Addin |
- Ahmad Maslan Tempah Keranda Untuk UMNO
- Ada Sekolah Seks Di Austria
- Panas!! UMNO Tipu UMNO..
- Panas!! BBC Mengakui Mereka - Reka Cerita Mengenai Malaysia
Ahmad Maslan Tempah Keranda Untuk UMNO Posted: 02 Dec 2011 02:00 PM PST Kenyataan menggemparkan Dato Ahmad Maslan yang dengan semborono menuduh DAP sebagai agen Kristianiti (menyebarkan agama kristian) disifatkan banyak pihak sebagai berunsurkan perkauman yang salah untuk diucapkan oleh orang biasa sekalipun, apatah lagi bagi seorang Timbalan Menteri sepertinya. Tidak cukup dengan itu, Ahmad Maslan turut menuduh DAP sebagai anti raja dan anti Islam. Penulis berpendapat, kenyataan Ahmad Maslan itu adalah hasil 'asuhan' UMNO dimana dia sendiri dilantik sebagai Ketua Penerangannya. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, apa yang disebut Ahmad Maslan ini ialah bukti sebenar prejudis UMNO terhadap kepelbagaian agama di Malaysia ini – hakikat yang sering dinafikan pucuk kepimpinan parti tersebut. Tuduhan DAP sebagai agen kristian ini adalah satu lagi salah tanggap yang sedang bermain dikalangan masyarakat melayu di negara ini terhadap parti tersebut. Salah tanggap yang pertama ialah DAP hanya mengutamakan kaum cina sedangkan perlembagaan DAP jelas menyatakan bahawa ia adalah parti untuk semua kaum. Semua ini bermula dari isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada Ogos lepas. Tindakan kepimpinan DAP yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membantah serbuan JAIS itu disalah ertikan sebagai DAP menyokong kristianiti dan cubaan memurtadkan orang Islam. Walaupun sudah dijelaskan dengan panjang lebar bahawa bantahan itu tidak ada kena mengena dengan sokongan DAP kepada cubaan murtad sebaliknya terhad kepada tindakan JAIS menyerbu kawasan gereja yang berada diluar skop penguatkuasaannya, ia masih tidak mampu menghentikan penyelewengan fakta mengenai DAP. Dengan pendedahan yang dibuat Ahmad Maslan, sekarang tahulah kita dalang sebenar disebalik penyebaran maklumat salah mengenai DAP. UMNO sedar sekarang bahawa ia sudah hilang peluang dikalangan orang bukan melayu yang secara total memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, maka itu ia perlu mengeluarkan kenyataan yang sedemikian bagi menjamin undi melayu kepadanya. DAP perlu menghentikan tuduhan tidak berasas ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Maslan. Penulis yakin, seperti mana kenyataan kontroversi berbaur perkauman UMNO yang lain, Ahmad Maslan akan menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang sedemikian tapi dengan kerjasama portal berita yang mendedahkannya, penulis tidak nampak ada sebarang masalah kenapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Penulis takut jika tindakan lambat diambil, ia boleh menyebabkan sokongan orang melayu terhadap PKR dan PAS akan turut terjejas kerana kedua parti tersebut mempertaruhkan nasib parti masing-masing dikawasan majoriti orang melayu./suaraPR |
Posted: 02 Dec 2011 08:39 AM PST VIENNA - Ketika sebagian besar orang menganggap urusan seks sebagai hal yang pribadi dan sebaiknya dibicarakan di tempat tertutup, seorang perempuan Swedia malah membuka sebuah sekolah seks di Vienna, Austria, seperti dilansir Dailymail, Rabu (30/11/2011). Adalah Ylva-Maria Thompson, seorang seniman dan mantan pembawa acara sebuah program erotika televisi, yang mendirikan Austrian International Sex School di Vienna. Thompson sendiri yang menjadi kepala sekolahnya. Ditegaskan oleh Thompson, batasan usia untuk masuk sekolah itu adalah 16 tahun dan uang sekolahnya sebesar 1.400 poundsterling (Rp 19,9 juta) per semester. Para siswa nantinya akan tinggal di asrama yang tidak memisahkan jenis kelamin. Seperti sekolah pada umumnya, pada akhir masa pelajaran, masing-masing akan mendapat ijazah. "Pendidikan kami tidak teoretis, tetapi sangat praktis. Penekanannya adalah bagaimana cara menjadi pecinta yang baik," kata sang kepala sekolah. Ilmu yang diajarkan, kata Thompson, meliputi "posisi seks, teknik membelai, dan ilmu anatomi." Juru bicara sekolah itu, Melodi Kirsch, menambahkan, "Kami yakin sekali sekolah ini akan sukses besar." "Ylva-Maria Thompson bekerja cukup lama untuk mewujudkan ide ini, dan dia mendapat banyak dorongan," kata Kirsch. Di Austria, keberadaan sekolah itu menimbulkan kehebohan. Terlebih lagi, iklannya cukup menghebohkan karena menunjukkan adegan pasangan yang sedang bercinta. Iklan ini pun akhirnya dicekal dari televisi Austria. Salah seorang penentangnya berpendapat, "Iklan itu memang digarap dengan penuh cita rasa, tetapi tetap saja yang dijual adalah seks./kompas |
Posted: 02 Dec 2011 07:00 AM PST Umno Wilayah Persekutuan menegur ibu pejabat parti kerana tidak memberi peruntukan kepada sayap parti. Setiausaha Umno negeri, Datuk Syed Ali Alhabsee berkata, ini menyebabkan Wanita, Pemuda dan Puteri gagal menjalankan aktiviti di peringkat bahagian dan cawangan. "Orang komplen kepada saya. Saya beritahu Setiauasa Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. "Saya minta parti memandang serius perkara ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di PWTC hari ini. Revolusi Arab Beliau menambah laporan yang dihantar bahagian kepada parti dapat dikaji supaya dapat memilih pemimpin demi kebaikan parti. Sementara itu wakil Kedah Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mencetuskan revolusi Arab di negara ini. Katanya selepas gagal misi 16 September, Anwar dengan sokongan media luar memburuk-burukkan Malaysia./fmt Addin : Punyalah bangsat!! UMNO pun tipu UMNO.. |
Panas!! BBC Mengakui Mereka - Reka Cerita Mengenai Malaysia Posted: 01 Dec 2011 08:27 PM PST Pertubuhan berita dunia The BBC kini mengakui bahawa mereka pernah mereka-reka berita yang diterbitkan oleh FBC Media mengenai Sarawak dan Malaysia. FBC Media hanya meminta bayaran berjumlah satu pound daripada BBC untuk satu rancangan! Terdapat banyak pertubuhan dan individu tertentu termasuk Sime Darby, kerajaan Malaysia, Taib Mahmud dan kawasan Iskandar telah dipromosikan menerusi BBC. Ketika Sarawak Report dan sebuah lagi pertubuhan akhbar mencabar kesahihan berita yang dikeluarkan oleh FBC Media, maka FBC Media mengatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang, namun selepas beberapa ketika mereka telah mengakui tiada hubungan dengan mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan Malaysia. Pertubuhan berita CNBC mendakwa FBC Media dan bukannya membayar perkhidmatan mereka! Pertubuhan CNBC telah mengadakan banyak perjanjian dengan FBC Media, termasuk rancangan World Business, rancangan mengenai teknologi terkini, perniagaan di rantau Asia dan program World Business Special Edition. Walau bagaimana pun, Sarawak Report kini telah menemui suatu maklumat yang mengatakan CNBC telah mendakwa FBC Media berjumlah berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan 'platfom media' untuk membolehkannya mempromosikan sesiapa individu yang sanggup mengeluarkan banyak belanja (untuk kepentingan mereka sendiri sahaja). Kebanyakan cara promosi yang mereka terbitkan lebih bercorak iklan, yang sudah tentunya salah di sisi undang-undang penerbitan berita. Mereka-reka berita bohong di seluruh dunia Kini pertubuhan berita FBC Media telah ditemui mereka-reka berita yang tiada bukti sahih, kerana tujuan mereka hanyalah untuk mempromosikan sesetengah pihak dengan bayaran yang amat lumayan. Misalnya Gulnara Karimova yang amat berkontroversi, yang telah membayar mereka sebanyak 28,000 euro untuk sesebuah siti rancangannya, dan membolehkannya mendapat tempat di persada dunia perniagaan, iaitu menerusi World Business. Pada suatu laporan BBC, dan siasatan yang dijalankan oleh CNBC telah juga menyebabkan CNN menerbitkan para penaja FBC Media yang menerbitkan berita yang tidak sahih. 'Orang kuat' CNN, John Deftrios, sehingga awal tahun ini telah didapati menjadi presiden FBC Media. Skandal dalam FBC Media terbongkar setelah mereka diketahui mengadakan hubungan politik dengan kerajaan Malaysia, kerana menerbitkan berita-berita yang tidak sahih. Laporan dari BBC Trust juga pernah mengakui bahawa beberapa pertubuhan media yang lain menerbitkan berita bagi pihak BBC World yang pernah memeterai persefahaman dengan pihak-pihak yang korup./sarawakreport |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan