Selasa, 6 Disember 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Prof Aziz Bari akan bertanding

Posted: 06 Dec 2011 06:19 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Mengikut maklumat dalaman, Prof Aziz Bari akan bertanding di sebuah kota di ufuk timur.

Blind date : Gua dihina blogger wanita.

Posted: 06 Dec 2011 03:53 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Dunia chatting memang sangat pancaroba. Tidak dipercayai dan penuh pura-pura. Pergh.. gua punya intro dah macam novel cinta. Geli gua. Ni cerita stret tu de poin la nih.

Melalui fesbuk, gua ada usha sorang awek. Blogger jugak. Rujuk sini :

http://www.ayeemayam.com/2011/04/lagi-10-blogger-cun-dan-comel.html

Cun woo.. dia banyak kali minta gambar gua. Gua malas kasi. Tahu kat bini gua, sajer jer gua jadi umpan nyamuk2 luar rumah malam2. Cuma gua terus terang cakapla.. gua ni Melayu. Melayu sejati. Darah Melayu dalam diri gua ni tebal. Awek tu cakap dia suka orang yang mempunyai jati diri macam gua.

Pendek cerita, gua janji nak jumpa. KB Mall. Chiken Rice Shop tingkat bawah.

"Saya pakai kemeja putih tau. Awak nak pakai baju apa?" Pergh.. gua janji pakai baju kemeja nih.

"Saya pakai baju pink. Tunggu tau. Tak sabar plak rasa."

"Satu lagi, saya pakai kasut kulit hitam tau."

Pergh.. jantung gua dah berdup dap dah ni. Awek cun nak dating dengan gua nih. Janji 4.30 petang, pukul 3 gua dah ada KB Mall. Cakap dengan bini gua, ada meeting kat Pusat Kajian Strategik Kelantan. SUK.

Gua ingat nak tengok dari jauh dulu. Tengok mana satu awek pakai baju pink yang dok terngendap2 gua. Tapi lelaki kena berani. Macho. Gua pesan order dan duduk di seat bahagian luar Chiken Rice Shop. Tak lama kemudian, gua disapa suara wanita.

"Awak AdukaTaruna?"

Gua menoleh. Wow cun! Baju pink siot. Mesti pink jugak nih.

"Dah la tipu kata Melayu. Pakai pulak kameja putih. Contra habes. Uduh banga!" Maki awek tu ke gua sambil chow. Tak sempat gua balas maki.

Hidup Ketuanan Melayu!!

TGNA dan cerita politik Kelantan.

Posted: 05 Dec 2011 09:08 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Gua berjumpa dengan seorang rakan. Mahu meminta tolong dia sampaikan satu perkara kepada seseorang yang lain. Bukan gua tak boleh buat sendiri. Tapi gua tak mahu serahan by hand gua dianggap satu projek langgar. Wakakaka. Takpalah... belajar2la ikut 'protokol'.

"Kawe tunggu demo kedai makan ayam kampung. Belakang Billion. Depan SCI."

Setelah menyesatkan diri sambil memakan buah langsat, gua pun sampai. Sampai2, dah ada 3 pinggan nasi.

"Aik? Siapa lagi 2 ni?"

"Mu dengan Sharizat (bukan nama sebenar). Sakgi lagi io sapa."

Belasahlah kami bertiga 4 pinggan nasi putih, 8 ketul paha ayam kampung. Gilo apo ni? Gua yang nak minta tolong, dia pulak belanja gua makan.

[2]
Berdasarkan sembang2 tahap kedai kopi kopi kami, gua membuat kesimpulan dalam N3 ni. Tak tahulah tepat ke tak. Hanya orang Kelantan sendiri yang tahu.

Suasana di Kelantan (rasanya juga di Malaysia), setakat ini, untuk menjadi MB, mesti memiliki kelulusan dalam 3 subjek. Disusun gua mengikut priority.

i. Parti
ii. Sultan
iii. Rakyat

Ini hakikat di Kelantan, dan mungkin di Malaysia. Soal kepakaran dia dalam ekonomi, bagaimana dia menyusun organisasi, etc, soal last. Hampir tidak menjadi pembolehubah.

[3]
Di Kelantan, jika bukan ulama menjadi MB PAS, parti akan berbalah. Ulama2 dalam PAS Kelantan tidak boleh terima jika MB PAS adalah bukan ulama. Ulama tu, ikut tafrifan kita2 ni la. Orang yang ada 'sijil' agama.

Jika bukan ulama menjadi MB BN, parti BN takda masalah. Jika ulama jadi MB BN, gua rasa esok tu hari kiamat. Gua tak nak bincang BN. Tapi nak bincang PAS.

Tapi bukan ulama dalam PAS Kelantan, tak kisah kalau ulama atau bukan ulama yang jadi MB Kelantan. Janji pengurusan baik lah.

[4]
Ketika ini TGNA hampir2 tidak bekerja pun sebagai MB. Dia hanya duduk atas jawatan dengan memegang kuasa veto. mana yang perlu dibatalkan, mana yang perlu disegerakan, etc. Fikrahnya itulah yang ditagih. Jawatan itulah yang sebenarnya mengamankan rakyat. Asalkan di duduk atas kerusi MB, rakyat akan reda. Sedangkan dia sebenarnya hampir2 tidak bekerja. Dalam erti kata kerja2 MB yang sebenarnyalah.

Tapi untuk masa hadapan, sampai bila begitu? Ini soalnya. So, gua bawa perbincangan yang tak penting sangat pun untuk mendapatkan Putrajaya, tetapi agak penting untuk kesinambungan PAS Kelantan. Soal masa depan Kelantan selepas TGNA.

[5]
Ramai 'pelapis' TGNA sejak dulu lagi playsafe dalam 3 subjek wajib lulus untuk menjadi MB. Dari segi politiknya ianya adalah sikap yang patut. Tapi dari segi maruah prinsipnya, agak meloyakan pada gua. Cuma, loya orang2 macam gua tak penting. Dari jutaan rakyat, maybe hanya ada 100 orang.

Antara yang meloyakan gua ialah :

a. Lepas bersara, baru isytihar masuk perjuangan. Dedahkan itu ini.
b. Lepas ada masalah terhadap payungan, baru nak melawan. Dah terhantuk dulu 10 kali, baru nak cakap soal perjuangan.
c. Playsafe. Sana kata ok, sini kata bereh.

Apa pun gua harap TGNA memikirkan sesuatu plan bagi mengurangkan damage selepas ketiadaan dia.

[6]
Skang masuk soal calon. Pada gua, calon dalam parti terbahagi kepada 2 jenis.

1. Calon gred A.
2. Calon gred B.

Calon gred A adalah jenis calon yang ideanya adalah antara faktor menjadi satu prinsip rasmi dalam parti. Dia selalu memberikan idea2. Dan ofkos terpaksa fight dalam salurannya untuk meletakkan idea itu menjadi prinsip rasmi parti.

Calon Gred B pula adalah jenis calon yang menjadi pengawal prinsip parti yang telah digazetkan sebagai rasmi. Dia menjaga prinsip tersebut dalam DUN atau dalam parlimen atau dalam media. Prinsip itu bukan darinya sedikit pun, tetapi hanya menjadi pengawal.

Calon gred A selalu kelihatan kasar, calon Gred B selalu kelihatan baik. Setakat inilah. Calon Gred A kebanyakannya bukan ulama. Calon Gred B kebanyakannya ulama. Baik, senyum, berakhlak mulia. Tetapi zero dalam permasalahan kontemporari dan semasa.

[7]
Dengan pengumuman TGNA bertanding, terdapat 2 pihak yang gelisah.

1. 'Pelapis' yang selama ini telah terlalu lama playsafe.
2. Rakyat bukan parti macam gua.

Pelapis2 yang bukan kaki play safe ofkos tak kisah langsung. Dia berjuang demi perjuangan. Lantak p la. Tercalar pun dia, terpuji pun dia. Apa peduli? Tetapi pelapis MB yang playsafe memang gelisah dalam tenang. Berapa lama lagi dia mahu playsafe?

Orang2 parti juga tidak gelisah. Sebab dengan pengisytiharan TGNA itu, parti stabil. Mereka tak pening kepala sedikit pun. Cukup waktu panjat pokok kelapa pasang bendera. Siap paling tinggi, dan siapa paling besar.

Tapi rakyat macam gua? Apa jadi dengan era selepas TGNA kalau tiada satu pun plan stanby? Apa jadi kalau MB Kelantan suatu hari nanti diambil alih oleh mereka2 yang playsafe? Yang menjaga kepentingan subjek2 pembolehubah kerusi. Tiada daya fight sedikit pun untuk mempertahankan hak. Yang tidak pernah bergaduh pun sesama kumpulan demi falsafah dan prinsip?

Inilah orang yang SANGAT2 BAHAYA. Pada gua, MB Kelantan harus Syaitan yang kita kenal baiknya setakat mana, jahatnya setaraf mana. Dari malaikat yang unknown. Malaikat penjaga subjek untuk terus kekal sebagai malaikat.

Untuk menjaga hutan, harimau yang berparut sebenarnya lebih dipercayai dari harimau yang tidak berparut sedikit pun. Setuju?

"Kiro kak."

"RM26.20"


Tiada ulasan: