Era Pasca |
- PINJAM DARI KWSP!!! Apa punya kerajaan UMNO, pinjam duit rakyat kemudian berlagak duit UMNO
- Muhyiddin Dan Shahrizat Mesti Letak Jawatan!
- Tun Mahathir boleh menjadi sumpah-sumpah sekarang..
- Panas!! Perkasa menghina kaum India..??
- Abby Abadi di Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus
- Auta Dr Mahathir Terbarai Lagi !!
PINJAM DARI KWSP!!! Apa punya kerajaan UMNO, pinjam duit rakyat kemudian berlagak duit UMNO Posted: 19 Dec 2011 12:30 AM PST Oleh DATO' HUSAM MUSA SAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011). RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain? Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai hutang Kerajaan adalah RM240 bilion! Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik kerajaan. Berdasarkan jumlah RM240 bilion, ia adalah 52.6 peratus dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM456 bilion pada tahun 2011, seperti dibentangkan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini. Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55 peratus yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, kese- lamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius. RM456 bilion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3 peratus. Hanya tinggal 0.7 peratus untuk mencapai tahap 55 peratus! Melalui Belanjawan defisit tahun ke-15 berturut-turut dengan jumlah RM45 bilion, sepatutnya tahap 55 peratus tadi telah dilanggar. Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara: a. Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6 peratus supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah. Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6 peratus sepanjang tahun hadapan. Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP. b. Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik. Jumlah RM918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55 peratus, ia akan mencecah tahap 55 peratus ini pada bila-bila masa dari sekarang. Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar. Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan. Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak! Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM184 bilion. Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus. Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55 peratus dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan. Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang. Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dan lain-lain, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit. Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini. Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada kerajaan menjadi lebih berharga. Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat! |
Muhyiddin Dan Shahrizat Mesti Letak Jawatan! Posted: 18 Dec 2011 09:30 PM PST AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tun M yang juga bekas perdana menteri diyakini sangat tahu tentang kerakusan pemimpin di dalam Umno yang mengambil wang rakyat untuk untuk kepentingan peribadi termasuk dalam isu NFC. "Mahathir perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta barisan kabinetnya agar mengarahkan Muhyiddin dan Shahrizat meletak jawatan. "Jika beliau ingin Najib lakukan tranformasi, maka skandal tersebut perlu disiasat secara telus tanpa ada sebarang perlindungan," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal projek NFC bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat suami Shahrizat yang sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan. Selain Shahrizat, ianya juga didakwa membabitkan Muhyiddin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan. Sementara itu, Dzulkefly juga turut membidas kenyataan Tun yang mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Katanya, cabaran Tun itu tidak lebih dari cuba mengalihkan isu skandal NFC dari diperkatakan oleh rakyat khususnya berdepan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. "Saya tidak pasti tujuan sebenar dan mungkin ia ingin mengalihkan perhatian rakyat dari isu lembu kepada desakan tersebut. "Ini adalah cara Umno sebenar bila terdesak mereka akan mengalihkan isu, bagi saya isu tersebut sudah lama," katanya. |
Tun Mahathir boleh menjadi sumpah-sumpah sekarang.. Posted: 18 Dec 2011 08:15 PM PST Sebahagian dari Laporan Lidah Rasmi UMNO - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa. Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan. "Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana. "Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," Mungkin kerana faktor usia.. Tun terlupa bahawa setelah Anwar dipecat pada tahun 1998 tahun berikutnya 1989 Malaysia telah membuat tiga pinjaman dari Bank Dunia yang berjumlah USD404 Juta.. Perhatikan pada imej dibawah.. adakah tanpa sebarang permohonan Bank Dunia secara tiba-tiba mahu memberikan pinjaman kepada Malaysia? Untuk lebih jelas sila lihat di SINI 'Lihat siapa pemilik San Miguel' sebelum cabar Anwar, Mahathir digesa KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98. Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu. "Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran. "Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata PKR dalam satu kenyataan pejabat Anwar Ibrahim hari ini. Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan. Kenyataan itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. "Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul," kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri. Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir. Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, "saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian." "Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran. "Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya lagi. Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu. "Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. "Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya. Kenyataan hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF. "Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. "Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98," katanya lagi. Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara. "Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka. "Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus," kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan. "Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawa Anwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut. "Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush. "Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Panas!! Perkasa menghina kaum India..?? Posted: 18 Dec 2011 07:00 PM PST Pertubuhan Pembela Hak Orang Melayu (PERKASA) sekali lagi cuba ungkitkan isu berbau perkauman yang cukup sensitif. Ini adalah berhubung dengan keputusan Putrajaya menarik balik novel 'Interlok' sebagai teks sastera. PERKASA cuba membela seorang penulis tetapi menghina keseluruhan kaum India di negara ini. Perkasa menghina kaum India sebagai gologan minoriti yang sudah besar kepala. Setiasausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali menunjukkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan kerana menggugurkan novel kontroversial Interlok yang menghina kaum India. Beliau berkata, kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. Beliau juga membuat kenyataan bahawa 'Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina'. Beliau juga menambah bahawa apa yang tertera dalam novel tersebut yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta. Apa maksudnya dengan perkataan 'fakta' ini? PERKASA cuba mengukuhkan kenyataan-kenyataan novel Interlok itu sebagai satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan. Dalam kata lain, PERKASA menyokong Interlok dan menghina kaum India sebagai Pariah. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap PERKASA yang terang-terang menghina kaum India di negara ini sebagai Pariah dengan mengatakan itu adalah fakta. Bukankah ini satu kenyataan yang boleh mewujudkan perpecahan yang mengancam perpaduan negara. Kenyataan beliau mengandungi 3 unsur perkauman yang menghina orang-orang India : 1) Golongan minoriti yang besar kepala 2) Ini sangat biadap 3) Perkara kontroversi dalam Interlok adalah fakta Ketiga-tiga ungkapan ini adalah terlalu sensitif yang bertujuan untuk membarakan semangat perkauman. Apakah tindakan yang akan diambil oleh jaguh-jaguh MIC terhadap PERKASA yang terang-terang menghina pimpinan mereka dan kaum India secara umumnya? Dalam isu 'Black Matallic ' di Perak, puak MIC melompat-lompat untuk membuat laporan polis di merata tempat terhadap YB Nga Kor Ming walaupun beliau langsung tidak menghina kaum India dalam ucapannya. Apakah pula gelagat puak MIC ini dalam adengan baru PERKASA yang jelas menghina kaum India? Rakyat seluruh negara sedang memerhatikan bagaimana MIC akan bertindak dalam hal ini. |
Abby Abadi di Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus Posted: 18 Dec 2011 05:44 PM PST Semakin hari, makin ramai artis kita yang beragama Islam telah mula bertudung, Alhamdulillah. Malah ada yang lebih baik dari itu, selepas sahaja bertudung terus sahaja mereka meninggalkan dunia hiburan secara perlahan-lahan. Apapun berikut adalah gambar terkini Abby Abadi yang bertudung sedang minum di kedai bersama muslimah yang lain selepas selesai menghadiri Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. |
Auta Dr Mahathir Terbarai Lagi !! Posted: 18 Dec 2011 04:45 PM PST PETALING JAYA: Sandiwara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pinjaman dari Bank Dunia pada sekitar tahun 1999 sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya. Selama ini, Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet. Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technical Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan". Tuduhan terhadap Anwar direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen beliau dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban, demikian menurut satu kenyataan dari pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Kata kenyataan itu, Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98. Lantaran ketegasan beliau inilah Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara, kata kenyataan itu lagi. Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka. Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat. Mahathir cari alasan Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999. "Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu. "Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya kepada harakahdaily. Tambahnya pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. "Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'. Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri. Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.FMT KEADILAN Dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar. Rujukan pautan itu di sini Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999. Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush. Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. "Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul. "Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata kenyataan media KEADILAN hari ini. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan