Jumaat, 9 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MAHADHIR ISYARATKAN SAHRIZAT LETAK JAWATAN?

Posted: 09 Dec 2011 08:27 AM PST

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEBercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

NONE"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

LIM GUANG TAK PANDAI MENYELAM?

Posted: 09 Dec 2011 01:00 AM PST

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - akan dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menyertai mereka.

NONEKetika ditemui di Lapangan Terbang Langkawi pada kira-kira jam 2.30 petang, Zahid (kiri, putih) mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri."
Apabila sama ada taklimat akan diberi kemudian selepas mereka menaiki Scorpene, Zahid secara bergurau berkata, "Mereka pasti balik," sambil memeluk Lim, menyebabkan hadirin di situ ketawa melihatnya.
Ketika bercakap kepada pemberita sebelum itu, Zahid berkata ia bertujuan untuk membolehkan pihak pembangkang menyaksikan keadaan kapal selam tersebut.

"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan atur (untuk mereka)".

Zahid telah mengatur lawatan tersebut untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.
Sementara pembantu Lim - Lim Kim Fei dan pengawal peribadinya,  Azmi Kechik - tidak dibenar mengiringi ketiga-tiga mereka.

Lim (kiri) dan dua timbalannya akan tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada jam 1.30 tengahari dan pada jam 2 petang, sebuah helikopter akan menerbangkan mereka ke lokasinya.

military malaysia navy french built submarine scorpene classDelegasi Lim dijangka kembali di Hotel Awana Porto Malai pada jam 4 petang.

Mereka kemudiannya akan menghadiri demonstrasi maritim dan lawatan ke pameran statik kapal perang.

Sementara itu, wartawan yang membuat liputan, dibawa dalam perjalanan selama lima jam, ke sebuah kapal di perairan Kuala Perlis untuk menyaksikannya.

MASA HASSAN ALI BERSAMA PAS SUDAH TAMAT?

Posted: 08 Dec 2011 11:27 PM PST

PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

azlan"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.

HADIRI PEKIDA BUKTI NAJIB SANGGUP APA SAJA TUK SOKONGAN?

Posted: 08 Dec 2011 04:00 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa ingin menjadi 'Ultra Melayu' apabila hadir ke program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Perkida) di Shah Alam baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ia ditambah lagi dengan ucapan Najib ketika perhimpunan itu yang bersifat rasis sehingga sanggup menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP.

"Dan ini di perkuatkan lagi apabila Najib sendiri hadir pada perhimpunan Perkida di Shah Alam, malah ucapannya menunjukkan beliau ingin menjadi 'ultra-malay'.

"Umno memainkan sentimen perkauman bagi mendapat undi Melayu dengan melabelkan parti kaum lain terutamanya DAP sebagai ancaman kepada seluruh orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khalid menyatakan atas dasar terdesak Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun menimbulkan ketidak senangan pihak lain.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu apa yang dijanjikan oleh Najib dalam transformasinya juga sudah tiada malah beliau semakin terkebelakang.

"Kita tahu sebelum ini ramai pihak tidak menyukai pertubuhan Perkida termasuk dalam Umno sendiri tetapi Najib yang terdesak tetap menghadirinya kerana baginya undi Melayu itu penting dan kaum lain beliau tidak memberi penekanan yang sewajarnya.

"Malah tindakan tersebut membuatkan beliau semakin terkebelakang dengan transformasi yang dijanjikannya, transformasi yang dilaungkan olehnya untuk semua kaum bukannya meminggirkan kaum lain tetapi Najib pula menyongsang dengan pendiriannya," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.

Menurutnya lagi, Melayu tidak akan hilang walaupun Umno tidak diundi kerana yang hilang adalah Umno bukan Melayu.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak gusar jika Umno kalah kerana Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menjaga orang Melayu dan kaum-kaum lain dengan lebih baik.

"Secara jelas saya katakan melihat kepada apa yang dilakukan oleh Najib serta Umno menunjukkan bahawa mereka telah gagal dan tidak boleh menjadi pemerintah yang adil dalam negara ini kerana mereka hanya memperjuangkan hanya untuk satu kaum sahaja.

"Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat kerana dasarnya sama untuk kesejahteraan semua kaum malah di dalam Pakatan Rakyat jika ada sebarang kesulitan maka jalan penyelesaian dicari bukannya saling tuduh menuduh seperti yang dilakukan oleh MCA," katanya.

Tiada ulasan: