Isnin, 19 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ek ele.. Terdesaknya si Awe Adek ni

Posted: 19 Dec 2011 05:45 AM PST


Orang... kalau terdesak, dia sanggup lakukan apa saja termasuklah bikin sektsa. Malangnya sketsa tak gempak. Tak da sambutan. Orang bolayan!!

Kesian Awe Adek. Berjuang mati-matian dia nak cari peluang, nak jadi EMBI Kelante.


Dakwaan 120 sertai UMNO di Bachok karut
Rizal Tahir

BACHOK. 19 Dis: Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir, ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno.

Sambungnya, Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno.-HarakahDaily

"Adik beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi rakyat,"ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung Beoh, dekat sini semalam.

Baru-baru ini beberapa buah akhbar termasuk televisyen melaporkan seorang penduduk Mohd Nor Jusoh, mewakili 120 orang penyokong kuat PAS menyertai Umno kerana tidak yakin dengan perjuangan parti itu.

Malah salah seorang anaknya, Mohd Adnan Mohd Nor, 28 mendakwa bukan semua anggota keluarga mengikut ayahnya.

Jelasnya, apa yang dilakukan hanya untuk memburukkan perjuangan PAS.

"Saya langsung tidak berminat dengan Umno kerana tidak ada sebab saya menyertai parti itu apa lagi perjuangan PAS terbukti benar-benar membela rakyat,"ujarnya.

Hadir sama pada pertemuan itu Penghulu Mukim Lubuk Tembesu, Beoh, Mohd Sabri Mat Nawi dan Ketua PAS Cawangan Beoh, Mohd Idris Mat.

Anak muda sudah berani bangkit!!

Posted: 19 Dec 2011 04:00 AM PST


Kata dua dari anak muda... as simple as ABC.

Lu dusta... PRU13 lu binasa!!
AUKU hidup... UMNO@BN telingkup!!

SMM beri Najib kata dua mansuh AUKU sebelum PRU-13

December 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total dan kembalikan autonomi kepada universiti.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, jika Parlimen dibubarkan tetapi kerajaan masih tidak memansuhkan akta tersebut, mahasiswa akan memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum ke-13.

"Jika benar Perdana Menteri mahu buat perubahan, hapuskan AUKU secara total dan beri kuasa autonomi kepada semua universiti," kata beliau pada sidang akhbar hari ini.

Mengulas tindakan menurunkan gambar Najib selaku presiden Umno kelmarin, beliau berkata, ia adalah simbolik kepada hilang percaya anak muda ke atasnya selaku ketua kerajaan.

"SMM berpendapat transformasi Najib telah gagal dilaksanakan secara telus kerana tindakan beliau terlalu jelas bersifat retorik untuk memelihara survival politik beliau," katanya lagi.

Katanya, atas dasar sandiwara Najib ini, maka SMM memberi mesej jelas kepada Najib bahawa transformasi beliau telah gagal meyakinkan rakyat.

"Tindakan mahsiswa mengadakan protes Kebebasan Akademik pada 17 November lalu adalah simbolik kepada kebangkitan anak muda yang telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan," tegas beliau.-MI

Lu orang ni sokong ABU atau tidak??

Posted: 19 Dec 2011 02:22 AM PST


Apabila aku baca N3 ini dalam blog zorro-unmasked, baru terdetik dalam otak. So... aku copy nad aku paste 100% N3 ini. Kepada empunya blog, thank you very much.

Ha ah... betoi juga apa kata zorro. Sambutan dan sokongan terhadap ABU di pihak DAP dan PKR agak 'sejuk'. Demer nampaknyer tak beriya-iya sangat dan tak berapi-api sangat. Mengapa, ya??

Weh.. musuh kita satu iaitu UMNO. Ayuh kita bersatu untuk semarakkan kempen menjatuhkan UMNO ini. Hidup ABU!! Mampuih UMNO!!


AN UNCOMFORTABLE SILENCE FROM DAP & PKR

I am told that most times (which is not often, I am also told) I practice excruciating tolerance. Last night at YB Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor, Benefit Dinner at Kelab Shah Alam, Rodi shot this question at me: "Why are you not questioning DAP and PKR? They have not come out with support for ABU."

I am fully aware that PAS has come out in full support, lending their Markas Tabiyah at Taman Mahawar for the ceremah and YB Mafuz Omar, MP Pokok Sena spoke in full support of the ABU initiative. SAPP President Yong Teck Lee lent his support and so did Sec Gen of PSM, S. Arulchelvan and likewise Dr Rohana Ariffin, President of PRM. Of course the fiery Che'gu Bard was one of the speakers. However, on the program he was listed as Pengurusi SAMM. To Rodi this does not count and I do not like to be in Rodi's black list…..especially in Rodi's!


SO HOW ABOUT A DECLARATION OF SUPPORT?

WE ARE IN THE SAME TEAM, YES?

Dulu.. Kini dan Selamanya...PEKAN

Posted: 18 Dec 2011 11:30 PM PST


Walaupun dicabar oleh Nurul Izzah bertanding di kawasan 1Malaysia tapi as usual ler.... Najib takkan berani menyahut apa cabaran sekali pun, termasuklah daripada Nurul Izzah.

Tengok saja.... sudah berapa banyak cabaran ditalakan kepadanya, semuanya dibisukan saja atau dia bagi pelbagai alasan bangang. Berdebat lagi dia kecut, sebab air liur dia pasti berkepul-kepul berkumpul di tepi mulutnya kerana bla bla bla ntah hape-hape. Kalau bercakap di hadapan audience sendiri bukan main lagi dia. Fuuhhh... suaranya lantang serta meneran-neran persis Ziana Zain menyanyi.... Aha, itu dia boleh harap. Menyembor-nyembor ayor lior beb!!

Tapi.... kalau dicabar berdebat tentang isu-isu negara, pasti telornya kecut dan akan tersentap ke dalam. Tak berani punyer wa cakap lu. Jika dia tahu yang dia akan KO dan dimalukan, pasti dia akan tolak. Macam juga kes cabaran Nurul Izaah tadi.... mampuih dia tak berani. Bertukar kawasan bermakna... 'mati'lah Najib Razak.

Sebab tu dia kata... biarlah hidup mati dia di Pekan dan bukan di tempat lain. Ele.... sebab dia tahu dia tak akan mati di Pekan ler, dia tak mahu pindah. Kebal dia di situ.... sebab dilindungi oleh undi pos dari tentera. Ingat PRU ke.... ntah tak ingat dah, dia hampir 'mati' tapi apa berlaku.... mereka bawa talian hayat dari undi pos tentera untuk selamatkan dia.

In fact, sesetengah pihak mendakwa... indikator pada mesin dah tunjuk 'straight line' dah. Tup- tup depa bawak masuk mesin penyambug nyawa... maka berdeguplah jantungnya semula. Sejak ada mesin itulah dia selamat di sana. Weh... takkan dia nak pindah ke kawasan lain yang mungkin menjejaskan nyawanya. Bunuh diri namanya tu. Bodoh ler dia...

Kini dia umpamakan dirinya sebatang pokok yang rendang subur dan banyak buah. Orang Pekan... kalau kamu mahu buah Najib jatuh bertaburan di kawasan kamu... undilah dia. I help you... you help me. Kalau u all tebang-matikan pokok tu.... kebulurlah komer. Wah.... he's talking like GOD man.

Ingat.... rezeki serta nikmat berada dalam tangan Allah SWT. Andai kata Najib mati' sekali pun, jika Allah SWT nak limpahkan jugak rezeki pada rakyat Pekan, tak der siapa boleh menahannya. Kalau Najib 'mati'... mungkin Allah SWT akan gantikan dengan orang yang lebih baik dan bertaqwa. InsyaAllah... Pekan dan rakyatnya akan lebih dilimpahi dengan nikmat dan rahmatNYA.

So... jangan takut untuk berubah. Demi rakyat UBAH. Jom kita berhijrah menikmati bersama-sama Malaysia yang lebih sejahtera.


[sumber]

OK.. kalau Majlis Fatwa OK

Posted: 18 Dec 2011 09:51 PM PST


PUTRAJAYA, 19 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 — memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, contoh dakwat kekal yang akan digunakan telah pun dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan pengesahan kandungan.

Laporan ujian dijangka akan diperoleh dalam tempoh seminggu.-MI

Najib TAKUT nak bersuara..

Posted: 18 Dec 2011 08:50 PM PST


1Malaysia Super Boleh!!

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Yeah.... 1Malaysia Boleh!!!

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Yahooo... 1Malaysia Boleh!!

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa "pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian." Ia juga menambah "Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini."

Yabedabedooo.... 1Malaysia Boleh!!

Korang tahu kenapa Najib tak bersuara, membisu tanpa berkata satu apa pun???

Hahahaha... I tahu..... You all pun tahu. Mungkin korang dah tahu banyak atau tahu gitu-gitu jer atau mungkin ada yang masih blurr, tak tahu menahu. Don't worry... baca cerita sepenuhnya berkaitan sedutan-sedutan kenyataan di atas di sini, dan you all akan dapat gambaran yang clear.

Najib ter-DIAM kerana tak berani nak bersuara. Kerana kalau dia bersuara.... nostalgia blunder yang mencalarkan imejnya ketika di Kementerian Pertahanan semasa dia jadi menteri di situ akan menjelma kembali. Mungkinkah itu.. NOSTALGIA NGERI@MAUT buat Najib Razak?? wallahua'lam. Lebih baik bisukan diri. Bala jangan dicarik.....

Itu baru sikit jer.... tetapi banyak lagi 'blunder' daripada malaon-maloan dalam Barisan Najis Lembu yang dipimpinnya.Merekalah yang bertanggungjawab me-'POPULAR'-kan Malaysia ke seantero dunia hingga berada di salah satu kedudukan 'top' di tangga atas dalam carta negara paling banyak buat taik.

Syabas 1Malaysia!!!

Pun begitu, setinggi-tinggi takziah juga diucapkan kepada Najib@UMNO@BN kerana 'kebijaksaan' mereka mengurus tadbir ekonomi, wang rakyat serta hasil mahsul negara sehingga mendapat 'RECOGNITION OMG' daripada badab-badan pemantau antarabangsa.

Semoga UMNO cepat mampooss. Malaysia sejahtera tanpa UMNO!!

Kerajaan 'Biar Pape Aseikan Bergaye' 1Malaysia

Posted: 18 Dec 2011 06:30 PM PST


Kerajaan UMNO@BN ni bolehlah kita gelarkan 'Kerajaan Biar Papa Asal Bergaya'. Tambah pulak nak dekat pilihan raya ni.... bukan main lagi tunjuk lagak banyak duitnyer.

Bukan main lagi yob... Piem kita ni main nyebut angka juta-juta RM jer ketika beri 'sedekah' sempena merasmikan majlis itu dan majlis ini.Macam-macam majlis ada. Setiap majlis umum beri juta-juta RM. Gilerrr... Pada hal, semua sedia maklum kerajaan tengah kegersangan RM.

Mana nak ada duit.... banyak sangat ketirisan dan penyelewengan berlaku. Pun begitu... umpan kena tabur juga. Pilihan raya dah dekat, kan...??

So, mana kerajaan nak cekau duit?? Duit simpanan dah semakin kontang. Kerajaan UMNO@BN nak kena terus hidup jugak. So... apa nak buat untuk dapat money... money.... money..?? Aha.... very BIG... BIG... BIG money.

Well... kerajaan haprak UMNO@BN ni, bukan ke tak pandai mengurus tabdir duit rakyat. Satu ciri kerajaan yang tak pandai urus tadbir ekonomi adalah yang kuat berbelanja dan kuat berhutang. BIG Spender so.. DEBT pun BIG jugalah. Mereka pinjam selagi ada tabungan dalam negara... dan tak cukup dengan itu, mereka pinjam dari luar negara. Segala macam bon mereka jual dan gadai. Janji.... mereka dapat duit untuk berbelanja besar. Yang tanggung hutang mereka, kita.... RAKYAT!!

Salah satu tabung yang sentiasa berisi dan merupakan tempat mereka mendapatkan easy money ialah KWSP. Lubuk wang tu oooo....

Weh... selamat ke duit kita dalam KWSP?? Takut-takut Malaysia bangkrup, macam ramalan si Idris Jala, hanguss duit kita. Dan lebih kesian... jika UMNO tumpor dalam PRU13 ni nanti.... Pakatan Rakyat yang kena tanggung hutang-hutang yang menggunung tu.

Sebab... dasar tak mengasi UMNO ialah pandai timbun hutang tapi tak pandai nak langsai. Inilah kedaaan dan realitinya di negeri-negeri yang dulunya mereka perintah tapi kini diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Taik-taik yang mereka tinggalkan terpaksa dicuci oleh Pakatan Rakyat. Yang paling tak mengasinya lagi.... derang punyer taik tapi cuba pulak hasut rakyat untuk tuding jari pada Pakatan Rakyat.

Nak tahu bagaimana kerajaan men-jolisakan-kan duit rakyat @ duit KWSP kita..... klik dan baca di sini.

Jangan biarkan!! Jangan biarkan!! Biar kita bertindak segera hari ini daripada kita ternganga di kemudian hari. Oleh itu....

PRU13 nanti.... Demi wang rakyat, kita TOLAK KERAJAAN PEMBOROS dan PENYANGAK DUIT RAKYAT ini!!

Bukan mudah lupa. Maha pura-pura

Posted: 18 Dec 2011 04:48 PM PST


Mahathir pinjam wang dari Bank Dunia
Bukan sikit wang banyak berjuta-juta
Dia deny dan kata Anwar dusta
Kalau betul mana buktinya??

PKR keluarkan bukti yang diminta
Penyata dari pautan laman web Bank Dunia
Orang kata, Mahathir mudah lupa
Bukan lupa... tapi maha pura-pura

Sorang mamak, cuba nak backing dia
Apa Mahathir cakap benar belaka
Adey pooraah, hei mamak tua
Hang pun dua kali lima!!

Aduhai rakyat semua
Sekarang lu orang mahu percaya siapa??
Mahathir si Maha Pura-Pura
Atau Anwar, yang dia aniaya??

[Rujuk sumber berita dari sini]

Pakatan Rakyat jugak orang suka.

Posted: 18 Dec 2011 02:30 PM PST


Di bawah UMNO@BN susah mau berniaga. Peluang banyak puak-puak mereka yang sapu. Sekarang.... under Pakatan Rakyat very easy and untung maa.

UMNO pelintah... negeli-negeli majoliti Melayu manyiak miskin. UMNO pelintah... elit UMNO saja kaya. Melayu lainnya... ala biasa-biasa dan banyak yang susah-susah.

Mengapa itu maciam??

Haiyoo... Lu pigi tanya UMNO lorr. Atau lu olang baca apa pakar cakap lor. Bukan gua cakap... pakar cakap maa. Lu olang baca.

SHAH ALAM 16 DIS : Kajian seorang Pakar politik-ekonomi Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih senang menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding di era Barisan Nasional.

Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan dibawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar "komisyen" kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek.

Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.

Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya-saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN.

Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.

"Akibatnya, golongan usahawan Melayu yang tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan dari komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

"Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan," kata Edmund.

Beliau berkata demikian di dalam satu sessi forum ekonomi bertajuk "Malaysia's Economy : Are We Heading in the Right Direction?" (Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar?) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir majlis tersebut pengarah eksekutif kumpulan pemikir Research for Social Advancement (REFSA) Teh Chi-Chang dan pakar ekonomi Dr Cheong Kee Cheok dari UM.

Exco Selangor Teresa Kok bertindak selaku moderator.

Edmund menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.

"Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir telah membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.

"Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai 10 perniagaan terbesar di Malaysia," katanya.

Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.

"Kita tengok, walaupun dibawah Dasar ekonomi Baru(DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu," jelasnya- TVS News

Sikalang apa maciam?? UMNO baik atau Pakatan Lakyat baik??

Gua cakap lu olang.... UMNO talak guna, Pakatan Rakyat lagi banyiak olang suka. Undi Pakatan Lakyat maa..

Tiada ulasan: