Khamis, 8 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hadiah kepada Guan Eng : Mamak Umno Penang (yang memang pengotor) patut minta maaf ...

Posted: 08 Dec 2011 10:12 PM PST

SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Umno Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri itu di atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, perbuatan 'biadap' dan tidak bertamadun itu dianggap menghina Guan Eng sebagai ketua menteri.

"Sebagai parti yang dikatakan mewakili orang Melayu Islam, tindakan menghadiahkan sesuatu di atas niat untuk menghina orang lain termasuk kepada orang yang bukan Islam adalah bersalahan dengan hukum agama apatah lagi dengan tata susila bangsa Melayu yang terkenal dengan baik pekerti dan halus budi.

"Kami cukup kecewa dengan tindakan tidak matang Umno Pulau Pinang yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) telah kalah dan menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Mereka umpama tidak keruan apabila tidak lagi mempunyai peluang untuk membolot harta kekayaan negeri. Tindakan mereka yang sentiasa cuba memfitnah kerajaan negeri sehingga kini telah menunjukkan 'rupa sebenar' Umno yang tidak dapat menerima kekalahan secara anak jantan dan berjiwa besar," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, beliau juga meminta supaya Presiden dan Majlis Tertinggi Umno menasihat dan mengambil tindakan tegas terhadap Umno Pulau Pinang agar kejadian sama tidak berulang dan dapat menjadi ikhtibar kepada pemimpin Umno di negeri lain.

"Mereka juga telah memberikan imej buruk orang Melayu Islam sebagai orang yang lemah lembut, berbudi pekerti dan berjiwa besar kepada orang lain terutamanya kepada orang bukan Islam. Berpolitik biarlah dengan cara yang sihat dan bukan dengan dendam kesumat," ujarnya.

AMK seluruh negara buat laporan polis terhadap Papagomo pemfitnah ... Hampa ingat polis nak siasat tak?

Posted: 08 Dec 2011 09:11 PM PST

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara terhadap penulis blog Pro-Umno, PapaGomo petang ini.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan itu bagi memberikan tekanan kepada polis agar segera menyiasat penulis blog tersebut yang sering menyebarkan fitnah terutama membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan blogger peringkat melampau, fitnah yang disebar ini seolah menunjukkan beliau tidak boleh disentuh. Hari ini kita memberi isyarat kepada polis dan membangkitkan satu persoalan, apakah polis akan mendiamkan diri walaupun berpuluhan laporan polis dibuat?" katanya kepada KeadilanDaily.

Katanya jika tiada sebarang tindakan dibuat terhadap blogger tersebut ini jelas menunjukkan segala fitnah yang dilemparkannya mendapat restu dari Umno BN.

Laporan polis akan dibuat serentak jam 2 petang ini di IPD Shah Alam, IPD Ipoh dan IPD Seremban 2, IPD Batu Pahat, beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail berkata AMK menolak politik jahat yang dibuat penulis blog pro-Umno dan menyifatkan pemerintah sebagai tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

"Mereka tidak ada modal lain, hanya mampu memfitnah, tidak mempunyai fakta yang kukuh dan AMK Selangor menolak sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh blogger tersebut."

Terbaru seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan 6 Disember lalu terhadap PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan itu adalah fitnah.

Sebelum ini AMK turut mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhadap individu dan penulis blog pro BN kerana menyebar video seks fitnah, yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun pelbagai desakan dan bantahan dibuat terhadap mereka, namun Polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka terutamanya PapaGomo.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24217

Kes Lembu lagi - Saudara kita ni lebih baik dari laki Shahrizat

Posted: 08 Dec 2011 07:49 PM PST

Enggan jual lembu gergasi walaupun ditawar RM11,000

KUALA TERENGGANU: Walaupun ditawarkan RM11,000, penternak lembu dari Kampung Gemuruh, Tepoh di sini, Yusof Mohammad, 39, tidak sanggup menjual lembu jantan baka Bali Brahman, miliknya seberat lebih satu tan.

Yusof berkata sepanjang menceburi bidang ternakan sejak lebih 20 tahun lalu, beliau tidak pernah melihat lembu setinggi 1.7 meter dan 1.6 meter panjang itu. "Ketika membeli lembu ini daripada penternak di Kampung Buluh, Setiu pada harga RM6,000 pada September lalu, keadaannya tidaklah sebesar ini, tetapi berbekalkan pengalaman, selera haiwan ini bertambah apabila makan sehingga 20 kilogram rumput sehari, lima kilogram palet dan vitamin. - BH

ND Lala dikepung 10 Mat rempit, cermin kereta dipecahkan

Posted: 08 Dec 2011 05:23 PM PST

KUALA LUMPUR: "Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.

"Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka."

Demikian kata penyanyi dan pelakon, ND Lala ketika menceritakan kejadian dia disamun manakala kereta BMW miliknya dirosakkan sekumpulan Mat Rempit di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada jam 3.40 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya

Tony Fernandes tinggalkan Air Asia

Posted: 08 Dec 2011 04:50 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tan Sri Tony Fernandes lewat petang semalam menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai ketua AirAsia dalam waktu terdekat, sebaliknya menegaskan syarikat penerbangan murah itu harus bersedia untuk menerima kepimpinan baru kelak.

"Bukan meletakkan jawatan dari AirAsia. Apa yang saya katakan ialah dalam 10 tahun lagi, kita harus bersedia untuk (menerima) kepimpinan baru dan masa saya (untuk berundur kelak) semakin hampir," kata beliau menerusi mesej Twitter sekitar 7.40 petang tadi.

Laporan Bernama awal hari ini menyebut Fernandes telah membayangkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua syarikat penerbangan tambang murah itu.

"Sepuluh tahun lagi akan ada ketua pegawai eksekutif yang baru. Masa saya akan berakhir tak lama lagi," katanya lagi.

"Ya, kesemua tiga daripada kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) kena pergi bersama," katanya lagi.

Gambar ghairah Lindsay untuk Majalah Playboy tersebar di Internet

Posted: 08 Dec 2011 07:57 AM PST

Tidak dapat dinafikan dia di antara salah seorang bintang berprofil tinggi dan kontroversi dan antara yang sanggup 'menghiasi' muka depan majalah sensasi, Playboy. Bangga dengan pencapaian peribadinya itu, Lindsay Lohan, 25, yang khabarnya dibayar sebanyak USD 1 juta untuk penggambaran majalah tersebut, turut merancang untuk mendedahkan cover 'tanpa seurat benang' itu menerusi program Ellen DeGeneres pada 15 Disember ini.

Namun sayang seribu kali sayang, hajat Lindsay yang ingin mempertontonkan foto cover bertaraf 'world premiere' itu musnah apabila foto tersebut telah teredar di internet sejak semalam sebagaimana yang dilaporkan oleh Dailymail.

Foto cover yang diinspirasi juga tribute kepada lagenda simbol seks Hollywood, Marilyn Monroe ini menampakkan Lindsay duduk dibatas kerusi berbentuk Playboy yang hanya menutupi bahagian 'kehormatannya' namun tetap memperlihatkan lekuk buah dadanya. Tampil dengan hanya memakai kasut tumit tinggi dan dandanan rambut ikal terurai melepasi bahu, bekas bintang kanak-kanak ini juga memakai gincu rona merah menyala sama seperti pesona Marilyn monroe, yang dipadankan dengan warna kerusi dan tirai latar di belakangnya.

Ini merupakan foto hasil daripada sesi fotografi kali kedua Lindsay memandangkan foto sewaktu sesi fotografi pertama tidak mencapai piawaian yang memuaskan hati pemilik Playboy, Hugh Hefner.

Hugh pula ketika ditemui sempat berkonsi inspirasi di sebalik foto-foto 'ghairah' Lindsay tersebut

Pelancaran serentak ABU - Asalkan Bukan Umno - di seluruh negara esok

Posted: 08 Dec 2011 07:33 AM PST

Media Advisory

ABU

Asalkan Bukan Umno/BN

Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN

Dijemput menghadiri sidang media pelancaran gerakan Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)

Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara ;

Tarikh: 9 Disember 2011

Lokasi, masa dan contact person:

1. Kuala Lumpur / Selangor - 3.30pm
KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
Jafree(PRM) 019-3596769, Nazrin(PSM) 017-2599050, Edyes(SAMM) 010-2675872

2. Johor – 2.30pm
Kelab Persatuan Wartwan, 11,

Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya
Johor Bahru
Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825

3. Melaka – 3.30pm
Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Zuraidi (SAMM) 012-2478016

4. Negeri Sembilan – 3.30pm
Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1,
Restoran Bidara Corner, Seremban
Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 0129781707

5. Perak – 3.30pm
Pejabat Biro Masyarakat Keadilan,
Ipoh
MatSamanKati (SAMM) 012-4381418, Mat Noh(MCLM) 019-5671477

6. Pulau Pinang – 11.00am
George Town Coffee House,
KOMTAR Walk, P.Pinang
Aidil(SAMM) 017-4760274, ZainulFaqar (SAMM) 019-4241583

7. Kedah – 3.30pm
345A Air Mendideh, Sg Petani.
(Berhampiran Hospital LamaS.Petani)
Tok Gondang (PRM) 0132946741, Viveg (MCLM) 0125426133

8. Perlis – 3.30pm
Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma,
Kangar, Perlis
Asrul (SAMM) 019-4342244

9. Pahang – 3.30pm
Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73,
1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang
Clement (SMSL)0129883210, Suresh (PSM) 0195696964

10. Terengganu – 5.00pm
Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman,
K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang)
Rafzi Ramli (SAMM) 0199809974

11. Kelantan – 3.30pm
Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu
Fauzi (SAMM) 0175959755, Zaidi(PSM) 0123840415

Esok sejarah bakal mencatatkan penyatuan penggerak-penggerak rakyat bergabung melawan regim warisan penjajah Umno/BN.

Kumpulan yang terdiri dari organisasi massa termasuk individu-individu aktivis masyarakat bergabung buat pertama kalinya berikrar menggerakkan kempen kesedaran rakyat.

Semua media dijemput membuat liputan sidang media serentak seluruh seperti yang dinyatakan di atas.


EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Deepak, kawan baik Ro$mah, bawa kembali 'Altantuya' ......

Posted: 08 Dec 2011 12:54 AM PST

Deepak Jaikishan, yang popular setelah akuan berkanun yang dibuat oleh seorang penyiasat persendirian mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, sekarang sedang muncul semula tetapi dalam senario berlainan dan kemungkinan tempat yang paling tidak disangka- dunia korporat Malaysia. Inilah yang dikatakan oleh pengkritik sebagai bisness dicampur politik.

Deepak yang juga dikenali sebagai 'lelaki karpet' Rosmah kerana keluarganya memiliki kedai karpet di Jalan Tunku Abdul Rahman telah muncul sebagai pemegang saham utama dalam Envair Holdings Bhd, sebuah syarikat yang kerugian dalam pembuatan penapis air dan udara yang dikatakan akan ditukar menjadi sebuah syarikat minyak dan gas. Sahamnya telah disenaraikan di Mesdaq untuk saham kecil dan tech.

"Ini suatu perubahan besar baginya. Walaupun Enviar adalah sebuah firma kecil, ia tetap lebih besar dan berbeza dengan suasana perniagaan karpetnya yang adalah bebentuk runcit. Ini menunjukkan betapa berkuasanya kita sekiranya kita kenal orang yang beul dan kadang-kadang, ia adalah lebih kepada siapa yang kita kenali daripada apa yang kita tahu." Kata seorang penganalisis di sebuah fima broker kepada Malaysia Chronicle.

From selling carpets to oil-and-gas on Mesdaq

Deepak yang berusia 39 tahun itu telah membeli 5.06% kepentingan dalam Enviar bernilai RM1.32 juta atau 6 juta saham bernilai 22 sen seunit. Beliau yakin bahawa ia adalah 'pelaburan jangkamasa lama'. Sungguhpun begitu, kenyataan beliau yang agak mentah itu menunjukkan bahawa beliau kurang arif dalam dunia yang baru diceburinya.

"Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada lembaga eksekutif dan pengurusan syarikat yang berkembang ini. Saya menegaskan disini bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan saya akan cuba untuk meningkatkan ia kelak." The Star memetik Deepak sebagai berkata.

Selain daripada latar belakang Deepak yang kontroversi, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, transaksi itu menjadi perhatian kerana Jiang Chuan Yi, pemegang saham yang berkepentingan 6.75% dalam syarikat itu telah menjualnya sebulan selepas membelinya pada 1 Nov lepas.

Jiang, seorang warga negara Cina tidak menjelaskan mengapa beliau menjual saham tersebut. Penjualan itu berlaku di transaksi pasaran terbuka pada harga yang tidak dinyatakan. Saham Enviar berakhir ke satu sen lebih rendah pada 30.5 sen pada hari Selasa.

Harvest and Tiong King Sing



Setelah kisah panas mengenai saham penny yang dikaitkan dengan keluarga PM Najib Razak iaitu Harvest Court Industries Bhd, terdapat cakap-cakap bahawa Enviar adalah cubaab kedua Najib untuk mendapatkan wang daripada pasaran saham. Terdapat spekulasi bahawa perjanjian itu adalah untuk mendapatkan keuntungan sendiri atau untuk mendapatkan dana untuk pilihanraya pada tahun depan.

Saham Harvest sememangnya telah naik di paras yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita bahawa anak Najib yang berusia 28 tahun, Nazifuddin telah menyertai lembaga dan mempunyai kepentingan dalam syarikat. Spekualasi menjadi begitu kuat sehinggakan kesemua saham penny dalam pasaran tempatan juga naik menyebabkan pemerhati mengeluarkan amaran bahawa kejadian yang sama berlaku pada tahun 1998 sebelum kejatuhan pasaran saham.

Dalam kekecohan itu jugalah Nazifuddin meletak jawatan dalam lembaga Harvest dan beliau juga seperti Deepak telah berjanji untuk mengekalkan kepentingan dalam Harvest untuk jangkamasa yang lama.

Berita bahaw seorang lagi tokoh yang kaitkan dengan Najib, Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing akan menjual 31% kepentingan beliau dalam firma Wijaya Baru Global telah menyebabkan ramai yang berpendapat bahawa ahli politik Malaysia meninggalkan pasaran sebelum pilihanraya yang dikatakan berkemungkinan akan menyaksikan pertukaran dalam kerajaan persekutuan untuk kali pertama dalam masa 54 tahun.

Mejar bersara Anuar Adam, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang telah jatuh, Halim Saad dikatakan disokong oleh sekumpulan ahli perniagaan daripada Indonesia untuk perjanjian ini seperti yang dilaporkan Business Times. Beliau dikatakan mahu membeli Rm1.10 saham seunit daripada Tiong untuk kepentingan dalam Wijaya. Saham Wijaya ditutup pada 4.5 sen lebih tinggi di 80.5 sen pada hari Selasa manakala warran mengakhiri dagangan pada 9.5 sen lebih tinggi pada 33 sen.

"Dari Harvest ke Enviar dan juga Wijaya, semua perjanjian ini kelihatan seperti boleh memberikan gambaran yang salah. Walaupun sekiranya ia adalah tidak lebih daripada satu kebetulan , ia tetap mencurigakan. Untuk pelabur yang sudah arif, ia adalah ibarat orang ramai cuba melepaskan diri di suatu jalan keluar yang sempit dan inilah yang membuatkan ia menjadi perhatian." Kata penganalisis itu lagi.

"Tidak kisahlah sekiranya ia adalah untuk faedah peribadi atau untuk Umno dan BN, ia tetap tidak betul dalam kes ini. Walaupun Najib dan Perkasa mengatakan bahawa ia adalah untuk kepentingan nasional atau keselamatan nasional, ia tetap salah. Pasaran saham bukanlah mesin basuh yang anda boleh juga untuk lemparkan baju kotor anda. Membina dana untuk sebab politik adalah salah dan pedagang haruslah di beri amaran. Pengawal selia haruslah berpegang kepada peraturan. Mengapa ahli politik masih dibenarkan untuk memain peranan aktif dala firma dan bukankah sepatutnya ia dilepaskan kerana mereka ada jawatan dalam kerajaan? Pilihlah sama ada anda ahli perniagaan atau ahli politik. Pada hari ini apabila ketelusan dan pentadbiran baik adalah sangat penting, janganlah pula anda ingin jadi ahli politik dan ahli perniagaan sekaligus. Tiada tempat untuk kamu!"

Dari penapis udara kepada bantuan terbesar Petronas

Sementara itu, Deepak rupanya bersahaja dengan pertukaran Enviar ke sektor minyak dan gas. Mungkin kerana sangat senang mendapat bantuan daripada syarikat minyak negara, Petronas. Walauapapun, industry minyak dan gas kelihatan seperti diminati oleh keluarga orang-orang kuat Umno.

Keluarga bekas PM Mahathir dan Abdullah Badawi kedua-duanya terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi. Sekarang, giliran Najib pula untuk mendapatkan bahagian beliau.

Enviar telah mengejutkan pasaran pada bulan lepas dengan memasuki sektor Minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen daripada Petronas untuk membeli diesel dan lain-lain produk jenis minyak dan gas. Enviar meyakinkan pelabur bahawa ia dapat membekalkan 2 juta tong minyak mentah sebulan untuk 60 bulan kepada sebuah syarikat di Cina, An Hong Shenzhen.

Cita-cita tinggi ini kelihatan telah ditegaskan lagi oleh Deepak walaupun tiada petunjuk apa jenis kepakaran yang beliau boleh bawa untuk usaha itu.

"Saya , dengan menyatakan kepentingan dalam Enviar telah memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada bisnes ini (minyak dan gas) dan dalam beberapa bulan seterusnya akan mengumpul kekuatan untuk memperkembangkan bisnes ini," ujar Deepak.

Kisah silam yang tidak selesai

Mungkin mustahil kita harapkan Deepak akan bercakap mengenai P Balasubramaniam, penyiasat peribadi yang telah membuat perakuan berkanun pada tahun 2008 mengenai penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam Scorpenes.

Najib telah menafikan bahawa beliau kenal Altantuya tetapi, menurut Bala, PM itu bukan sahaja mengenali Altantuya tetapi merupakan kekasihnya sebelum memberikannya kepada kawan rapatnya Razak Baginda.

Kemudian, kurang 24 jam selepas itu, Bala menarik balik perakuannya dan menghilangkan diri. Dia kemudiaanya muncul kembali dalam sebuah video yang boleh ditonton oleh semua rakyat dunia dan menceritakan bagaimana beliau telah diberi dua cek berjumlah RM5 juta dan dipaksa pergi ke Chennai di mana beliau dan keluarga beliau masih tinggal sehingga kini.

Yang menariknya, Bala juga menceritakan bagaimana dia telah di culik dan dibawa berjumpa seorang lelaki di showroom Volkswagon dan kemudiannya dia kenali sebagai Nazim Razak, adik Najib yang merupakan seorang arkitek. Isteri Nazim yang juga bekas wartawan ada bersama.

Deepak telah menafikan cerita Bala namun mengaku bahawa pernah berjumpa Bala sebanyak 2 kali."Selepas pegawai polis Suresh memperkenalkan kami, saya telah jumpa dia sekali lagi.Dia minta wang daripada saya sama ada RM500 atau RM 1000 tetapi saya beritahu dia bahawa saya tidak dapat berikan wang kepadanya. Saya tidak mahu terlibat dalam hal kewangan beliau." Deepak memberitahu sidang akhbar pada April lepas.

Nazim enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Perjanjian baru dengan Bala?

Deepak juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah 'toy-boy" atau 'orang suruhan" Rosmah. Beliau mengatakan bahawa Rosmah adalah seperti kakak beliau. Beliau juga memuji Rosmah dan Najib memperkenalkan pelanggan baru kepada kedai beliau. "Saya pertama kali mengenali beliau (Rosmah) enam atau tujuh tahun lepas semasa beliau pergi ke kedai saya. Saya kenal dia dan anggap dia seperti kakak saya," kata Deepak.

Semasa itu, Deepak telah memanggil sidang akhbar untuk melenyapkan spekulasi bahawa beliau sedang cuba membuat perjanjian baru dengan Bala iaitu membawa balik Bala ke Malaysia di mana Bala akan membuat perakuan baru yang membersihkan nama PM dan isteri daripada kes bunuh itu.

Altantuya berusia 28 tahun semasa beliau dibunuh oleh 2 orang bekas pengawal peribadi Najib di sebuah kawasan hutan di Selangor. Beliau telah ditembak di muka dan diletupkan dengan C4 untuk mengelak daripada badan nya dapat dikenalpasti dan juga menghapus segala bukti bahawa beliau hamil ketika itu seperti yang telah diberitahu beliau kepada pembunuh beliau. Kedua-dua pembunuh itu sekarang sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati dan juga menunggu keputusan rayuan selepas disabitkan bersalah pada tahun 2008.

Mengelak dan menafi



Tidak ramai yang percaya bahawa hanya mereka berdua yang bersalah selepas pihak berkuasa memekakkan telinga mengenai permintaan supaya mereka yang benar-benar mengarahkan pembunuhan untuk dibawa ke muka pengadilan. Menurut surat Altantuya dan perakuan Bala, wanita Mongolia itu datang ke Malaysia untuk mendapatkan USD500000 yang merupakan komisyen beliau daripada pembelian 2 buah kapal selam Scorpenes daripada firma gergasi Perancis DCN.

Bala juga pernah menawarkan diri untuk berjumpa dengan SPRM di London pada tahun lepas untuk membuat laporan formal mengenai perjumpaan beliau dengan Deepak dan Nazim. Malangnya, perjumpaan yang dinanti-nantikan itu tidak menjadi kerana SPRM pada saat akhir menolak.

Mengelak- itulah yang sangat jelas dalam gaya Kerajaan Persekutuan menangani kes Scorpenes dan Altantuya. Ini telah menyebabkan timbul lebih banyak perasaan curiga dalam peranan pasangan pertama negara dan juga Umno walaupun sering menafikan bahawa mereka terlibat dalam kes bunuh dan juga rasuah pembelian kapal selam yang dianggarkan bernilai 114 juta Euro atau RM570 juta.

Tiada ulasan: