Khamis, 29 Disember 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Cubaan Rogol Pelajar: Duta Indonesia Kesal Sikap Hotel Cintin Pudu

Posted: 29 Dec 2011 12:57 AM PST

Kuala Lumpur - Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur kecewa terhadap Hotel Citin Pudu kerana tidak mau bertanggung jawab terhadap pegawai keselamatannya yang hendak merogol pelajar Indonesia di hotel tersebut.

Kes percubaan rogol itu menyebabkan mangsa dan keluarganya serta ketua pelancongan tidak dibenarkan pulang ke tanah air pada hari Rabu bersama 20 orang anggota rombongan.

Akibat kejadian tersebut, KBRI Kuala Lumpur meminta pertanggungjawaban Hotel Citin Pudu, Kuala Lumpur dengan memindahkan keluarga dan ketua pelancongan ke hotel lain yang ditempah oleh KBRI KL dan membiayai kepulangan mereka dengan pesawat Garuda Indonesia yang tiketnya sudah dipesan pihak KBRI KL.

Ketua bahagian Penerangan, Sosial, Budaya KBRI KL, Suryana Sastradiredja ketika ditemui dipejabatnya, Rabu menyatakan pada awalnya Munish Goindarasay, Pengurus Kumpulan Citrus Hotels yang memiliki Hotel Citin Pudu telah mempersetujuinya.

Namun, setelah keluarga mangsa berpindah hotel dan tiket sudah ditempah, tiba-tiba beliau menyatakan bahwa pihak pengurusan tidak bertanggung jawab.

"Saya sangat sedih dengan sikap tidak bekerjasama hotel tersebut," katanya.

Nyaris dirogol

Sebelumnya diberitakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dari Indonesia yang sedang melancong ke Malaysia nyaris diperkosa oleh seorang anggota keselamatan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu sekitar pukul 03.00 pagi.

Mangsa pada ketika itu sedang tidur bersama adiknya di sebuah bilik di hotel Citin Pudu, Kuala Lumpur terperanjat ketika seorang lelaki yang ternyata petugas keamanan hotel tersebut berada dalam bilik dan berusaha membuka seluarnya.

Mangsa menjerit dan didengar oleh orang tuanya yang biliknya bersebelahan. Atas kejadian tersebut , mangsa melaporkan kepada hotel dan tak lama kemudian pihak polis Malaysia sudah berada di lokasi kejadian.

Mendengar laporan tersebut, KBRI termasuk Ketua bahagian Sosio Dan Budaya, Suryana Sastradiredja segera menuju lokasi kejadian dan menuju IPD Dang Wangi. Namun ternyata terpaksa ke balai polis lain dan kemudian ke IPK Kuala Lumpur.

Di IPK KL, orang tua mangsa dan suaminya bersama adik mangsa didapati sedang memberi keterangan.

Dari keterangan yang diterima ANTARA dari KBRI, Rabu, kes ini sudah ditangani oleh pihak IPK KL dan suspek telah ditahan dan polis telah mengeluarkan surat perintah reman (penahanan) serta memohon kerjasama dari orang tua mangsa dan anaknya untuk tetap di KL hingga siasatan selesai.

IPK KL berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepatnya agar mangsa dan keluarganya dpaat pulang pada hari Khamis(29/12) ke Indonesia.

Namun, IPK KL memohon agar keluarga dapat kembali ke KL untuk menjadi saksi apabila di hari pendakwaan.

Berdasarkan penjelasan hotel, bahwa pegawai keselamatan yang singkatannya JS itu adalah petugas keselamatan yang baru direkrut satu hari dari pihak "out sourcing". Dan sewaktu diperiksa, suspek tidak dapat berbahasa Melayu ataupun Inggeris.

Sementara itu, KBRI berinisiatif untuk memindahkan para rombongan tersebut ke hotel lain dan segera menghubungi pihak perusahaan penerbangan Indonesia untuk dapat menyediakan tiket kepulangan ke Jakarta. Lima orang termasuk mangsa dan keluarga serta ketua rombongan masih di KL, sedangkan sekitar 20 orang lainnya tetap berangkat ke Jakarta hari Rabu.

Kehadiran mangsa beserta rombongan di negara ini adalah dalam rangka pelancungan dari Jakarta ke Singapura dan selanjutnya ke Thailand. Kemudian pada 26 Desember, rombongan meneruskan perjalanannya ke Malaysia menggunakan bas. Di Kuala Lumpur mereka menginap disebuah hotel kecil yang ditempah oleh pihak pelancongan. -Antara

Hassan Ali Nafi Ke Kelantan Mohon Maaf

Posted: 28 Dec 2011 10:45 PM PST

Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

"Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

"Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia."

"Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

"Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini. -TMI

Hasan denies report

BACHOK: PAS rebel Datuk Dr Hasan Ali has denied that he was in Kota Baru to apologise to PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat over his remarks against the party hours after the Harakahdaily claimed he had done so.

Former Selangor PAS Commis­sioner Hasan pointed out that he had already retracted his comments regarding the welfare state issue during a press conference at his residence on Dec 24 and had apologised to the party leaders at the same time.

In a statement last night, he said he was disappointed with Harakahdaily which had been reminded many times not to twist facts which could create confusion and disunity.

He clarified that he had been invited to attend a gathering involving former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa along with PAS deputy spiritual leader Datuk Dr Haron Din and Nik Aziz at the Mentri Besar's home at JKR 10 Kota Baru.

"The gathering went smoothly and it was pleasant and sincere.

"Among the things touched upon during the gathering were the party's direction, preparation for the 13th general election and Harakah's path as the party's official voice," said Hasan.

He pointed out that they had given their views on how to strengthen the party's development and the rakyat's support.

Hasan also stated that he was moved by the recognition shown by the leadership in his mission to elevate Islam in the country.

Harakahdaily had quoted Nik Aziz as saying that Hasan had withdrawn all his statements criticising the party after a meeting with the party's top leaders in Kota Baru on Tuesday night.

Both Hasan and Nasharudin have been embroiled in a war of words with party colleagues for questioning the party's direction under the new crop of non-ulama leaders.

Hasan also drew flak for pushing for a revival of unity talks between PAS and arch-rival Umno.

The spat got to a point where some top leaders told him that he was free to leave the party to join the other side. -thestar


Ulasan GB

Apa hal dengan "Hassan Putu Mayong" (gelaran ini adalah ungkapan Hassan Ali sendiri sewaktu menafikan adanya Hassan Ali yang menemui pemimpin UMNO) tiba-tiba menafikan sesuatu berita yang TG Nik Aziz sendiri telah sampaikan dan sahkannya?

Ini jelas menunjukkan Hassan Ali ini seorang yang angkuh dan tidak boleh dipercayai apatah lagi yang pertama menyiarkan berita itu ialah akhbar TheStar.

Benar-benar sebijik perangai UMNO dibawanya ke dalam PAS. Sama fe'el dengan rakan-rakan UGnya yang lain. Sungguh bertambah kecewa dan meluat ahli-ahli PAS dengan mereka selepas ini.

Itu sebab mengapa ada pihak menamakan UG sebagai "binatang".

Nak PRU BN Terbarai Lagi, 500 Anggota MCA P.Pinang & 500 Di Johor Keluar Parti

Posted: 28 Dec 2011 09:10 PM PST

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri. -mk

Kisah "Lembu NFC" Mengamuk: Najib Tak Bertindak Kerana Takut Kena Tanduk?

Posted: 28 Dec 2011 07:21 PM PST

Haniza: Najib Takut Shahrizat Dedah Skandal Pemimpin Lain?

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

"Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat (gambar), Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

"Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya.

"Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza (gambar) berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

"'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. -tvsnews



Ada Tarian Lucah Setiap Malam Di Ibu Kota

Posted: 28 Dec 2011 04:30 PM PST

Tarian tiang unsur seks

AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. -kosmo

Jubah bayaran ke ranjang

KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai 'Queen of the Night' dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun. -hm


Ku Li Yakin Anwar Bakal Dipenjarakan - Ulasan GB

Posted: 28 Dec 2011 03:23 PM PST

Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li oleh Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat, pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai 'kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi di lurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat.Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li, Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melakukan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Ulasan GB

Ku Li berkata:

Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Jika Anwar tidak dipenjarakan, UMNO akan habis, kata Ku Li.

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP

Isu Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Terkedu Lalu Membisu?

Posted: 28 Dec 2011 07:30 AM PST

Petaling jaya: Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat.

Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

"Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010," kata Nik Nazmi.

Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000.


Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya.

"Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

"Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?," soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia.

Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Hassan Ali Minta Maaf Kepada TG Nik Aziz

Posted: 28 Dec 2011 05:29 AM PST

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. -HD

Ulasan GB

Permohonan maaf hassan Ali kepada TG Nik Aziz adalah wajar justeru sebelum ini beliau telah mengheret nama TG Nik Aziz kononnya telah merestui tindakan beliau. Petikan:

"Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal," katanya lagi. -TMI 20/12/2011


Namun selepas kenyataan itu dibuat, TG Nik Aziz telah menafikan memberi sokongan kepada Hassan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu. -harakahdaily 22/12/2011


Ia adalah satu yang di luar akhlak Islam, bukan sahaja akhlak jamaah, untuk mengheret nama orang lain apatah lagi nama Mursyidul Am bagi menyokong "perjuangannya".

Dan perkara utama kini untuk disedari dan dijadikan iktibar ialah usah gunakan media arus perdana kerana disitulah punca berlakunya berbalahan.

Kerana itu telah berkali-kali diperingatkan supaya para pemimpin jangan terlalu cepat rasa teruja apabila didatangi wartawan media arus perdana - kerana - sudah diketahui bahawa nawaitu mereka bukan sekadar untuk mendapatkan kenyataan tetapi untuk mengketengahkan apa juga "kelainan" yang boleh dieksploitasi dan dimanipulasikan bagi memecah-belahkan jemaah.

Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa perlu banyak mengambil iktibar darinya dan tidak sepatutnya berulang lagi. Benar, bumi mana tak ditimpa hujan tetapi sekali lencong keujian, seumur hidup orang tidak percaya!

Isu Surau Salihiah: UMNO Papar Sikap Hipokrit. Siapa Robohkan Surau Bujal & Berembang?

Posted: 28 Dec 2011 03:37 AM PST

Surau Salihiah: Sejak bila Umno juara agama

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.

"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.

"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.

Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.

"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.

Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.

Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS. -HD

Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?

Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.

Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.

Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.

Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.

Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru. -mutaligat


Surau Berembang Dirobohkan UMNO

Surau Bujal Dirobohkan UMNO



Tiada ulasan: