AdukaTaruna |
Gambar dan kenyataan media ABU (Kelantan) Posted: 09 Dec 2011 07:04 AM PST Oleh : AdukaTaruna Tarikh : 09 Disember 2011 Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan 1. Gerakan Bertindak Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) 2. Forum Anak Muda Kelantan (AMUK) 3. BERSIH Kelantan 4. Subway Photographer 5. Dewan Pemuda PAS Kelantan 6. Angkatan Muda Keadilan Kelantan _______________________________________________________________ Media cetak nasional Media cetak parti politik Media elektronik Media baru (blog, face book, twitter) PER : Kenyataan Media Bersama Pendahuluan. Pada hari ini, 9 Disember, kami, gabungan anak muda Kelantan, melancarkan satu bentuk kempen dan fahaman yang dinamakan "Asal Bukan UMNO/BN" atau singkatannya ABU. Ianya adalah satu perlancaran yang serentak di seluruh negara. Pada hari dan jam yang sama. Di bawah kempen ini, kami menyeru kesemua lapisan dan sector rakyat Kelantan untuk mendapatkan suasana politik baru dan lebih terbuka untuk Malaysia yang kita cintai. Kerana, apabila suasana adalah terbaru dan terbuka, sesuatu pemerintah akan cakna dan takut kepada rakyat. Sesuatu pemerintahan yang sudah biasa dijatuhkan rakyat akan belajar menjadi baik. Pihak2 yang bersaing untuk menawarkan diri menjadi pemerintah akan terus membina kebaikan mereka. Bersaing menjadi baik adalah satu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat. Mengapa ABU harus menjadi asas dalam memilih ketika pilihanraya yang akan datang? Jasa sesuatu pemerintah bukan pertimbangan untuk mengekalkan mereka. Itu adalah tanggungjawab mereka. Mereka yang datang dan menawarkan diri. Gaji mereka dibayar oleh rakyat. Mereka adalah kuli dan pekerja kepada rakyat. Apabila "Asal Bukan UMNO" (ABU) ini menjadi kenyataan, maka, pemerintah yang baru adalah pemerintah yang berasa takut kepada rakyat. Mereka berasa tidak selamat untuk melakukan kejahatan kerana pemerintah yang baru adalah pemerintah yang bila-bila masa boleh dijatuhkan rakyat kembali. Untuk kontek Kelantan, asas atau falsafah ABU harus menjadi pertimbangan kerana : 1. Hasil bumi Kelantan yang dirompak dari Kelantan. Diagih-agihkan kepada negeri-negeri UMNO yang boros dan rasuah. Antara hasil bumi Kelantan ialah petroleum, gas, pengambilan hutan Kelantan untuk dijadikan Taman Negara tanpa bayaran royalti, dan sebagainya. 2. Sabotaj Kelantan dalam belanjawan negara setiap tahun. Cukai dipungut dari setiap peluh anak Kelantan. Hasil bumi dikaut dari setiap inci bumi Kelantan. Tetapi, dimansuhkan negeri Kelantan dalam setiap kali belanjawan negara dibentangkan. 3. Dakwaan kepada memonopoli, ugut dan penipuan gred kepada petani-petani Kelantan. Padi, beras dan kelapa sawit. 4. Dakwaan kepada mengugut pentadbiran awam Kelantan. Dengan tindakan tukar ke luar daerah atau daerah yang sukar. 5. Pemulauan terhadap pendidikan anak Kelantan. Sekatan bantuan terhadap institusi pondok agama dan sekolah agama rakyat (SAR). 6. Isu kedaulatan Negeri Kelantan. UMNO/BN gagal menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pemberian IC kepada warga Thailand, sekaligus menjadikan mereka dwi warganegara dan boleh mengundi untuk menentukan hidup mati anak peribumi Kelantan. 7. Dakwaan terhadap sabotaj pembinaan janakuasa elektrik pada tempat-tempat tertentu, dimana ianya bertujuan menghalang rakyat Kelantan mendapat kemudahan air yang sempurna. 8. Projek-projek kerajaan pusat yang dilewat-lewatkan. Ada yang dimansuhkan. Bertujuan menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan. 9. Membenarkan UMNO sendiri, MCA dan MIC memburuk-burukkan dan menghina hudud yang terkandung dalam Al-Quran. 9 perkara ini adalah antara hujah mengapa falsafah ABU wajib digunakan dalam pertimbangan mengundi di pilihanraya kelak. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya, Malaysia umumnya, supaya mendapatkan satu suasana pilitik baru yang lebih segar, terbuka pada masa akan datang dengan menjatuhkan UMNO/BN. Sesuatu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat adalah apabila mendapat satu pemerintahan yang sangat takut kepada rakyatnya sendiri. Dengan ini juga, kami mengumumkan pada 15 Disember 2011 ham 8.30 malam, satu forum terbesar ABU akan diadakan di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan