Pahang Daily Online |
Ceramah: Anwar Bakal Ulas Isu "Di Ambang Pru-13; Demi Rakyat" Di Kuantan Jam 8.00 Malam Ini Posted: 15 Dec 2011 09:32 AM PST KUANTAN, 16 Dis - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) bakal mengadakan lawatan kerja seharinya ke negeri Pahang hari ini. Beliau dijangka menyampaikan ceramah yang bertajuk "Di Ambang PRU-13: Demi Rakyat" di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj. Ahmad pada jam 8.00 malam ini. Sementara itu disebelah petangnya Anwar bersama rakyat dalam satu Majlis Hi-Tea di Shakira Cafe, Batu Satu dekat Temerloh. Anwar selaku Ketua Pembangkang kini semakin panas apabila kes liwat II yang dihadapinya kini hanya tinggal mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sahaja yang dijadualkan akan dibuat pada 9 Januari 2012 nanti. Terdapat perkabaran yang menyatakan Anwar pasti akan menjalani hukuman terbarunya di Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini. Ini berikutan, terdapat banyak kekeliruan dan penyelewangan yang berlaku dalam perbicaraan tersebut selama ini. Kehadiran Anwar pada awalnya ialah ke Pekan bagi membalas kehadiran PM Najib Razak ke Parlimen Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu. Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir di lokasi terbabit bagi menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan