Blog-list Malaysia |
- Fitnah - Musa Hassan Saman 3 Blog Pro-Pakatan
- Awas Dengan Musang Berbulu Ayam Ini..!
- Lembu NFC - Nak Saman Tapi Tak Saman-Saman Jugak..
- Pengundi 'Realiti Baru' Penentu Parti Politik Dalam PRU-13
- Nurul Izzah cabar Najib bertanding di kerusi 1Malaysia
Fitnah - Musa Hassan Saman 3 Blog Pro-Pakatan Posted: 13 Dec 2011 07:37 PM PST KUALA LUMPUR - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka. Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut. "Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya. "Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26. Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog. Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu. Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya. Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com. http://www.utaranews.com/2011/12/tiga-blog-pro-pakatan-disaman-oleh-ts.html |
Awas Dengan Musang Berbulu Ayam Ini..! Posted: 13 Dec 2011 07:02 PM PST Sebagai ahli yang setia kepada hasrat perjuangan Pakatan Rakyat, penulis ingin menyeru kepada kepimpinan tertinggi parti terutama PKR agar berhati-hati dengan seorang individu bernama Hashim Lim Abdullah. Ini kerana, dari maklumat yang penulis terima, Hashim Lim ini sekarang berbaik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah. Mesti ramai yang tertanya mengapa perlu berhati-hati dan siapa Hashim Lim ini. Serba sedikit latar belakangnya adalah dia pernah dibuang daerah ke Pulau Jerejak pada tahun 1979. Pernah ada laporan polis dibuat oleh kakitangan KL Sentral apabila dia menayangkan pistol kepada salah seorang polis bantuan di kawasan itu. Dia dikatakan bergaduh dengan polis bantuan itu dan akibat berang, dia mengeluarkan pistol miliknya untuk menakutkan polis bantuan tersebut. Dia juga pernah ditangkap kerana menjadi bookie haram bola sepak di Happy Garden, KL. Hebatnya, dalam kedua-dua kes besar di atas, Hashim Lim ini tidak didakwa pun. Tidak ada sebarang kertas siasatan yang dibuka. Cuma yang terbaru dengarnya gelaran Datuk yang diterimanya dari Sabah telah ditarik balik. Baru sekarang ada orang sedar yang dia memiliki rekod jenayah lampau. Penulis mengenali lelaki ini. Dia dahulu adalah salah seorang sahabat baik kepada Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur. Pada masa yang sama dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Kat sini sudah nampak Hashim Lim ini adalah seorang yang pandai mengambil kesempatan. Dia makan dua-dua belah. Cuma semenjak dua ini, dia sudah tidak lagi berpeluang untuk berjumpa Najib dengar ceritanya. Mungkin Najib mahu menjauhkan diri daripada orang macam ini lebih-lebih lagi memandangkan pilihanraya semakin hendak dekat. Setakat ini, sudah tiga kali Hashim Lim bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di sebalik semua itu, penulis melihat ada kemungkinan Hashim Lim ini hendak rapat dengan Datuk Seri Anwar sebab dia nak korek rahsia dan kelemahan Datuk Seri. Menjelang pilihanraya ni kalau dapat rahsia, silap hari mahu jadi kaya raya. Dan itu pastinya peluang untuk dia rapat kembali dengan Najib. Manusia bermuka-muka ni kena hati-hati. Penulis bimbang orang seperti ini ada agenda peribadi untuk mengenakan Datuk Seri Anwar. Lebih membimbangkan Nurul Izzah yang masih agak mentah dan muda. Takut dia dipermainkan oleh manusia jenis ni. ~suaraPR Sumber - Addin |
Lembu NFC - Nak Saman Tapi Tak Saman-Saman Jugak.. Posted: 13 Dec 2011 06:54 PM PST NFC: Suami Shahrizat akan ambil tindakan 'memadai' ke atas pihak buat tohmahan KUALA LUMPUR, 14 Dis — Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. "Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya," kata beliau dipetik Berita Harian. Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil (gambar) itu berkata, "saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai." Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu mencetuskan kontroversi berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. Semalam, Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Shahrizat yang mengetuai NFC supaya tidak lagi membebabnkan partinya. Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno. "Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya. Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC. Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu. Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan. Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan. TMI |
Pengundi 'Realiti Baru' Penentu Parti Politik Dalam PRU-13 Posted: 13 Dec 2011 05:14 PM PST Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata undi penentu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan ditentukan golongan yang dipanggil 'pengundi realiti baru'. Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata BN dan Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh DAP, PAS dan PKR sebenarnya bergantung kepada golongan itu kerana tidak cukup undi untuk menubuhkan kerajaan. Bercakap pada wacana bertajuk 'PRU 13 Undi Siapa Jadi Penentu' di Shah Alam, semalam, beliau berkata golongan pengundi baru itu lahir daripada realiti dalam masyarakat, dan mereka merupakan kelompok yang menggunakan media baru bukan sekadar untuk berkomunikasi malah berkongsi serta beroperasi dengan menjadikan media online sebagai gaya hidup. Kelompok pengundi itu juga membentuk kumpulan tidak rasmi yang longgar ikatan sesama mereka, tetapi berpaut antara satu sama lain dan mengeluarkan idea atau pemikiran serta bertindak secara antibirokrasi, katanya yang menjadi anggota panel wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu. Saifuddin juga berkata pengundi realiti baru itu memahami politik dan demokrasi bukan hanya berkisar kepada pilihan raya atau menjadi wakil rakyat yang baik untuk BN mahupun Pakatan Rakyat, malah mereka inginkan penglibatan orang muda, pekerja termasuk golongan profesional, media serta mahasiswa dalam proses demokrasi. Biarpun sendirian di pentas wacana dan berdepan khalayak di auditorium yang majoritinya penyokong pembangkang, Saifuddin berkata BN masih berpeluang cerah untuk memenangi PRU 13. Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, mereka yang membuat undi protes terhadap BN pada 2008, sudah kembali menyokong parti itu. "Saya rasa sebahagian besar daripada mereka boleh menerima bahawa BN komited dan serius melakukan perubahan menerusi transformasi kerajaan dan transfromasi ekonomi serta transfromasi politik yang digerakkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak)," katanya. Turut menganggotai panel wacana itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Profesor Madya Abu Hassan Hasbullah. Lim pula berkata kunci kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada penguasaan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Katanya, jika Pakatan Rakyat tidak dapat menguasai satu pertiga atau 25 daripada kerusi Parlimen di Sabah dan 31 di Sarawak, agak sukar bagi mereka menawan Putrajaya. |
Nurul Izzah cabar Najib bertanding di kerusi 1Malaysia Posted: 13 Dec 2011 05:01 AM PST Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai. "Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia. "Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu. "Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam. Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin. Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahuMalaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya. Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk 'Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?' Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah. Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian. Nurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India. Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan