Blog-list Malaysia |
- Bongkar Pembohongan Hasan Ali Tentang Isu Minta Maaf
- Umno Kedah Jangan Berlakon Alim Sangat Laa..
- Dosa Besar Salah Guna Wang Zakat - ‘Jamil Khir, Usah Bersembunyi’
- Nafi Mohon Maaf Bukti Hasan Ali Memang Bongkak Dan Sombong
- Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia
- TheWhistleBlower711 Perangkap Ciptaan Barisan Nasional
- Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos
- Nasib Isa Samad Ditentu 5 Januari
Bongkar Pembohongan Hasan Ali Tentang Isu Minta Maaf Posted: 29 Dec 2011 01:17 AM PST Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. |
Umno Kedah Jangan Berlakon Alim Sangat Laa.. Posted: 29 Dec 2011 12:59 AM PST Umno Kedah diminta akur SURAU KAH ATAU PEJABAT TAKAFUL..??? Umno Kedah diminta akur dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan tapak Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak dibangunkan untuk projek pembangunan kompleks beli-belah, Aman Central. Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Kerajaan Negeri memperoleh surat persetujuan bertulis daripada Majlis Fatwa, bukannya diputuskan oleh Kerajaan Negeri sewenang-wenangnya. "Kenapa mahu menidakkan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, sedangkan Kerajaan Negeri sendiri merujuk kepada Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebelum membangunkan semula projek terbengkalai itu," katanya. Menurutnya, walaupun status tapak madrasah itu adalah tanah wakaf, namun jika dibangunkan untuk perkara yang lebih baik, ianya dibenarkan. "Kerajaan Negeri bukan ambil tanah itu percuma, sebaliknya dibayar pampasan RM1.48 juta kepada Maik dan RM36.9 juta kepada waris terlibat," katanya. Mohd Azam mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah kelmarin, yang membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengambilan tapak dan bangunan Madrasah Salihiah bagi dibangunkan kompleks beli-belah. Ahmad Bashah mendakwa tindakan itu seolah membelakangkan masyarakat Islam, selain menjatuhkan kredibiliti Pas, yang sebelum ini lantang memperjuang syiar Islam. Mohd Azam berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, mereka boleh merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah. "Jika bantah, kenapa ketika Sidang Dun minggu lalu, tidak bangkitkan isu ini. Saya pasti Menteri Besar sudah bersedia dengan hujahnya untuk menangkis dakwaan tidak berasas membabitkan isu pengambilan tanah madrasah," katanya. Menurutnya, sepatutnya masyarakat Islam di negeri ini, khususnya bandar raya Alor Setar bersyukur dengan kemudahan surau baru yang disediakan sebagai ganti dalam kompleks, kerana mampu menampung 400 jemaah, berbanding jumlah jemaah sedia ada di madrasah itu. "Pemaju juga bagi jaminan surau baru itu boleh diakses dari luar bangunan, tanpa perlu masuk ke dalam kompleks. Ini memudahkan orang ramai yang mahu tunaikan solat," katanya. Mohd Azam turut menyangkal dakwaan bangunan madrasah itu berusia lebih 100 tahun, kerana bangunan asal madrasah itu sudah dirobohkan pada 2007. "Sebahagian bangunan madrasah itu disewa kepada syarikat lain untuk perniagaan, bukan diguna sepenuhnya untuk aktiviti agama. Malah penduduk berdekatan juga semakin berkurangan. Lebih elok jika Maik gunakan duit pampasan untuk bina surau di lokasi lain yang lebih memerlukan," katanya. Sumber - Kedahlanie |
Dosa Besar Salah Guna Wang Zakat - ‘Jamil Khir, Usah Bersembunyi’ Posted: 28 Dec 2011 10:13 PM PST PETALING JAYA: PKR hari ini mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom sendiri tampil memberi penjelasan berhubung isu penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Jamil Khir sendiri mesti tampil memberi penjelasan dan bukan menyorok (bersembunyi) di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," kata Pengarah Komunikasi parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini. Nik Nazmi memberitahu bahawa beliau menerima jawapan berhubung isu ini daripada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Muhamad Yamin Ismail semalam yang menjelaskan bahawa kos guaman itu diambil dari geran kerajaan. Beliau (Yamin) juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah. Menurut Nik Nazmi, pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini. Kata beliau, malangnya Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011. "Yamin juga harus sedar bahawa apabila seseorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan dirinya," jelas beliau. Dosa besar Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar. Semalam FMT melaporkan isu penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh MAIWP untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar. Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Jamil Khir; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar. Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pula dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara semalam mempertikai kenapa wujud kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat. Beliau merujuk kepada kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya. Dipetik dati FreeMalaysiaToday |
Nafi Mohon Maaf Bukti Hasan Ali Memang Bongkak Dan Sombong Posted: 28 Dec 2011 08:46 PM PST Hasan Ali denies Harakah report he went to Kota Baru to apologise to PAS leaders SHAH ALAM: Former Selangor PAS Commissioner Datuk Dr. Hasan Ali has denied a HarakahDaily report that he went to Kota Baru solely to meet PAS top leaders and to apologise for his remarks against the party. Hasan pointed out that he had already retracted his comments regarding the welfare state issue during a press conference at his residence on Dec 24 and had apologised to the party leaders at the same time. In a statement Wednesday night, he said he was disappointed in Harakah which had been reminded many times not to twist facts which could raise confusion and disunity. He clarified that he had bee invited attend a gathering involving former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa along with PAS deputy spiritual leader Datuk Dr. Haron Din and PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz at his home at JKR 10 Kota Baru. "The gathering went smoothly and it was pleasant and sincere. "Among the things touched upon during the gathering were the party's direction, preparation for the 13th General Election and Harakah's path as the party's official voice," said Hasan. He pointed out that they had all given their views on how to strengthen the party's development and the rakyat's support. Hasan also stated that he was also moved by the recognition shown by the leadership in his mission to elevate Islam in the country. Harakah quoted Nik Aziz as saying that Hasan had withdrawn all his statements criticising the party after a meeting with the party's top leaders in Kota Bharu, Kelantan on Tuesday night. Both Hasan and Nasharudin have been embroiled in a prolonged war of words with party colleagues for questioning the party's direction under the new crop of non-ulama leaders. Hasan drew even more flak for pushing a revival of unity talks between Pas and arch-rival Umno. The spat got to a point where some top leaders told him that he was free to leave the party to join the other side. Berkaitan : Nik Aziz bersyukur masalah Hasan Ali selesai thestar.com.my |
Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia Posted: 28 Dec 2011 07:23 PM PST Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini. Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin. Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor. |
TheWhistleBlower711 Perangkap Ciptaan Barisan Nasional Posted: 28 Dec 2011 04:43 AM PST PENULIS sedikit gusar dengan keghairahan sesetengah pihak dalam Pakatan Rakyat memberi skop meluas kepada laman blog TheWistleBlower711 (TWB711). Malah dikhabarkan juga, Pemuda PAS Kelantan sudah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lanjutan dari pendedahan yang dibuat TWB711. Untuk makluman pembaca, laman blog tersebut baru-baru ini membuat beberapa pendedahan mengenai transaksi wang mencurigakan yang melibatkan seorang pemimpin UMNO, ahli perniagaan dan individu tertentu dari pejabat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Memang, penulis akui pendedahan TWB711 mempunyai nilai berita yang hebat, tambahan pula bila pemimpin UMNO yang dinamakan dalam pendedahan tersebut, Datuk Dr. Awang Adek Husin (Timbalan Menteri Kewangan) telah membuat pengakuan di Parlimen ada menerima sejumlah wang yang didepositkan di dalam 3 akaun peribadinya tapi untuk tujuan untuk membiayai kerja-kerja kebajikan melibatkan rakyat di Bachok, Kelantan. Bukan untuk kepentingan peribadinya seperti disangka banyak pihak. Sementara isu sumbangan tersebut sedang dalam siasatan SPRM, perlu juga penulis menekankan di sini betapa pentingnya Pakatan Rakyat berhati-hati dalam mensensasikan pendedahan yang dibuat TWB711 ini. Kecurigaan penulis adalah berdasarkan fakta bahawa blog ini baru sahaja dibuka pada November 2011 oleh seseorang yang tidak dikenali (Anonymous) – kononnya atas tujuan keselamatan diri dan pembekal maklumatnya. Walaupun alasan itu mudah difahami tapi dalam masa yang sama, itu menjadikan blog ini sama seperti blog-blog 'hantu' (tidak diketahui siapa pemiliknya) lain yang bertebaran di Internet. Blog-blog 'hantu' sedemikian tidak mempunyai merit yang membolehkan 'pendedahannya' dibawa ke mahkamah. Keseluruhannya, blog ini telah menerbitkan sebanyak 9 posting (sehingga sekarang). Bagaimanapun, dari jumlah tersebut, hanya 3 posting sahaja yang benar-benar mempunyai nilai berita dan kesemuanya adalah berkaitan dengan individu-individu yang disebutkan di atas. Persoalannya sekarang ialah, apa motif blog tersebut muncul secara tiba-tiba membuat pendedahan sedemikian dikala spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum ke-13 sedang hebat diperkatakan? Waspada penulis bertambah bila blog tersebut tidak lagi dikemaskini sejak posting terakhir pada 15 Disember 2011 sehingga ke tarikh artikel ini ditulis. Seolah-olahnya. pengendali blog sengaja membiarkan pendedahan dalam laman blognya disiasat pihak berkuasa dan menambah jumlah pengunjung dalam masa yang sama. Penulis telah melakukan sedikit penyelidikan dan menghubungi beberapa orang yang diketahui rapat dengan salah seorang individu yang dinyatakan dalam blog TWB711. Hasilnya, penulis mendapati bahawa pendedahan yang dibuat oleh TWB711 ini hanyalah 'umpan' untuk menarik perhatian ramai agar mengunjungi blog tersebut. 'Umpan' yang penulis maksudkan ialah, dengan menyiarkan berita sedemikian, pengendali blog mahu menanam persepsi di kalangan pembacanya bahawa penerimaan wang oleh ahli-ahli politik adalah satu kesalahan rasuah sedangkan hakikat yang sebenarnya – tidak ada peraturan-peraturan khusus di Malaysia yang mengatakan bahawa ahli politik tidak boleh menerima sumbangan!! Kenyataan diatas disahkan sendiri oleh Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Datuk Paul Low kepada MalaysiaKini. Penulis juga dimaklumkan bahawa SELAIN salinan slip bank yang menunjukkan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Awang Adek, salinan slip-slip bank yang lain adalah sebenarnya amat meragukan dan kemungkinan besar adalah palsu. Ia sengaja dibuat begitu bagi memberi gambaran seolahnya semua dokumen yang didedahkan dalam blog ini adalah asli. Dengan tanggapan sedemikian, tidak akan ada siapa yang akan mempersoalkan kesahihan slip-slip bank atau apa sahaja dokumen yang bakal didedahkan blog tersebut selepas ini. Pada pendapat penulis, motif atau tujuan sebenar blog ini diwujudkan berkemungkinan adalah untuk mendedahkan 'salah laku' yang kononnya dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan menggunakan modus operandi yang sama – mengemukakan slip bayaran ke dalam akaun bank parti atau pemimpin parti politik dari kalangan komponen Pakatan Rakyat. Tambah mengejutkan, penulis turut mendengar khabar bahawa blog ini juga akan mendedahkan beberapa dokumen 'salah laku' yang dikaitkan dengan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memerintah negeri tersebut dari 1999 hingga 2004!! Penulis turut mendengar, pendedahan salah laku yang bakal dibuatkan blog tersebut akan turut melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Guan Eng, Ronnie Liu dan Teresa Kok dari DAP. Selain itu, yang turut sama menerima kesan ialah Datuk Husam Musa, Datuk Mustapha Ali, Takiyuddin Hassan, Datuk Dr. Hassan Ali dari PAS serta Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah dari PKR. Justeru penulis sangat-sangat bimbang sekiranya Pakatan Rakyat memberikan perhatian dan kredebiliti yang lebih kepada laman web TWB711 sekarang, bagaimana kita boleh menangkis serangan sama bila pendedahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang disebutkan diatas benar-benar berlaku kelak? Ditakuti, kegagalan kita menangani keadaan tersebut akan menjuruskan Pakatan Rakyat ke arah kekalahan yang lebih teruk. Penulis turut mendengar berita bahawa blog ini sebenarnya turut didalangi oleh salah seorang bekas pegawai kanan polis yang pernah mencetuskan kontroversi di negara ini satu ketika dulu disamping beberapa individu lain. Jika demikianlah sifatnya, penulis tidak faham kenapa kita perlu mempercayai maklumat yang didedahkan oleh blog ini. Untuk maklumat pembaca, dari hasil kajian penulis, kalau ada pun satu kebenaran mengenai blog ini ialah, pertikaian sebenarnya yang cuba diketengahkan oleh pengendali blog ini hanyalah melibatkan 2 individu dan 2 individu sahaja (2 person and 2 person only). Individu-individu lain yang dinyatakan itu tidak ada langsung berkaitan dan seperti yang disebutkan di atas, salinan dokumen yang mengaitkan mereka itu adalah palsu. Penulis rasanya tidak perlu menyatakan siapa individu-individu tersebut, cuma apa yang boleh penulis katakan, perhatikanlah apa-apa isu hangat melibatkan SPRM yang disiarkan dalam akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dalam sehari dua ini. Lebih penting, TWB711 tidak boleh disamakan dengan laman web Wikileaks yang diketahui siapa pengendali dibelakangnya, di samping kesahihan dokumen yang didedahkan juga tidak boleh dipertikaikan. Sedangkan TWB711 tidak berani tampil ke depan mendedahkan identitinya dan mempertahankan kesahihan dokumen-dokumen tersebut dalam masa yang sama. Secara peribadi, penulis tidak percaya langsung dengan kredebiliti blog ini. Pada pandangan penulis, hanya orang BODOH sahaja yang mudah terperangkap dengan mainan politik blog sebegini. |
Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos Posted: 28 Dec 2011 04:14 AM PST Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak. Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda. "Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu. "Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu. "Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya. Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya. "Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya. Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif". Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). |
Nasib Isa Samad Ditentu 5 Januari Posted: 28 Dec 2011 04:05 AM PST 9 Januri ini adalah tarikh keramat buat Anwar Ibrahim kerana pada tarikh itu akan menentukan dia akan ke Sungai Buloh atau tidak. Khir Toyo Edokromo yang dijatuhi penjara 12 bulan kerana rasuah juga memilih tarikh itu untuk mengumumkan masa depan politiknya. Berbeza dengan Mohd Isa Samad pengerusi Felda yang penuh kontroversi nasibnya akan ditentukan pada 5 Januri ini apabila Koperasi Felda akan mengadakan mesyuarat agung khasnya. Mesyuarat itu katanya penting dan akan menentukan apakah Isa Samad akan menjadi sabut ataupun batu. Kalau nasib Isa Samad baik dia akan menjadi sabut, timbul... kalau menjadi batu dia akan tenggelam dan hanyut tersadar di muara. Pada mesyuarat koperasi itu akan menentukan sama ada cadangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) diterima atau ditolak. Ahli-ahli koperasi yang mempunyai hak ke atas harta dan aset Felda dengan memegang saham 51 peratus akan menentukan cadangan itu. Sekiranya ahli menolak penyenaraian itu, secara automatik Isa yang menjadi agen yang menggerak kempen dan usaha mempengaruhi peneroka supaya bersetuju dengan penyenaraian itu perlu letak jawatan. Dalam pada itu pada mesyuarat itu juga ahli koperasi akan turut mempertikaikan kedudukan Isa Samad sebagai pengerusi Felda dan juga pengerusi koperasi. Perlantikan Isa sebagai pengerusi Felda dikatakan tidak sah kerana dia bukan saja tidak anak peneroka tetapi melanggar Akta Koperasi. Sementara itu kedudukannya sebagai pengerusi Felda itu juga tidak ditantangani oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap koperasi, Ismail Sabri Yaacob. Isa memasuki ibu pejabat Felda hanya membawa sekeping surat perdana menteri. Perdana Menteri pula dari mana dapat kuasa untuk melantik Isa walaupun ia ditolak sebahagian besar peneroka. Awal-awal lagi kemasukan Isa ke Felda menggunakan pintu belakang dan bukannya masuk secara beradab memberi salam. Ismail pula dikatakan enggan menandatangani bagi mengesahkan jawatan Isa Samad itu kerana bimbang dia akan ditolak oleh peneroka. Khabarnya ada desas desus kalau Ismail mengesahkan kedudukan itu dengan dia sekali akan ditolak peneroka. Persoalannya apakah Isa boleh berfungsi tanpa pengesahan menteri bersangkutan dengan koperasi? Ini satu lagi perogolan terhadap undang-undang dan akta. Ada pendapat mengatakan Najib Razak sengaja mencari masalah dengan perlantikan Isa Samad itu. Reputasinya terhadap Felda sebelum ini yang dianggap sebagai pesaka bapaknya (walaupun tidak sebenarnya) sudah mula dipersoal oleh peneroka. Tindakan Najib melantik Isa Samad itu sebagai melanggari tradisi pengurusan dalam Felda. Najib telah menggunakan kuasa vetonya tanpa mengambil kira pandangan dan perasaan para peneroka. Langkah memberi berbagai insentif kepada peneroka tidak menjutkan hati peneroka kepada tindakan Najib dan juga Isa Samad. Apa lagi peneroka tahu apa yang mereka terima itu adalah hak mereka, wang mereka Najib dan Isa hanya tukang hulur saja. Kemelut dalam Felda sekarang ini bukan kecil lagi tetapi ia menjadi bom jangka akan meletup bila-bila masa saja. Tindakan rakus Isa Samad membekukan tugas Pengurus Besar Dzulkifli Abdul Wahab untuk membolehkan beliau berkuasa penuh menyusun agenda politiknya di Felda dikatakan mendapat tentangan kaki tangan Felda di Ibu Pejabat dan sebahagian besar para peneroka. "Tuan tenguklah nanti apa yang berlaku. Kalau tidak ada penyelesaian berhubung perlantikan Isa dan penganiayaan terhadap Pengurus Besar Felda, satu perubahan akan berlaku dalam tanah rancangan. Kali ini peneroka akan mengajar Umno... perasaan marah kini tidak boleh diubati lagi," begitu ujar seorang pengurus Felda di Ibu Pejabat sewaktu berjumpa dan makan tengah hari dengan saya beberapa hari lalu. Pegawai bertaraf pengarah itu yakin pergolakan yang berlaku dalam Felda sekarang ini akan membawa momentum baru di kalangan para peneroka. "Kalau kaki tangan dan pegawai Felda sudah hampir habis hilang kepercayaan dan mereka menanti masa saja untuk mengajar Umno," katanya tanpa menjelaskan apakah maksudnya tetapi difahamkan mereka akan memboikot BN dalam pilihan raya. Pada masa lain pegawai yang bertaraf pengarah itu meramalkan mungkin penguasaan UBN ke atas 52 kerusi Parlimen yang terletak dalam kawasan Felda sukar untuk dipertahankan dan meramalkan lebih 20 kerusi akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat. "Ini bukan ugutan tetapi satu realiti," tegasnya yang begitu marah dengan tindakan Najib dan Isa Samad. Disoal tidakkan peneroka akan sejut apabila diberikan durian runtuh atau isu mengenai kakitangan selesai, jelas pengarah itu, sama ada ia seledai atau tidak tetapi mood peneroka untuk mengajar orang atasan (politik) kini semakin membuak-buak dan ia tidak mudah dihentikan lagi. Ditanya apakah masalah menimpa Felda kini sejak Isa dilantik menjadi pengerusi, kata pegawai yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian Umno selama 25 tahun di sebuah negeri di Selatan itu, bukan kerana Isa tetapi masalahnya berpunca dari Najib sendiri yang obses mahukan kekayaan Felda untuk kepentingan politik peribadinya. Jadi kita tunggu 5 Januari ini apakah nasib Isa Samad akan lebih buruk daripada nasib bakal diterima Anwar dan juga nasib Khir Toyo sendiri yang akan mengumumkan pendiriannya dalam politik. Apakah ketiga mereka akan selamat atau terus dihimpit masalah? Mat Maslan jarang-jarang berkokok fasal Felda lagi, kenapa? Oleh Mohd Sayuti Omar |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan