Cerita Hasan Mungkin Tidak Dicalon Terlalu AwalAPAKAH motif Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungip membuat penjelasan mengenai kedudukan bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu Hasan Ali kemungkinan tidak akan dicalonkan untuk pilihan raya umum ke-13 nanti. Alasan yang diberikan ialah kerana Hassan kurang mendapat pencalonan di peringkat kawasan.
Menurut Saari, nama Hasan berada di bawah tiga individu lain yang dicadangkan oleh kawasan di mana kerusi yang disandang kini Gombak Setia, kedudukan itu menyebabkan Hasan tidak layak kerana hanya tiga calon yang mendapat undi terbanyak saja layak untuk dipertimbangkang menjadi calon.
Sudah pasti bila Saari membuat penjelasan itu ada motif tertentu. Ia bukan saja-saja hendak melepaskan kata. Apakah ia merupakan mesej bahawa Hasan tidak akan dipilih untuk jadi calon disebabkan beberapa isu kontroversi ditimbulkan Hasan dan dikira telah merosakan parti sebelum ini? Begitukah.
Ataupun ia sebagai
testing terhadap pengaruh Hasan di Selangor yang digambarkan oleh media massa tertentu begitu meluas sekali di samping dia juga mendapat sokongan kerajaan. Atau testing juga kepada Hasan sendiri untuk menyatakan sikap beliau terhadap Pas ekoran tindak tanduknya yang tidak direstui parti?
Pada saya kalaulah itu alasan diberikan Saari Sungip ia kurang tepat dan bijaksana. Ia seolah membuka budu di tengah orang ramai. Kurang rempah politik. Tidak semsatinya calon yang mendapat sokongan dari kawasan yang hanya boleh dipertimbangkan. Sebelum ini berapa ramai calon Pas untuk sesuatu kawasan tidak pun mendapat sokongan atau perlu sokongan kawasan. Itu calon bidan terjun tidak pun memerlu tapisan kawasan.
Tetapi mereka diletakkan juga atas kapasiti untuk membantu parti. Kawasan pula menerima ada dasar
samiat na watha na. Pas berbeza dengan parti-parti lain dan inilah mengukuh dan mengistimewakan Pas.
Berasaskan itu Saari sepatutnya menyuara mengenai kedudukan Hasan begitu. Pada saya banyak buruk daripada baik dengan apa yang Saari lakukan. Kalaupun Hasan hendak digugurkan kerana dia memberi reputasi buruk kepada Pas, janganlah dibuat sekarang kerana pilihan raya masih jauh.
Atau pun seperti dikatakan tadi Pas Selangor hendak menguji sejauh mana Hasan akan menjadi masalah kepada Pas. Juga menguji sejauh mana ketulusan Hasan. Hasan sendiri pernah berkata beliau sedia dipecat kalau tindakan beliau membela Jais yang membuat serbuah ke gereja itu bagi menyatakan pendirian tegasnya dalam memperjuangkan akidah.
Hasan mengaitkan tindak tanduk itu dengan akidah. Tetapi apakah pula pendirian beliau mempertahankan Khusarin satu masa dulu juga atas prinsip akidah?
Bagi pandangan saya juga apa yang Saari lakukan itu kurang baik kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak manis bagi Pas. Sudah tentu selepas ini penjelasan Saari itu akan jadi isu. Saari sepatutnya tidak membuka mulut awal-awal. Senyapkan dulu dan jangan bermurah sangat dengan media massa.
Musuh senantisa mengintai peluang untuk menganggu Pas. Media massa penjilat buntut terutamanya akan cuba mendapat ulasan Hasan mengenai perkara itu. Dan Hasan pula yang dilihat mesra dengan media massa penjilat buntut tidak dapat mengelak dan akan memberi ulasan kalau tidak hari ini, esok atau lusa. Ulasan itu pula akan dijawab oleh sebelah sini, maka ia akan berleluasa dan berpanjanganlah polimeknya elak.
Polimek itu kalau tidak dapat dibatasi akan menambahkan masalah dalam Pas dan juga PKR. Sebab Hasan bukan kecil anak, ada pihak akan cuba melindungi dan bertindak menjadi suaka politik kepadanya. Kalau kebetulan Hasan pula merasakan dirinya tersisih dan sudah tidak berguna lagi saat ini prinsip seseorang hatta dia seorang ahli pakar motivasi boleh goncang juga.
Harap Hasan tidak mengambil kira sangat dengan pandangan Saari itu. Soal dicalon atau tidak bukan semata-mata bergantung kepada kawasan atau negeri. Kuasa memilih calon dalam Pas terletak di tangan Presiden parti. Layak atau tidak akan ditentukan pula oleh majlis syura ulama.
Jasa dan budi Hasan bukan sedikit. Saya percaya Presiden Abdul Hadi Awang tidak mudah 'semabur' di dalam hal ini. Hassan pula kalau benar tidak akan terpilih hendaklah sedia mengotakan kata-katanya, "saya redha kalau saya tidak diperlukan lagi". Hasan dan sesiapa belajarlah menjadi jiwa besar seperti Khalid al Walid. Masalahnya ada dalam Pas jiwanya sekecil hati lipas, sekali kena terus tercabut kedua belah kepak.
[wm.kl.7:55 pm 10/12/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan