sedang merasakan ketakutan. Siapa orangnya saya tidak tahu. Kenapa mereka takut sehingga bercakap sekuat hati itu, tidak juga saya tahu.

Tetapi yang pasti pemimpin itu mesti ada yang dia takutkan. Kalau hendak tahu apa yang beliau takutkan tanyalah beliau sendiri. Saya takut hendak bertanya nanti kena tempik pula. Saya pun ada perasaan takut sikit-sikit.

Anyway, that's not an issue.
- Aspan Alias

Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis

Posted: 06 Dec 2011 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris hari ini.
(Amin Iskandar bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Papagomo)
Laporan itu dibuat oleh Amin di Balai Polis  Jalan Travers petang ini.

"Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM," kata Amin dalam kenyataannya.

Ini bukan pertama kali penulis ini membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS.

Moto perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM.

Sekarang ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Bung mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan diselewengkan untuk lain-lain tujuan.

Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete.

Menurut Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan beliau  terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian Insider.

"Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

"Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak," katanya dalam tulisan itu. -Hrkh

UMNO Frust Bila TG Nik Aziz Umum Tanding Lagi PRU13

Posted: 06 Dec 2011 02:08 AM PST

TG Nik Aziz tanding PRU-13

KOTA BARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu," katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.

Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu "hujung pangkal" perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.

"Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur," kata beliau. -TMI


'Umno tidak berhak desak Nik Aziz berundur'


PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.


"Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno."


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.


Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.


Faktor kesihatan


Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.


Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.


"Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah," tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.


Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat. -FMT

Sebenarnya, UMNO mati kutu apabila TGNA meneruskan hasrat untuk terus bertanding. Kerana UMNO tahu bahawa selagi TGNA berada di dalam saf perjuangan PAS, tak mungkin UMNO berjaya merampas Kelantan daripada PAS.

Perlbagai cara, pelbagai sekatan dan perlbagai serangan dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sehinggakan wang royalti milik Kelantan pun dinafikan oleh kerajaan Pusat lantaran hasad dengkinya terhadap TGNA dan PAS.

Dan sepertimana GB telah nyatakan sebelum ini, keraqjaan Pusat yang diterajui UMNO yang bakal tumbang. Kerana penyakit hasad dengki dan kkezaliman yang ada di dalam UMNO itu sebenarnya akan merosakkan diri mereka sendiri. Tanda-tanda keruntuhan itu sudah nyata dan hampir.

Sekalipun TGNA sudah agak berumur, namun di dalam Islam tiada istilah pencen di dalam perjuangan. Pemimpin-pemimpin Islam sepertinya tidak mungkin tunduk kepada tekanan dan serangan.

Kalau Najib ingin belajar mengenai wasatiyyah, maka dipersilakanlah menghadap TGNA di rumahnya yang merupakan sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.

Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Berbanding dengan kediaman Najib yang menelan belanja RM49 juta setahun untuk membiayai kos penyelenggarannya. -GB

GAMBAR KERETA BERHARGA JUTAAN RINGGIT MUSNAH DALAM TEMPOH 60 SAAT.

Posted: 05 Dec 2011 02:58 PM PST


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjh_2GsSyM6NO7mjV2xVMkL8R14qTV9CqEFBszG8GP7ced2aD22USSXiLdQcVYgZYbLVw7mpvHwCOK6aiR_NcRaxWtagdA3apk7gOzeAe2B5zFBD6AUjbhEwgGjSowPryMov27N6SWYkgTL/s400/pb-111204-crash4-cannon.photoblog900.jpg

http://msnbcmedia.msn.com/j/MSNBC/Components/Photo/_new/pb-111205-ferrari-da-02.photoblog900.jpg

http://msnbcmedia.msn.com/j/MSNBC/Components/Photo/_new/pb-111204-crash-cannon.photoblog900.jpg

Polis menjalankan siasatan atas kemalangan tersebut

Peminat sukan pemotoran di Jepun bersiar-siar dengan kereta mewah namun berakhir di lebuh raya dengan harga yang sangat mahal. Kemalangan tersebut merosakkan lapan Ferrari, Lamborghini dan dua Mercedes yang mungkin bernilai lebih daripada 1 juta dollar nilainya .

Polis berkata mereka percaya kemalangan Ahad lalu berlaku apabila pemandu Ferrari yang cuba untuk menukar lorong dan melanggar pembahagi jalan. Beliau berputar di seluruh lebuh raya , dan kereta lain berlanggar pada masa yang sama cuba untuk mengelakkan perlanggaran keretanya.

Video kemalangan yang disiarkan oleh NTV, satu rangkaian nasional yang utama, menunjukkan beberapa perlanggaran, Ferrari merah terang bersepah di lebuh raya.

Tiada siapa yang cedera parah, tetapi polis di wilayah Yamaguchi berkata 10 orang telah dirawat untuk lebam-lebam dan luka. Polis berkata 14 kereta yang terlibat sama sekali.

Mitsuyoshi Isejima jurucakap polis trafik yang dikenali sebagai acara "perhimpunan narcissists," menurut kepada Bloomberg. Beliau berkata pemandu yang berusia antara 37 dan 60 tahun.
sumber

Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan'

Posted: 05 Dec 2011 02:51 PM PST

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan"Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat," katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

"Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya," katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. -mk


Tegur demi parti


SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berharap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri dan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.


Menurutnya, tindakan itu penting bagi menyelamatkan maruah Umno dan kerajaan yang terjejas sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dikaitkan d-ngan isu National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan anggota keluar­ganya.


"Isu ini beri kesan tidak baik kepada pemerintah. Bagi saya, menunggu atau mendengar hasil siasatan polis, tidak perlu. Rakyat tidak berminat untuk tahu atau cari siapa yang bersalah.


"Apa yang lebih besar ialah isu ini melibatkan moral dan maruah beliau sebagai pe­mimpin. Itu mesej saya dan ia cukup jelas," katanya.


Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, maruah dan moral pemimpin perlu diutamakan berbanding kepentingan diri.


"Saya percaya, jika beliau meletak jawatan, maruah parti dan kementeriannya serta kerajaan akan dapat dibersihkan di mata rakyat," katanya.


Menurutnya, gesaan itu bukan bermakna beliau menyokong atau bersetuju de­ngan pembangkang, tetapi perlu menegur demi keutuhan parti, terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


"Terserahlah kepada orang ramai untuk membuat penilaian. Lagipun selama menjadi Ahli Parlimen, semua orang saya tegur, bukan Shahrizat sahaja. Tidak bermakna, berbuat demikian seolah-olah menyokong pihak lawan.


"Saya mahu semak dan imbang dalam Parlimen dan kalau boleh saya mahu jadi pembangkang kerajaan. Itu sudah lama saya suarakan. Jika ini direalisasikan, andainya kerajaan menang semua kerusi, kita tidak perlu pembangkang luar (PKR, DAP dan Pas) lagi sebab saya sudah ada," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC) itu.


Mengulas lanjut, Bung Mokhtar berkata, sekiranya berada di tempat itu, beliau bersedia melepaskan jawa­tannya. -SH

Apa lagi Shahrizat. Tunjukkanlah batang lengan kamu tu kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras & Bung Mukhtar kalau benar nak tunjuk kamu wanita besi! Sebelum ini, segala kritikan dan teguran orang lain kamu tak mahu dengar. Kamu cuba nak sorokkan bangkai gajah dengan nyiru. 1Malaysia sudah kenal kamu sebagai mak lembu. Salah siapa?

Sudah banyak ulasan GB mengenai isu lembu Fidlot ini. Diantaranya, petikan:

Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...
Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!

Salam Takziah Buat penjaga gol Apek....

Posted: 05 Dec 2011 02:50 PM PST


Adik kepada pengjaga gol kebangsaan, Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.30 pagi semalam. Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.

Salam Takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan keluarganya atas pemergian adik lelaki beliau ke Rahmatullah .

Tiada ulasan: