Rabu, 14 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Tun M nasihat ahli politik Umno agar jangan guna bomoh

Posted: 13 Dec 2011 01:04 PM PST

AHLI politik dan pemimpin Umno dinasihatkan agar "jangan menggunakan bomoh untuk menang pilihanraya", itulah yang boleh difahami daripada artikel terbaru di blog Tun Mahathir [Chedet].

Umum mengetahui bahawa ramai pemimpin dan ahli politik Umno gemar menggunakan bomoh di dalam menentukan kemenangan mereka di dalam pilihanraya mahupun pemilihan di peringkat parti.



Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri sememangnya sering menyampaikan amanat kepada pemimpin-pemimpin Umno melalui blog peribadinya chedet.co.cc baik secara tersurat mahupun tersirat.

Artikel terbaru di blog beliau yang bertajuk "TAKUT", menyampaikan mesej jelas menggambarkan situasi Umno yang kini begitu goyah dan gementar di dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Hal ini mengingatkan kita kepada sejarah yang pernah menggemparkan negara bagaimana salah seorang ahli politik Umno, Datuk Mazlan dibunuh oleh bomohnya sendiri, iaitu Mona Fendy [Mona Fendy]

Sudahlah wang banyak habis diberikan kepada bomoh, masa depan politik lebih cerah yang diharapkan, sebaliknya nyawa sendiri yang melayang.


ReJaM© "Harap-harap Lady Gajah pun baca blog Tun Mahathir..."

Laporan SPRM terhadap pendedahan terbaru skandal NFC

Posted: 13 Dec 2011 11:10 AM PST



JINGGA 13 akan mengadakan satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap salah guna kuasa oleh Datuk Noh Omar, iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terhadap skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC)

Laporan SPRM oleh Jingga 13 ini akan dibuat pada 14 Disember 2011, bersamaan hari Rabu jam 10.00 pagi, bertempat di Bangunan SPRM Selangor, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam berhadapan dengan Hotel Grand Blue Wave.

Jingga 13 dengan penuh hormat ingin menjemput rakan-rakan media untuk sama-sama hadir pada hari dan waktu tersebut, kerana satu lagi pembongkaran skandal serta laporan yang akan dilakukan.

Ini bakal menunjukkan wajah sebenar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang terkait dengan penyelewengan, rasuah dan pecah amanah.


SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha
Jingga 13

Muafakat*Prihatin*Berani*


ReJaM© "Kita bagi Shahrizat selak kain lebih tinggi lagi..."

Lelaki dihukum sebat sebanyak 2080 kali kerana merogol

Posted: 13 Dec 2011 09:32 AM PST


SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.



Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

Sumber: Free Malays


ReJaM© "Harap-harap Pengetua Sekolah Mengandung tahu berita ni..."

Tiada ulasan: