Jumaat, 9 Disember 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Dengaq nasihat orang tua

Posted: 09 Dec 2011 05:38 AM PST


Mula-mula Che Det cakap berlapik sikit tapi agaknya apabila cik kak kita buat ketegaq, maka dia cakap pulak dengan bahasa yang mudah difahami.

"Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri"

[Sepenuhnya di sini]

Dengar tu... JANGAN TUNGGU ORANG HALAU ANDA KELUAR!!

He's not a winnable candidate

Posted: 09 Dec 2011 12:45 AM PST


Hasan Ali mungkin digugurkan sebagai calon

Hazlan Zakaria
1:20PM Dis 9, 2011

PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor. -Mkini

Yaahoo..!! Gugur jangan tak gugur.

Tiada Hassan Ali, PAS@Pakatan Rakyat tak rugi. Liabiliti yang kalau bertanding pun rakyat takkan undi.

Oleh itu, satu tindakan bijak untuk menggugurkan Hassan Ali. Semoga pucuk pimpinan tertinggi parti merestui kehendak rakyat.

Salute sama lu...!!

Posted: 08 Dec 2011 11:15 PM PST


'Monyet' tak tahu menilai permata. Permata di depan mata dipersia. Yang rugi anak bangsa. Malaon-malaon tu peduli apa?? Bangang!!

Apa-apa pun, rezeki di tangan Allah SWT. Bukan hanya di UIAM. Bravo kepada Prof Dr Aziz Bari kerana mengambil langkah berani untuk memerdekakan dirinya dari kongkongan dan kekangan yang dikenakan ke atasnyer. Bravo sekali lagi kerana mempunyai jiwa dan minda yang merdeka!!


"Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam. [Lagi di sini]

Kini... universiti Islam Malaysia sudah tidak 'world' lagi. Sebaliknya, menjadi sarang kongkang dan kangkung yang diperlembu untuk menjalankan kerja-kerja mengemetot dan membongsaikan minda anak-anak muda Malaysia di sana.

Walau bagaimana pun, seandainya Prof mengambil keputusan untuk menceburi politik dan terpilih menjadi calon bagi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, insyaallah... don't worry, rakyat akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

InsyaAllah, dengan kehadiran Prof Dr Aziz Bari ke pangkuan Pakatan Rakyat...... gagasan PR akan menjadi bertambah 'world'..... gagah menuju masa depan ke era Malaysia Baru!!

Jangan percaya. Bahaya...

Posted: 08 Dec 2011 09:30 PM PST


Ramalan-ramalan ni usah dan jangan percaya. Takut-takut terkelincir aqidah, nauzubillah.

Pakar: Bertenang, dunia tidak akan kiamat 2012

December 09, 2011

PALENQUE, Mexico, 9 Dis — Jika anda bimbang bahawa dunia ini akan berakhir penghujung tahun depan berdasarkan kalendar kaum Maya — bertenang kerana tarikhnya masih jauh daripada ramalan.

Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012.

Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem "2012" mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

Penulis Jose Arguelles merumuskan tarikh penghujung masa "yang kita ketahui" dalam buku 1987, yang spekulasinya menjurus kepada akhiran pergolakan dahsyat.

Bagaimanapun pakar-pakar yang mengadakan mesyuarat mereka di bandar raya Maya di selatan Mexico menjelaskan, ia hanya menggambarkan pengakhiran satu tempoh penciptaan dan permulaan kepada yang baru.

"Kita kena jelas mengenai ini. Tidak ada ramalan bagi 2012," kata Erik Velasquez, pakar dari National Autonomous University of Mexico.

"Ia hanya falasi pemasaran," kata beliau.

National Institute of Anthropological History yang berpejabat di Mexico sedang cuba untuk menghilangkan rasa ragu-ragu siri ramalan mengenai pergolakan dahsyat yang akan membawa kiamat.

"Pemikiran muluk-muluk Barat telah memutarbelitkan pandangan dunia tentangan dunia ketamadunan purbakala seperti (kaum) Maya," kata institut itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Reuters.

[sumber]

Jangan mengabehkan boreh...

Posted: 08 Dec 2011 08:00 PM PST

Jika menang, Pakatan dicadang kecilkan kabinet

DUNGUN- Pakatan Rakyat dicadangkan supaya mengecilkan bilangan anggota kabinet jika andainya gabungan parti politik itu berjaya menawan Putrjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari ketika berucap dalam satu majlis hi tea di sini berkata, bilangan kabinet Malaysia terlalu ramai.

Menurut beliau, negara India yang mempunyai rakyat lebih 1 bilion mempunyai 30 menteri sahaja manakala United Kingdom yang mempunyai rakyat lebih 60 juta hanya mempunyai 25 menteri kabinet sahaja.

"Bagi saya, tujuan BN membesarkan sais kabinetnya adalah untuk memberikan peluang kepada kawan-kawan mereka. Ini satu tindakan yang membazirkan wang rakyat," kata pensyarah undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa itu.

Baru-baru ini, Aziz dilanda kontroversi dan disiasat polis ekoran beberapa kenyataan berani yang dibuat oleh beliau.

Bagi beliau, Malaysia terlalu ramai menteri dan perlu dikurangkan.

Kabinet kerajaan Malaysia mempunyai 70 anggota iaitu 30 menteri dan 40 timbalan menteri.

Ia dianggap antara terbesar di dunia dari segi bilangan berbanding dengan jumlah rakyatnya.

-Harakahdaily

Syabas Ali Rustam!!

Posted: 08 Dec 2011 06:15 PM PST


JASIN – Seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan oleh para penghuni Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja perempuan yang terlanjur sejak ia beroperasi di sini pada September tahun lalu.

Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan ialah 53 orang manakala bakinya perempuan.

Katanya, seramai 64 bayi kini dipelihara oleh keluarga penghuni terbabit, 11 orang telah diserahkan kepada keluarga angkat, lima bayi masih bersama ibu masing-masing di sekolah berkenaan manakala seorang lagi dipelihara oleh ibu kandungnya yang telah berkahwin.

"Kami bersyukur kerana berjaya membantu menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala buang bayi.

"Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di luar ikatan perkahwinan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, sekolah itu setakat ini telah menerima 95 remaja dari seluruh negara dan pelbagai kaum sebagai penghuni.

"Walaupun kami menerima banyak permohonan daripada keluarga remaja perempuan yang terlanjur untuk mendapatkan perlindungan di sekolah ini, kami tidak dapat menerima semua kerana kemudahan yang ada hanya cukup untuk menampung 30 penghuni pada satu-satu masa. [sumber]

Melakaku gemilang. Syabas Ali Rustam!!

Syabas kerana telah berjaya melahirkan sebuah sekolah yang paling produktif. Insyaallah.... sekolah tersebut akan tersenarai sebagai salah sebuah sekolah SBT ( Sekolah Berprestasi Tinggi) di Melaka.

Don't play... play.... 82 anak luar nikah dilahirkan di sekolah tersebut dan sekolah tersebut semakin popular dengan peningkatan bilangan pelajarnya.

Syabas Pakatan Rakyat Selangor!!

Posted: 08 Dec 2011 05:00 PM PST

Ini baru betul kerajaan dari rakyat untuk rakyat!! Undilah Pakatan Rakyat. Nasib rakyat terbela, wa cakap lu...

Selangor bina 10,000 rumah mampu milik

Kerajaan Selangor membuktikan keprihatinannya membela nasib rakyat apabila menjadi pelopor Skim Rumah Mampu Milik sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah.

Menurut Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad, skim itu dilaksanakan untuk meringankan kesusahan hidup rakyat.

"Skim Perumahan Mampu Milik Selangor konsep baru, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mensasarkan untuk membina sejumlah 10,000 rumah mampu milik.

"Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dibina. Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit," katanya pada kenyataan baru-baru ini.

Katanya, proses pembinaan perumahan itu masih diteruskan selain pemulihan projek terbengkalai.

"Rumah-rumah kos rendah masih dibina di Selangor. Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan.

"Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit. Sementara 8,579 unit rumah kos rendah telah diluluskan untuk dibina. Jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah 22,234 unit," ujarnya.

Tambahnya, rumah mampu milik kerajaan Selangor jauh lebih murah berbanding Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan Selangor menurunkan sewa yang pernah dinaikkan oleh BN pada Jun 2007. Pengurangan sewa ini bagi mereka berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan yang ramai.

"Mereka yang hendak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit secara sekali gus. Bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.

"Sekarang kita dalam peringkat akhir rundingan dengan sebuah bank bagi menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas untuk mereka yang tiada slip gaji iaitu yang bekerja sendiri," katanya.-Kdaily.

Kasik kudung!!

Posted: 08 Dec 2011 02:30 PM PST


Pemuda UMNO berkhatan??

Kah kah kah kah

Kasi kudong sama depa!!

Ooooucchh!!


Pemuda UMNO OKU... UMNO layu!!

Kah kah kah kah

[sumber gambar:
Karat E-jau.]

Siapa rasis??

Posted: 08 Dec 2011 09:30 AM PST


Adakah pemimpin UMNO akan menuduh JPA rasis kerana hapuskan 29,000 jawatan kerajaan?

8 December 2011

KUALA LUMPUR, 8 DIS – Adakah para pemimpin UMNO dan konco-konco mereka akan menuduh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai rasis kerana menghapuskan 29,000 jawatan dalam kerajaan?

Adakah mana-mana kumpulan pelampau kaum, termasuk lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, akan mendakwa kononnya JPA menghina Melayu kerana telah menyediakan sistem saraan baru yang boleh "memecat" kakitangan awam yang malas dan tidak cekap?

Di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kakitangan kerajaan yang mendapat kurang dari 70 markah penilaian, mereka akan diberi amaran, dan jika tiada peningkatan dalam masa 6 bulan, mereka akan "dipecat" keluar melalui satu dasar "pintu keluar".

Semalam, Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyatakan bahawa pemansuhan 29,000 jawatan awam serta memperkenalkan SBPA adalah usaha untuk "mengawal saiz" kakitangan awam.

"Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil…dan saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar atau pun kecil," katanya dipetik oleh portal berita The Malaysian Insider.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Abu Bakar membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin UMNO lain hanyalah oportunis politik kerana telah menuduh Pakatan Rakyat sebagai anti-perkhidmatan awam dan anti-Melayu.

"Sebenarnya pemimpin UMNO yang ingin memecat kakitangan awam tetapi mereka pula yang mendakwa Pakatan Rakyat adalah rasis. Najib seolah-olah sengaja mahu mencetuskan perbalahan di antara orang Melayu dan bukan Melayu demi kemandiran politiknya, termasuk menyebar fitnah dan menandatangani 'sijil kematian' slogan 1Malaysia-nya sendiri," ujarnya.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, dalam pertemuan Perdana Menteri dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) baru-baru ini, beliau telah menuduh Pakatan Rakyat mahu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan menjadikannya separuh.

Katanya, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata kerana tiada sebarang cadangan dari Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perkara tersebut.

"Sebelum ini, dalam satu forum di mana seorang hadirin mengajukan saya satu soalan, dan saya cuma mencadangkan bahawa kita boleh mempertimbangkan pilihan untuk seseorang kakitangan awam bersara awal atau memecat sesiapa yang melanggar disiplin dan peraturan.

"Contohnya tindakan boleh diambil terhadap pegawai atau kakitangan awam yang telah membeli teropong yang hanya bernilai RM1,940 pada harga RM56,350 (sebagaimana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010).

"Saya juga telah menekankan bahawa langkah-langkah drastik tidak diperlukan kerana Pakatan Rakyat tetap memerlukan khidmat kakitangan awam jika berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sebelum ini, Pua yang mencadangkan saiz perkhidmatan awam dikecilkan dengan memastikan mereka yang mempunyai prestasi cemerlang dikekal dan dinaikkan pangkat manakala yang tidak cekap, malas serta tidak amanah dikeluarkan daripada perkhidmatan.

Kenyataan itu telah diputarbelitkan oleh kepimpinan UMNO serta Utusan dan media massa lain yang dikawal oleh UMNO-BN untuk menuduh Pua dan Pakatan Rakyat sebagai anti-Melayu.

Utusan juga melaporkan bahawa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) marah dengan Pua kerana didakwa mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam yang disifatkan sebagai cadangan tidak masuk akal. – Roketkini.com

Apabila demer mintak pendapat Tony Pua.... demer spin dan twist jawapan dan pandangan yang diberinya. Demer tuduh dia sebagai rasis, anti-Melayu... sebab dalam perkhidmatan awam banyak orang Melayu.

Alih-alih.... JPA pulak buat kenyataan tentang dasar pengecilan saiz JPA. Weh.... idak pulak berbunyi UMNO dan juak-juak mereka. Senyap jer. Apakah JPA nak penaya orang Melayu?? Ooooo.... rasis tu!!

Pakatan Rakyat baru bagi suggestion tapi Najib@Kerajaan 1Malaysia teruih laksana. Tak boleh tunggu-tunggu dah. 1 Januari teruih on.

Sapa lagi JAHAT?? UMNO atau Pakatan Rakyat???

Tiada ulasan: