Rabu, 14 Disember 2011

Era Pasca

Era Pasca


Akhirnya Shahrizat Akan Melepaskan Jawatan !!

Posted: 14 Dec 2011 12:47 AM PST



Desas desus semakin kuat bertiup bahawa Shahrizat Jalil akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Pergerakkan Wanita Umno, selewet-lewatnya tiga minggu dari sekarang akibat percaturan politik tertinggi yang jelas melihat Shahrizat sebagai liabiliti


Seperti yang dijangkakan, Umno akhirnya bersedia untuk menjadikan Shahrizat Jalil sebagai 'kambing hitam' (disebut lembu) apabila isu penyelewengan pinjaman mudah projek integrator fidlot nasional mula menjahanamkan reputasi Umno yang telah sedia rosak.

Dari bisik-bisik keliling yang telah tersebar, Umno kini merancang untuk terus menekan Shahrizat agar segera melepaskan semua jawatan yang disandangnya supaya Umno kembali mendapat ruang bernafas sejak teruk 'dibelasah' dengan isu Shahrizat dan keluarganya menyeleweng serta berfoya-foya dengan duit yang sepatutnya digunakan untuk mengusahakan ternakan lembu.


Suasana kelam-kabut dalam Umno bermula apabila tiga pimpinan Parti Keadilan Rakyat iaitu Yb Zuraida, Yb Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli membongkar kisah penyelewengan National Feedlot Corporation yang terlibat dalam pembelian sebuah kondo, yang kemudiannya diakui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Salleh sebagai pelaburan.

Beliau turut mengakui NFC bukan sahaja membeli sebuah, tetapi dua buah kondominium mewah One Menerung yang berharga RM 13.8 Juta seperti yang didedahkan oleh blog Liang Lahad

Rentetan daripada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Yb Bung Mukhtar Radin menjadi individu Umno yang pertama mendesak Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Desakan ini dilakukan oleh beliau dalam sidang Dewan Rakyat yang baru berlangsung.


Dari situlah nampaknya Umno mula memasang langkah untuk meng'nyah'kan Shahrizat Jalil daripada arena politik Umno.

Tindakan ini disokong kemudiannya oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Ali Alhabsee dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang mengulangi gesaan untuk Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.


Tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah desakan terbuka yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir lebih seminggu yang lalu.

Umum mengetahui Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam perlaksanaan dasar oleh Umno dan kerajaan pimpinan Najib Razak. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau dalam dua hingga ke tiga minggu akan datang, Shahrizat akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno atau sekurang-kurangnya direhatkan untuk mengembalikan semangat Umno terutamanya Wanita yang semakin lesu kerana isu ini.

Maka, terserlahlah bahawa tindakan Shahrizat menyinsing lengan baju dan memberi amaran untuk 'menyelak kain' tidaklah memberi kesan, malah Umno kelihatan terpaksa untuk 'melembu hitamkan' Shahrizat sebagai talian hayat akhir untuk parti tua itu menghadapi pusingan penentuan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung bila-bila masa.



Selamat jalan Shahrizat Jalil!


Tukang lawan

Awas!! Melayu Jangan Mudah Terpedaya Umpan Umno..!!

Posted: 13 Dec 2011 11:42 PM PST

Kuala Lumpur: Sudah tiba masanya orang Melayu merancang politik mereka untuk masa depan yang lebih gemilang dan tidak hanya terpedaya dengan imbuhan yang diberikan oleh Umno BN menjelang PRU 13 semata-mata.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, orang Melayu jangan terpedaya dengan tipu helah Umno dan jika suasana ini terus berlaku Orang Melayu akan terus hanyut.

"Apabila menjelang pilihanraya orang Melayu mula diberi bermacam-macam imbuhan dan wang, kenapa waktu ini sahaja? Umno memang tidak ikhlas dalam membela martabat orang Melayu" katanya.

Bagaimana pun katanya, PAS memberi kebajikan kepada orang Melayu dan Islam bukan bermusim sepertimana waktu pilihanraya kerana mereka mempunyai tindakan dan blueprint yang disediakan.

"Secara jujur tidak kira Melayu atau bukan Melayu, kalau rakyat yang dibantu kerana kemiskinannya, kita kena bantu. Jangan memandang bangsa atau agama" katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Johor sewaktu mengulas saranan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam surat terbukanya kepada orang Melayu baru-baru ini.
Walaupun PAS belum diberi mandate memerintah negara ini, katanya PAS telah ada pelan kebajikan sepertimana yang ditekankan dalam muktamar oleh Presiden PAS.
"Negara berkebajikan bukan sahaja negara dan badan kebajikan bahkan orang yang berkemampuan berlumba-lumba membuat kebajikan" kata Dr Mahfodz.

GAMBAR BANJIR DI KL PETANG SEMALAM..!!

Posted: 13 Dec 2011 09:32 PM PST


DEY MACHA!!!
NAK TAU PASAI PA BANJIR KAT KL PETANG TADI?
KALAU HANG PA NAK TAU
SMART TUNNEL YANG HARGA RM1,887 JUTA TU
SEDANG CUTI BERKHATAN KAT KAMPUNG
PASAI TU AYAQ MELIMPAH
KAH! KAH! KAH!

Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.

[Baca berita penuh]
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 08kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 07kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 06
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 01kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 03
 kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 04


MK

Panas!! Umno Isytihar Perang Dengan Siapa..? Dengan Rakyat..??

Posted: 13 Dec 2011 08:38 PM PST

Oleh Musli Oli 


Tun Mahathir - 22 tahun sebagai PM, tak pernah anggap pilihan raya umum sebagai pephttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhjXUUWFT6AV2bzkldzo9N8EOmv4XQp5Qrl6U_YENnpqyUgcaQsNLnojG2k6mcE1y4rvcBPRugp4hpGdhJGoFDsMWgyTW1eVceH9A5x-w2FXCWuz5Zfzlx7LRIsXo-9VqtV_PsCFG1TCc/s1600/najib-hollering32.jpgerangan! 

Kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dalam perhimpuan agung baru-baru ini mengakhiri ucapan mereka dengan ayat, "semboyan perang telah berbunyi, masanya telah tiba, AYUH, kita sedia menggempur dan berperang!!"


Nak perang dengan siapa? Siapa musuh nak diperangi?? Rakyat Malaysia yang menjadi anggota parti pembangkangkah? Atau kaum bukan Melayu....? 


Pilihan raya umum adalah proses biasa dalam sistem demokrasi untuk memilih kerajaan yang popular. Jika parti UMNO dan BN masih popular, kenapa perlu istihar perang? Siapa yang ditakuti sangat sehingga perkataan perang keluar dari mulut kedua-dua pemimpin negara kita? 
Lain halnya, jika pemimpin-pemimpin berkenaan terlalu banyak melakukan kesalahan. Jika banyak salah, tentulah kekalahan parti, bukan sahaja bermakna kehilangan kuasa dan kehilangan jawatan tetapi juga mengundang masalah seperti pendakwaan di mahkamah. 


Fenomena seperti ini berlaku di Indonesia, Korea dan Jepun. Bekas PM dan pemimpin negara dibawa kemuka pengadilan dan dibicarakan dan didapti bersalah. 

Jika tidak melakukan sebarang kesalahan, pecah amanah dan salah guna kuasa, kenapa mesti desperado?
Jika kalah hanya bertukar kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat....kerajaan masih berfungsi seperti biasa. 
Raja dan Sultan masih terlindung. Hak Melayu dan bumiputera masih dipelihara dalam peruntukan undang-undang. 
Jika ada Melayu yang kehilangan kuasa, Melayu lain akan mengambil tempatnya....

TU DIA UMNO!!! Guna Bomoh Nak Menang Pilihanraya..!!

Posted: 13 Dec 2011 06:27 PM PST


Macam-macam la karenah orang UMNO ni  bila Pilihanraya Umum semakin menghampiri. Kenyataan Mahathir ni seolah-olah pengalaman sendiri je. Mungkin sepanjang 22 tahun jadi PM, budaya main bomoh ini mungkin perkara biasa. Maka penulis dapat rasakan teguran Mahthir ini membuktikan puak-puak UMNO ni memang takut kalah pilihanraya. Cuma bergantung pada bomoh saja. Kita tengok je nanti...
Dr M: 'Usahlah cari bomoh kerana ingin menang'
KUALA LUMPUR- Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang. 

Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.

"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk "Tajuk" hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

"Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani," katanya lagi.

Dr Mahathir (gambar) berkata Melayu mempunyai banyak sebab yang menghalang kejayaan mereka.

Oleh itu katanya, tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Terkini!! Beranikah Najib Bertanding di Kerusi 1Malaysia..??

Posted: 13 Dec 2011 05:23 PM PST


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

NONE"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk 'Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?'

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk  Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India.

MK

PANAS!! ZAHID WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI..??

Posted: 13 Dec 2011 04:21 PM PST

Berdasarkan laporan 10 Disember 2011, seorang blogger pro-Umno Papagamo, telah berada di tempat yang sama di mana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya P Ramasamy dan Mansor Othman semasa kunjungan mereka ke kapal selam KD Tun Razak.

(Er Teck Hwa di depan KD Tunku Abdul Rahman semasa LIMA 2009.)

Papagomo telah juga menggambarkan secara negatifnya bagaimana Lim Guan Eng mengalami mabuk laut ketika dalam kapal selam tersebut.

Selain itu, seorang wartawan yang berada di tempat kejadian pada waktu tersebut turut menyatakan seorang lagi blogger pro-Umno bernama 'Big Dog' (Zakir Mohamad) turut berada di sana.

Berdasarkan foto di Malaysiakini, tampaknya kemunculan beliau adalah dalam penerbangan daripada lapangan terbang Langkawi dalam helikopter tentera.

Pada mulanya, kerajaan BN berhajat untuk menjemput Ketua Menteri daripada negeri PR untuk menyaksikan perjalanan dalam laut ini, untuk membuktikan ketidaktepatan dakwaan bahawa kapal selam ini tidak dapat menyelam. Akan tetapi, segalanya tumbang-terbalik. Sebaliknya, ia menunjukkan kedangkalan Menteri Pertahanan dalam soal sekuriti negara. Bukan itu sahaja, beliau turut tidak memahami konsep pemprosesan dalam satu pentadbiran yang baik.

Semasa pertengahan tahun 2009, kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman, yang dibina dan dihantar ke Malaysia, Ahmad Zahid telah menjemput semua ahli parlimen daripada Dewan Rakyat ketika sesi ketiga parliamen ke pertunjukan LIMA untuk melawat rekabentuk dalam kapal selam.

Antara ahli parlimen pembangkang, hanya ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri dan saya menyertai pertunjukan tersebut. Pada 4 Disember 2009, Kementerian Pertahanan telah mengaturkan satu kapal terbang di lapangan terbang Subang dan membawa kami terus ke Langkawi.

Semasa kami tiba di pertunjukan udara LIMA di Langkawi, Ahmad Zahid telah menjemput kami. Kementerian Pertahanan juga telah menyediakan makanan untuk kami dan dijadualkan pukul 3 petang kami akan memasuki kapal selam.

Terdapat ramai jemputan, jadi kami semua terpaksa menunggu di platform. Disebabkan ruang sempit di dalam kapal selam, setiap seorang pelawat terpaksa menunggu giliran kami.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut berada di sama. Sebagai mantan perdana menteri, beliau diberikan keistimewaan untuk memasuki kapal selam terlebih dahulu. Namun terdapat seorang dalam ramai yang menarik perhatian saya. Beliau ialah Tan Sri Vincent Tan.
(Dr Mahathir dan Vincent Tan di depan KD Tunku Abdul Rahman semasa LIMA 2009)

Semasa Vincent Tan mengikuti Dr Mahathir memasuki kapal selam, saya berfikir mengapa Vincent Tan, seorang ahli perniagaan biasa, dan bukan pegawai kerajaan atau wakil rakyat boleh memasuki sebuah kenderaan ketenteraan. Kehadiran Dr Mahathir adalah berpatutan dan tepat kerana beliau seorang negarawan, yang pernah berbakti kepada kemajuan negara dan perdana menteri paling lama di Malaysia.
Adakah Vincent Tan seorang pakar dalam kapal selam? Mengapa seorang biasa seperti beliau dibenarkan memasuki kapal selam?

Perkara yang sama berlaku lagi selepas dua tahun. Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid seolah tidak sedar siapa yang harus dibenarkan masuk ke dalam kapal selam. Namun begitu, seorang rakyat biasa telah memasuki kapal selam, mengambil gambar dan memaparkannya ke internet.

Ahmad Zahid masih tidak malu berkata bahawa tiada blogger yang dibenarkan masuk ke kapal selam. Selain itu, Papagomo juga sombong di dalam blognya dengan menyatakan bahawa beliau hanya boleh memberitahu pembaca 'sedikit benda'. Yang selainnya adalah rahsia strategi ketenteraan. Adakah ini bermaksud seorang rakyat biasa boleh menghadiri majlis di mana beliau didedahkan dengan risikan ketenteraan?

Dan secara tidak malunya, beliau memberitahu kepada satu dunia bahawa beliau mengetahui sesuatu rahsia ketenteraan tapi beliau tidak akan memberitahunya.
Bukankah itu satu ancaman kepada keselamatan negara? Bagaimanakah Kementerian Pertahanan memastikan blogger tersebut tidak menjual maklumat tersebut kepada organisasi risikan negara lain?

Ahmad Zahid, sebagai Menteri Pertahanan yang mewakili negara mesti memahami bahawa dengan membiarkan seorang rakyat biasa untuk mengakses maklumat sesuatu fasiliti ketenteraan adalah satu benda yang teramat berat untuk berulang.

Dua tahun lepas Vincent Tan, dua tahun kemudian ialah Papagomo dan Big Dog. Sejak bila tempat ketenteraan menjadi tapak permainan BN?

Pada era Nazi German, Wermacht (German Armed Forces) dan Schutzstaffell (SS) adalah dua entiti yang berlainan. Ia adalah kenapa semasa Jeneral Walther Wenck ditewaskan di Battle of Berlin, di mana Hitler memberikan arahan untuk tidak berundur, tapi Walther Wenck tidak mematuhi arahan tersebut. Sebaliknya, Wermacht mengikut General Wenck untuk menyerah diri kepada perikatan Alliance. Ketaatan Wehrmacht adalah kepada Ketua Pertahanan di bawah kerajaan dan bukan parti politik. Disebabkan itu, 3 juta warga Wehrmacht diselamatkan daripada dibunuh oleh perikatan Alliance.

Di atas ialah contoh yang baik pemisahan kuasa antara parti dengan negara. Kementerian Pertahanan di bawah Ahmad Zahid pula meletakkan parti politik di atas kepentingan negara. Beliau membiarkan rakyat biasa yang mempunyai hubungan politik untuk mengakses fasiliti ketenteraan.

Beliau hanya berpura-pura tidak tahu. Berdasarkan ini, Ahmad Zahid telah membuktikan bahawa beliau tidak berupaya untuk mengurus. Berdasarkan keterlanjuran yang serius ini, kabinet harus menuntut beliau untuk meletakkan jawatan. Jangan biarkan politik menghancurkan imej baik ATM.
---------------------------------------------------
Penulis adalah Ahli Parlimen Bakri

HINA HUKUM ALLAH !!! Bertaubatlah pelakon video Sembang Rakyat..!!

Posted: 13 Dec 2011 07:27 AM PST

Oleh : PUTERI BULAN



UMNO Haprak yang semakin gelabah....menggunakan pelakon-pelakon poyo...pelakon-pelakon babun untuk menghentam Islam...

Puteri tak nampak...apa rasional menghentam PAS dalam slot " Sembang Rakyat" tu...tapi yang lebihnya kepada menghina ulama dan mempertikaikan hukum Allah.

Hei! pelakon-pelakon ni..tak takut kat Allah ke...apa dengan upahan yang tak seberapa tu boleh melenyapkan rasa gentar pada siksaan Allah. Tak fikir nak mati ke...tak fikir mati esok jumpa siapa..tak fikir ke semua tu...

Watak Pak Aji warak..( JKK kut )..macamlah orang alim...pertikai hukum Islam..pertikai ulama...sedaq dirilah..pakai kopiah pun pasai berlakon....yang syoknya..3 watak perempuan di situ...dah la tak tutup aurat..dogiang...lancang mulut pertikai hukum Allah...

Tak cukup dengan tu...pelakon bukan Islam pun n ak tunjuk terror dalam hukum hudud..Apa ni wahai UMNO Haprak...hampa heret pelakon murahan ni untuk nak sampaikan mesej hampa....sedaqlah...hampa dah list nama depa kat pintu neraka...padan dengan pelakon yang tak sedaq diri tu.!!

Jangan lupa nooo..... PENULIS SKRIP, KREW PENERBITAN, PELAKON, PENAJA DAN SAPA-SAPA YANG TERLIBAT....SELAGI HAMPA TAK BERTAUBAT...HAMPA TANGGUNG DOSA HINA HUKUM ALLAH DAN PERSENDA ULAMA....awat ingat semua tu main-main ka...

Puteri : tulah akibatkan membiarkan Islam ditadbir oleh orang yang bukan ahli....

Tiada ulasan: