Isnin, 19 Disember 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Najib Penakut, Mahu Kekal Di Pekan Kerana Tahu Ribuan Pengundi Import Pasti Berpihak Padanya!

Posted: 19 Dec 2011 04:29 AM PST

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tetap akan bertanding di Parlimen Pekan sampai bila-bila, walau pun ada cabaran daripada pemimpin pembangkang agar dia bertanding di kerusi bandar terutamanya di ibu negara. Malah, cabaran yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar beliau bertanding melawannya di Parlimen Lembah Pantai disambut dengan kenyataan yang dia akan tetap berbakti kepada rakyat Pekan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika berucap pada Himpunan Anak-Anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Najib berkata walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan. Beliau berkata segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak dapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan. Najib juga berharap warga Pekan akan terus bantu beliau sebagai anggota Parlimen dan Ketua Kerajaan untuk melakukan perubahan yang besar kepada daerah yang mereka cintai itu. "Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah. "Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekan dapat rahmat dan manfaat dari kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang", tegas Perdana Menteri Malaysia itu.


Pekan memang membangun, tapi yang kecapinya hanyalah orang luar
"Sama ada sebagai Timbalan Menteri dulu, lepas itu jadi Menteri Besar, Menteri dan kini sebagai Ketua Kerajaan (Perdana Menteri). Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," katanya. Najib berkata banyak perubahan yang sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan. "Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan telah dapat kita wujudkan di sini. "Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudah siap dan ada yang saya akan lancarkan yakni di Pulau Serai bulan ini," tambahnya.

[Kenyataan Najib ini sebenarnya tidak berpijak di bumi yang nyata. Memang benar Pekan itu membangun, tetapi pembangunannya sungguh lembap dan memalukan. Bahkan, bandar Pekan sendiri matu dan layu pada waktu malam. Tiada deretan hotel-hotel atau resort untuk orang luar bermalam seperti di bandar-bandar lain di Pahang. Malah, Pekan dilihat terlalu jauh ketinggalan dari segi pembangunan itu sendiri. Cuma sekarang, ia agak ada perubahan. Namun yang menikmatinya ialah proksi dan kroni Najib Rosmah dari luar Pekan. Kontraktor Pekan hanya menyaksikan pembangunan tersebut tanpa mendapat apa-apa hatta projek kelas F. Semuanya disapu oleh proksi mereka. Kini Najib berani bertanding di Pekan kerana beliau sudah ada aset ribuan "pengundi import" yang terdiri daripada warga Kemboja, Myanmar, serta warga Kedah-Perlis yang dipunggah berbondong-bondong untuk bermastautin di Pekan. Mereka ada yang diberikan hak untuk mengundi pada setiap kali pilihanraya. Inilah yang menyebabkan Najib tidak takut lagi berlawan dengan sesiapa pun kerana orang Melayu sebenarnya tidak percaya lagi kepada Najib. Beliau hanya menang di Pekan kerana sokongan orang luar, sedangkan rakyat sendiri terus dipinggirkan. Inilah Najib Razak sekarang!. itu belum termasuk ribuan undi tentera kem batu 10 di daerah Kuantan yang dimasukkan ke Parlimen Pekan. Semua ini dilakukans ecara licik dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa proses persempadanan semula sebelum ini sebenarnya?. Najib bukan anak jantan, sebab itu dia takut berpindah kawasan kerana pengundi import tiada lagi bersamanya].

Panas: Ramai Kesal, Majlis Perbandaran Kuantan Teruskan Pesta Saman Parking Pada Hari Minggu!

Posted: 18 Dec 2011 04:26 PM PST

KUANTAN, 19 Dis - Orang ramai di sekitar bandar ini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terus menjadikan "pesta saman parking" sebagai salah satu sumber rezeki utama pihak berkenaan. Sebelum ini sudah beberapa kali pihak kami membuat teguran secara terbuka dengan tindakan tersebut. Namun ternyata, semakin ditegus nampaknya semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Malahan operasi itu bukan sahaja dijalankan pada hari kerja biasa malahan turut berlarutan sehingga ke minggu (Ahad) dan cuti umum. Tindakan ini jelas sekali menggambarkan bertapa terdesak sekali jabatan berkenaan mahu mengaut keuntungan yang lebih dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa mereka. Bayangkan, jika hari biasa pun mereka boleh menjalankan operasi saman parking sehingga ke awal pagi, apatah lagi pada hujung minggu. Rakyat Kuantan dan para pelancong dari luar semakin tertekan dengan sikap MPK ini sebenarnya. Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu mengambil perhatian atas tindakan saman yang dikeluarkan. Sudahlah mereka memberi kuasa kepada "attendan parking biasa" untuk mengeluarkan surat saman berkomputer, kini MPK semakin drasti mencari untung besar bila tergamak mengadakan operasi pada hujung minggu walaupun dikala kebanyakkan jabatan kerajaan yang lain sedang bercuti. Rakyat memang akur dengan tindakan saman yang dikeluarkan, namun biarlah bertempat dan ada budibicaranya. Tidak perlu sesuka hati mengadakan pesta saman hingga pada musim perayaan dan hari peristiwa pun mereka mahu menyaman orang. Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa kotak parkir yang disediakn tidak mencukupi. Inilah yang menjadi kemarahan sebahagian besar rakyat Kuantan sekarang ini sebenarnya. Namun kepada siapa lagi mereka harus mengadu?. Rakyat bukan tidak mahu ikut peraturan tetapi biarlah ia kena dengan caranya. Mana mungkin, pada hari cuti umum pun pihak terbabit jalankan operasi. Sedangkan mereka tahu ketika itu ramai pelancong datang ke Kuantan untuk bersantai atau membeli-belah. Jika inilah caranya, lama kelamaan kehadiran pelancong luar berkurangan kerana kekecewaan ini.


Salah seorang pegawai Penguatkuasa MPK yang menyaman kenderaan
yang diletakkan di tepi sebuah pasaraya besar di Kuantan semalam

Difahamkan, saman parking kini menjadi salah satu punca rezeki tertinggi jabatan terbabit. Lantaran itulah tidak hairan ganjaran atau komisyen besar diberikan kepada mana-mana pegawai mereka (Penguatkuasa MPK) yang berjaya mendapat jumlah saman tertinggi dan terbanyak. Maknanya, rakyat dijadikan mangsa untuk mereka mengaut untung besar bagi menampung kewangan untuk pembinaan bangunan baru jabatan terbait di Jalan Tanah Putih dekat sini. Adalah lebih wajar sistem resit (kuning) yang lama dipraktikkan semula kerana ia lebih efisyen dan tidak membebankan rakyat. Maknaya, jika orang ramai meletakkan kenderaan pada satu-satu tempat dalam tempoh yang lama mereka akan mendapat resit dengan jumlah jam yang sama. Ia berbeza dengan sistem sekarang (kupon gores) yang mana ia lebih menguntungkan pihak terbabit. Mereka boleh sesuka hari menyaman mana-mana kenderaan yang terlebih masa walau pun sekitar lima hingga sepuluh minit dari masa pada kupon yang digores. Akhirnya saman dikenakan dan mereka akan dapat untung yang lebih besar dari jumlah yang sepatutnya dibayar. Inilah yang menyebabkan Pegawai Penguatkuasa MPK capai sasaran saman harian sebagai untung peribadi mereka juga. Inilah yang jadi punca sebenarnya.

[Bayangkan, jika satu kenderaan minima RM5 hingga RM30, maka akhirnya kantung MPK akan kaya-raya dengan tindakan ini. Mereka gunakan wang tersebut untuk berbelanja dan melancong ke sana ke sini tetapi rakyat dipaksa mengikut peraturan yang tidak sepatutnya. Malah, paling menyedihkan apabila ada pelancong (orang luar) yang datang ke bandar ini untuk sesuatu urusan. Mereka sebahagiannya tidak sempat membeli atau mencari tempat menjual kupon parking MPK. Akhirnya, mereka menjadi mangsa saman parking ini setiap masa. Apakah tindakan ini relevan jika mahu mendidik rakyat?. Sudahlah majoriti pegawai Penguatkuasa MPK itu langsung tidak berbudi bahasa, bertimbang rasa dan berlagak sombong ketika menjalankan tugas berkenaan. Mereka dera rakyat kononnya tidak ikut peraturan, tetapi dalam masa yang sama banyak peraturan lain yang mereka sendiri melanggarnya. Senario ini boleh menyebabkan rakyat semakin benci kepada kerajaan dan sudah pasti ia memberi impak kepada UMNO BN pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pahang digesa memantau dan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa peraturan kerana hendak kejar keuntungan semata-mata].

Tiada ulasan: