Khamis, 8 Disember 2011

PERAKITE

PERAKITE


Hadiah replika najis di luar budaya Melayu

Posted: 08 Dec 2011 01:45 AM PST

Tindakan kaki demo Mohamed Ghani Abdul Jiman menghadiahkan empat kek replika najis sempena hari jadi Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah keterlaluan dan di luar batasan susila orang Melayu, malahan memalukan, kata Pengerusi Gagasan Utara Media Haji Anuar Hashim.

Beliau berkata, perbuatan itu sangat terkutuk dan tidak tergambar dalam kotak pemikiran  orang Melayu.., ia sama sekali di luar budaya orang Melayu.

"Inilah hasilnya, insan-insan terpilih yang dilahirkan daripada gagasan pendidikan Umno selama memerintah lebih 50 tahun," kata beliau sambil menegaskan rakyat Pulau Pinang, khususnya kakitangan kerajaan di semua peringkat bolehlah menilai sendiri  sifat keinsanan pada manusia yang tergamak melakukannya.

Tengahari tadi, Ghani dengan delegasinya menghadiahkan empat replika najis manusia kepada Guan Eng di Komtar, George Town, sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan Guan Eng.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujar Ghani

Beliau turut berkata, bahawa najis berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya konon menentang Guan Eng. (GUMs)

Orang Melayu Pulau Pinang digesa ketepikan fahaman politik

Posted: 08 Dec 2011 01:27 AM PST

Masyarakat Melayu Pulau Pinang digesa mengetepikan fahaman politik demi mencapai perpaduan.
Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Mohd Yussof Latiff berkata, orang Melayu tidak harus terlalu taksub berpolitik sehingga sanggup mengetepikan kepentingan kaum sendiri.
"Apa yang saya lihat sekarang bangsa Melayu kini terlalu asyik berpolitik hingga terlupa tanggungjawab mereka untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Jika kita tidak bela nasib kaum sendiri, siapa lagi?" katanya kepada Bernama di sini Khamis.
Mohd Yusoff berkata, perpecahan yang wujud dalam kalangan bangsa Melayu masih boleh diperbaiki dengan syarat kaum itu berusaha kuat untuk mencapai perpaduan dan mencari titik persefahaman sesama mereka.
"Jika orang Melayu asyik berbalah sesama sendiri sampai bila pun mereka tidak akan berjaya. Tetapi perpaduan dalam kalangan orang Melayu masih boleh dipupuk jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapainya," katanya.
Mohd Yussof berkata, pemenang bersama persatuan kariah masjid di seluruh Pulau Pinang akan mengadakan satu kongres perhimpunan masyarakat yang akan dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan masalah dan cabaran kaum Melayu sekarang.
Bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian, penganjur berharap daripada kongres itu, masyarakat Melayu dapat bertukar pandangan dan merungkai permasalahan yang dihadapi di samping mempercambahkan pemikiran mereka dengan ilmu yang bermanfaat.
Kongres itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan Agama Al-Irshad di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai pada 17 Dis ini.
Orang ramai dan wakil-wakil NGO yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Pemenang, di alamat No 60, Jalan Pemenang, Pulau Pinang atau telefon 04-2273092

Tiada ulasan: