SharpShooter |
- Skandal PKFZ - @NajibRazak @chedet_cc @DSURaisYatim dan Pak Lah terlibat - Peguam Leong Sik
- Mat Sembab, Mustafa dan Noh Omar terlibat skandal lembu @ShahrizatJalil ?
- PM BIK MAMA
- Noh Omar terlibat skandal lembu NFC @ShahrizatJalil - Jingga 13
- Rapat Rakyat ABU
Skandal PKFZ - @NajibRazak @chedet_cc @DSURaisYatim dan Pak Lah terlibat - Peguam Leong Sik Posted: 13 Dec 2011 09:44 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Perkara itu dinyatakan peguam yang meakili bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan. "Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ. "Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB," katanya. Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama. Katanya, anak guamnnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh. "Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Tun Dr Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan. Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar. Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH. Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan. Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002. Penggulungan hujah di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Mat Sembab, Mustafa dan Noh Omar terlibat skandal lembu @ShahrizatJalil ? Posted: 13 Dec 2011 08:55 PM PST SKANDAL NFC : LAPORAN SPRM AGAR SIASATAN TERHADAP SALAH GUNA KUASA BEKAS MENTERI DAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BERKAITAN PENYALURAN WANG SEBELUM PERJANJIAN DI BUAT DENGAN NFC JINGGA 13 membuat aduan dan laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan berkaitan isu Skandal NFC terhadap salah guna kuasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ( 2004 – 2008 ) , DATUK MUSTAFA MOHAMED ( 2008-2009 ) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang DATUK SERI NOH OMAR ( 2009 – sekarang ), berkaitan kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) , Datuk Seri Azmi Khalid . Datuk Seri Azmi Khalid dalam kenyataannya menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009. Sedangkan ianya memerlukan kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi disalurkan kepada akaun pengurusan syarikat tersebut . Malah perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan NFC hanya ditandatangani pada 2010. JINGGA 13 menyelar tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta bekas menteri dan menteri bertanggungjawab kerana ianya adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akuan khas NFC sebelum perjanjian di buat sepertimana prosedur dan peraturan kewangan . JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak 2008 hingga 2009, serta siapakah yang terlibat dalam melulus dan membenarkan penyaluran wang tersebut sebelum perjanjian dimeterai antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat tanpa mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. JINGGA 13 juga mempertikai dan mempersoalkan berkaitan penyaluran tersebut sebelum perjanjian di buat. Kenapa sangat istimewa? Adakah kerana NFC diterajui oleh Datuk Seri Dr Mohamad Ismail dan ahli keluarga yang tidak mempunyai kemahiran dan latar belakang dalam industri penternakan lembu atau kerana beliau ialah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan menteri kabinet dan Ketua Wanita UMNO? Adakah wujud campurtangan dan salah guna kuasa Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam layanan istimewa yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat? JINGGA 13 mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil tehadap Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Mustafa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut , malah siasatan yang telah dibuat oleh PAC adalah bukti nyata terhadap salah guna kuasa. Heret SEGERA penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan . MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator Jingga 13 Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 13 Dec 2011 08:20 PM PST Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau. Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife". "Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan. Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun." (Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old). Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 2,275 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini. Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura. Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'. Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia. "$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP. Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa-Harakah Sharpshooter :- Najib najis tak berani ambil tindakan terhadap wanita, mamee ijat yang terpalit dengan skandal lembu pun najib tak berani ambil tindakan, inikan pula suaminya bik mama....hahahaha.. anda boleh melihat koleksi beg kak ros di sini.. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Noh Omar terlibat skandal lembu NFC @ShahrizatJalil - Jingga 13 Posted: 13 Dec 2011 06:18 AM PST Jingga 13 akan mengadakan satu lagi laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap salahguna kuasa oleh Datuk Noh Omar, iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terhadap skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) Laporan SPRM oleh Jingga 13 ini akan berlangsung pada 14 Disember 2011, bersamaan hari Rabu jam 10.00 pagi, bertempat di Bangunan SPRM Selangor, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam berhadapan dengan Hotel Grand Blue Wave. Jingga 13 dengan penuh hormat ingin menjemput rakan-rakan media untuk sama-sama hadir pada hari dan waktu tersebut, kerana satu lagi pembongkaran skandal serta laporan yang akan dilakukan ini bakal menunjukkan wajah sebenar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang terkait dengan penyelewengan, rasuah dan pecah amanah. SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD Setiausaha Jingga 13 Muafakat*Prihatin*Berani* Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 13 Dec 2011 05:21 AM PST |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan