BRIGED MP SEGAMBUT |
- BAKAL PETI DUIT....?
- TAKZIAH...
- PUJA DAN PUJI MAHADHIR PADA NAJIB HANYALAH TABIR KEBIMBANGAN BELIAU JIKA UMNO KALAH?
- JALAN TUK MERAMPAS SELANGOR SUDAH ADA KATA UMNO
- PAS: Perhimpunan bukti agenda 'perkauman' Umno
- Kewangan Islam tangani krisis ekonomi global
- MALAYSIA IKUT TELUNJUK AMERIKA ISU PALESTIN?
- Satu lagi tahanan di lokap polis meninggal dunia
- ADA BAIKNYA KITA TALAK TIGA TERUS HUBUNGAN DENGAN UMNO?
Posted: 02 Dec 2011 10:00 AM PST Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno. Mengulangi seruan yang sama pada persidangan tahun lalu, mereka berpendapat tindakan itu akan memberikan manfaat kepada ekonomi orang Melayu. "Apa gunanya GLC kalau tidak membantu parti dan orang Melayu dalam pentadbiran negara. "Dalam perhimpunan ini pun saya nampak hanya Proton yang ambil bahagian. Mana yang lain?" soal wakil Puteri, Wan Salwati Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden. Sementara itu, wakil Pahang, Datuk Rosni Zahari pula terus memanjangkankan isu itu dalam perbahasan seterusnya membincangkan usul ekonomi dalam persidangan itu di Kuala Lumpur. "GLC patut laksanakan agenda membangunkan ekonomi Bumiputera. Adakah hari ini ia berlaku? "Saya cadang ia diberi pada orang Umno dalam dewan ini kerana mereka faham dan akan memantapkan perjuangan Melayu," katanya. Rosni berkata, setakat ini, penjawat jawatan penting seperti ketua pegawai eksekutif (CEO) yang bukan daripada Umno, gagal memahami perjuangan Melayu. Sementara itu, wakil Sabah Datuk Hasnol Ayub pula membuka bicara dengan mengkritik perancangan bersama ekonomi Pakatan Rakyat seperti termaktup dalam Buku Jingga. "Apa guna buat buku warna-warni, merah, jingga, hijau kalau tidak mendatangkan hasil kepada masyarakat dan perjuangan Melayu," sindirnya sambil menyifatkannya sebagai tindakan populis. Mohd Hasnol berkata, janji-janji Pakatan itu amat berbeza dengan pelbagai program tranformasi yang dilaksanakan kerajaan. |
Posted: 02 Dec 2011 08:48 AM PST Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi. ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi. Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang. Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta. Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu. Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka. "Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi. Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi. Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa. Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha. "Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras. "Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya. |
PUJA DAN PUJI MAHADHIR PADA NAJIB HANYALAH TABIR KEBIMBANGAN BELIAU JIKA UMNO KALAH? Posted: 02 Dec 2011 06:33 AM PST Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia. Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara. "Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. "Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di New Delhi, hari ini. Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama. Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku - kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan. "Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan. "Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya. Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik. "Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya. - Bernama |
JALAN TUK MERAMPAS SELANGOR SUDAH ADA KATA UMNO Posted: 02 Dec 2011 01:00 AM PST Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden. Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz. Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan. "Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan. "Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya," katanya. Tak hebat mana Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini. "Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini. "Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya. Turut menjadi sasarannya adalah pakar perlembagaan dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi kerajaan. "Saya cabar profesor Melayu ini letak jawatan segera dan masuk politik sebenar. Jangan guna institusi akademik untuk perlekeh kesultanan Melayu. UMNO akan pertahankan raja-raja Melayu "Daulat Tuanku... Daulat Tuanku..." laungnya. Beliau juga membidas kerajaan negeri Selangor yang meletakkan semua projek mega di bawah MBI (Menteri Besar Incorporated). Selain itu, dakwanya, pusat-pusat maksiat tumbuh "macam cendawan tumbuh musim hujan" di bandar-bandar utama seluruh Selangor. "Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game. "(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan," katanya. Tikam belakang Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu. "Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang," katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan. Johan juga meminta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno supaya turun padang bagi berkempen dan tidak mengharapkan tanggungjawab itu dipikul semata-mata oleh presiden dan timbalan presiden. "Kalau nak perubahan besar ia mestilah bermula dari atas. PM dan TPM tak menang tangan turun padang di Selangor. Ahli Majlis Teringgi bantulah terutama di negeri-negeri yang tewas. "Kalau gerak kerja seperti pemilihan Umno, sudah pasti kita boleh menang besar bukan sahaja di negeri yang menang, malahan di negeri kalah. "Kalau MT sanggup berkorban 10 kali ganda, kami sanggup keluarkan 100 kali ganda," katanya. |
PAS: Perhimpunan bukti agenda 'perkauman' Umno Posted: 01 Dec 2011 11:10 PM PST Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar 'perkauman' parti pemerintah. Menyifatkannya salah satu daripada strategi '3R' atau racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja), Mohamad (tengah) berkata perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC itu dijadikan medan menyerang bangsa dan agama lain di negara ini. Ditanya wartawan, alasan kenapa DAP paling banyak diserang, berbanding PAS dan PKR, beliau menjawap: "Sebab PAS Melayu, sebab itu mereka serang DAP." |
Kewangan Islam tangani krisis ekonomi global Posted: 01 Dec 2011 08:00 PM PST Kegawatan ekonomi yang kini melanda negara-negara kapitalis termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah angkara sistem ekonomi ciptaan sendiri yang mengenepikan nilai-nilai agama. Profesor Fakulti Perniagaan dan Akaun Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, akibat menolak sistem kewangan Islam negara-negara barat kini menjadi mangsa kepada keadaan. "Kita seharusnya bersyukur apabila melaksanakan syariat Allah dijanjikanNya kehidupan manusia lebih selamat," katanya pada Syarahan Perdana Ekonomi bertajuk "Krisis Ekonomi Global: Kesan dan Penyelesaiannya di Kota Darulnaim hari ini. Program itu dianjur kerajaan negeri dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri. Dr Mohd Nazari berkata, rakyat Amerika kini berdepan krisis kewangan yang tenat, di mana berpuluh ribu dibuang kerja dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan atau swasta. Katanya, sebanyak 16 peratus daripada 49 juta rakyat Amerika sekarang berada di bawah garis kemiskinan. "Krisis ekonomi bermula sejak 2008 sehingga sekarang belum ada jalan penyelesaiannya. Ini menyebabkan Amerika menanggung hutang negara pada tahap yang teruk," ujarnya. Tambah beliau fenomena itu menyebabkan ada rakyatnya terpaksa mendirikan khemah di pinggir hutan atau di tempat yang dikira sesuai untuk berteduh. Malah katanya, Jepun juga sebelum ini terkenal sebagai negara maju turut menghadapi krisis di mana ramai pekerja kilang dibuang kerja. Menurutnya beliau ekonomi global hanya akan kembali berada di landasannya apabila sistem kewangan Islam diterima secara menyeluruh. |
MALAYSIA IKUT TELUNJUK AMERIKA ISU PALESTIN? Posted: 01 Dec 2011 06:00 PM PST Tiga ahli Parlimen PAS yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) minggu lalu mendesak kerajaan Malaysia meningkatkan kesedaran rakyat berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kerajaan Malaysia juga harus mengiktiraf Kerajaan Hamas di Palestin dan tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) yang memusuhi Hamas. "Kami sebagai Ahli Parlimen Malaysia mendesak kerajaan mengambil berat masalah kezaliman ke atas Palestin dan penderitaan yang dihadapi rakyatnya. "Malaysia masih lagi tak iktiraf Hamas dan masih lagi iktiraf Fatah kerana ikut telunjuk Amerika Syarikat yang kata Hamas pengganas. "Kerajaan lain sudah sanggup iktiraf Hamas kenapa Malaysia yang selalu bercakap ingin membela Palestin masih enggan iktiraf Hamas?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Tambah beliau, kerana tidak mengiktiraf Hamas itulah segala bantuan ke atas Palestin disekat oleh AS. Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga menyampaikan harapan Kerajaan Hamas agar tekanan terhadap AS ditingkatkan agar nasib malang rakyat Paletin dapat diubah. Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno BN agar mengambil iktibar daripada penderitaan rakyat Palestin dan menghentikan segala pemborosan dalam perbelanjaan negara. "Paling sedih betapa mereka hidup dalam kesempitan tapi di Malaysia, kerajaan begitu boros dari segi perbelanjaan, rasuah dan ketirisan sering berlaku. "Sebagai contoh, untuk rawatan kumbahan mereka hanya perlu 1.5 bilion sahaja tapi kita guna 28 bilion sebagai ketirisan. Jadi jangan cakap soal nak tolong Palestin kalau tak ada keinsafan untuk ubah cara pemerintahan," katanya. Dua lagi Ahli Parlimen yang turut serta dalam delegasi bersama 70 Ahli Parlimen dari 40 negara di Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Timur Tengah 16 November lalu itu ialah Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja). Sewaktu di sana, mereka dibawa bertemu Kerajaan Hamas untuk mendapat maklumat mengenai sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas mereka sejak memenangi pilihan raya pada 2006. Delegasi bertemu dengan Kementerian Kesihatan, Pertanian, Pendidikan dan Tahanan dan mendengar laporan mereka mengenai apa yang berlaku di Gaza termasuk peristiwa pengeboman 22 hari berturut-turut oleh AS. Pengeboman itu bukan sahaja menyebabkan kematian tapi trurut memberikan kesan jangka panjang termasuk kecacatan dan pencemaran air di negara yang dihuni 1.5 juta penduduk itu |
Satu lagi tahanan di lokap polis meninggal dunia Posted: 01 Dec 2011 05:34 PM PST Seorang penghuni Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil ditemui meninggal dunia di dalam lokapnya tengah hari, semalam. Menurut sumber polis lelaki berumur 50 tahun itu ditemui mati oleh rakan selokapnya kira-kira pukul 1.20 tengah hari. "Rakan lokapnya ingin ajak si mati makan tengah hari namun dilihat sudah meninggal dunia," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, semalam. Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya. Beliau berkata lelaki yang ditahan pada Isnin lalu dan direman keesokan harinya disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
ADA BAIKNYA KITA TALAK TIGA TERUS HUBUNGAN DENGAN UMNO? Posted: 01 Dec 2011 04:25 PM PST Perwakilan Perak Datuk Shaarani Mohamad mendakwa enam wakil rakyat PAS di negeri itu enggan bersama BN untuk membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 2008 kerana mereka terikat dengan satu bai'ah (sumpah setia). Katanya, jika mereka berbuat demikian maka isteri diceraikan dengan talak tiga, sepertimana bai'ah tersebut. "Bai'ah PAS ni pelik. Pada tahun 2008 sewaktu kita menawarkan mereka untuk menubuhkan kerajaan Umno-PAS di negeri Perak, enam orang wakil rakyat PAS kata, tak boleh, sebab kami telah berbai'ah. "Apa bai'ah dia, jika kami menyertai Barisan Nasional, jatuh talak tiga isteri kami di rumah," kata Shaarani. Ini merupakan satu versi baru selepas Mufti Perak Tan Sri Harussani dilapor berkata kegagalan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu disebabkan bantahan keras daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Sebelum ini, PAS didakwa menggunakan bai'ah talak untuk menghalang wakil rakyatnya melompat parti. Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bai'ah tersebut. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang 28 daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan. Shaarani berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di ibu negara petang ini. Sementara itu, Shaarani mencadangkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memanggil "pemimpin yang memegang jawatan" yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya sebulan sebelum pembubaran parlimen. Menurutnya lagi, mencari calon 'winnable candidate' yang dinyatakan oleh Najib "tidak susah" kerana ada ramai di antara mereka, tetapi "yang susah nak berhenti mereka daripada memegang jawatan". "(Datuk Seri Presiden) cakap kepada mereka secara terus terang, minta maaf, kamu tak layak. Parti memilih calon yang lebih baik untuk kemenangan dalam pilihan raya," katanya. Katanya, langkah tersebut satu "perubahan besar" yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Menurut Shaarani lagi, apabila ahli Umno sanggup bai'ah dengan menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon, maka semua ahli parlimen atau DUN kena akur apa jua keputusannya. "Sebenarnya pada hari parlimen dan DUN dibubarkan, kita hilang jawatan, tempat tu kosong dan pulangkan kepada parti. "Dan jangan ada sesiapa yang tidak terpilih semula (menjadi calon), berkata, konon ada orang rampas hak dia... Tidak!. "Tempat itu kosong, pulangkan kepada kebijaksanaan parti untuk menentukan calonnya," tegasnya. Sementara itu, Shaarani berkata Umno negeri itu mengenalpasti sebanyak 26,879 ahli Umno yang mengundi di negeri Perak tetapi aktif di negeri lain. "Kita menjangka setiap negeri ada 20,000 pengundi luar, jadi di seluruh negara barangkali jumlahnya lebih kurang 200,000 orang. "Kita perlu gerakkan mereka keluar mengundi kerana mereka wajib menangkan Umno dalam pilihan raya," katanya. Sementara itu, perwakilan Kangar Marzita Mansor turut menyentuh isu pemilihan calon boleh menang dengan menasihatkan agar calon yang tidak terpilih agar tidak menjadi 'gunting dalam lipatan' dengan mensabotaj parti. "Anda (juga) membawa amanah parti, jika tidak terpilih jadi calon, pengalaman mereka diperlukan," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan