Khamis, 8 Disember 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Tabiat makan bloggers / facebookers Kelantan.

Posted: 08 Dec 2011 07:49 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Malam ni gua tak dapat hadir majlis wacana. Tgk kat KelantanTV pun kejap2 jer. Pasal nak settlekan beberapa perkara anak gua. Dah ada anak, boh..

Nak tulis tajuk politik rasa malas plak. Esok ada PC ABU di Hotel Raudah, KB. Jam 3 petang. Serentak seluruh negara. Sesiapa ada free mari datang. Kita sama-sama memberikan solidariti kepada kempen ABU. Asal Bukan UMNO.

[2]
Kali ni gua nak dedahkan tajuk yang bukan2 sket. Pasal tabiat / corak makan muka2 yang lu orang selalu tgk kat FB dan blog. Muka2 Kelantan la. Kalau MSK, Manjung Mari dan Ostad Kasim kat Kelantan, diorg pun gua dedahkan. Kah3..

Jeming Hassan.


Mamat poyo ni tak makan nasik. Gua tak tahu diet dia atau memang keturunan dia muntah darah kalau makan nasik. Pernah sekali makan bersama dia di nasi ulam, gua dan lain2 makan nasi, Jeming Hasan makan 2 potong Patin Masak Tempoyak, 2 ketul ayam goreng, seekor ikan keli. Makan lauk sajo, boh.

Pagi2 dia makan mee atau kuew tiaw. Nasi lemak tak makan. Bihun pun tak makan. Masa shooting filem pendek di rumah Hjosama, Hjosama sediakan sarapan nasi berlauk. Jeming g beli mee goreng.

Selain nasi, mamat ni hantu durian @ tempoyak @ seumpamanya. Mee goreng makan dengan tempoyak. Kuih2 cicah tempoyak. Gua tgk pun rasa tak lalu. Kah3... eksotik dah tahap makan tempoyak mentah camtu pada gua.

Md Hazwan




Egen Perisik hal ehwal pinang-meminang yang berpusat di Pusat Kajian Strategik Kelantan ini pula hantu budu. Memang semua orang Kelantan hantu budu. Tapi yang ni tahap Super Saiya la gua ingat.

Masa makan tengah hari di rumah Hjosama, piring budu dengan durian ada 1. Jeming dan Topeng duduk sebelah kanan gua. Hazwan duduk sebelah kiri gua. Dah ada 2 group berebut piring budu. Gajah sama gajah berperang, gua mampos kelaparan.

"Aduka, mari budu tu." Gua ambil passing sebelah kanan. Baru nak suap...

"Aduka, mari budu tu." Gua ambil, passing sebelah kiri.

'Aduka..."

"Weii bengong.. bila gua boleh suap nasi ni?"

Last2 mak Hjosama keluarkan sebotol budu. Hambek. Buat basuh muka kalau boleh.

Syam Ghaz.


Mamat ni ala2 akademik gitu. Tak buruk lantak mcm yang lain2. Banyak tahu tempat makan yang 'best'. Boleh bawak majlis punya orang la.

Aina Sayuti.




Isteri Sauqey ni gua tak pernah tengok dia makan dengan team. Cover cun kot. Blah la woi. Kah3.. Masa jamuan makan Unit Penerangan dia, gua ada sekali. Pun tak makan gak. Layan bos PKS, Tn Hj SPR, budak2 makan tu ada la.

Hjosama.




Romeo ni hanya Maniam yang kenal mana Melayu mana mamak. Depan member makan tak toleh kiri kanan. Depan awek2 student, jamah pun tidak.

'Err.. kenapa Tn Hj tak makan?"

"Ana berpuasa."

"Ppp raaa mabok!"

Fakhruddin dan Cuping Merah.


Gua pernah makan dengan dia sekali. Di Qaryah Ramadan Stadium KB. Gua dah sound, jgn beli byk2 kat pasar Ramadan, sebab nasi ada disediakan. Tapi bila gua jumpa tu diaa... macam Makcik UMNO Negeri Melaka first time membeli belah kat Rantau Panjang.

Jean Francois.




Mamat ni spesis setan jin. Tak makan nasi. Makan asap dan tulang2 jer. Paling kuat telur rebus atas pulut kuning bersama colok terbakar 2-3 batang.

Tiada ulasan: