Jumaat, 2 Disember 2011

shalehudin

shalehudin

Patut la Umno marah sangat kat hang Mat Sabu oiii... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 09:30 AM PST

Bangsa Umno dilarang tonton, takut kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 08:35 AM PST

Wajib baca: Kisah dendam seekor mamak... kahkahkah...

Posted: 02 Dec 2011 07:20 AM PST

Marah Mahathir pada Abdullah semakin marak

Terbakar dihutan Nampak asapnya. Terbakar di hati tiada sesiapa yang Nampak konon. Tapi terbakar dihati Mahathir ramai yang Nampak.

Ya tak ya juga, Siapa tak marah jika orang yang dia bunuh dihidupkan semula. Demikianlah tabiat manusia yang tak beriman. Lainlah jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Cuba anda bayangkan apabila orang yang dibenci dan di sayangi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu malah sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Datukr Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Sudah tentu hati Tun Mahathir Mohamad terbakar hangus, kerana orang yang dihukum dibebaskan.

Kemarahanya bukan setakat berkata Tun Abdullah merosakkan umno, malah Tun Mahathir bertindak keluar parti menunjukkan kemarahan yang amat sangat.

Bukan setakat itu saja termasuk mengugut cabinet umno/BN menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri dan sekaligus menyerahkan jawatan presiden umno.

Abdullah Ahmad Badawi diserang segenap penjuru beralasan dialah punca kekalahan teruk umno dalam musim pilihanraya umum ke 12 sehingga kerajaan hilang kelayakan dua pertiga di parlimen.

Alasan tersebut jelas tak lojik, kerana bukan Abdullah Ahmad Badawi seorang saja yang salah dan buat silap jatuhnya umno, malahan semua anggotan cabinet umno terbabit.

Oleh kerana kemarahan Tun Mahathir pada Abdullah Ahmad Badawi, maka itulah senjata yang terbaik untuk menurunkan presiden yang dibenci itu.

Setelah berjaya menurunkan Abdullah Ahmad Badawi yang pasrah itu tidak lama kemudian Mahathir masuk semula umno dan Tan sri Sanusi junid presiden uiversiti Islam antara bangsa Malaysia dipecat kerana keluar parti ikut Mahahtir.

Tun Mahathir semakin marah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebut akan menjadi perdana menteri selepas PRU 13 nanti.Tambahan pula kKini antara Najib dan Anwar, Anwar dikatakan lebih pupolar berbanding Najib perdana menteri ke enam yang penuh dengan kontroversi itu.

Marah Tun Mahathir semakin marak, kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku setelah Malaysia di terajui Anwar Ibrahim musuh ketatnya itu, walaupun Anwar telah membuat pengakuan terbuka yang dia tidak akan mendendami sesiapa.

Barangkali Tun Mahathir kurang yakin dengan pengakuan yang dibuat oleh musuh ketatnya sebab itu dia seranag Abdullah Ahmad Badawi habis habisan macam pukul anak sindir menantu.

Maklum sajalah mana boleh percaya dengan pengakuan Anwar yang pernah dikenalpasti sepanjang menjawat jawatan timbalan menteri , menteri dan perdana menteri sepanjang 22 tahun Tun menjadi perdana menteri.

Bimbang nanti cakap tak serupa bikin maka nahaslah.

Hilang akai betoi aksi berahi Polis nih...

Posted: 02 Dec 2011 03:00 AM PST

'Kenapa polis bagi kenyataan kalau siasatan belum selesai?'

KUALA LUMPUR: Polis bersikap berat sebelah dan pro-BN apabila cuba mempengaruhi orang ramai untuk percaya bahawa Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah apabila memberikan kenyataan membersihkan nama Shahrizat walaupun siasatan penyelewengan NFC belum selesai.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata tindakan itu tidak masuk akal kerana polis perlu menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

"Ini adalah percubaan jelas daripada kepimpinan tertinggi polis untuk 'mengawal kerosakan' bagi pihak Umno.

"Kenapa keluarkan kenyataan apabila siasatan masih berjalan? Ia tidak masuk akal untuk polis membuat kesimpulan sebelum siasatan selesai," kata Surendran yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Bakar hari ini menyatakan polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pecah amanah dalam siasatan ke atas skandal penyelewengan RM250 juta oleh NFC.

NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Shahrizat dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Bercakap lanjut, Surendran mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Negara.

Ia dibuat sebaik sahaja siri pendedahan terbaru dibuat KEADILAN semalam dan selepas Shahrizat berucap kononnya mempertahankan nama baiknya pada Perhimpunan Agung Umno semalam.

"Kenapa buat kenyataan secara tergesa-gesa sewaktu Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung?

"Malangnya, kenyataan polis untuk membersihkan nama NFC dan Shahrizat ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan pendedahan berterusan telah dibuat tentang skandal NFC ini," kata Surendran.

Justeru beliau mengingatkan bahawa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Jabatan Peguam Negara sebenarnya berkhidmat untuk rakyat dan mereka perlu menjalankan tugas secara profesional.- KD

Lagi bangang, lagi baguih... lagi cepat depa mampuih...

Posted: 02 Dec 2011 01:30 AM PST

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat…

Oleh Fairuz Azhan

Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.

Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan "ejen kristianisasi". Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!

Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, "apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini."

Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

"Parti paling rasis"

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan 'jihad' untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional – dengan menghamun DAP sebagai "parti paling rasis".

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?

"Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP," kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: "Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa."

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama "DAP" disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama 'Cina') untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai "pondan" dan "bapok" serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah "bangsat". Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Datin Seri Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakn telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat "restu" perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: "Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita".

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita. – Roketkini.com

Awas!! Penipuan guna nama anak Ghaddafi

Posted: 02 Dec 2011 12:30 AM PST

Penipuan menggunakan nama anak Qaddafi

Oleh Hassan

Penipuan diinternet bukan perkara baru. Macam-macam gaya untuk menarik kita untuk memberikan simpati atau pun mengambil kesempatan. Ada yang menawarkan perniagaan. Ada juga menawarkan simpati.

Dalam hal ini, kenapa Malaysia menjadi satu daripada sasaran sindiket penipuan, saya tak pasti. Tapi yang kena tipu ini bukan sebarangan orang. Ada yang lulusan Doktor atau Doktor Falsafah. Ini contoh penipuan baru menggunakan anak Qaddafi Ayesha.

************************
From: "Aisha Gaddafi" ais_g244@msn.com

Dear Friend,

I know this mail will come to you as a surprise since we haven't known or come across each other before considering the fact that I sourced your profile through the Internet in a search of trusted person who can assist me.

I am contacting you due to the problem in my family since the problem of my country and the death of my beloved father and my half brother
Saif al-Arab who died by NATO air strike.

I am Aisha Gaddafi daughters of Muammar Gaddafi, the embattled president of Libya; I am currently residing in West Africa, unfortunately as a refugee. Our investments and bank accounts in several countries have been freeze by the Nato.

Insha Allahu, I will make you a part of my family, if you can help me out at this difficult time. I have funds with some private Bank. I don't want anybody to know about this or my accounts will be freeze. There is an international conspiracy to seize our family accounts/investments around the world.

If you are interested to assist me in this regards kindly get back to me as soon as possible for more details on how to proceed.

l want to assure you that I will compensate you handsomely once the transfer is effected into your nominated bank account with 30% of the total fund that will be transfer in your person bank account or given to you by my agent.

Please get back to me for more detail and make sure you keep this issue strictly confidential for my own safety.

Your urgent reply means a lot to me.

Yours sincerely

Ayesha al-Qaddafi.

Diterjamah rambang oleh Google.

Rakan yang budiman,

Saya tahu mel ini akan datang kepada anda sebagai mengejutkan kerana kita tidak diketahui atau mencari antara satu sama lain sebelum mengambil kira fakta bahawa saya mendapatkan profil anda melalui Internet untuk mencari orang yang dipercayai yang boleh membantu saya.

Saya menghubungi anda disebabkan oleh masalah dalam keluarga saya sejak masalah negara saya dan kematian bapa saya yang tercinta dan saudara tiri saya
Saif al-Arab yang meninggal dunia akibat serangan udara NATO.

Saya Aisha Gaddafi anak-anak perempuan Muammar Gaddafi, Presiden Libya embattled; Saya kini menetap di Afrika Barat, malangnya sebagai pelarian. Pelaburan dan akaun bank di beberapa buah negara telah membekukan oleh NATO.

Insya Allahu, saya akan membuat anda menjadi sebahagian daripada keluarga saya, jika anda dapat membantu saya pada masa ini sukar. Saya mempunyai dana dengan beberapa Bank swasta. Saya tidak mahu sesiapa tahu tentang ini atau akaun saya akan menjadi beku. Terdapat satu konspirasi antarabangsa untuk merampas akaun keluarga / pelaburan kami di seluruh dunia.

Jika anda berminat untuk membantu saya ini menganggap sila kembali kepada saya secepat mungkin untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk meneruskan.

l ingin memberi jaminan kepada anda bahawa saya akan membayar pampasan kepada anda yang lumayan sekali pemindahan itu dilaksanakan ke dalam akaun bank anda yang dinamakan dengan 30% daripada jumlah dana yang akan pemindahan dalam akaun bank orang yang anda atau diberikan kepada anda oleh ejen saya.

Sila kembali kepada saya untuk lebih terperinci dan pastikan anda menyimpan isu ini sulit untuk keselamatan saya sendiri.

Reply segera anda amat bermakna kepada saya.

Salam hormat

Aisyah al-Ghaddafi.

*********************

Satu bentuk penipuan sebelum ini

From Elizabeth iBinti Ahmad" <elizabethahmad77@rediffmail.com>

Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini.Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa.

Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian.

Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah.

Dana simpanan kami sebanyak £ 2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.

Semoga ALLAH SWT memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah......Amin...

Sekian,

Puan Elizabeth Ahmad.
From: Malaysia.
Email:elizabeth.ahmad@hotmail.my.
Saya balas e-mail ini dan nak lihat reaksinya
From: "Elizabeth Ahmad" elizabeth.ahmad@hotmail.my

kepada yang dihormati,

Terima kasih diatas perhatian anda untuk membalas kepada email saya yang tak seberapa ini.Saya tahu dengan datangnya email saya ini membuatkan anda keliru dan sangsi tapi saya percaya dengan ketentuan alla subhanahuataala saya menemui kamu walaupun tidak dengan mata kasar kerana saya bermastatin di United Kingdom bersama suami yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sejak 1975 sebelum beliau meninggal dunia 5 yahun lalu dan kini munggin tiba pula giliran saya dijemput kerana saya juga menjalankan kemoterapi intensif Operasi kerana pertumbuhan kanser payudara dan semakin teruk sehingga bernanah dan mengeluarkan bau yang kurang senang.hanya tuhan saja yang dapat membantu saya dan kakitangan hospital yang banyak memberi dorongan semangat untuk saya teruskan sisa-sisa hidup saya selama ini.Dengan doa saudara-mara dan juga teman-teman saya masih lagi boleh bernafas.

Sebelum beliau meninggalkan saya 5 tahun lalu kami bersetuju untuk melantik seorang peguam keluarga sebagai menjalankan perniagaan dan perbankan kami di Inggeris Raya disini untuk tujuan amal dan alhamdulillah beliau taat dan amanah menjalankan tugasanya.Saya dan suami berasa amat teruja kiranya dana kami ini dapat di berikan pada yang memerlukan di malaysia tanah tumpahnya darah kami tetapi sukar untuk saya menjalankan projek amal di malaysia kerana keuzuran saya ketika ini.

Keinginan saya yang terakhir ini dapat kiranya dana saya diuruskan untuk tujuan amal bagi yang memerlukan di malaysia.Dan jika anda orang yang boleh diamanahkan suka kiranya saya ingin beramah mesra untuk tujuan dedikasi antara saya dan keluarga anda sebelum saya meamanahkanya dengan membahagikan 70% tersebut di atas orang-orang yang memerlukan manakala 30% lagi untuk jenis assistant .Peguam saya akan menangani semuanya jika semuanya termaktub.Semoga allah merestui hubungan ini dengan tujuan murni.Disini saya juga suka kiranya jika kamu dapat menghubungi peguam saya yang berkhidmat untuk tujuan mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat lagi.

Nama: David Lehman
Email: davidlehman23@yahoo.com.
Tel: + 447031740698.

Tuhan memberkati,
Puan Elizabeth Ahmad.
* e-mel ini dibalas tak sampai 10 minit dihantar

Tak dan nak berelak, ada lagi yang terselak... kahkahkah...

Posted: 01 Dec 2011 10:30 PM PST

Skandal NFC: Dana untuk beli Mercedes, biayai percutian mewah

Memandangkan Ketua Wanita UMNO langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:

1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil (gambar bawah) menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

2. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.

3. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

4. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda UMNO mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO dalam masa terdekat, atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

Mohd Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi Keadilan.

Tahniah kat Mek Kelate nih...

Posted: 01 Dec 2011 09:30 PM PST

Wajib baca: Kisah dendam seekor mamak... kahkahkah...

Posted: 01 Dec 2011 08:00 PM PST

Marah Mahathir pada Abdullah semakin marak

Terbakar dihutan Nampak asapnya. Terbakar di hati tiada sesiapa yang Nampak konon. Tapi terbakar dihati Mahathir ramai yang Nampak.

Ya tak ya juga, Siapa tak marah jika orang yang dia bunuh dihidupkan semula. Demikianlah tabiat manusia yang tak beriman. Lainlah jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Cuba anda bayangkan apabila orang yang dibenci dan di sayangi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu malah sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Datukr Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Sudah tentu hati Tun Mahathir Mohamad terbakar hangus, kerana orang yang dihukum dibebaskan.

Kemarahanya bukan setakat berkata Tun Abdullah merosakkan umno, malah Tun Mahathir bertindak keluar parti menunjukkan kemarahan yang amat sangat.

Bukan setakat itu saja termasuk mengugut cabinet umno/BN menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri dan sekaligus menyerahkan jawatan presiden umno.

Abdullah Ahmad Badawi diserang segenap penjuru beralasan dialah punca kekalahan teruk umno dalam musim pilihanraya umum ke 12 sehingga kerajaan hilang kelayakan dua pertiga di parlimen.

Alasan tersebut jelas tak lojik, kerana bukan Abdullah Ahmad Badawi seorang saja yang salah dan buat silap jatuhnya umno, malahan semua anggotan cabinet umno terbabit.

Oleh kerana kemarahan Tun Mahathir pada Abdullah Ahmad Badawi, maka itulah senjata yang terbaik untuk menurunkan presiden yang dibenci itu.

Setelah berjaya menurunkan Abdullah Ahmad Badawi yang pasrah itu tidak lama kemudian Mahathir masuk semula umno dan Tan sri Sanusi junid presiden uiversiti Islam antara bangsa Malaysia dipecat kerana keluar parti ikut Mahahtir.

Tun Mahathir semakin marah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebut akan menjadi perdana menteri selepas PRU 13 nanti.Tambahan pula kKini antara Najib dan Anwar, Anwar dikatakan lebih pupolar berbanding Najib perdana menteri ke enam yang penuh dengan kontroversi itu.

Marah Tun Mahathir semakin marak, kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku setelah Malaysia di terajui Anwar Ibrahim musuh ketatnya itu, walaupun Anwar telah membuat pengakuan terbuka yang dia tidak akan mendendami sesiapa.

Barangkali Tun Mahathir kurang yakin dengan pengakuan yang dibuat oleh musuh ketatnya sebab itu dia seranag Abdullah Ahmad Badawi habis habisan macam pukul anak sindir menantu.

Maklum sajalah mana boleh percaya dengan pengakuan Anwar yang pernah dikenalpasti sepanjang menjawat jawatan timbalan menteri , menteri dan perdana menteri sepanjang 22 tahun Tun menjadi perdana menteri.

Bimbang nanti cakap tak serupa bikin maka nahaslah.

Wajib tonton: Daging babi campoq Coca Cola...

Posted: 01 Dec 2011 07:00 PM PST

Ni kisah HANG LEKIU mana pulak dahhh... haha...

Posted: 01 Dec 2011 06:00 PM PST

Mengalu-alukan 'pejuang bahasa' baru

Oleh Dinsman

ADA dua tiga tajuk sudah siap diatur, menunggu giliran untuk ditulis, sesuai dengan dua tiga peristiwa budaya yang penting. Tapi tiba-tiba kawankawan pula kecoh hal seorang pensyarah dari universiti di sebuah pulau di utara tanah air yang menulis lagi pasal bahasa dan masalah PPSMI, yang caranya menulis itu agak pelik sedikitlah.

Maka saya pun bacalah tulisan beliau itu dan muta'idlah keinginan untuk menjawabnya, lalu terpaksalah diketepikan dulu tajuk-tajuk yang sudah diatur itu untuk didahulukan maudhuk ini.

Arkian, ada pun pensyarah ini nampaknya seperti orang yang baru saja bangun daripada tidur yang di dalam tidurnya itu dia telah mendapat satu mimpi yang menyuruh dia menulis mengenai soal bahasa dan masalah PPSMI, seolah-olah dialah seorang yang sangat arif mengenai perkara tersebut dan dialah seorang yang bersemangat waja untuk berjuang mendaulatkan bahasa Melayu.

Lalu dengan berpakaian seperti Hang Lekiu pahlawan zaman kesultanan Melaka itu dia pun tampil dengan keris terhunus di tengah-tengah khalayak, membuka pencak silatnya dan teruslah dia menghamburkan kata-kata dari dalam mimpinya itu tanpa peduli lagi untuk mengenali terlebih dahulu siapakah yang berada di kanan dan di kirinya dan siapakah yang berada di depan dan di belakangnya.

Aduhai, maka beberapa orang yang berada di kiri dan di kanan itu pun pedihlah juga cuping telinga mereka mendengar tutur kata yang sangat sumbang dan kecundang itu, bukan layaknya seorang pujangga yang tahu menghormati sahabat dan handai.

Aduh, dia mengata-ngata pejuang bahasa yang kononnya telah tidak bertindak bijak kerana terpukau dengan janji manis Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, padahal dia tidak kenal pun siapakah yang dimaksudkannya pejuang bahasa itu.

Ha ha, dia nampaknya tidak tahu pun apa yang telah dan sedang berlaku dalam padang dan gelanggang serta medan perjuangan bahasa selama ini.

Ha ha, inilah yang membuatkan kawan-kawan menjadi masyghul, kerana sepatutnya beliau itu menjelmakan dirinya terlebih dahulu di halaman GMP – Gerakan Mansuhkan PPSMI, dan bertanya khabar mengenai duduknya perkara yang sebenar, kerana gerakan memperjuangkan supaya dihapuskan PPSMI ini sudahpun lama diwujudkan dan telah pun bertempur di medan perang dengan ratusan ribu para pejuangnya yang hadir dari seluruh pelosok negeri.

Di manakah beliau itu pada ketika A Samad Said sedang kelemasan dek semburan gas pemedih mata dari soldadu ganas Umno-BN itu? Apakah beliau masih diulit mimpi-mimpi manis bersama para profesor kangkung di menara-menara ilmu yang sesat itu ataupun beliau juga hadir bersama dalam pertempuran yang dipimpin oleh Dato' Hassan Ahmad (semoga Allah merahmati rohnya) dan A Samad Said serta Prof Shaharir Mohd Zain itu?

Tidak mengapalah beliau hadir ataupun tidak dalam peristiwa yang bersejarah itu. Mungkin beliau ada penjelasannya sendiri.

Tetapi berdasarkan tulisannya itu nampaknya beliau yang baru bangun dari tidurnya yang panjang ini tidak membuat usul periksa terlebih dahulu, melainkan meluru dengan membuta tuli sahaja.

Tidak pasti siapakah yang dimarahinya dan siapakah yang dimusuhinya dan siapakah yang disimpatinya, atau apakah tujuan dan matlamatnya yang sebenanrnya?

Sewaktu kali pertama dia membuat kemunculannya dulu, saya berhujah kepada kawankawan supaya kita menyambutnya dengan ramah dan baik walaupun dia tidak memberi salam pun kepada kita.

"Apa salahnya kita menyambut dia dengan baik, kerana dia nampaknya hendak menyokong kita juga walaupun cara dan pendekatannya itu agak kasar, sombong dan kurang beradab sikit. Tak mengapalah, kita pun barangkali dilihat orang begitu juga," hujah saya kepada kawankawan yang sedanag gusar.

Saya memilih untuk melihatnya sebagai seorang penyokong baru kita. Dan kehadiran seorang penyokong baru yang seperti beliau itu amatlah berfaedah untuk perjuangan kita, sama ada perjuangan dalam medan bahasa dan sastera mahupun perjuangan dalam "berani berkata benar" di medan umum masyarakat kita hari ini yang semakin tidak faham dengan maksud 'kebenaran' itu sendiri pun.

Memang, bukannya mudah untuk mendapat seorang penyokong baru dalam suasana yang tidak menentu hari ini.

Mungkin tutur katanya itu agak bercelaru dan tersilap tuju di sana sini. Tidak mengapalah.

Yang pentingnya niat di dalam hatinya itu, atau 'kesedaran' di dalam dirinya (seperti kata yang diungkapkan Arbak Othman dalam analisis puisi di Melaka itu, dan mungkin akan diungkapkannya lagi 26 November ini di surau KBD jalan Gombak).

Memang dia seperti tidak menyedari pun akan kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh GMP selama ini. Maknanya, dia juga mungkin tak pernah membaca pun akhbar Harakah dan kolum Wacana Budaya ini.

Kalau dia membaca Harakah tidak mungkinlah dia tidak mengetahui dan menyedari akan kerja-kerja yang dibuat oleh GMP dan juga Paksi selama ini. 'Kan? "Tetapi dia menulis dalam Harakah. Tak mungkin dia tak baca Harakah?" bidas kawan saya.

"Apa nak hairankan?" jawab saya. "Beberapa orang kawan kita daripada Asasi Kedah itu, yang puisi dan cerpen mereka dihantar dan disiarkan dalam Harakah, mereka masih lagi bersikap seperti orang Gapena yang Umno-BN itu, yang masih takut untuk 'berani berkata benar'. Karya saja mereka hantar ke Harakah. Baca Harakah belum pasti."

"Jadi, yang ini pun macam itu juga?" bingkas seorang kawan. "Mereka ini takut untuk 'berani berkata benar', atau memang tidak ada kesedaran?"

Tak mengapalah, walau apa pun. Kita jangan bermusuh dengan mereka.

Tetapi apabila dia muncul lagi dengan cara dan gaya yang tidak berubah seperti dulu juga, masih dengan bodoh-sombongnya itu walaupun berpakaian seorang cerdik pandai dan mahaguru di menara gading, dan kawan-kawan saya pun jadi masyghul lagi, maka saya pun terusik jugalah untuk membuat sedikit usikan kepadanya.

Arkian, maka tulisan ini pun mohon mengundur diri. Salam!

Sapa yang mabuk masuk Dewan Rakyat nih... kahkahkah...

Posted: 01 Dec 2011 05:00 PM PST

Gobala, Karpal diarah keluar Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan hari ini diarah keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan semasa Dewan Rakyat membincangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.

Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.

Namun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" yang menimbulkan kemarahan ahli parlimen Bebas itu.

Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.

"Yang Berhormat (Gobalakrishnan)...duduk, saya bersikap gentleman dalam hal ini..., kalau Yang Berhormat tidak hormati arahan saya (untuk keluar dewan) bagaimana saya hendak hormat," kata Wan Junaidi.

Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: "Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa."

Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.

"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka," katanya.

Karpal diarah keluar dewan

Sementara itu sikap ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang mencabar keputusan timbalan speaker Dr Wan Junaidi mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan hari ini.

Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran 'pendatang' yang ditujukan terhadap Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6) dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.

"Perkataan 'pendatang' jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat... tarik balik," kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran 'pendatang' itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.

"Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar," katanya.

Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

- Bernama

Lagi bangang, lagi baguih... lagi cepat depa mampuih...

Posted: 01 Dec 2011 04:00 PM PST

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat…

Oleh Fairuz Azhan

Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.

Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan "ejen kristianisasi". Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!

Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, "apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini."

Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

"Parti paling rasis"

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan 'jihad' untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional – dengan menghamun DAP sebagai "parti paling rasis".

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?

"Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP," kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: "Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa."

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama "DAP" disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama 'Cina') untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai "pondan" dan "bapok" serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah "bangsat". Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Datin Seri Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakn telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat "restu" perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: "Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita".

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita. – Roketkini.com

Lagi mengelak, lagi terselak... kahkahkah...

Posted: 01 Dec 2011 02:30 PM PST

Tiada ulasan: