Khamis, 29 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


MeatWorks restoran mewah keluarga Shahrizat di Singapura

Posted: 28 Dec 2011 04:50 PM PST


SEBELUM ini telah disiarkan beberapa keping gambar kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura milik keluarga Shahrizat Jalil yang dibeli menggunakan wang NFC (sebut National Family Corruption) [Kondo Singapura].

ReJaM© bersama aktivis jingga 13 juga berjaya menemukan Restoran Makanan Mewah, MeatWorks milik keluarga Shahrizat di Ion Orchard, Singapore yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.


Aktivis Jingga 13 dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, kehebatan Restoran makanan mewah, MeatWorks yang terletak di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah mewah yang terletak di tengah-tengah kota Singapura itu.

Setibanya kami di situ, kami disapa oleh seorang pekerja wanita berbangsa cina. Salah seorang aktivis Jingga 13, Kwan Chen memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Negara Cina berdasarkan dialek dan cara pertuturannya.


Kehadiran kami sekitar hampir jam 1:30 petang menyaksikan tiada pengunjung yang hadir untuk menjamu selera di situ. Berbeza dengan restoran bersebelahan yang dipenuhi pelanggan.


Oleh kerana bimbang dengan harga makanan di MeatWorks ini yang terlalu mahal, maka kami mengambil keputusan untuk tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman, sebaliknya sekadar duduk sebentar untuk merakam gambar.

Tambahan pula kami bimbang dengan status halal makanan dan minuman di restoran ini kerana tiada sebarang logo ataupun sijil Halal keluaran Majlis Ugama Islam Singapura, Muis dipaparkan.


Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.

Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...



ReJaM© "RM257 Juta wang rakyat diperlakukan macam duit bapak dia..."

Video pembongkaran aset NFC di Singapura

Posted: 28 Dec 2011 04:54 AM PST



JINGGA 13 terus konsisten dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat termasuk peringkat nasional apatah lagi apabila ianya melibatkan wang rakyat. Penentangan yang berterusan adalah syarat rakyat telah mula muak dan bosan dengan keadaan semasa. Atas keadaan itu, Jingga 13 mengambil inisiatif menyiasat dan membongkar sendiri kebenaran mengenai dakwaan mengenai wujudnya pembelian aset di Singapura oleh National Feedlot Corporation.

Pada 23 Disember 2011 yang lalu, Jingga 13 telah pergi ke Singapura untuk melihat sendiri kesahihan dakwaan melibatkan pembelian kondominium mewah bernilai RM 10 juta dan pengaliran wang keluar untuk perniagaan MeatWorks, sebuah restoran mewah. Berikutan itu kami merakamkan video eksklusif untuk didedahkan kepada paparan umum.

Jingga 13 ingin menjemput dengan segala hormatnya, tuan-puan rakan media untuk hadir esok bagi melihat sendiri rakaman video eksklusif kondominium mewah Orchrad Scott dan restoran mewah MeatWorks ION Orchrad di Singapura sebagai bukti kewujudan pemilikkan dua aset ini di luar negara, hasil pinjaman mudah NFC dari kerajaan untuk projek integrator fidlot kebangsaan.

Sidang video akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square pada hari esok 29 Disember 2011 pada pukul 2.00 petang. Turut hadir nanti adalah Ketua Wanita Keadilan, Yb Hajjah Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

MUAFAKAT. PRIHATIN. BERANI

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha Jingga 13

013-3927477

ReJaM© "Shahrizat kata nak selak kain, biar kami tolong selak"

Tiada ulasan: