Addin |
- Adriano, Bekas Pemain Brazil Tambak Teman Wanita
- Inikah Kereta Mewah Blogger Pencacai Papagomo?
- Bongkar!! Siapa Dalang Di Sebalik Skandal 'Tender Gate'?
Adriano, Bekas Pemain Brazil Tambak Teman Wanita Posted: 25 Dec 2011 10:10 AM PST CORINTHIANS-Striker Corinthians, Adriano, diduga terlibat dalam penembakan terhadap seorang wanita bernama Adriane Cirilo dos Pintos. Kabarnya, sang wanita terpaksa dilarikan ke rumah sakit akibat kejadian ini. Sang korban yang masih berusia 20 tahun menceritakan, ketika itu dirinya bersama mantan pemain AS Roma tersebut baru saja menghadiri sebuah pesta. Di dalam mobil, jelas Adriane, Adriano memegang pistol di kursi belakang mobilnya dengan sedikit bercanda. Lalu tiba-tiba Adriano langsung menembaknya. Menanggapi keterangan sang korban, Adriano membantah. "Saya berada di kursi depan. Tembakan terjadi dari kursi belakang," bela Adriano. Kabar terbaru menyebut sang korban sudah dalam kondisi normal tapi harus menjalani operasi karena mengalami retak pada tangan kirinya.Belum ada keterangan resmi dari Adriano atau Corinthians soal kejadian ini. ~kompas |
Inikah Kereta Mewah Blogger Pencacai Papagomo? Posted: 25 Dec 2011 05:34 AM PST Addin tak tahu ler kereta siapa yang di maksudkan.. ntah-ntah kereta Papagomo. Tapi Addin tak heran sebab blogger-blogger pencacai ni bertuan. Tuannya bukan calang-calang.. UMNOporno.. bapak penfitnah. Blogger pencacai kalau tidak dibayar jutaan ringgit, tak akan mahu menyalak punya!! Kalau tak bayar gaji.. silap-silap tuan sendiri di lahapnya. Itulah dasar blogger UMNO.. pencacai!! Siapa yang bayar lebih di situlah dia menyalak. Oleh kerana blogger-blogger pencacai ingin dapat bayaran yang lebih terpaksalah pijak memijak sesama sendiri untuk meniakkan reputasi. Biasalah.. itulah tradisi dalam UMNOporno. Sanggup tikam rakan sendiri untuk naik ke atas. Kalau ko orang tengok posting-posting blogger - blogger pencacai sejak akhir-akhir ni menghentam sesama sendiri (klik sini). Al-maklum dekat dengan PRU 13, masing-masing ingin dapat habuan.. |
Bongkar!! Siapa Dalang Di Sebalik Skandal 'Tender Gate'? Posted: 24 Dec 2011 03:57 PM PST Ketika artikel ini ditulis, saya mendapat maklumat SPRM telah membuat siasatan terhadap kes ini. Saya percaya artikel ini akan mampu membantu lagi siasatan penuh dibuat dengan segala persoalan yang saya akan paparkan kemudian. Saya mengucapkan terima kasih kepada Sabahkini.net juga rakan-rakan blogger yang lain sudi menyiarkan artikel ini yang nampaknya sangat 'panas' dan menantikan 'Tender Gate' Siri Kedua. Sebenarnya ada banyak yang saya boleh paparkan dari hal projek Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar dan sebagainya di KKLW ini. Saya Cuma melepaskan peluru saya satu persatu sahaja. Kita kembali kepada 'Tender Gate KKLW' (Siri Kedua). Sebelum itu, saya ingin menyorot jawapan KKLW yang juga ada kaitannya dengan siri kedua. Dari jawapan yang dikemukakan oleh KKLW bertajuk 'KKLW Nafi Menyeleweng Dalam 'Tender Gate', maka adalah jelas penyelewengan oleh Menteri KKLW yang digerakkan oleh TKSU (SE) dan para pegawainya (Dr Najmil dan Karim). Saya akan bangkitkan nanti. Meor Hafizan Bin Abdul Ghani yang merupakan Ketua Komunikasi Korporat KKLW dalam jawapannya menjelaskan bahawa; LEMBAGA Perolehan A (LPA) KKLW Bil 5, Tahun 2011 yang telah bersidang pada 24 Februari 2011 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan penyenaraian nama kontraktor bagi menyertai tawaran tender terhad Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau, Sabah di bawah NKRA dengan anggaran jabatan oleh JKR Sabah berjumlah RM 9.4 juta. Bagaimanapun pada masa JKR melaksanakan proses tender tersebut, anggaran JKR telah meningkat kepada RM 11.584 juta. Sehubungan itu, LPA KKLW hanya memperakukan kepada Kementerian Kewangan memandangkan anggaran jabatan telah melebihi kuasa Kementerian. Sudah terang lagi bersuluh! Kementerian Kewangan Malaysia jelas menyebut "memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002" –'TIDAK TERATUR' kerana berlaku penyalahgunaan kuasa dalam tender ini. Saya mencabar KKLW mesti mendedahkan kepada umum nama-nama 10 Syarikat di bawah pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd yang ditawarkan untuk tender terhad Projek Jalan Access Kg Menawo, Keningau Sabah. Laporan awal konsultan projek bersama JKR sabah yang menganggarkan kos RM 9.4 juta beserta Laporan JKR mesti didedahkan dan kemudiannya dibandingkan dengan penilaian tender JKR 10 syarikat yang menyertai tender ini. Pasti anda akan terkejut kerana 10 syarikat ini meletakkan harga 'tidak jauh bezanya' dan LPA KKLW yang bersidang pada 24 Februari 2011 itu memutuskan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd mendapat tender berkenaan. Persoalannya, jika semua syarikat sudah tahu tender ini Kelas B mengapa semua 10 syarikat ini meletakkan harga melebihi RM 10 juta seolah-olah mereka tahu bahawa inilah kos sebenarnya. Mengapa? Kerana 10 syarikat ini adalah diketuai oleh Syarikat Juz Jati Sdn Bhd dan di belakangnya seorang taukeh besar di Negeri Sabah. Mahukah KKLW saya mendedahkan 'taikon' besar ini yang sekarang ini sudah memperolehi projek KKLW (dari jalan dan bekalan air) mencecah lebih RM1 Bilion ringgit dari kelas paling rendah hingga syarikat kelas A? Tidakkah ini jelas membuktikan LPA KKLW adalah sangat terdedah dengan arahan Menteri KKLW dan para pegawainya sehingga Syarikat Juz Jati Sdn Bhd atau tender yang kelas B ini diluluskan. Alangkah jumud dan bodohnya para pegawai KKLW ini dari Bahagian Pembangunannya (juga cawangannya di Sabah) hingga jabatan yang menguruskan projek ini iaitu JKR Sabah gagal mendapatkan skop kerja dan tender terlebih dahulu sehingga pelaksanaannya melebihi dari peruntukan asal yang ditetapkan. Mengapa tidak dilaksanakan sahaja secara tender terhad kelas A? Bukankah sebelum ini Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/1700/8/0209/156/12-43 Jld 11 SK 7 (6) bertarikh 18 Ogos 2010 telah meluluskan 16 projek NKRA terlebih dahulu (dari 57 yang dipohon lulus 16-mungkin sekarang sudah bertambah)? Persoalannya mengapa diluluskan terus dalam LEMBAGA Perolehan A (LPA) KKLW Bil 5 Tahun 2011 bersekali dengan pelantikan kontraktor jika KKLW telah mengetahui telah melebihi kuasa Kementerian. Bukankah Ahli Lembaga (KSU/TKSU) sepatutnya membatalkan saja tender berkenaan dalam Mesyuarat dan meminta urusetia tender membuat tender semula dalam kelas yang ditetapkan. Apa yang sebenarnya KKLW lakukan? Mengapa perlu KKM membuat keputusan bagi KKLW? Ia adalah seperti eksperimen kepada Kementerian Kewangan Malaysia jika dua cara mereka boleh diluluskan, iaitu; Permohonan biasa iaitu memohon kelulusan kepada Kementerian Kewangan Malaysia, seperti arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002. Had kuasa melebihi RM 10 juta yang memerlukan kelulusan KKM. (sebagaimana surat kelulusan di lampiran meluluskan 16 projek NKRA) atau, Cara sekarang meluluskan dalam LEMBAGA Perolehan A (LPA) KKLW kelas B untuk yang terlebih kos kemudian dipohon kelulusan khas dengan perakuan pelantikan kontraktor. Apakah cara kedua ini sekiranya diluluskan oleh Kementerian Kewangan bermakna memudahkan KKLW melantik dahulu di KKLW kemudian buat perakuan semula ke Kementerian Kewangan? Bijak juga... Mengapa KKLW tidak gemar cara pertama? Mungkin kerana Jika cara pertama (i) KKLW terpaksa mematuhi arahan KKM jika sekiranya mana-mana projek KKLW melebihi RM 10 juta walau KKLW memperakukan pelantikan kontraktor dalam LPA tetapi KKM tetap mempunyai kuasa untuk memperakukan 10 syarikat yang layak. (tidak semestinya bersetuju dengan KKLW jika dari segi harga dan teknikal tidak betul). Namun secara keseluruhannya biasanya KKM bersetuju dengan perakuan KKM. Tanyalah dengan Dato' Yussof Dohab dia tentu tahu bagaimana arahan Menteri KKLW dan para pegawainya seperti Dr Najmil Faiz dan Dato' Karim mempengaruhinya sebagai Pengerusi LPA KKLW. Yang salah tetap salah. Kementerian Kewangan Malaysia tidak akan bersekongkol dengan perkara yang boleh menjerut leher mereka. Jadi maklum balas pegawai; "Sehubungan itu, tidak timbul isu bahawa Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam projek ini dan tiada pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai yang terlibat di dalam pelaksanaan tender terhad bagi projek ini." Bagaimana pula surat yang kedua yang saya lampirkan dalam artikel ini mengenai Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4)? Rupanya ini kesalahan kali kedua dan mungkin banyak lagi surat seumpama ini? Projek Jalan Keningau dah nyata salah, oleh demikian projek yang kedua ini yang PKK Kelas B dinaikkan kos sehingga RM16,035,890.00 dan melantik kontraktor Jutawan Emas Sdn Bhd. Apakah ini tidak salah? BODOH lagikah Pengerusi LPA KKLW, jawatankuasanya dan urusetia tendernya? Mengapa semua PTD yang terlatih ini diam dungu membatu sehingga mereka tidak memberi nasihat betul kepada Menterinya jika perkara ini salah? Atau memang Dato' Yussof Dohab (Pengerusi tender) dan para pegawainya ada kepentingan dalam projek ini? Nampaknya SPRM akan bekerja lagi mendapatkan laporan tambahan ini. Nampaknya pegawai Pembangunan KKLW dan Perolehan KKLW, malah JKR Sabah sebagai pelaksana tender akan sibuk menjawab isu ini. Tanyalah lagi Pegawai seperti Dato' Yussof Dohab TKSU KKLW, Karim (SUSK), Dr Najmil Faiz (SUS), Izhar (PTTK), mereka tentu sangat tahu kerana salinan surat arahan minit Menteri KKLW bagi Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) tentu ada pada mereka. Minit kepada TKSU "Sila ambil tindakan", "Sila Beri Keutamaan" inilah yang banyak diproses oleh pegawai. Mahukah saya dedahkan semua minit-minit ini? (mungkin episod akan datang). Tidak percaya, cuba bandingkan minit Menteri kepada TKSU dan rujuk kembali semua mesyuarat LPA KKLW yang dipengerusikan oleh Dato' Yussof Dohab. 90% adalah menepati arahan Menteri KKLW. Benar-benar teluskah? Anda tengoklah pula Karim (SUSK), Dr Najmil Faiz (SUS) menteri dan para pegawainya; betapa kayanya mereka dengan rumah besar, kereta Audi Q7 atau Porsche Cayenne. Berapa sangat gaji mereka sehingga memiliki kekayaan dalam masa yang singkat? KKLW yang kononnya berusaha mencapai NKRA 100% ini memang Kementerian yang gila. Tengoklah sahaja tender Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Semua penilaian tender dibuat oleh konsultan. Siapa konsultan ini berbanding pegawai? Alasannya para pegawai tidak cukup untuk membuat penilaian mengenai tender. Tidakkah ini akan menyebabkan ketirisan maklumat apabila konsultan didapati menyusun rakan-rakan kroni untuk disenarai pendekkan? Jika dari awal penilaian lompang, tentulah akhirnya juga lompang. Malahan kos juga ditinggikan melepasi anggaran asal. Lihat saja tender tenaga solar hibrid di Pulau Banggi Sabah melonjak sehingga 80 juta ke atas. Pada hal ada syarikat berpengalaman yang boleh membinanya dalam kos RM40 juta atau RM50 juta atau lebih murah lagi. Siapa yang dapat? Episod seterusnya nanti kita akan melihat bagaimana banyak tender Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan JALB dimilik keluargakan oleh Menteri KKLW apabila kakak, adiknya (Hj. Yusof, Hj Hamid, Hj Zul), mentuanya, anaknya, anak saudaranya dan sahabat handai memperolehi tender ratusan juta ringgit. Itu belum lagi masuk segala proksinya. Lebih mengejutkan Menteri KKLW juga turut memberi projek kepada proksi musuh ketatnya Datuk Seri Musa Aman apabila keluarga Khan turut menguasai Projek Bekalan Air Luar Bandar. Menteri KKLW dan para pegawainya elok menjawab berhati-hati isu yang saya kemukakan. Saya tunggu dan lihat sahaja. Saya memerhatikan anda. Jika anda melaporkan kepada polis mengenai artikel ini, maka saya anggap ia lebih bagus kerana anda akan mempercepatkan dua perkara iaitu; Siasatan kepada projek-projek yang dinyatakan dan keduanya mempopularkan lagi web sabahkini.net ini ke seluruh dunia. Jangan sampai saya melampirkan dalam artikel ini surat/memo penurunan kuasa Menteri KKLW kepada KSU/TKSU 'Akta Kontrak Kerajaan 1949' mengenai perakuan Surat Setuju Terima dan pelantikan kontraktor ditandatangani oleh Menteri KKLW. Tentu banyak orang mahu tahu kepada siapa yang diarahkan beri? Diharap bersabar dan tunggu pendedahan selanjutnya. ~sabahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan