Isnin, 12 Disember 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Shahrizat terkedu Tun M suruh berundur sebelum dihalau

Posted: 11 Dec 2011 05:00 PM PST


SEBELUM ini Shahrizat Jalil dengan bongkaknya mengamuk di Perhimpunan Agong Umno sambil terjerit-jerit bila Ahli Parlimen Ampang, Puan Zuraidah mendesak beliau meletak jawatan berhubung skandal lembu NFC.

Shahrizat menjerit-jerit sambil menyinsing lengan dan mengugut akan menyelak kain untuk berdepan dengan Puan Zuraidah.



Tanpa disangka-sangka Mahadewa Umno, Tun Mahathir turut sama menyuruh Shahrizat berundur sebelum dihalau daripada partinya sendiri berhubung skandal tersebut.

Nampaknya Tun Mahathir juga bakal berdepan dengan serangan selak kain dari Shahrizat Jalil. ReJaM© nasihatkan Tun Mahathir bersiap sedia takut kena serangan jantung bila kain Shahrizat diselak nanti.

Sumber: [Yahoo News]


ReJaM© "Gila beb, suwey 44 hari! Busuk...!"

Lucu! Pemimpin diserang sawan babi semasa berceramah!

Posted: 11 Dec 2011 03:20 PM PST

ADA saja benda bodoh dibuat oleh pemimpin Umno ni. Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan sebuah video rakaman lucu seorang pemimpin Umno dari Melaka.

Semasa satu ceramah yang diadakan oleh PAS dan DAP berdekatan DUN Bukit Baru Melaka, gerombolan United Malays No Otak juga mengadakan ceramah untuk mengganggu.

Sejak dari awal ceramah PAS dan DAP penceramah United Malays No Otak ini telah diserang "sawan babi".

Pesakit sawan babi ini terjerit-jerit dan mencarut-carut menggunakan pembesar suara menyahut suara penceramah DAP yang kedengaran di kawasan berdekatan.

Difahamkan para hadirin yang hadir sekitar enam orang tercengang dan kehairanan dengan gelagat penceramah mereka yang terjerit-jerit seperti keldai mengawan itu.

Lihat video di bawah ini.




Dari maklumat yang diterima (tidak sahih), pesakit sawan babi ini tetap terus menjerit-jerit dan mencarut seorang diri meskipun kesemua penonton yang kehairanan sudah beredar.

Namun akhirnya pesakit ini dikatakan berhenti juga apabila sudah terlalu penat dan suaranya bertukar menjadi serak.

ReJaM© "Patut ada undang-undang melarang pesakit gila babi berceramah"

Lagi Ahli Parlimen BN desak Shahrizat letak jawatan

Posted: 11 Dec 2011 03:53 AM PST

PENYELEWENGAN yang berpunca dari pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal projek lembu feedlot milik anak beranak Shahrizat Jalil terus hangat diperkatakan.

Selepas Tun Mahathir "menyuruh Shahrizat berundur sebelum dihalau", kini seorang lagi pemimpin Barisan Nasional mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

Menyifatkan skandal itu sebagai skandal terbesar dan memalukan di dalam pentadbiran Najib Tun Razak, Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh mahu Shahrizat bertanggungjawab atas kesalahannya.


Meskipun Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno Malaysia cuba mengajak wanita Umno untuk mempertahankannya, namun ia ibarat "menutup bangkai lembu dengan tempurung".

Kalau pun bangkai itu berjaya ditutup, busuknya akan terus menusuk hidung ditambah dengan tahi-tahi lembu yang menyesakkan.

Shahrizat cuba mempertahankan dirinya dengan cara mengamuk di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, namun ia hanya tindakan sia-sia dan meloyakan para penyokongnya.



Makan duit sorang-sorang, bila kantoi nak mintak tolong kawan-kawan "back up" mana boleh derrr...

ReJaM© "Rumah mewah ala chalet di Janda Baik tu siapa punya kak ijat?"

Tiada ulasan: