Isnin, 12 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


2020 Malaysia jadi negara kuku besi??

Posted: 12 Dec 2011 08:30 AM PST


Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020??

Kah kah kah kah...

Banyak langkah yang diambil oleh kerajaan 1 Malaysia ialah langkah terkebelang. Bukan langkah maju ke depa tetapi mundur ke belakang. Semua hak kebebasan rakyat yang dirasakan boleh menganggu gugat kedudukan kuasa mereka akan disekat dengan pelbagai akta menerusi Parlimen. Ini salah satu daripadanya....

Kreativiti komputer, internet bukan hanya daripada mereka yang berijazah sahaja

12 December 2011

KUALA LUMPUR, 12 DIS – Kerajaan Malaysia memilih langkah mundur dengan cadangan mahu 'mengikat' pakar-pakar komputer dengan Rang Undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 (CPB2011) yang akan mengawal mereka.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, rang undang-undang itu bertentangan dengan jJaminan kebebasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Katanya, jaminan MSC telah menjanjikan peluang pekerjaan tanpa sekatan kepada sesiapa sahaja yang berkebolehan dan juga tiada sekatan internet.

Menurutnya, Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga menegaskan bahawa tiada satu peruntukan pun yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

"Sejak berdekad-dekad teknologi informasi dan industri perkomputeran telah beroperasi tanpa sebarang kontroversi, isu-isu atau pun rintangan.

"Adalah jelas bahawa CPB2011 yang digubal secara 'cincai' mempunyai sifat-sifat 'big borther' (gelaran dipopularkan oleh George Orwell dalam novelnya, '1984′) untuk mengawasi pergerakan setiap rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Pua berkata, CPB2011 akan membantutkan hak dan pengetahuan pakar perkomputeran dengan memaksa mereka mendaftar diri dengan Infrastruktur Maklumat Negara Kritikal (CNII).

"CNII ditakrifkan sebagai 'aset-aset, sistem-sistem dan fungsi-fungsi penting kepada negara yang mana kemusnahannya boleh menyebabkan kesan sangat buruk kepada kekuatan ekonomi, imej, pertahanan dan keselamatan, keupayaan kerajaan untuk berfungsi atau kesihatan dan keselamatan rakyat. [More here]


Mampus kita komer!! Kalau UMNO@BN terus berkuasaler.... maka akan terbelenggulah kuasa rakyat. Akan matilah demokrasi. Sebab... menjelang 2020, Malaysia bukan menjadi negara maju tetapi akan menjadi negara kuku besi.

Sebab itu.... PRU13 nanti, kita, RAKYAT mesti pastikan UMNO MATI!!

Dia menyelak, dia diselak dan dia mengelak

Posted: 12 Dec 2011 06:30 AM PST


Oh tidak.... tidak... tidak...

Tu la.... garang sangat, sampai selak lengan baju nak ganyang orang. Sekarang apa macam?? Sorang demi sorang pulak kengkawannya yang menyelak kainnya. Hahahaha... Suara semakin lantang minta supaya Shahrizat berundur.

But, bolehkah dia sekadar mengelak dan berkata... tidak. Tidak... Desakan semakin banyak,. Sampai bila you nak mengelak??

Don't disappoint them. LEAVE!! GO!!

Shahrizat elak lagi desakan tuntut beliau berundur

S Pathmawathy
3:27PM Dis 12, 2011

Senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya.

Sejak kontroversi itu timbul, Shahrizat dibidas pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan tetapi membelanjakannya dengan membeli kondominium mewah, kereta mewah dan membiayai perjalanan luar negara.

Ketika diasak oleh wartawan di pintu masuk Dewan Negara hari ini, Shahrizat ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun memilih untuk tidak menjawap dan sekadar berkata "tidak, tidak" sebelum beredar meninggalkan premis itu dengan kereta rasmi kementeriannya.

Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Umno dua minggu lalu, Shahrizat enggan menjawap sebarang soalan yang berkaitan dengan projek lembu itu selepas membidas pembangkang pada ucapan dasar beliau.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa dirinya terbabit dengan syarikat yang dikendalikan oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan menegaskan bahawa beliau tidak kena mengena dengan projek itu.

Antara pemimpin dan ahli parlimen Umno yang menuntut beliau supaya berundur, termasuk - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

Bagaimanapun, Shahrizat mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata beliau tidak terlibat secara langsung dalam skandal berkenaan.- Mkini

Dia tak mencarut.. tapi bersumpah dan dedah pulak

Posted: 12 Dec 2011 04:30 AM PST


Adnan Yaakob MB Pahang bukak mulut kerana dia tak takut. Dengarlah sedutan-sedutan daripada apa dia kata....

"Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan

Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu.

"Tak eloklah dedah semua, dedah sedikit-sedikit baru seronok," kata beliau.

[Sepenuhnya di sini]

Aha.... dia buat dakwaan terhadap pihak yang ada kaitan dengan parti pembangkang. Pakatan Rakyat ler tu, kan??

Tak kisah ler Pakatan Rakyat sekali pun.... tapi AYUH DEDAH!! Sikit pun, sikit ler... tapi DEDAH!! Jangan ler setakat mendakwa dan tunjuk kertas, kononnyer, itu dokumen untuk membuktikan apa yang didakwa. Tak gempak ler macam tu...!!

Kenapa tak circulate jer dokumen tu kepada para pemberita, biar PADAN MUKA pembangkang. Biar 1Malaysia tahu, pembangkang PENIPU!!

Adnan... Adnan... Alang-alang mendedah, biar nampak semuanyer. Baru ler lucah!! Baru ler Adnan Yaakob namanyer.

Kah kah kah kah....

Power punyer tanda soal

Posted: 12 Dec 2011 02:30 AM PST


Peguam Anwar: Wujud keraguan munasabah, keterangan Saiful perlu dinilai semula

TERKINI @ 03:40:45 PM 12-12-2011
December 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka berjaya menimbulkan "keraguan munasabah" dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang selain dapat 'mematahkan' keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam hujah penggulungan kes peringkat pembelaan, peguam utama Karpal Singh memfokus ke atas soal kredibiliti Saiful sambil menegaskan keterangan-kerangan saksi utama itu tidak boleh dipercayai.

"Kredibiliti SP1 (Saiful) perlu dinilai semula oleh mahkamah memandangkan ia mengambil tempat di seluruhan kes," kata beliau sambil menambah, di akhir kes pembelaan mahkamah harus mempertimbangkan sama ada kes ke atas tertuduh telah dibuktikan melampaui keraguan.

"Dapat dikemukakan oleh pembela, berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan," kata Karpal.

Karpal menekankan, Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan "laju dan rakus."

Ini menurut Karpal, telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama.

"Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini," kata Karpal.

Tambah beliau, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.

Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.-MI

Kah kah kah kah!! Wakaka...

Amanat, pemimpin yang talian hayatnya dah nak tercabut

Posted: 12 Dec 2011 12:50 AM PST


Kah kah kah kah...

Woit....!!! Bodek ke?? Takut kena 'londeh' ke?? Takut masuk kubor ke?? Rayu mintak nyawa ke??

Kah kah kah kah...

Pemimpin Umno Harus Jujur Kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi: Johari Baharom

JITRA: Anggota Umno, khususnya pemimpin peringkat bahagian perlu jujur kepada pucuk pimpinan tertinggi parti, jika ingin melihat Umno mendapat sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umno Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata andai pemimpin terbabit membuang sikap pentingkan diri dan insaf, tidak sukar untuk parti itu meraih kembali sokongan Melayu.

"Umno sebenarnya tidak lemah. Ia mampu hadapi apa saja parti tetapi kerana orang Melayu tidak bersatu dan masalah remeh serta dalaman di peringkat bahagian menjadikan Umno lemah.

"Ahli parti lawan sebaliknya tidak mendedahkan moral tidak baik pemimpin mereka yang boleh menjejaskan parti, malah mempertahankan mereka habis-habisan tetapi orang-orang Umno tidak mempunyai sikap begitu," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Mohd Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, berkata peringatan yang dibuat berulang kali oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya dipegang anggota Umno.

Namun, kata beliau apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana semangat berkobar-kobar itu pudar selepas perhimpunan agung parti selesai.

"Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah berkata kepada saya, ahli-ahli Umno selalu memuji ucapan dasar Presiden sebagai terbaik dan bersemangat, namun semangat berkobar-kobar mereka hilang sebaik perhimpunan selesai," katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada kedua-dua bekas perdana menteri itu.

Katanya pilihan raya umum akan datang ini bakal menjadi paling sengit kerana Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan parti pembangkang yang mempunyai kekuatan daripada segi kewangan dan logistik, selain menguasai empat negeri.

Justeru katanya, sudah tiba masanya semua pemimpin meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri dan akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon pada pilihan raya umum itu. - BERNAMA

[sumber]

Boleh bekerjasama kata dia. Boleh caya ke??

Posted: 11 Dec 2011 11:14 PM PST

Hasan Ali hanya setia kepada Allah

December 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Datuk Dr Hasan Ali enggan mengatakan sama ada kesetiaan beliau terletak pada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya menegaskan beliau hanya setia kepada Allah.

Pada masa yang sama bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang berjuang untuk Islam.

Laporan media terbaru mengatakan bahawa beliau akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Tetapi ia dinafikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

"Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetap bekerjasama.

"Bekerjasama dengan rapat untuk membantu mereka dan mereka membantu saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya hari ini.-MI

Hassan Ali kata...

..... beliau hanya setia kepada Allah.

Kenyataan ini aku tak nak komen.... Cuma aku nak kata, alhamdulillah.

Hassan Ali juga berkata...

..... beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

Aha.... dengan statement ini, aku nak suggest agar Hassan Ali blah saja daripada PAS@Pakatan Rakyat dan serta UMNO.

Eh... nampak sangat jiwa dia, sejiwa dengan UMNO. Mak aaaiihh.... MELAYU dan RAJA, lekat pekat di hatinyer, wa cakap lu. Dia nampaknyer lebih Melayu dari Melayu yang lain. Ala-ala ultra-Melayu ke dia ni ?? Wallahua'lam....

Dia cuba beri gambaran seolah-olah jiwa dan raganya hanya untuk Islam, Melayu dan Rajanya. Jangan lupa... Allah SWT juga tak suruh kita mengetepikan hak orang lain yang bukan-Islam. Salah tu. Sebab tu, dalam kita berpolitik.... lebih-lebih lagi dalam negara pelbagai kaum dan agama, kita jangan menyondol sesuka hati kita jer.

Hak bukan-Islam, jangan kita abaikan dan kita anaktirikan. Jangan aniaya hak mereka just untuk ambil hati orang Melayu-Islam yang tak paham dan sengaja tak mau paham akan wujudnya hak orang lain selain mereka. Apakah dia mahu gain political mileage or just to make others look bad. Dia good, orang lain bad. Ada niat tak baik namaner tu.

Isy.... isy.... isy.... kesiannya dia. Pandai... Tinggi ilmunyer sampai ada Phd, tetapi he's not wise. Tidak bijaksana dalam bertindak. Too ambitious perhaps.... hingga akai tak diguna pakai. Cita-cita bikin dia jadi buta. Strategi dia tolak ke tepi. Rakan kongsi.... tak dipeduli. Lantas... Ugi yang digilai dan cuba dijadikan realiti. Tak mengasi.... Tak mengasi betoi Hassan Ali!!

Dia kata, dia boleh bekerjasama. Kerjasama macam mana?? Ternyata dia bukan team player. Dia buat ikut dia suka tanpa memikirkan strategi kita. Haissyy... Tak sapalah yang hebat semangat Islamyer. Tak sapa ler pekat darah Melayunyer. Dan... tak sapa ler taat pada raja Melayunyer, lebih dari Hassan Ali.

So... oleh itu, what say you, jika sertai saja UMNO dan kita tengok apa dia boleh buat untuk agama, bangsa dan rajanya??

Orang kata, tak baik berburuk sangka. Betul tu... Tapi, oleh sebab dia dah kerap sangat bikin blunder, maka sorry ler. Berbaik sangka pun ada hadnyer. Sorry to say ler, Hassan Ali ni.... gua sudah tak caya...

Mintak nyawa

Posted: 11 Dec 2011 09:34 PM PST


Just because dia dakwa orang asal sokong depa.... maka orang Melayu pun kena ikut sama menyokong depa. Poooraaahh!!

Melayu yang ikut cakap menteri bangang ni, memang bangang!! Bangang jer yang ikut bangang, kan... kan... kan...???

Rais: Melayu kena contohi Orang Asli kekalkan BN

December 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini mengenang budi dan jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan terus memilih mereka demi mengekalkan kemajuan negara.

Beliau berkata orang Melayu, sebagai kaum terbesar negara, boleh membantu menentukan kerajaan BN terus dipilih pada pilihan raya umum akan datang.

"Orang Melayu adalah kira-kira 60 peratus (daripada populasi negara)... jika mereka bersatu padu, Malaysia akan kekal berada dalam tangan BN," katanya semasa berucap pada program Merakyatkan Seni Budaya "Sepetang Bersama Komuniti Orang Asli Gombak" di Dataran Bukit Kala, Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak dekat sini semalam.

Beliau juga meminta mereka supaya memberi kerjasama untuk membawa BN mengecapi semula kejayaan pilihan raya umum seperti sebelum 2008.

"Walaupun kita mendapat tempat dalam kerajaan, kita mesti ingat (usaha pemimpin terdahulu) dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (yang dikuasai pembangkang)." katanya.

Rais berkata orang Melayu harus mencontohi sikap dan pendirian masyarakat Orang Asli yang sentiasa memberi komitmen dan kesetiaan mereka terhadap kerajaan BN.

"Masyarakat Orang Asli mencurahkan taat setia di samping komitmen kepada kerajaan BN dan penglibatan mereka menerusi kerja-kerja amal di kawasan masing-masing.

"Pendirian ini tidak berubah kerana mereka berpegang teguh kepada prinsip 'sekali menjadi sahabat selamanya menjadi sahabat'," katanya.-MI

Sekali menjadi sahabat... selamanya menjadi sahabat??

Eh... salah tu!! Sepatutnya macam ini. Sekali menjadi sahabat, lepas tu menjadi musibat dan bakar jambatan sampai hangus jadi arang, lepas tu berjilat balik debu-debu arang tu dan jadi sahabat semula, lepas tu, insyaAllah masuk kubor bersama-sama.

Aaaa.... baru betoi!!

Mengapa agaknya anak Pak Yatim ni beriya-iya merayu Melayu agar memberi sokongan padu kepada UMNO@BN yang dah layu-mayu??

Majoriti Melayu dah tak mau dengan UMNO@BN yang dah layu-mayu. Melayu, mahukan yang segar-bugar. UMNO@BN sudah terlalu contaminated. Not good... in fact, sudah jadi very toxic dan kini memudaratkan Melayu.

Apa... dia pikir Melayu bodoh sangat ke untuk terus menyokong UMNO@BN agar membenarkan Melayu terus-menerus ditipu dan di'kuntakinte'kan??

Enough is enough, you...

You can fool the orang asal in Gombak but not all the orang asal all over Malaysia. Banyak yang sudah kena kencing dengan lu orang. Banyak orang asal yang dah getik dan meluat dengan puak-puak yang sama species dengan anak Yatim ni.

Cannibal mereka ni, I tell you. Baham 'orang'!! Tak kira kawan atau lawan... habis semua mereka 'ngap' dan bedal. Janji.... tembolok kembung.

So, jangan ambik pendirian orang asal di Gombak sebagai pendirian orang asal secara keseluruhannya. Itu menipu namanya. Kalau tak tipu, tak sah ek??

Sedikit nasihat anak Yatim oi... takyah ler susah-susah nak rayu-rayu orang Melayu supaya bersatu membantu kemenangan parti kamu. Sebabnya, orang Melayu sudah sayang dan senang ya amat dengan Pakatan Rakyat yang lebih mulia daripada parti kamu. UMNO tumpor Melayu ketawo. Kah kah kah kah... Suka, wa cakap lu...

Kesian.... gelabah sungguh UMNO la ni noooo..

Kah kah kah kah....

Fokus untuk menang dulu...

Posted: 11 Dec 2011 08:18 PM PST


Pakatan yakin di Negeri Sembilan, Kamarul disebut bakal calon MB
December 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Pakatan Rakyat (PR) mempertingkatkan usaha untuk menawan Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, sementara pemimpinnya telah mengenal pasti Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas sebagai bakal calon jawatan menteri besar.

The Malaysian Insider difahamkan, wakil rakyat PKR itu telah disenarai sebagai antara calon berpotensi untuk mengetuai jawatan tertinggi negeri jika PR dapat mengatasi kerajaan negeri BN.

"Beliau merupakan pemimpin kanan di negeri, ahli politik veteran, berpengalaman. Ia belum muktamad, tetapi beliau antara beberapa nama PR sedang mempertimbangkan," kata seorang pemimpin kanan PR kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak fikir PKR akan ada masalah dan parti-parti lain perlu berbincang sebelum menerimanya, tetapi buat masa sekarang beliau merupakan calon utama," katanya lagi.

Pemimpin PR itu menambah, langkah menyenarai pendek nama Ahli Parlimen Teluk Kemang menunjukkan bahawa perikatan tersebut sudah bersedia untuk bertapak dengan kukuh di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13.

"Negeri Sembilan dalam fokus kami, memandangkan kami kalah dengan tipis dalam pilihan raya umum lalu. Kami tidak kata kemenangan yang mutlak, tetapi ada peluang yang baik di sana," kata sumber itu lagi.

PR percaya peralihan lima peratus undi di empat kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan sudah cukup untuk menggulingkan kerajaan negeri BN.

Jun lalu, pemimpin-pemimpin PR memberitahu The Malaysian Insider, kemenangan di Pilah, Kelawang, Lenggeng dan Linggi, yang dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis pada 2008 akan membolehkan perikatan itu memperoleh majoriti tipis dalam Dewan Undangan Negeri yang menawarkan 36 kerusi.

BN menang di Pilah dengan 1,258 undi, Kelawang (1,167), Lenggeng (1,285) dan Linggi (1,575).

Bagaimanapun Kamarul enggan mengulas perkara itu dengan berkata, "belum diputuskan dan belum dimuktamadkan lagi."

"Saya tidak ada kerusi negeri, perkara itu tidak timbul," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Kamarul berkata, PR akan melancarkan manifesto peringkat negeri di Negeri Sembilan bulan depan.

"Kemungkinan anda akan mendapat gambaran sebenar mengenai rancangan PR (bagi Negeri Sembilan)," katanya.-MI

Aaaiik... confiden gilerr. Belum apa-apa lagi dah ada calon MB??

Tak payah heboh-heboh sapa pilihan untuk jadi MB... takut nanti ada yang berkecil hati, merajuk hati.... susah hati... dan ada juga yang mungkin geli hati. Don't pun our chances of winning in jeopardy.

Weh... kerja keras dulu untuk pastikan kemenangan Pakatan Rakyat?? Sudah menang baru umum. Pakat baik-baik.... dan most iportantly, cari yang ada wibawa dan yang ada integriti.

Oleh itu gembeling tenaga, bersatu hati dan tenaga.... tumbangkan dulu si Mohammad Hj Hassan tu dan kerajaan UMNO@BN yang dipimpinnya. Sebar-luaskan 'taik' MB UMNO tu??

Pelik.... sejak 'skandal'-nya yang heboh diperkatakan dulu, mamat ni senyap jer. Low profile gilerr. Ramai yang tertanya-tanya... tercalon lagi ke dia dalam PRU13 nanti?? Winnable candidate ke?? Or, has he become a liabiliti to his parti??

Well... well... well.... We'll have to wait and see, won't we??

As for Datuk Kamarul Baharin Abbas... jangan syok sangat lagi, win N9 dulu dan buktikan yang anda benar-benar layak untuk jawatan itu.

Tiada ulasan: