Ahad, 25 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Mustafa 'kunci mulut' anggap isu Hasan selesai

Posted: 25 Dec 2011 07:30 AM PST

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (kanan).

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu.

Ditanya jika Hasan tidak mahu berhenti dan masih mahu mengulas isu parti, Mustafa berkata, itu terserah kepada Hasan.

"Kalau dia nak bercakap lagi, biar la dia bercakap sorang, saya tak mahu layan," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat sebelum ini memutuskan akan memanggil Hasan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Selain Hasan, dua lagi yang akan dipanggil adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip.

Tsunami 2004 kian pudar daripada ingatan

Posted: 25 Dec 2011 06:30 AM PST

Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 di negara ini, kian dilupakan.
  
Di Kota Kuala Muda, Kedah, 12 nyawa terkorban akibat ombak gadang yang tercetus susulan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia itu.
  
Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa buah rumah yang musnah akibat bencana itu, tidak ada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.
  
"Kami di sini hanya buat majlis bacaan Yassin dan tahlil bagi memperingati mangsa tragedi," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Permatang Katong, Muhammad Hussain ketika ditemui pemberita.
  
Beliau berkata sebaiknya satu sambutan khas diadakan pihak berkuasa pada ulang tahun kejadian itu sebagai ingatan kepada masyarakat.
  
Taman Permatang Katong dibina kerajaan pada 2006 bagi menempatkan lebih 100 keluarga dari Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda di pesisir pantai Kota Kuala Muda yang musnah akibat tragedi tersebut.
  
Mengenang kembali kejadian, Muhammad, 45, berkata pada hari tersebut terdapat tiga kenduri masing-masing di Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda.
  
"Boleh dikatakan pada hari itu hampir semua penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan tidak turun ke laut bagi menghadiri kenduri dan saya sendiri menjadi tukang masak bagi kenduri Kampung Kepala Jalan," katanya yang mengusahakan bengkel besi.
  
Katanya selesai memasak, beliau pulang ke rumah untuk menjaga pasangan anak lelaki kembarnya yang berusia setahun bagi membolehkan isterinya menghadiri kenduri.
  
"Kira-kira 1.45 tengah hari isteri saya balik ke rumah dan pada masa itu ombak besar melanda, menyebabkan saya menggendong kedua-dua anak dan lari menyelamatkan diri bersama isteri," katanya.
  
Beliau berkata rumah dan bengkel besinya yang terletak di seberang jalan kira-kira 100 meter dari pantai musnah dalam kejadian itu.
  
Muhammad berkata apabila air mula surut, beliau kembali ke rumah yang mengadakan kenduri itu dan cuba membantu mangsa termasuk mengangkat dua mayat wanita yang terkorban dalam kejadian.
  
Sementara abang Muhammad, Idris yang juga Ketua Kampung Kepala Jalan,berkata beliau mengalami trauma selama berbulan-bulan selepas tragedi itu.

"Dengar deruan ombak...malah bunyi kenderaan pun saya rasa takut," katanya yang masih meneruskan pekerjaan sebagai nelayan pantai.
  
Idris berkata semasa kejadian, beliau menemani kira-kira 15 anggota keluarganya yang datang bercuti untuk berkelah di tepi pantai Kota Kuala Muda.

"Kami bawa makanan, tikar dan keperluan lain. Masa hendak hidang makanan saya lihat air sungai kering, air laut juga surut dengan banyak dari biasa. Masa tu kira-kira pukul 1 tengah hari saya lihat ombak putih panjang," katanya.
  
Beliau berkata tidak lama  kemudian pantai dilimpahi air yang pantas menenggelami kawasan sekitar, menyebabkan mereka semua lari menyelamatkan diri ke tingkat dua rumahnya.
  
"Semua barang-barang di tingkat bawah musnah namun saya bersyukur kami selamat kerana air kira-kira 1.5 meter tinggi tidak sampai ke tingkat atas," kata Idris yang kesal kerana tragedi itu semakin dilupakan, terutama golongan muda di kampung tersebut.
  
- Bernama

KHIR TOYO DISEMBELIH?

Posted: 24 Dec 2011 11:10 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.

Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Jelasnya lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam  kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.

Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.

"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.

"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

TIKUS GIGIT ANU SAMPAI MATI?

Posted: 24 Dec 2011 04:31 PM PST

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.
  
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.
  
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
  
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.
  
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
  
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.
  
Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.
  
Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.

- Bernama

Tiada ulasan: