A Mum Of Three Mohd |
- Misteri perang dua anak Ali??
- Melayu Bangang, Umno Menang!!
- Bukan aku jer... You also arr.
- Perang dah tamat??
- Gilerr punyer undang-undang
Posted: 25 Dec 2011 04:29 AM PST Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS. Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali. Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS. Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno! Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak. Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'. Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno. Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya. Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu. Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya? Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin? Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS. Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan. Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang - dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0. |
Posted: 24 Dec 2011 08:45 PM PST Maakk aaiihh... 'senang'nyer hidup bangsa Melayu di bawah UMNO. Hahahaha... Melayu Mundur, UMNO Makmur!!! Melayu Bangang, Umno Menang!!! [sini] Ubah!! Jangan biarkan UMNO menang dan Melayu terus dibangangkan!! PRU13... kita undi ABU!! ABU!! ABU!! ABU!! |
Bukan aku jer... You also arr. Posted: 24 Dec 2011 07:03 PM PST Sehari tak online... macam-macam ceriter ada. Perang terbuka antara dua anak Ali.... Hassan Ali dan Mustafa Ali. Ekoran statement... We know what you did last Ramadan... Hassan Ali bersuara. Aku jer?? You pulak bagaimana?? Pulak dah... Kata perang dah nak tamat. So how now?? Pilihan raya dah dekat weh... Uissshhh... Macam-macamanak-anak Ali ni!! 'Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali' jawab Hasan December 24, 2011 KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno. Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam. "Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa). "Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini. Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno. Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas. Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa. "Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan," katanya. Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu. "Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan 'stop-short' di situ. "Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno," katanya.-MI |
Posted: 24 Dec 2011 05:00 PM PST Aaaaiikk??? Perang dah tamat?? Haisshhh.... Betoi ke ni?? KUALA TERENGGANU, 24 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin, isu kekecohan yang berlaku dalam PAS sudah selesai. "The game is over - permainan ini sudah selesai, bagi saya ia sudah selesai," kata Mustafa ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam di Markas PAS Kuala Terengganu, di sini malam tadi. Mustafa mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS ekoran perang dalam media antara beberapa pemimpinnya. Ia memuncak apabila Mustafa menyifatkan dua pemimpin Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda musuh PAS iaitu Umno. Menurut Mustafa, ia selesai melalui kenyataan beberapa pimpinan dan mesyuarat lajnah politik baru-baru ini. "Dalam mesyuarat, saya tanya kepada semua yang terlibat dan masing-masing kata, apa yang mereka cakap lain, yang disiarkan media lain. "Jadi jawapan saya dalam sidang media yang lalu harapnya yang terakhirlah," kata Mustafa. Bagaimanapun, katanya, Dr Hasan akan membuat kenyataan hari ini dan dia akan melihat kenyataan itu samada untuk memberi respons atau tidak. "Kalau dia (Dr Hassan) cabar suruh dedah, saya akan kajilah apa nak jawab," kata Mustafa. Kes itu, katanya selesai dengan cara Presiden PAS memanggil tiga orang yang terlibat dalam kes ini termasuk Adun Hulu Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib.-Harakah Daily |
Posted: 24 Dec 2011 09:20 AM PST Samun juta-juta untuk hidup bak maharaja.... 1 tahun jek. Samun RM20 untuk beli susu anak.... 3 tahun kena. Hahahahaha.... gila punya undang-undang!! Kalau Hudud la..... tangan sapa yang kudong agaknya?? Sebab tu, UMNO tolak hukum Allah SWT. Kalau Hudud terlaksana.... maka, banyaklah gerombolan UMNO yang tak bertangan!! Kodong beb!! [Baca sini] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan