Selasa, 6 Disember 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Shahrizat rebah, siapa Ketua Wanita baru?

Posted: 05 Dec 2011 10:58 PM PST


SEMEMANGNYA kuasa itu akan korup apabila seseorang memegangnya buat tempoh lama. Itulah yang berlaku terhadap sesiapa pun termasuk golongan wanita.
Memanglah wajar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil marahkan Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli; anak muda yang mendedahkan skandal lembu Feedlot. Lewat ucapannya, Shahrizat menyelar Zuraida sebagai biadap sebab menyuruhnya meletak jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.



Itulah sebabnya punca Shahrizat marah-marah. Iaitu Zuraida telah 'mengusik' jawatannya gara-gara isu lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang dikendalikan oleh suaminya lalu, Shahrizat mencabar Zuraida agar mendesak Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah memecat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KeADILan terlebih dahulu.
Hujah Shahrizat lagi, jikalau beliau diminta berundur bagi menerajui Wanita Umno cuma gara-gara suaminya, lalu hal yang sama patut dilaksanakan Wan Azizah kerana suami beliau sudah lama menguasai parti berkenaan.
Lojik berfikir beliau tentang hal ini masih kabur. Ini kerana, Wan Azizah tidaklah memberi projek keuntungan buat Anwar seperti mana Shahrizat mengagih keuntungan lembu feedlot itu hanya kepada keluarganya sahaja melalui sebuah syarikat yang diterajui oleh suami beliau.
Jadi isu di sini adalah berkaitan skandal, keuntungan bila mana jawatan sudah menjadi sumber keuntungan peribadi dan keluarganya. Kedudukan jawatan yang dicapai seseorang dengan sebab adanya dorongan lain daripada keluarga mereka dalam parti itu masih juga boleh didebatkan dengan lebih perinci.
Ini kerana, jawatan tidak semestinya menandakan seseorang itu akan berbuat keuntungan.
Begitu juga jawatan Ketua Umum yang tidaklah jelas bermotif keuntungan. Jadi, hujah Shahrizat terbatal di sini. Atau mungkin Shahrizat marah-marah itu kerana terkesan dengan kenangan lama juga setelah terguling di Lembah Pantai selepas ditolak para pengundi yang mula menyokong anak muda seperti Nurul Izzah di kawasan Parlimen itu?
Apakah benar Shahrizat dan Umno mula berasakan penangan anak-anak muda mutakhir ini?
Ini kerana, yang turut diselar adalah Rafizi juga sebab beliau bertanggungjawab mendedahkan skandal yang terpalit ke atas Shahrizat. Arakian, gara-gara pendedahan itu, Rafizi diselar sebagai Tanggang muda pula.
"Dia (Rafizi) boleh pergi ke sekolah dan belajar itu kerana apa? Itu kerana berkat perjuangan kaum ibu yang ada di sini..." kata Shahrizat disambut pekikan soraksorai perwakilan Wanita Umno itu. Lalu, beliau menyambung,, "Kini beliau menjadi anak menderhaka, menjual agama dan penghancur bangsa."
Banyak hal juga yang boleh ditelaah dengan sebab kemarahan menyinga Shahrizat dengan tiba-tiba ini. Berkata Shahrizat, selepas menyinsing lengannya itu, beliau berkata, boleh selak kain juga. Tetapi, untuk bersangka baik, adalah lebih afdal dikaitkan selak kain itu untuk berpencak silat dan bukan tujuan satu lagi.
Nampaknya, itulah masalah yang menimpa para pemimpin Wanita Umno pada hari ini.
Sebelum ini, Rafidah Aziz memegang jawatan itu dalam suatu tempoh yang agak lama juga. Apabila seseorang mula memegang kuasa itu dalam tempoh yang lama, maka kuasa itu akan dihinggapi barah korupsi.
Lihat salah satu masalah Rafidah yang terkait dengan menantunya Fazrin Azwar Md Nor itu.
Beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI, di mana Rafidah meluluskan RM1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada menantunya.
Hal ini dilaporkan Anwar Ibrahim sebagai salah guna kuasa Peguam Negara Abdul Gani Patail, merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani Abdul Ghani jelas menunjukkan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah Seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970.
Rafidah bagaimanapun masih bebas dan tidak didakwa sehingga ke hari ini. Barangkali, Rafidah telah pun terhukum di bawah undang-undang mahkamah Umno, iaitu letak jawatan jika anda ada masalah rasuah. Hanya itulah sahaja caranya Umno mahu menyelesaikan masalah dalam kalangan ahli tertinggi mereka. Mereka tidak dibawa ke mahkamah sebaliknya dihukum untuk meletakkan jawatan.
Jika Shahrizat mahu dihukum oleh PM Najib Razak dengan cara sebegitu pun boleh juga. Tetapi Najib perlulah fikirkan siapakah pengganti Shahrizat lepas ini.
Tentang hal lembu NFC yang masih tidak kunjung selesai itu, maka boleh diadili rakyat dalam pilihan raya.

Tiada ulasan: