Pahang Daily Online |
- Panas: "Blogger Cucumatkilau" Tawar Diri, Untuk Melawan Najib Di Parlimen Pekan Pada PRU13 Ini
- Zaid: Pembangkang Ada Peluang Tubuh Kerajaan Baru Andai 'Orang Melayu Sedia' Untuk Berubah !
- Wacana Sinar: PRU-13, Undi Siapa Jadi Penentu
- Panas: Blogger Pro UMNO Pahang, Si Semut Hitam Rupanya 'Tergoda Dengan Keayuan' Nurul Izzah !
- Panas: 'Krisis Dalaman', Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Letak Semua Jawatannya Daripada Parti!
- Tragedi: Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Lembing, Siapakah Yang Harus Di Persalahkan Gamaknya !
Panas: "Blogger Cucumatkilau" Tawar Diri, Untuk Melawan Najib Di Parlimen Pekan Pada PRU13 Ini Posted: 14 Dec 2011 02:59 AM PST KUANTAN, 14 Dis - Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini menegaskan bahawa dia sedia menawarkan diri untuk bertanding menentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum Ke-13 kali ini. Beliau membuat kenyataan itu dalam posting terbaru di blognya hari ini. "CMK juga turut berminat untuk menawarkan diri bagi bertanding di Parlimen Pekan menentang PM Najib Razak jika diberi ruang. Bagi CMK, di Pekan siapa saja yang lawan Najib pasti akan menjadi mangsanya. Maka, isu yang paling sesuai untuk diperjuangkan ialah hal ekonomi dan tanah-tanah Pekan yang kini tergadai satu persatu kepada orang-orang Kemboja, Myanmar dan lain-lainnya yang dipunggah Najib ke Pekan. Hanya isu ini sahaja yang dapat menyedarkan rakyat Pekan, jika tidak Pekan akan terjajah oleh bangsa asing dan mereka akhirnya menumpang dibumi sendiri. Bagi CMK, jika Najib berbangga sebagai "anak pejuang Melayu UMNO", maka CMK juga boleh berbangga sebagai "penerus perjuangan pahlawan Melayu Pahang". Ini adalah satu semangat yang kuat untuk menumbangkan keegoaan seorang pemimpin yang khianat sebenarnya. Apapun, segalanya masih terlalu awal lagi untuk diumumkan sebenarnya", kata beliau dalam blognya. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu kerusi Parlimen Pekan ditandingi oleh pemimpin muda PKR iaitu Khairul Anwar Ahmad Zainuddin (Jonah). Najib menang dengan mendapat majoriti 24,646 undi ketika itu. Sementara itu, harus diingat pada Pilihanraya Umum ke-10 sebelum itu Najib hampir ditewaskan di kerusi itu kepada calon PAS, Ustaz Haji Ramli Mohamad. Calon PAS itu mendapat 12,907 undi manakala Najib mendapat 13,148 undi dan menang dengan majoriti tipis yang penuh kontroversi iaitu sebanyak 241 undi sahaja. Ini bermakna Najib sebenarnya tidak sehebat mana di Parlimen Pekan. Beliau hanya menumpang nama ayahnya Tun Abdul Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Jika tidak kerana nama ayahnya, pasti Najib sudah lama ditolak di Pekan. Maka itulah tidak hairan SPR memasukkan kem tentera Batu 10 dengan mewujudkan DUN Pulau Manis untuk menghantar beribu-ribu undi pos bagi membantu Najib di Pekan. Itu belum termasuk pendatang asing yang sememangnya sudah diketahui sejak sekian lama kini bermastautin di Pekan. Inilah yang menjadi masalah kepada UMNO Pekan, mereka tidak berani bersuara walau pun melihat kenyataan itu "memang berlaku di depan mata mereka" sekarang. [Pakatan Rakyat (Pembangkang) wajar mempertimbangkan tawaran ini jika mereka benar-benar tidak mempunyai calon yang popular dan berwibawa untuk menentang Najib di Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Umum mengetahui, walau apa jua cara sekali pun Najib sudah mempunyai "undi tetap" yang akan memangkah BN pada kali ini. Justeru, siapa saja yang berhadapan dengan Najib pasti akan kecundang dan terkena pukulan "TKO". Maka itulah, mereka wajar mempertimbangkan tawaran ini. Pekan adalah satu kerusi panas yang diduduki sejak zaman berzaman oleh keluarga Najib. Memang benar namanya harum, tetapi orang Melayu Pekan sebenarnya majoriti menolak beliau. Sebab itu beliau hampir tumbang pada PRU-10 lalu. Mujurlah ada "penyelamat" ketika itu yang menyaksikan undi pos lewat tiba ke pusat penjumlahan undi. Jika tidak, riwayat politik Najib sudah berakhir ketika itu. Inilah "magic PRU" apa saja boleh berlaku. Maka, alang-alang tewas lebih elok dihantar calon yang lebih berfikiran terbuka. Melayu Pekan perlu dibela]. Baca Lagi Di Sini |
Zaid: Pembangkang Ada Peluang Tubuh Kerajaan Baru Andai 'Orang Melayu Sedia' Untuk Berubah ! Posted: 14 Dec 2011 02:01 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis - Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) berkata peluang pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru bergantung kepada sejauh mana masyarakat Melayu bersedia mendakap mereka. "Orang Melayu akan menentukan siapa yang menang pilihanraya umum, bukan sahaja kerana mereka adalah kaum terbesar tetapi juga mereka diperintah oleh sebuah parti yang mengingatka mereka bahawa hak mereka akan dicabar sekiranya mereka mengundi pembangkang," kata beliau pada sebuah wacana politik anjuran akhbar Sinar Harian. "Adakah mereka bersedia untuk membuat perubahan. Jika ya, maka hanya masa itu kita akan nampak berlakunya perubahan," tambah beliau. Wacana Undi Siapa Jadi Penentu itu membariskan Zaid, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dan Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah daripada Universiti Malaya. Zaid yang menubuhkan KITA setelah keluar dari PKR dan Umno berkata media arus perdana yang masih dikawal oleh kerajaan akan menyukarkan usaha memujuk pengundi untuk melakukan perubahan. Zaid yang sebelum ini amat kritikal terhadap PR, khususnya Ketua Umumnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sendiri, berubah haluan minggu lalu apabila mengumumkan ia akan menyokong gagasan pembangkang itu dan tidak akan bertanding pada PRU ke-13. Dalam pada itu Zaid nafikan beliau melompat parti ibarat katak dan menegaskan dirinya dipecat dari UMNO dan selepas itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak persepsi bahawa ahli politik yang lompat parti tidak mempunyai prinsip dan pendirian. Menurut Zaid, tidak semua yang kekal dalam sesebuah parti itu adalah orang berprinsip dan baik untuk negara kerana mereka mungkin kekal serta menunjukkan kesetiaan kerana mempunyai kepentingan peribadi. "Jika anda mempunyai pendirian tertentu, anda akan menfokuskan perjuangan anda kepada perkara pokok. Dalam politik, bukan mudah untuk menegakkan prinsip sendiri. Sukar untuk mengimbangi kepercayaan anda berbanding apa yang diperjuangkan parti kerana politik adalah bidang yang sukar. Pandangan anda mungkin tidak diterima (parti politik sendiri). "Tak semua yang lompat itu boleh disalahkan dan tak semua yang setia itu baik," tegasnya. [Kenyataan Zaid ini mungkin ada kebenarannya kerana bangsa lain sudah mula untuk berubah, tapi hanya bangsa Melayu sahaja yang masih "layu diulit mimpi" kononnya hanya UMNO BN yang dapat memerintah negara ini. Walhal mereka ditipu dengan berbagai penyelewengan sejak sekian lama, namun dek kerana sedikit "gula-gula" tatkala menjelang pilihanraya maka mereka lupa itu semua. Bagi mereka UMNO BN yang terbaik walau pun jelas melakukan rasuah dan korupsi. Namun, jika dilihat kepada takdir ternyata UMNO BN bakal tenggelam dalam pilihanraya kerana golongan "saluran satu" lama kelamaan akan pupus dari mukabumi ini akibat berbagai penyakit termasuk sakit tua. Apa yang tinggal ialah generasi muda yang akan mewarnai politik negara dan majoriti mereka memang mahukan perubahan berlaku di dalam negara kita ini sebenarnya]. |
Wacana Sinar: PRU-13, Undi Siapa Jadi Penentu Posted: 14 Dec 2011 01:29 AM PST |
Panas: Blogger Pro UMNO Pahang, Si Semut Hitam Rupanya 'Tergoda Dengan Keayuan' Nurul Izzah ! Posted: 13 Dec 2011 09:01 PM PST Di kala Pilihanraya Umum ke-13 hampir menjelang tiba, maka propaganda dan berbagai isu-isu panas mula timbul sekarang ini. Peranan media baru pula mula dilihat amat penting dalam memastikan sokongan rakyat kepada parti-parti yang bertanding baik BN mahu pun pembangkang (Pakatan Rakyat). Serangan terhadap pemimpin utama parti mula dilakukan bertubi-tubi untuk memastikan rakyat tidak memberikan sokongan terhadap parti terbabit. Mungkin ia dianggap biasa apabila menyerang kepimpinan tertinggi parti. Namun, anehnya terdapat satu blog pro UMNO di Pahang yang diuruskan oleh Blogger Semut Hitam pula berbeza keadaannya. Blogger terbabit lebih seronok "membelasah" anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah (foto). Senario ini dapat disaksikan dalam banyak posting yang dipaparkan pada blognya. Boleh dikatakan sepanjang masa Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu diserang oleh blogger terbabit. Sukar untuk difahami apakah motif beliau, namun ia sungguh mengejutkan sebenarnya. Di kala ramai dikalangan blogger lebih selesa menyerang kepimpinan tertinggi parti, namun masih ada juga blogger pro UMNO yang lebih selesa menyerang "pihak yang sama sepanjang masa". Sedangkan di Pahang banyak isu yang membabitkan kepimpinan tertinggi parti pembangkang langsung tidak disentuh secara eksklusif oleh mereka. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Kenapa Nurul Izzah yang diserang?. Apakah agenda blogger terbabit sebenarnya. Malah jika dilihat sejak sekian lama, memang blogger itu banyak menyerang Nurul Izzah daripada pemimpin pembangkanglain. Mungkin juga kerana dia tertarik melihat "keayuan" anak Anwar itu agaknya?. Inilah yang memusykilkan. Posting terkini, Nurul Izzah sekali lagi diserang oleh Semut Hitam Sila klik ke Blog beliau untuk melihat bukti-bukti kenyataan ini |
Panas: 'Krisis Dalaman', Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Letak Semua Jawatannya Daripada Parti! Posted: 13 Dec 2011 08:43 PM PST GEORGTOWN, 14 Dis - Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hari ini menerima tamparan hebat apabila Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor, iaitu Lim Boo Chang (foto) telah meletakkan semua jawatannya dari parti itu berkuatkuasa serta merta. Beliau khabarnya akan kembali menyertai Parti Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999. Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya. "Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan," katanya. Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang telah dilantik oleh parti itu. [Senario terbaru ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Di saat Pilihanraya Umum Ke-13 hampir menjelang tiba, perkara begini boleh terjadi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maknanya, pembersihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan sebenarnya gagal mengenali siapakah yang menjadi dalang dalam parti itu sebenarnya. Bayangkan, pemimpinn seperti Lim ini dipilih menjadi calon PKR pada pilihanraya umum nanti maka sudah pasti kes "lompat" akan berlaku lagi di Pulau Pinang. Justeru, parti terbabit diminta menyelesaikan banyak isu dalaman yang masih berlarutan sehingga ke hari ini. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak wajar menggunakan "kuasanya" untuk memastikan musuh politik beliau dinyahkan dari parti. Umum mengetahui Azmin amat memusuhi "team Zaid" dalam PKR. Sekarang adalah masa untuk beliau memulakannya. Lantaran itulah kita tidak hairan lama kelamaan lebih ramai lagi akan tinggalkan PKR gara-gara kecewa dengan "permainan licik" Azmin Ali ini]. |
Tragedi: Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Lembing, Siapakah Yang Harus Di Persalahkan Gamaknya ! Posted: 13 Dec 2011 11:18 AM PST KUANTAN, 14 Dis - Orang ramai yang melalui jalan Kuantan ke Sungai Lembing terkejut dengan satu kejadian "jalan runtuh" berhampiran Stesyen Petronas berhadapan Gelanggang Futsal Rainbow dekat sini. Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 10.20 malam tadi telah menyebabkan sebahagian besar jalan sebelah kiri menghala ke Sungai Lembing runtuh sedalam lebih kurang 10 hingga 20 kaki. Ia dipercayai berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil akibat hujan yang turun mencurah-curah di kawasan ini beberapa hari lalu. Menurut seorang saksi yang mula-mula menyaksikan kejadian tersebut berkata, beliau hampir menjadi mangsa namun dek kerana lampu jalan yang terang benderang maka nyawanya terselamat. "Saya tiba di tempat kejadian selepas mengisi minyak di stesyen Petronas berdekatan. Mujurlah jaraknya sekitar 20 meter sahaja dari lokasi kejadian dan saya belum memecut kenderaan ketika itu. Bayangkan jika tiada lampu jalan dan saya sudah memecut kenderaan, sudah pasti sesuatu yang tidak diingini berlaku", katanya. Tinjauan kami mendapati beberapa orang anggota polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah berada di tempat kejadian. Kelihatan juga orang ramai berkerumum untuk menyakasikan runtuhan tersebut dari dekat. Sementara itu, seorang penduduk taman perumahan berdekatan pula berkata dia agak sangsi dengan pembinaan jalan yang baru setahun digunakan itu. "Jelas kelihatan, saiz lapisan jalan agak nipis dan tanahnya juga berpasir yang menyebabkan ia boleh mengelongsor pada bila-bila masa terutamanya musim hujan seperti sekarang. Bagaimana kerajaan boleh meluluskan projek tersebut sedangkan ia jelas gagal ikut piawaian ditetapkan", kata beliau. Orang ramai berpusu-pusu hadir untuk menyaksikan kejadian tersebut Bukti, apakah saiz jalanraya sebegini diluluskan oleh pihak kementerian? Mengejutkan, inilah gambaran sebenar lokasi kejadian tersebut semalam Menakutkan, khabarnya pagi ini keadaan jadi lebih teruk dari malam tadi [Persoalannya sekarang, siapakah yang wajar dipersalahkan dalam hal ini?. Kontraktor terbabit atau pihak yang memeriksa jalan tersebut sebelum ia mula bole digunakan. Kejadian yang berlaku ini amatlah memeranjatkan kita, tambahan pula ada air yang mengalir di celahan runtuhan terbabit. Kerajaan perlu sedar, jalan terbabit dilalui oleg "orang luar" yang mahu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) iaitu melalu Plaza Tol Kuantan. Makanya, kejadian ini pasti akan menyusahkan sebahagian besar dari mereka. Apa yang pasti, mujurlah ada lampu jalan dilokasi terbabit kerana jika tidak rakyat akan bangkit untuk menentang projek seperti ini. Bayangkan baru setahun dirasmikan tiba-tiba kejadian seperti ini pula yang daoat kita saksikan sekarang. Gara-gara penyelewengan maka akhirnya rakyat yang tidak berdosa terpaksa tanggung akibatnya. Mujurlah tiada nyawa terkorban kejadian ini, jika tidak pasti lebih panas !]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan