Isnin, 12 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


UMNO Dan Perkasa Gagal Halang Mat Sabu Di Muar Malam Tadi

Posted: 12 Dec 2011 01:04 AM PST

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR. Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.


Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal menunggu arahan untuk menggempur tempat ceramah.
-Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.



Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.

Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.


'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.

Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.


Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.


Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.




Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.





Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.


Chegu'Bard sedang menyampai ceramah

Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi.

Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini.

Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.

http://syed-othman.blogspot.com/2011/12/umno-gagal-halang-mat-sabu-tawan.html

GEMPAR - Penceramah UMNO Kena Sawan Babi Ketika Berceramah

Posted: 11 Dec 2011 09:38 PM PST



Penceramah UMNO mengamuk menganggu ceramah PAS yang diadakan bersebelahan di Dun Bukit Baru, Melaka. Macam kena sawan.

Hasan Ali Janji Untuk Bersama Menjahanamkan Pakatan?

Posted: 11 Dec 2011 09:29 PM PST

Hasan Ali jamin terus kerjasama dalam Pakatan


Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.


Menurut bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti akan berlaku.

Mengulas hakikat bahawa beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, Hasan berkata ia hanya perkara kecil kerana "perjuangan untuk Islam lebih besar"

Apa keistimewaan Blogger UMNO untuk naik kapal selam..

Posted: 11 Dec 2011 06:00 PM PST

Seorang Pegawai Tentera yang telah bersara turut mempertikaikan bagaimana seorang Blogger Pro UMNO iaitu BigDog boleh dijemput untuk melawat dan menyelam bersama KD Tun Razak.

Baginya BigDog tentu merupakan seorang Blogger yang sangat istimewa kerana telah menjadi pilihan dari antara ramai blogger yang ada termasuk Pegawai Bersara itu sendiri.

Dari penulisan BigDog, Pegawai Bersara itu yakin bahawa BigDog pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang yang berkuasa hingga membolehkannya menjadi satu-satunya blogger yang telah berada di dalam kapal selam itu.


Menurut Pegawai Bersara itu lagi, dari photo BigDog yang tersiar di dalam blognya, BigDog kelihatan terlalu besar size badannya oleh itu BigDog bukanlah seorang yang sesuai untuk menjadi krew kepada sebarang kapal selam.

Bahkan bukan saja BigDog tidak mungkin diterima untuk berkhidmat dengan Tentera Laut malah seluruh cabang perkhidmatan Angkatan Tentera..

Jadi.. siapa BigDog? Anak Sedara Najib atau anak sedara Rosmah atau mungkin jga adik angkat Zahid Hamidi..

Oleh itu… Selain Zahid Hamidi (baca di SINI), BigDog juga telah membuktikan bahawa Papagomo telah menipu kononnya biawak itu telah berada selama lima jam didalam kapal selam yang dinaiki oleh Guan Eng!

Dipetik dari - darisungaiderhaka

Bloggers Ini Amat Istimewa Berbanding Pemuda Umno.. Hehehe..

Posted: 11 Dec 2011 05:55 PM PST

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi tidak menyelam bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kapal selam KD Tun Razak di Langkawi pada Jumaat lalu walau pun telah berjanji untuk berbuat demikian.

Sebaliknya seorang blogger pro-UMNO yang tidak ada kena-mengena dengan kapal selam Scorpene buatan Perancis itu yang selama ini gagal untuk menyelam telah diberi keistimewaan untuk menaikinya bersama rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya dimaklumkan bahawa tiada blogger yang dibawa bersama (untuk menyelam dalam kapal selam). Pada awalnya, blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama tetapi saya telah membantah kerana saya tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak kecil, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelaki saya berusia 15 tahun kononnya mencabuli rakan sekelasnya.


"Saya tidak pernah berjumpa Papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama. Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa beliau tidak menipu saya dan juga pihak media," kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Kehadiran seorang blogger pro-UMNO yang tidak memegang sebarang jawatan awam atau berkhidmat dengan mana-mana media yang disahkan oleh kerajaan dalam sebuah kapal selam menimbulkan persoalan tentang jaminan keselamatan negara dan rahsia kententeraan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kehadiran Papagomo di dalam KD Tun Razak membuktikan Zahid adalah seorang pembohong kerana telah menjanjikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa tidak akan ada blogger dalam kapal selam itu.

Katanya, laporan dalam blog Papagomo yang disertakan dengan gambar-gambarnya jelas menunjukkan bahawa Zahid bukan sahaja manusia yang tidak boleh dipercayai tetapi juga mencerminkan bahawa Papagomo adalah "pecacai istimewa UMNO dan penasihat khas" kepada Zahid kerana dibenarkan berada di dalam kapal selam itu yang penuh dengan rahsia ketenteraan negara.

Beliau juga menjelaskan Zahid telah banyak kali menipu, termasuk terhadap beliau sendiri (Pua) awal tahun ini di mana Zahid menuduh Pua ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di Singapura yang menyebabkan Pua tidak layak menjadi Ahli Parlimen di negara itu.

Menurutnya, Zahid membuat tuduhan tidak masuk akal di mana Pua didakwa mempunyai kabel politik dengan kerajaan Singapura yang membolehkan Pua dibebaskan untuk kembali ke Malaysia bagi bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

"Cerita merapu yang tak masuk akal itu hanya boleh dicipta oleh blogger yang banyak berkhayal, yang juga telah memulakan fitnah besar terhadap anak Lim Guan Eng yang kononnya berpindah sekolah kerana melakukan kesalahan seksual dan menuduh Guan Eng pula membayar wang untuk menutup kes itu.

"Telah dibuktikan bahawa Papagomo dan konco-konconya telah membuat tuduhan palsu," ujarnya.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, Papagomo sebagai orang penting dalam kumpulan Zahid sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan, telah menyalahgunakan kuasanya.

Menurutnya, Zahid sebagai Menteri Pertahanan perlu menjelaskan kepada rakyat segala pembohongannya dan hubungan intimnya dengan salah seorang blogger UMNO yang paling dibenci kerana suka membuat fitnah.

Pua turut menjelaskan bahawa kritikan Zaid terhadapnya kerana tidak menyelam bersama adalah tidak adil kerana beliau berada di luar negara minggu lalu, sedangkan Zahid juga tidak menyelam dengan kapal selam itu atas alasan kesibukan tugas, walau pun beliau berada di Langkawi pada masa itu.

Semalam, Guan Eng menjelaskan bahawa walau pun kapal selam itu boleh menyelam pada Jumaat lalu, ia tidak dapat menyembunyikan dua hakikat, iaitu:

* Kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahan kepada kerajaan Malaysia; dan

* Berbaloikah wang rakyat RM3.68 bilion dibelanjakan untuk membeli dua kapal selam dari negara asing itu.

Menurutnya, rakyat tidak seharusnya percaya dengan laporan media yang dikuasai BN yang telah diputar belit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Saya juga ingin mengulangi soalan saya sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau 'komisyen' kepada Perimekar Sdn Bhd. (Menteri Pertahanan ) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru.

"Hakikatnya, apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, dia akan membawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan memohon digantikan dengan yang baru.

"Bagaimanapun, Zahid enggan menerima cadangan saya dan mencabar saya untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan. Saya dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya. Sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal tidak pula dimaklumkan," katanya.

Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah mempertikaikan profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut Malaysia, termasuk pasukan kapal selam negara.

Katanya, apa yang tidak menggembirakan rakyat ialah harga dan proses pembelian kapal selam itu kerana Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia hanya mahukan yang terbaik untuk TLDM dan tidak pernah mempersoalkan khidmat cemerlang mereka.

Menurutnya, penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion, termasuk pembelian dan penyelenggaraan dua kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod atau pun pengalaman dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

"Kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti," ujarnya. –

Roketkini.com

4 Jam Sebelum Ceramah MAT SABU Di Muar

Posted: 11 Dec 2011 05:17 AM PST

Kawasan tapak ceramah pada malam ini yang di pagar pita keselamatan.

Bagaikan medan perang. Itu sahaja perkataan yang layak disebut ketika berkunjung ke tapak ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang akan diadakan pada malam ini di Kampung Parit No 3, Jalan Yusof, Mukim Sungai Balang, di sini.

Sebelum ini beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011.


Memetik kenyataan SAMM Johor, di atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, kami menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri.


Para peniaga tidak mahu melepaskan kesempatan untuk berniaga, menjangkakan kehadiran pengunjung yang ramai pada malam ini. Walaupun terpaksa memasang khemah di sebalik kain rentang yang menentang kehadiran Mohamad Sabu.


Kain rentang yang menetang keras kehadiran Mohamad Sabu malam ini tenggelam disebalik deretan kedai yang bersedia untuk berniaga.


Sedia maklum dalam beberapa siri ceramah Mohamad Sabu di Negeri Johor sebelum ini telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun oleh sekumpulan anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru UMNO/BN untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda. Sdr Zainudin sendiri mengesahkan kumpulan yang sama ini akan datang lagi pada malam ini untuk menghantar memorendum bantahan.

Sdr Zainudin (baju merah) mengesahkan kumpulan yang menentang kehadiran Mohamad Sabu akan datang pada malam ini untuk menghantar memorendum.


Keris bersilang yang sinonim sebagai logo UMNO dihadapan rumah Sdr Zainudin menjadi kenang-kenangan apabila Sdr Zainudin yang merupakan ahli UMNO Muar telah meninggalkannya. Inilah antara punca mengapa program malam ini cuba digagalkan oleh UMNO.


Berdasarkan pemerhatian sehingga jam 4.00 petang tadi, kawasan tapak ceramah yang akan diadakan di rumah Sdr Zainudin Sayuti. Kawasan rumah tersebut telah berpagar dengan tali keselamatan merah putih. Betul-betul dihadapan rumah beliau, kain rentang membantah kehadiran Mohamad Sabu telah dipasang. Bagaimanapun ia tidak menggusarkan para peniaga untuk memasang khemah dan berniaga kerana menjangkakan kehadiran orang yang ramai pada malam ini.

Difahamkan juga, antara punca ketakutan UMNO/BN Johor untuk menghalang program ceramah pada malam ini adalah kerana Sdr Zainudin merupakan bekas seorang ahli UMNO yang berpengaruh sebelum ini di kawasan ini. Apabila kubu UMNO di Johor semakin retak dan roboh, ia menjadi isyarat jelas betapa UMNO semakin tidak popular di Johor umumnya, lebih-lebih lagi di Muar khususnya. Sudah tentu apabila program ceramah ini berjaya diadakan pada malam ini, ia turut memberikan tamparan kepada kawasan kuat Ahli Parlimen Muar ketika ini, Razali Ibrahim. Gelombang ABU -Asal Bukan Umno sudah pun tiba di kawasan Razali Ibrahim.

Bukan menjadi rahsia lagi bagi Razali Ibrahim, apabila beliau sendiri semakin ditolak di Muar oleh penyokong dan ahli UMNO Muar sendiri di atas pentadbiran buruknya di kawasan Muar. Tanyalah sendiri kepada penyokong-penyokong tegar Razali Ibrahim yang terdiri daripada golongan peniaga di Stesen Bas Muar sebelum ini. Jika Razali Ibrahim singgah di kawasan peniaga di sana, nescaya beliau akan dihamun kerana tidak melunaskan janji untuk mendirikan khemah kepada peniaga yang dijanjikannya sejak 3 tahun dahulu. Razali sudah tidak popular lagi di Muar. Malah sudah ada cakap-cakap dari ahli UMNO Muar sendiri, Razali tidak akan lagi bertanding di Muar pada PRU-13 kerana merasakan bahang kekalahannya itu.

Lantaran itu, program malam ini yang bakal berlangsung di kawasan Razali Ibrahim sendiri menjadi titik tolak kepada jatuh bangun Razali Ibrahim selepas ini. Jika program malam ini berjaya digagalkan, sekurang-kurangnya tidaklah malu dan jatuh air muka Razali Ibrahim jika pulang ke Muar sekali sekala nanti.

Dipetik dari - Pulakdah

Gugur Hasan Ali hanya fitnah Utusan

Posted: 11 Dec 2011 04:10 AM PST

SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.


"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.

Tiada ulasan: