Isnin, 12 Disember 2011

Laman Nurani

Laman Nurani


Apa khabar Jambatan Kandek-Biak??!!

Posted: 11 Dec 2011 06:17 PM PST


Untuk jawapan yg ni, ADUAN SAYA SEKALI LAGI KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM MALAYSIA. (24/11/2011 Jam 21:10)

Saya telah menerima surat jawapan mengenai pertanyaan saya seblum ni, KES 87896, surat tuan BPA/CWT/007/2011.05/JKR/61567(20) bertarikh 17/11/2011. Di dalam surat tersebut pihak tuan memaklumkan pihak agensi telah maklumkan bahawa kawasan Kandek-Biak adalah di bawah pentadbiran KESEDAR dan dimaklumkan juga bahawa pihak KESEDAR telah diminta oleh Kemneterian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memberikan maklumat berhubung projek tersebut (Jambatan Kandek-Biak).
Sementara menunggu maklumbalas daripada pihak Kesedar, suka saya ajukan sekali lagi kePELIKAN yang berlaku disini.
1. Mengikut surat tuan, BPA/CWT/007/2010.05/JKR/61567(11) bertarikh 04/07/2011 mengenai perkara yang sama, saya difahamkan bahawa ianya telah dimasukkan ke dalam senarai Projek Pembangunan Bagi Kementerian Kerja Raya di bawah Rolling Plan ke Dua Rancangan Malaysia Ke-10.
2. Jika dah dimasukkan dalam senarai projek pembangunan, mengapa nk tanya pihak itu ini lagi? Saya mahu tahu sejauh mana dh ianya berjalan...dan surat2 sebelum ni pun, pihak tuan ada memberitahu bahawa perlantikan perunding untuk rekabentuk projek ini dijangka menggunakan peruntukan 2011 (rujuk surat tuan : BPA/CWT/007/2010.05/JKR/61567(6) bertarikh 06/06/2010). Jadi macam mana perlaksanaannya? Ini yang kami nak tahu...kami bukannya nak tahu kawasan tu kawasan siapa?? Ingat kawasan Uganda ke?

Pohon sekali lagi kami mahu progress perlaksanaannya, JIKA TAK MAHU BUAT, CAKAP TAK MAHU BUAT, JANGAN DUK BERBELIT2 MCM NIH. Ingat kami ni putung kayu ke?

Maaf la, kami terasa terhina dipermainkan begini. Sekali tiada peruntukan, sekali kata nk mintak peruntukan, sekali kata nk lantik perunding, sekali kata masuk dlm senarai projek, lepas tu pulak cerita terbaru, kena tanya KESEDAR...APA SEMUA NI???? INGAT KAMI BULEH DUK DIAM KE???

Federal vs State

Posted: 11 Dec 2011 03:06 PM PST

"Errr..boleh tak bagitahu jalan ni jalan FEDERAL ke NEGERI, lokasi kat mana ni?".

Persoalan inilah yg sering ditimbulkan oleh kebanyakan orang termasuklah Exco kerajaan negeri.

Bagi saya, soalan basi seperti inilah yg menambahkan lg birokrasi dlm pentadbiran.

Saya sudah beratus-ratus kali perjelaskan jwapan untuk soapan ini sejak penghujung 2008 lagi. Rupanya kita ni jadi bodoh belaka. Bila jalan rosak, bukannya nk pakat baiki tetapi duk ralit berbalah jalan itu siapa punya. Tak pikir dh azab yg rakyat kena tanggung.

Inilah tahap pemikiran yg ada dalam jiwa hati nurani pemimpin di dunia kita.

Saya amat kesal setelah hampir 4 tahun menceritakn pasal kerosakan jalan yg tak pernah selesai ni...masih ada lagi manusia yg bertanya jalan federal ke jalan negeri.

Soalan lapuk begini tak perly dilayan. Lebih-lebih lg yang bertanya tu seorang pemimpin. Kalau betul benar membela rakyat, mereka kena turun sendiri melawat ke tapak yang didakwa itu.

Adakah perkara FEDERAL-NEGERI ini akan berakhir walaupun PR memerintah Malaysia????...

MOOD : AKU TAK YAKIN.


Published with Blogger-droid v2.0.1

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NAK TENDER DAH JAMBATAN BIAK KE KANDEK TU. TQ

Tanpa Nama berkata...

LAWAT TAPAK PADA 22/03/2013 UNTUK TENDER

Tanpa Nama berkata...

RALAT LAWAT TAPAK PADA 22/01/2013 NI DI PEJABAT KESEDAR JELAWANG