Isnin, 19 Disember 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Cukai Hiburan 20%, Sedar Tak?

Posted: 18 Dec 2011 04:00 PM PST


Mungkin ada yang sedar cuma buat-buat tak tahu dan juga mungkin ada yang tidak sedar dan sememangnya tidak tahu mengenai cukai hiburan yang telah dikenakan kepada mereka yang suka masuk panggung wayang. Cukai hiburan lagi tinggi dari cukai kerajaan (GST) sebanyak 6% manakala cukai warisan (Melaka sahaja) sebanyak 5%.

Bagi mereka yang suka melancong ke Melaka, mereka adalah golongan dermawan yang terbaik kerana membayar cukai dalam sedar atau pun tidak sedar sebanyak 11% (GST 6% dan cukai warisan 5%). Jika menonton wayang pula akan dicaj sebanyak 20%. Jumlah keseluruhan lengkap bagi mereka yang melaui fasa tersebut adalah 31%. Cukai terbaik bagi Melaka.

Katakanlah menonton wayang itu hanya pilihan bagi pelancong sama ada mahu menonton ataupun tidak, bagi mereka yang tidak menonton maka cukai yang dikenakan adalah sebanyak 11% (GST 6% dan cukai warisan 5%). Mungkin menetap dihotel itu pilihan maka terselamatlah dari cukai warisan sebanyak 5%. Mahu menginap dihotel pun kena cukai warisan. Itulah Melaka.

Cuba kita lihat gambar tiket wayang di atas. Jumlah harga tiket adalah RM11 yang mana termasuk harga tiket RM8.80 dan cukai hiburan RM2.20. Mungkin semua panggung wayang dalam negara (kecuali Kelantan) harga yang berlainan namun yang dipertikaikan adalah cukai hiburan yang dikenakan kepada penonton. Terlalu tinggi.

Mungkin apa yang diperkatakan ini akan ada yang tidak berpuas hati dan mungkin komen-komen dari pembaca yang menjawab "Buat panggung sendirilah nak murah, Jangan masuk panggung kalau dah tahu mahal, Saya tak tau, Saya baru masuk panggung wayang dan tak tahu cukai dan banyaka lagi." Ini sekadar mencelikkan mata mereka tentang cukai. Hang pa nak masuk, masuklah.

Tiada ulasan: