Isnin, 12 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Perkara yang UMNO Penang tak ingin buat semasa memerintah Penang

Posted: 12 Dec 2011 08:49 AM PST



Selain dari membina harta untuk diri sendiri (gambar di atas sebagai contoh) dan juga kroni, pemimpin-pemimpin UMNO yang diperkuda oleh Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang mungkin tidak pernah terfikir atau mahu berfikir untuk mengamalkan 6 langkah integriti seperti disenaraikan di bawah.


6 langkah integriti:-

Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun.

Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan. Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah.

Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis. Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis.

Terakhir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri. Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta. Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR.

6 langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

******************************************

Ucapan Setiausaha Agung DAP

Dwi-kejayaan terbesar DAP dalam tempoh 45 tahun adalah menjadi rakan dalam kerajaan yang mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dan membuktikan kecekapan kita dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri.


Dwi-kejayaan terbesar DAP dalam tempoh 45 tahun adalah menjadi rakan dalam kerajaan yang mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dan membuktikan kecekapan kita dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri. Apabila kita berada di belantara politik, pemimpin dan ahli kita bukan sahaja dihambat dan dianiayai oleh kerajaan BN tetapi juga diperlekeh dan dihina dengan teruk kerana kita berani mengimpikan Malaysia yang lebih baik dengan cara menggantikan BN.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli veteran kita yang telah memainkan peranan penting yang bersejarah dalam kemaraan DAP untuk mencatatkan sejarah dan mencapai kuasa melalui mandat rakyat. Tanpa pengorbanan dan sumbangan anda pada masa lalu, kita tidak akan berada di sini hari ini.

Sebagaimana susahnya untuk mendapatkan kuasa politik, mengekalkannya juga sama sukar. Kita bukan sahaja perlu mengatasi masalah kurang berpengalaman tetapi juga terpaksa meyakinkan pihak yang ragu-ragu dengan kita dari pihak lawan serta dari kalangan penyokong kita sendiri yang kurang yakin dengan kebolehan kita untuk mentadbir dengan baik.

Dalam tempoh empat tahun kita memerintah, kita telah membuktikan rekod kita mentadbir yang baik dengan membela secara saksama semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik. Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan melaksanakan hudud tetapi telah menambah peruntukan untuk semua kegiatan agama Islam dan menyalur bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. Kita juga telah menyediakan peruntukan tetap untuk sekolah-sekolah bantuan modal, kita mewujudkan jawatan Exco hal-ehwal masyarakat bukan Islam dan telah mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah dan kuil-kuil serta menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Lembaga Wakaf Hindu (Hindu Endowment Board).

Malah kita meningkatkan peruntukan untuk wanita lebih 10 kali ganda, daripada RM230,000 kepada hampir RM2.4 juta setahun. Kita juga telah meletakkan papan tanda jalan Bahasa Malaysia yang ditambah sama ada dengan Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil atau Arab. Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat papan tanda jalan dalam Bahasa Mandarin di Semenanjung Malaysia. Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat tanda jalan dalam Bahasa Tamil di Malaysia. Bolehkah UMNO, MCA, Gerakan atau MIC melaksanakannya?

Dengan bantuan daripada ahli-ahli veteran kita, usahasama daripada ahli-ahli baru dan kerjasama daripada ahli-ahli muda, kita telah meyakinkan para penyokong kita serta membuktikan kepada mereka yang ragu-ragu bahawa kita telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang paling baik sekali pentadbirannya. Ini telah diiktiraf oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara serta pujian yang jarang diperolehi daripada Transparency International, satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat pengiktirafan itu.

Program sosial dan pemberian wang tunai yang diperuntukkan melalui lebihan Bajet, dan bukan melalui pinjaman yang menambah hutang negeri

Selama empat tahun berkuasa, kita telah mencatatkan lebihan Bajet yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara. Jangan percaya kepada Presiden MCA Chua Soi Lek yang mengatakan kita telah mencatatkan defisit. Dia hanya mengulangi pembohongan dan muslihat oleh guru-gurunya dalam UMNO. Jika dia masih tidak faham tentang akaun awam, jangan bimbang, saya akan hantar kepadanya sekeping cakera padat (CD) mengenai perkara itu.

Lebihan Bajet itu telah membolehkan kita melaksanakan program sosial. Bayarannya bukan sahaja RM100 setahun yang diberikan kepada semua warga emas, OKU, ibu tunggal, dan bayaran sekali sahaja RM1,000 kepada waris apabila mereka meninggal dunia. Bayarannya bukan sahaja RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam. Bayarannya bukan sahaja RM200 sekali sahaja kepada bayi baru lahir Anak Emas Pulau Pinang mulai 1 Januari 2011. Bayarannya bukan sahaja RM100 untuk anak emas Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4. Bukan sahaja bayaran untuk sekolah, kuil dan kepada NGO-NGO.

Tetapi juga disediakan wang juga untuk membina jalan-jalan raya. Dari Jalan Bagan 29 untuk memintas Tol Sungai Nyior ke Jalan P. Patto dan pembesaran jalan-jalan dari Jalan Song Bang Kheng ke Jalan Masjid Negeri. Juga wang disediakan untuk menambah baik semua pasar awam buat kali pertama dalam sejarah. Juga wang untuk menyediakan bas percuma dalam kawasan warisan George Town dan bas percuma melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pekerja-pekerja di kawasan FIZ. Paling penting sekali, RM500 juta disediakan untuk membina rumah kediaman bermutu yang mampu dimiliki bagi golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah agar dapat hidup selesa dan penuh bermaruah.

Berbeza daripada BN, semua program sosial ini dibiayai melalui lebihan Bajet. Cara BN membiayai program sosial ialah dengan meminjam wang sehingga menyebabkan ia mencatatkan defisit sejak 15 tahun lalu. Kerana itulah BN hanya boleh memberi wang kepada rakyat setiap lima tahun sedangkan PR melaksanakannya setiap tahun. Hutang-hutang BN ini telah mengakibatkan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 71%, daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011. Bagi Pulau Pinang, kita telah mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada hanya RM30 juta sekarang, iaitu pengurangan hutang sebanyak 95% yang bernilai RM600 juta, pengurangan hutang yang terbesar bagi mana-mana kerajaan negeri dalam sejarah Malaysia.

Adakah kerajaan BN di Pulau Pinang sejak 51 tahun lalu telah melaksanakan apa yang kita lakukan dalam masa empat tahun sahaja, terutamanya menyediakan RM500 juta untuk Tabung Perumahan Mampu Dimiliki?

Malah media-media antarabangsa yang terkenal seperti The Economist dan Bloomberg telah memuji kita, dan puji-pujian ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pulau Pinang juga telah menerima ramai tetamu besar yang jarang melawat negeri untuk sekian lamanya. Daripada gabenor-gabenor dari Kanagawa, Jepun and Victoria, Australia kepada menteri-menteri dari South Australia dan gabenor-jeneral dari Kanada yang buat kali pertama melawat Pulau Pinang.

Sememangnya Pulau Pinang memimpin. Kita telah membuat perubahan. Kita telah menjadi negeri pertama yang menghapuskan miskin tegar dengan memastikan setiap isi rumah memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Kita bercita-cita mahu menjadi negeri pertama yang menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2015.

Sekarang tiada lagi kroni atau korupsi di Pulau Pinang. Tidak ada penyelewengan wang rakyat seperti membeli kondo mewah dengan duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu. Yang ada hanya tender awam terbuka yang dilaksanakan melalui internet. Tidak ada lagi kabel politik kerana telah digantikan dengan kabel komputer. Pulau Pinang kini bukan sahaja bersih dan hijau persekitarannya, malah bersih pentradbirannya.

Deklarasi Aset Ahli-Ahli EXCO Pulau Pinang Akan Dipaparkan Dalam Masa Sebulan

Perubahan-perubahan ini boleh dilihat, dirasa dan disentuh. Semua yang berkunjung ke Pulau Pinang akan memuji negeri kita kerana nyata lebih bersih dan pekerja-pekerja kerajaan kita juga jelas bekerja keras. Dalam pada ini, kita telah mengamalkan 6 langkah integriti:-

Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun.

Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan. Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah.

Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis. Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis.

Terakhir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri. Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta. Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR.

6 langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan 6 langkah integriti tersebut. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan.

Melalui pentadbiran yang bersih, kita telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur. Sebagai akibat, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion. Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011.

Masa depan yang bersih, hijau dan selamat

Bagaimana pula dengan masa depan? Kita hendaklah memenuhi harapan dan janji masa depan yang akan melindungi serta memberi peluang yang saksama kepada anak-anak kita. Kita sudah mengamalkan pentadbiran yang bersih, tetapi kita juga berazam untuk menjadi hijau dan selamat. Tahun lepas, Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling tinggi di Malaysia iaitu 27%, dan dijangka kita akan mencatat prestasi yang sama pada tahun ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga hendak melibatkan masyarakat dalam usaha ini dengan mewujudkan polis komuniti melalui Pasukan Peronda Sukarela untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di negara kita.

Dalam usaha menghijaukan persekitaran, Pulau Pinang haruslah mengekalkan, melatih dan melatih semula modal insan yang sedia ada di samping menarik modal insan yang baru untuk mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi. Walau pun kita bangga menjadi negeri yang pertama dan juga satu-satunya negeri untuk memperkenalkan kempen tiada beg plastik percuma sepanjang tahun, banyak lagi yang perlu dilakukan.

Penyelidikan dan pembangunan, serta kreativiti dan inovasi akan membantu menghijaukan persekitaran Pulau Pinang. Penubuhan Majlis Sains Pulau Pinang yang diterajui pemain-pemain industri akan membantu memupuk jurutera-jurutera dan ahli-ahli sains masa depan. Kejayaan besar Penang International Science Fair (PISF) di PISA semalam membuktikan bukan sahaja terdapat bakat muda di Pulau Pinang, tetapi juga mekanisme operasi yang betul iaitu melalui kepimpinan industri dengan penglibatan yang minima daripada Kerajaan Negeri serta kerjasama antara pemain-pemain industri yang biasanya bersaing hebat antara satu sama lain. Sikap mesra antara para pesaing di PISF semalam menunjukkan bagaimana pihak-pihak dengan perbezaan yang ketara boleh bekerjasama untuk kepentingan yang lebih besar daripada kepetingan individu.

Inilah masa depan Pulau Pinang, di mana semua orang, terutamanya anak-anak kita, diberi peluang untuk belajar dan berjaya. Kita juga memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui contoh kerjasama kita sebagai satu pasukan. Iktibar yang paling penting dalam tempoh 4 tahun yang lepas ini adalah bahawa kejayaan hanya boleh diperolehi melalui kerjasama.

Thomas Jefferson telah berkata bahawa kezaliman akan berlaku apabila rakyat takut dengan kerajaan, tetapi kebebasan akan dicapai apabila kerajaan takut dengan rakyat. Kita yakin dan menghormati kebijaksanaan dan kepintaran rakyat. Kita memberi ruang untuk demonstrasi, selagi ia berlaku secara aman dan tidak ganas. Sampai sekarang tidak berlaku rusuhan – Pulau Pinang masih lagi aman dan ekonomi bergiat dengan kuat.

DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional (BCPM)

Itulah sebabnya kita tidak takut dikritik apabila menubuhkan "Speaker's Corner" atau Sudut Pidato yang pertama di Malaysia. Itulah sebabnya kita meluluskan Akta Maklumat Bebas sebagai penghormatan kepada hak rakyat untuk mendapat maklumat. Itulah sebabnya DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional di mana hanya juru komputer profesional yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan kerujuteraan perisian untuk kegunaan kerajaan.

Kejuruteraan perisian secara asas memerlukan kebebasan, kepintaran dan kreativiti yang tidak semestinya boleh diperolehi daripada mereka yang mempunyai ijazah. Adakah para pakar dan ikon dalam industri IT seperti Steve Jobs (Apple), Bill Gates (Microsoft) dan Mark Zuckerberg (Facebook) boleh berjaya jika terwujud undang-undang yang sebegini? Tindakan yang langsung tidak masuk akal dan bersifat mundur ini lantas menimbulkan soalan adakah Kerajaan BN ingin mengawal maklumat dan penggunaan internet?

Atas hutang budi kepada ahli-ahli pengasas DAP, kita harus melaksanakan janji untuk masa depan di mana rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan yang saksama, makmur, sihat, berpendidikan, bebas untuk memilih dan menunaikan hak-hak mereka serta bermartabat. Marilah kita, negeri Pulau Pinang, terus mempelopori jalan dengan pengamalan pentadbiran yang cekap dan kepimpinan yang menjaga semua tanpa mengira bangsa serta tidak ekstrim dan bersifat perkauman.

Marilah kita menuju kejayaan melalui transformasi Pulau Pinang kepada bandar pintar dan antarabangsa yang lantas akan membawa kepada transformasi Malaysia. Tenaga, kepercayaan dan ketaatan yang dibawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP akan menyalakan obor Pulau Pinang. Obor ini pula akan menyemarakkan seluruh Malaysia.

Pulau Pinang yang bersih, hijau dan selamat!

LIM GUAN ENG

*Ucapan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Pearl View Hotel di Prai, Pulau Pinang pada 10 Disember 2011*

Najib dalang konspirasi kes liwat Anwar - peguam

Posted: 12 Dec 2011 05:17 AM PST



KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "cap jari" perdana menteri ada di banyak peringkat kes.


Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.

Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.

"Adalah jelas cap jari Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka," kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.

Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

"Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

"Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?" kata Sankara.

Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.

Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.

"Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya," katanya lagi.

Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.

Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.

"Jika perdana menteri dan Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?

"Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum," katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.


The Malaysian Insider

UMNO/BN berpeluang cerah menang, kata Dr M

Posted: 12 Dec 2011 03:44 AM PST



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata BN berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.


Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.

"Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang.

Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir berkata pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula. Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka.

`Mata lebam'

"Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini," katanya.

Ditanya samada ada kes mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berperanan dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Dalam apa cara sekalipun, beliau akan menjalankan peranannya."

Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata ketika Anwar didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada kaum Melayu.

"Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun Umno kalah bannyak kerusi," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai daripada penyokong kuat Anwar dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya, termasuk Dr Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi percaya dengan apa yang diperkatakannya.

Mereka yang meninggalkan Anwar kini menyerangnya kembali dan mengutuknya.

"Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan," katanya.

- Bernama

Bukan saja Shahrizat, Muhyiddin juga perlu letak jawatan!

Posted: 12 Dec 2011 02:47 AM PST



Nampak semakin menarik Scandal Fidlot ni.. Mahathir cuma mendesak Shahrizat meletakkan jawatan tapi dalam masa yang sama beliau pura-pura tak nampak bahawa Muhyiddin adalah orang yang bertanggungjawab menganugerahkan NFC kepada Suami dan anak Shahrizat.


Jika Shahrizat meletakkan jawatan kerana berasa bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan dana NFC oleh suami dan anaknya, Muhyiddin juga seterusnya akan didesak untuk berundur kerana bertanggungjawab menyerahkan projek NFC kepada suami dan anak Shahrizat.

Jika ini berlaku.. tapi hakikatnya kemungkinan ini berlaku adalah tipis, siapa yang semakin hampir kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri?

Siapa lagi kalau bukan anak Mahathir sendiri.. Hmmm... patutla ada pihak disebelah sana serah dokumen kepada PKR..


******************************************


PAS: Muhyiddin, semua terlibat kes NFC perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana 'lebih bersalah' dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.

"Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.

"... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat," kata beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya 'untuk berundur sebelum beliau diundurkan' tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu.

Bulan lalu, Muhyiddin berkata tidak wajar pemimpin Umno meminta Shahrizat berundur.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini.

"Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?" tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.

"Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?" soal beliau.

Tuan Ibrahim menambah, Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya.

Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian.

"Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.

"Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur," tambah beliau.


The Malaysian Insider

Shahrizat sudah takut kainnya diselak lagi....

Posted: 12 Dec 2011 12:34 AM PST



Sekarang Shahrizat sudah takut untuk memberikan sebarang jawapan mengenai Scandal Fidlot, kenapa takut? Singsinglah lagi lengan baju tu.. selak kain sama..


Banyak lagi yang Rafizi simpan tu.. semua pendedahan tu baru setakat tahun 2009 saja belum masuk 2010 lagi.. RM250 Juta tu banyak tu.. banyak juga benda boleh dibeli dengan jumlah sebanyak itu..

Kata orang tua-tua.. berani kerana benar takut kerana salah.. jadi korang nilaikanlah sikap pemimpin Wanita UMNO ini..

Shahrizat elak lagi desakan tuntut beliau berundur

Senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya.

Sejak kontroversi itu timbul, Shahrizat dibidas pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan tetapi membelanjakannya dengan membeli kondominium mewah, kereta mewah dan membiayai perjalanan luar negara.

Ketika diasak oleh wartawan di pintu masuk Dewan Negara hari ini, Shahrizat ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun memilih untuk tidak menjawap dan sekadar berkata "tidak, tidak" sebelum beredar meninggalkan premis itu dengan kereta rasmi kementeriannya.

Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Umno dua minggu lalu, Shahrizat enggan menjawap sebarang soalan yang berkaitan dengan projek lembu itu selepas membidas pembangkang pada ucapan dasar beliau.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa dirinya terbabit dengan syarikat yang dikendalikan oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan menegaskan bahawa beliau tidak kena mengena dengan projek itu.

Antara pemimpin dan ahli parlimen Umno yang menuntut beliau supaya berundur, termasuk - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

Bagaimanapun, Shahrizat mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata beliau tidak terlibat secara langsung dalam skandal berkenaan.


Malaysiakini

Tuduhan Liwat : Hubungan Saiful dan Farah jejas perbicaraan

Posted: 11 Dec 2011 11:23 PM PST



KUALA LUMPUR: Karpal mahu Farah Azlina dan Saiful Bukhari dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung dengan adil.


"Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini," kata Karpal.

Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," kata Karpal.

Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.

Justeru, Saiful mungkin mengubah keterangan beliau sepanjang perbicaraan berdasarkan kertas pendakwaan.


http://www.keadilandaily.com/?p=24255

PANAS!! Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat letak jawatan!

Posted: 11 Dec 2011 08:54 PM PST



Oleh kerana Shahrizat adalah dianggap sebagai kakak dan Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno beliau wajar di pertahankan kata Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO menurut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno.


Kenyataan itu (baca di SINI) bolehlah kita anggap sebagai kesetiaan membabi-buta Pemuda UMNO..

Rentetan dari siri desakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas tidak punya prinsip seperti Pemuda UMNO di atas (baca di SINI).. hari ini.. Pemuda MCA juga mendesak Shahrizat supaya letak jawatan!!

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur

Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.

Justeru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.

Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Malaysiakini

Provokasi UMNO Johor terhadap ceramah Mat Sabu tak menjadi.. (Gambar)

Posted: 11 Dec 2011 07:54 PM PST



Sebagaimana yang dijangkakan, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan.


Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu.

Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.



Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal.

Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.



Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.


Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.


'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.


FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais.

Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.




Gambar atas Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.



Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.


Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.




Lagi gambar dan laporan sila lihat di Pulakdah

Pegawai Bersara Tentera turut pertikai apa keistimewaan Blogger UMNO untuk naik kapal selam..

Posted: 11 Dec 2011 05:13 PM PST

Seorang Pegawai Tentera yang telah bersara turut mempertikaikan bagaimana seorang Blogger Pro UMNO iaitu BigDog boleh dijemput untuk melawat dan menyelam bersama KD Tun Razak.

Baginya BigDog tentu merupakan seorang Blogger yang sangat istimewa kerana telah menjadi pilihan dari antara ramai blogger yang ada termasuk Pegawai Bersara itu sendiri.

Dari penulisan BigDog, Pegawai Bersara itu yakin bahawa BigDog pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang yang berkuasa hingga membolehkannya menjadi satu-satunya blogger yang telah berada di dalam kapal selam itu.


Menurut Pegawai Bersara itu lagi, dari photo BigDog yang tersiar di dalam blognya, BigDog kelihatan terlalu besar size badannya oleh itu BigDog bukanlah seorang yang sesuai untuk menjadi krew kepada sebarang kapal selam.

Bahkan bukan saja BigDog tidak mungkin diterima untuk berkhidmat dengan Tentera Laut malah seluruh cabang perkhidmatan Angkatan Tentera..

Jadi.. siapa BigDog? Anak Sedara Najib atau anak sedara Rosmah atau mungkin jga adik angkat Zahid Hamidi..

Oleh itu… Selain Zahid Hamidi (baca di SINI), BigDog juga telah membuktikan bahawa Papagomo telah menipu kononnya biawak itu telah berada selama lima jam didalam kapal selam yang dinaiki oleh Guan Eng!


BREAKING NEWS – BIGDOG BOARDS RMN SUBMARINE

Someone called me to quickly view Bigdog aka Mohammed Zakhir Mohammed's blog and to read an article of him boarding the RMN submarine berth at Langkawi for LIMA 2011. I reluctantly viewed the blog and upon reading the first paragraph itself, I began to get spells of dizziness and nausea.

The paragraph goes like this, "I was in Langkawi for the LIMA 2011 this week. I was given the trust by the Minister of Defence and Chief of Navy, to be given the honour of the first new media practitioner and blogger to go inside Perdana Class submarine, KD Tun Razak". Scrolling down the article was a photo of Bigdog taken at the officer's cabin of the submarine. From the photo, he appears to be physically a large person and for that size, he does not fit being a crew of any submarine. Submariner's work in confine spaces and being XXL in size, he is unacceptable not only to the navy, but to all other service of the Malaysian Armed Forces.

Having declared himself as being given the TRUST and HONOUR as the FIRST new media practitioner and blogger to board an RMN submarine, he then deserve to be awarded a FIRST BLOGGER TO BOARD A SUBMARINE MEDAL by the Defence Ministry. It is just like Neil Alden Armstrong being awarded the CONGRESSIONAL SPACE MEDAL OF HONOUR for being the first person to set foot upon the moon. I hope the Chief of Navy will not place a plaque in the officer's cabin that reads, "BIGDOG WAS HERE" in honour of Mohammed Zakir Mohammed.

Curiosity has now set in me to begin asking this silly question - how did Bigdog get an invite to visit the submarine? He must be someone very special; a preferred blogger among the many other bloggers roaming cyberspace (me included). From his writings, he sounded like someone align to the powers that be, and hence the preferential treatment and the only blogger to board an RMN submarine. You all know what this mean.

And what a coincidence – he must be in the submarine together with Penang Chief Minister Lim Eng Guan. If this was so, then he was a sort of 'marker' to keep a close watch on Lim Eng Guan and to snarl him around.

So Bigdog, I must congratulate you for being the first blogger to board a submarine, and I look forward to you being honoured with a Datukship for this, in the near future.

CRUSADE AGAINST CORRUPTION

Mind No Evil

Tiada ulasan: