Sabtu, 10 Disember 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


PKR Pahang 'Tidak Wajar Terlalu Yakin' Parti Itu Dapat Kekalkan Kerusi Parlimen Indera Mahkota

Posted: 10 Dec 2011 05:07 AM PST

Parti Pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang tidak boleh terlalu mendabik dada, sombong dan bongkak kononnya mereka begitu yakin dapat mempertahankan dua kerusi parlimen milik mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Laporan ini merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) yang mencabar Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bertanding di parlimen itu pada PRU-13 ini. Bunyinya nampak menarik, namun Azan harus ingat bahawa rakyat di kawasan parlimen beliau kini sudah berkira-kira untuk mendapat "YB" baru tidak lama lagi. Banyak laporan mengatakan beliau hanya "perform" di Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen untuk menjaga namanya di sisi Anwar. Dalam masa yang sama, beliau jarang "turun padang" untuk membela rakyat setempat. Malah, isu Lynas yang terletak di kawasan parlimen beliau sendiri pun "batang hidung" Azan jarang kelihatan. Ramai yang tertanya-tanya kelibat beliau dalam banyak program Lynas selama ini. Azan, seolah-olah tidak cakna dengan isu itu dan hanya membiarkan Fuziah Salleh memperjuangkannya. Sedangkan Fuziah itu adalah ahli Parlimen Kuantan, cuma dia bertanggungjawab di parlimen untuk membawa isu berkenaan. Azan harus sedar bahawa parlimen Indera Mahkota tidak sehebat parlimen Kuantan yang diwakili oleh Fuziah. Di Kuantan, Fuziah mungkin berpeluang mempertahankan kerusi parlimen itu kerana dia mendapat sokongan padu daripada kaum Cina di parlimen terbabit. Ia berbeza dengan Azan di Indera Mahkota. Berdasarkan maklumat, Azan sebenarnya kemungkinan besar tidak lagi bertanding di situ kerana beliau kini merupakan Pengerusi PKR Trengganu. Mana mungkin pengerusi negeri lain tiba-tiba bertanding di kawasan lain. Cuma masalah yang timbul ialah PKR kini masih berteka-teki siapakan calon sesuai untuk menggantikan Azan di Indera Mahkota. Difahamkan, kini Zakaria Abd Hamid iaitu bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi (Abd Rahman),telah dihantar oleh Azmin Ali awal-awal lagi untuk menjaga kerusi parlimen itu. Beliau dipercayai "orang kanan" Azmin ketika pemilihan 2010 yang lalu. Tindakan menghantar Zakaria menajdi "care taker parlimen Indera Mahkota" amat tidak disenangi oleh kepimpinan PKR Pahang sebenarnya. Hakikat ini perlulah diakui mereka.

[Sepatutnya, Azmin perlu merujuk kepada kepimpinan negeri sebelum menghantar siapa jua untuk menjaga kawasan itu. Malah difahamkan, Zakaria juga kemungkinan besar menjadi calon PKR menggantikan Azan untuk bertanding di situ pada PRU-13 ini nanti. Maka itu, kemungkinan besar "undi protes" akan berlaku jika Zakaria bertanding di situ. Ini kerana rakyat tidak mahu lagi seorang YB "hujung minggu" seperti Fuziah bertanding pada kali ini. PKR Pahang sebenarnya mempunyai beberapa nama calon tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) dan Dato' Fauzi Abd Rahman sendiri. Mereka bermastautin di Indera Mahkota dan selayakkan diangkat sebagai calon. Berbeza dengan Zakaria yang dipercayai tinggal di Rawang Selangor, dan hanya tanpil berkempen tatkala menjelangnya pilihanraya umum ke-13 ini. Lantaran itu, kami melihat jika calon luar diletakkan kali ini dan UMNO BN pula memilih calon tempatan yang popular maka kemungkinan besar BN boleh memenangi kerusi tersebut kali ini. Difahamkan, UMNO juga bakal mempertaruhkan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat (kini ADUN Tg.Lumpur) dan Dato' Hazmi (Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota) untuk mewakili parti itu kali ini. Mereka berdua adalah calon tempatan yang bermastautain di Kuantan. Apakah keputusan "up set" akan berlaku, sama-samalah kita nantikannya].

Panas: PAS Pahang Perlu Berani Bertindak Siasat Dua ADUN Di Kata Terlibat Dengan Projek Lynas !

Posted: 09 Dec 2011 03:34 PM PST

Susulan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bahawa ada dua pemimpin yang bergelar "wakil rakyat" juga terlibat dengan projek Lynas, maka PAS Pahang digesa mengambil tindakan tegas untuk menyiasat perkara ini. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat wajar mengeluarkan kenyataan tegas tentang isu ini, sama seperti yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataan panasnya mengenai isu Lynas yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 beberapa bulan yang lalu. PAS Pusast yang diketuai oleh Dato' Tuan dikatakan telah memanggil Dr.Che Rosli untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan kenyataan beliau itu. Maknya, PAS amat prihatin dengan pandangan pemimpinya yang didapati bertentangan dengan prinsip dan dasar parti terbabit. Masalahnya, kenapa PAS hingga kini gagal mengambil tindakan tegas dan memanggil mana-mana ahli mereka yang dikatakan terlibat secara langsung dengan Lynas?. Kami telah membuat pendedahan tentang terdapatnya dua penyumbang Dana terbesar PAS Pahang iaitu Dr.Syed Badaruddin (klinik Syed Badarruddin) dan Tuan Hj.Zakaria (Bukti Setongkol, bekas pegawai PKNP Pahang yang kini bersama PAS) terlibat secara langsung dengan projek tersebut. Alasan yang diberikan ialah mereka dapatkan projek untuk membant semual PAS menentang Lynas dari belakang. Kenyataan kami ini telah diberi respon oleh MB Pahang yang mahu Lynas mendedahkan nama-nama kontraktor yang terlibat dengan projek tersebut selepas itu. Malah, lebih mengejutkan bila mana MB Pahang itu dengan beraninya telah mendedahkan nama dua pemimpin PAS terbabit iaitu YB Syed Syed Muhamad Tuan Lonik (ADUN Beserah ) dan YB Syed Hamid Syed Mohamad (ADUN Kuala Semantan ) terlibat dengan projek Lynas yang dibantah rakyat itu. Persoalannya, kenapa PAS tidak berani memanggil dan meminta kedua-dua pemimpin terbabit bagi menyiasat apa yang didedahkan oleh MB Pahang itu. Bukankah, jika ianya benar maka imej PAS Pahang akan lebih tercalar sebenarnya. Maka, buatlah tindakan segera demi rakyat sekarang.


YB Syed Hamid (Kuala Semantan) dan YB Syed Mohamad (Beserah)
dua pemimpin PAS yang disebut MB terlibat dengan projek Lynas

[Kita tidak mahu isu ini berpanjangan hingga Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. PAS Pahang perlu berani mengambil tindakan kerana rakyat tidak mahu ada pemimpin yang berada dalam "parti Islam" tetapi gagal mengamalkan dasar perjuangan parti itu sendiri. Kita tidak mahu ada virus yang menjadi perosak dalam parti dan perjuangan. PAS perlu bertindak membersihkan mereka-mereka yang "talam dua muka dalam perjuangan". Memang sudah lama kami mendengar kedua-dua ADUN berkenaan gagal "perfom" dengan baik sebagai wakil rakyat di kawasan mereka. Malah, ramai dikalangan ahli yang cukup kecewa sebenarnya cuma mereka tiada ruang untuk bersuara. Kini, di saat PRU-13 hampir menjelma maka PAS Pahang perlu bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan. Pemimpin yang khianat dan engkar dengan arahan kepimpinan perlulah digantikan dengan muka baru yang lebih muda dan diterima rakyat. Jika tidak, besar kemungkinan hasrat untuk menakluki Pahang tidak akan tercapai. Malah, kedua-dua DUN yang diwakili PAS di Beserah dan Kuala Semantan juga bakal jatuh semua ke tangan BN. Apakah ini yang mereka mahukan agaknya?. Maka, bertindaklah biar pun ia pahit untuk ditelan sebenarnya].

Tiada ulasan: