Era Pasca |
- Panas!! Taib Mahmud - Najib Bermasalah..??
- Bik Mama Merestui Papa Gomo ???
- Layakkah 'Warga Penyu' TERIMA BR1M..??
- Panas!! Akhirnya Tembelang Taib Mahmud Pecah..!!
- Isu Lembu Pun Melayu Diam, Isu Hukum Islam Dihina Pun Masih Diam?
- Semenjak bila Utusan jadi jurucakap PAS Selangor?
- Hudud: Soi Lek diberi amaran keras..!!
Panas!! Taib Mahmud - Najib Bermasalah..?? Posted: 11 Dec 2011 11:47 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar MUNGKIN saya terlepas pandang tetapi sejauh ingatan saya serta pembacaan saya, selepas berlangsung pilihan raya umum Sarawak pertengahan tahun lalu, tidak ternampak oleh saya di mana-mana media massa baik eletronik ataupun cetak akan gambar Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dengan Ha Najib Razak. Saya rasa semasa kempen di Sarawak itulah, terakhir kali mereka duduk dekat di atas satu pentas dan gambar mereka dirakam. Semasa perhimpunan agung Umno dua minggu lepas juga tidak ada dalam surat khabar memaparkan gambar mereka berdua dalam keadaan menyenangkan. Mungkin tidak ada celah untuk Taib menempel dirinya dengan Najib. Maklumlah perhimpunan itu sibuk dan orang ramai. Taib pula dalam usia tua begitu tidak larak untuk mengejar Najib semata-mata untuk diambil gambar dengan anak Tun Razak yang menjadi kawannya itu. Bagaimana pun semalam, ketika Najib merasmikan kongres SUPP di Sarawak adalah waktu terbaik kalau Taib Mahmud ingin bergambar dengan Najib. Dia sebagai Ketua Menteri Sarawak dan pengerusi BN adalah orang penting. Sudah tentu tempatnya akan diletakkan sebelah dengan Najib. Tetapi dalam pemerhatian saya di beberapa laporan media massa termasuk penjilat buntut kerajaan, tiada gambar Taib Mahmud bersama Najib dan beliau dilaporkan tidak hadir. Apa disebut Abang Johari Openg telah hadir sebagai mewakili Ketua Menteri. Ini menjadi persoalan. Apakah Taib Mahmud sakit dan tidak dapat hadir? Tidak terdengar pula yang Taib sakit atau dimasukkan ke mana-mana hospital. Jadi ini bermakna Taib tidak pergi dan berada di rumah. Ketiadaan Taib ini bukan sesuatu yang agar serisu kerana pada saat pilihan raya umum menjelang tiba sepatutnya semua pemimpin komponen menunjukkan kesepaduan dalam apa juga keadaan. Perkembangan ini memberi alamat tidak baik kepada BN Sarawak, khususnya hubungan perdana menteri dengan ketua menteri Sarawak. Apakah sesuatu yang mengilankan Taib Mahmud atas perbuatan Najib belum sendik lagi? Masa pilihan raya Sarawak lalu Najib dikatakan telah memberi signal agar Taib tidak lagi dilantik menjadi ketua menteri Sarawak kerana beliau (Taib) dikatakan sudah menjadi liabiliti kepada BN Sarawak. Usul atau modal politik untuk menarik pengundi itu dikatakan tidak disenangi oleh Taib. Taib dikatakan sampai menyebut dan melarang supaya orang Semenanjung tidak menjadi penentu kepada politik Sarawak. Kata-kata itu ditafsirkan oleh pemerhati sebagai kritikan dan sindiran Taib kepada Najib yang beriya mahu beliau berundur selepas pilihan raya itu. Semalam apabila Taib tidak hadir pada majlis mesyuarat SUPP itu sedikit sebanyak Najib tentu terasa dan dapat merasai apa yang sedang bergelora di dalam jiwa Taib terhadapnya. Suasana ini bakal tidak menyelesakan Najib. Najib faham Sarawak adalah simpanan tetap untuk BN. Apa yang boleh dibimbangkan, apakah kalau tiba-tiba Taib mengeluarkan simpanan tetap untuk BN itu dan melabur ke dalam bank lain inilah yang menggeletarkan Najib. Semasa saya ke Sarawak baru-baru ini sudah ada terdengar desas desus dan cerita yang hubungan Kuching dengan Kuala Lumpur dingin. Seorang veteran PBB ketika minum di sebuah gerai berhampiran masjid menyatakan di tengah kota bandaraya Kuching berkata kedinginan hubungan Kuching dengan Kuala Lumpur ini sudah bukan rahsia lagi. "Taib dikatakan sungguh marah dengan hasrat Najib agar beliau tidak lagi dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak... inilah puncanya...." kata veteran berkenaan. Menurut beliau perlantikan semula Abang Mohamad Salahhudin Abang Barieng sebagai TYT menunjukkan jelas yang Taib tidak akur atas perubahan dan transformasi politik Sarawak seperti mana dikehendaki Najib Razak. Mulanya Taib dijangka akan memang jawatan TYT selepas perkhdimatan Mohammad Salahuddin tidak disambung. Dengan perlantikan untuk tempoh dua tahun lagi itu bermakna Kucihing telah menolak formula politik Kuala Lumpur yang mahukan Taib berundur dan Taib masil kekal untuk terus bersibuk dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Suasana ini seperti apa disebut veteran itu tidak memberi kebaikan kepada BN Sarawak. Kalau isu 'sengketaan' Najib - Taib ini tidak diselesaikan kemungkinan kedudukan wang simpanan untuk BN di Sarawak akan terjejas. Bagaimana pun mengenai ketidakhadiran Taib di majlis SUPP itu bukan menjadi satu signal jelas untuk bersangka baik kepada BN. Hendaknya esok media massa akan menyiarkan akan pertemuan Najib dengan Taib di Sarawak semmpena kunjungan itu. Kalau Najib ada bertemu dengan Taib bermakna kebimbangan dan salah penelitian saya ini meleset. |
Bik Mama Merestui Papa Gomo ??? Posted: 11 Dec 2011 09:45 PM PST Apakah ada hubungan tertentu anatara pentadbir tertinggi negara dengan blogger lucah ? Kata papagomo beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara. Adakah anda mengenali gerangan pengendali blog papagomo.com yang menggunakan nama samaran Papa Gomo ini? Apakah kedudukan beliau dalam carta hirarki pentadbiran negara atau pun pasukan keselamatan negara? Mungkin ada diantara kita cuma pernah mendengar nama samarannya sahaja, tidak pernah pun mengetahui nama sebenar beliau dan juga tidak pernah menatap wajah sebenar si pemilik gelaran Papa Gomo ini. Bagaimanapun ada satu perkara yang rakyat Malaysia harus tahu mengenai lelaki ini, iaitu kedaulatan, maruah dan keselamatan negara anda terletak di dalam tangan beliau. Dalam entri blog beliau dengan jelas memberitahu bahawa beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara. Maklumat sulit "Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia. "Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara. "Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan ketenteraan negara. "Namun yang pasti harga kapal selam yang dibeli kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi skop-skop kepentingan startegik buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan. "Malah TLDM juga menyimpan segala maklumat sulit berkaitan kapal selam Scorpene ini," demikian menurut entri bertajuk 'Guan Eng Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal KD Tun Razak' dalam blognya. Jelas apa yang ditulisnya itu menggambarkan beliau telah mengetahui beberapa rahsia berkaitan kapal selam Scorpene milik negara itu. Siapakah Papa Gomo ini? Adakah beliau merupakan orang yang penting dalam negara ini atau seorang pegawai tinggi angkatan tentera? Kedaulatan, maruah negara terancam Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir- anasir luar. Bagaimana sekiranya Papa Gomo ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu? Perkara begini tidaklah mustahil akan berlaku apabila sikap tamak manusia akan menyebabkan seseorang mudah gelap mata dan tidak teragak-agak menjual maruah dan kedaulatan negara dengan bayaran lumayan. Atau, bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya? Sanggupkah anda, tanpa mengira anutan ugama, bangsa dan idealogi politik anda membiarkan maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan seorang manusia yang menggelarkan dirinya sebagai Papa Gomo ini? Oleh itu, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kehadiran blogger terbabit dan termasuklah wartawan dari TV3 dan Bernama di dalam kapal selam Scorpene disiasat amat bertepatan sekali. Meskipun blogger terbabit tidak turut berlayar, tetapi beliau telah berada di kapal selam itu selama lima jam dan telah bertanyakan pelbagai soalan kepada kru-kru kapal selam terbabit. Laporan- FMT |
Layakkah 'Warga Penyu' TERIMA BR1M..?? Posted: 11 Dec 2011 08:40 PM PST Oleh JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN KERAJAAN Persekutuan dan kerajaan Negeri Sabah disaran menyatakan pendirian sama ada 'Warga Penyu' iaitu PATI yang mendapat kad pengenalan projek melalui OPS Gembleng atau Modus Operandi PKBS (Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu) layak disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi untuk memberi peringatan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah agar mengecualikan 'Warga Penyu' ini dalam apa juga bantuan Kerajaan kerana kehadiran mereka secara tidak sah di Negara ini menyebabkan rakyat Malaysia terutama di Sabah marah kepada Kerajaan Barisan Nasional. Berdasarkan pengakuan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman di Dewan Rakyat baru-baru ini, seramai 428,144 orang asing telah diberi Kerakyatan Malaysia melalui Perkara 16, Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan sehingga 15 Oktober 2011, namun kata Patrick jumlah tersebut bercanggah dengan jawapannya sebelum ini iaitu 1,365,027 orang. Jika 50 % daripada 'Warga Penyu' ini berpendapatan di bawah RM3,000; maka Kerajaan terpaksa membocorkan berpuluh juta dana awam untuk Program BR1M kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi mempunyai pendapatan besar tidak berekod daripada aktiviti haram seperti penyeludupan dan pengedaran barangan belum dibayar cukai. "Memang kita kesal jika mereka (Warga Penyu) layak menerima BR1M disebabkan wang tersebut akan mengalir keluar ke negara asal mereka iaitu Filipina, Indonesia, Pakistan dan India," tegas Patrick yang kesal kerana kerajaan Persekutuan berdolak dalih berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung kerakyatan songsang di Sabah. Kata Patrick, berdasarkan buku '007-Lelaki Malaysia Terakhir' yang ditulis Mutalib M.D, seramai 322,903 orang warga asing Indonesia, Filipina, India dan Pakistan telah diberikan kad pengenalan projek melalui peruntukan nombor kad pengenalan biru yang sirinya bermula daripada H 0288001 hingga H0384000; H 0480001 hingga H0576000; H 0609601 hingga H0610000; H 0658001 hingga H0658200; H 0658401 hingga H0659000 dan H 0666001 hingga H0666400. "Jumlah ini bertambah ramai kerana mereka beranak pinak dan kerajaan sudah hilang jejak terhadap mereka kerana ramai di antara mereka mendapat MyKad yang berkod 12, 49 sekalipun dilahirkan di Filipina atau Indonesia; ataupun dilahirkan di sabah ketika ibu bapa mereka masih memegang kerakyatan asing atau tidak langsung mempunyai dokumen," ujar Patrick yang mendesak Kerajaan Negeri membuat pendirian tegas menghalang mereka ini menikmati kemakmuran negeri ini setelah mendapat kad pengenalan melalui jalan songsang. Kelmarin, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Sri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan sekitar 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tanggungan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program e-Kasih. Dalam perkembangan lain, Patrick memaklumkan sesiapa yang ingin menurunkan tandatangan Kempen Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia boleh menghubungi melalui talian 0198117369 atau menurunkan komen di Sabahkini.net. |
Panas!! Akhirnya Tembelang Taib Mahmud Pecah..!! Posted: 11 Dec 2011 06:30 PM PST Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pernah membesar-besarkan dasar perdagangan sebagai mana dikeluarkan oleh kumpulan Oxford Business Group. Laman web Ketua Menteri sendiri juga dengan angkuhnya mengakui para editor dari Oxford Business Group itu melaporkan kenyataan mengenai perdagangan secara terperinci bagi negeri Sarawak. Namun editor laporan yang dipertanggungjawab mereka-reka laporan itu adalah merupakan seorang editor majalah lucah, The Daily Sport yang pernah dibuang kerja pada awal tahun ini. Peter Grimsditch juga pernah dilucutkan dari jawatannya setelah pelancaran berita sukan 'Porn King' yang mengaitkan David Sullivan dalam tahun 1988. Taib telah melancarkan suatu laporan 'Country Report' yang dikarang oleh OBG dalam bulan Oktober tahun ini di hotel Pullman, dan acara tersebut tidak sekalipun mendatangkan apa kesan yang ketara terhadap ekonomi negeri itu. 'The Report Sarawak' telah dilancarkan bagaikan suatu laporan yang berobjektif dan telah menerima pujian daripada para hadirin. Kami juga ingin menjemput para hadirin untuk menilai siasatan kami supaya mereka akan mendapat maklumat yang seimbang. Najib dan juga para menteri perdagangannya telah bersetuju dengan perkara-perkara yang dibesar-besarkan oleh kumpulan OBG itu, terutamanya pendapat yang dikeluarkan oleh seorang pegawainya ketika ditemubual oleh agensi berita Bernama mengenai perdagangan makro Malaysia, seolah-olah pegawai OBG tersebut terlalu arif dalam bidangnya. Sebagai contoh, Pengurus Rantau bagi OBG, Daniel Moore yang masih muda mentah itu ketika ditanya Bernama sempena pembentangan belanjawan Malaysia baru-baru ini didengar memuji-muji Model Ekonomi Baru Malaysia. Pada suatu kenyataan Moore juga didengar seolah-olah menyejukkan hati Najib dengan mengatakan Malaysia harus menyokong perkembangan pelancongan, perbankan Islam dan juga barang-barang halal. 'The Report Sarawak 2011' mengandungi temubual dengan kroni dan ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sahaja! Mereka itu termasuk Taib sendiri, rakan niaga dan sepupunya sendiri, Hamed Sepawi, iparnya sendiri Robert Geneid, Jabu, Masing, Awang Tengah, pembantu perniagaannya Richard Curtis dari syarikatnya CMS, Pengurus Sarawak Energy Berhad Torstein Dale Sjotveit. Setakat ini kata pujia-pujian yang dikeluarkan oleh kumpulan OBG tidak menampakkan hasil yang ketara dalam soal perdagangan di Sarawak. Kumpulan itu hanya didengar mengulang-ulang perkara yang lama dan lapuk sahaja. Sekumpulan penyiasat kami dari Sarawak Report pernah menjalankan siasatan ke atas ibu pejabat Oxford Business Group yang mendakwa diri mereka telah mengeluarkan banyak laporan sejak 1994. Kumpulan ini tiada kaitan langsung dengan daerah Oxford atau pun Universiti Oxford yang terkemuka itu. Para penyiasat kami pula mendapati kumpulan OBG tidak memiliki ruang atau bangunan pejabat, walaupun para pekerja OBG sekali-sekala kelihatan keluar-masuk ke tempat itu. Pengasas OBG, Michael Benson-Colpi didapati memiliki beberapa buah syarikat, termasuk St James Partnership, yang kini telah dibubarkan, Oxford Business Group (Reports) Limited, OBG Reports Limited, Oxford Business Group (London) Limited enggau Oxford Business Associates LLP, kesemuanya diwujudkannya dalam tahun 2010. Dalam Country Report yang dikeluarkanya, kata-kata pujian sememangnya dihalakan kepada negara-negara yang sedang membangun walaupun dasar laporannya tidak telus. Dia hanya boleh diterima oleh perniagaannya sendiri, tetapi rakyat Malaysia dan Sarawak harus sedar bahawa dia sebenarnya telah diperalatkan oleh Taib dan Najib bagi kepentingan PR mereka, dan bukannya secara jujur memberikan penilaian perdagangan negeri itu. ~sarawakreport |
Isu Lembu Pun Melayu Diam, Isu Hukum Islam Dihina Pun Masih Diam? Posted: 11 Dec 2011 05:20 PM PST Oleh WFAUZDIN NS KALAU dalam isu Feedlot (NFC) yang mengisahkan kisah perniagaan lembu yang rugi kemudiannya dapat pinjaman pula seterusnya dibeli kondomunium, kereta mewah dan tanah, jika masih ada lagi orang-orang Melayu yang `spesis lembu' menyokong Umno, maka lebih baik jangan mengaku Melayu. Aku orang Melayu, terasa malu dengan Melayu yang begitu mudah `dilembu'kan terutama Melayu-Melayu yang berkumpul di `PLACE WHERE TALKING COW' (PWTC) baru-baru ini. Bagaimana akal mereka boleh terima seorang pemimpin wanita Melayu yang berkata NFC tiada kena-mengena dengannya sedangkan bos syarikat yang terlibat itu suaminya? Suaminya Melayu, maka berhak mendapat keistimewaan tersebut? Tiada Melayu lainkah yang layak selain dari suami menteri ini? Sudahlah begitu, projek gagal pula kemudian disalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan syarikat sendiri. Masih mahu jadi lembu ke mahu percaya dan sokong? Itu baru satu kes. Terbaru pula, bagaimana dikatakan Noh Omar pemimpin Umno disebut sebagai dalang yang terlibat di dalam penerbitan video menghina hukum Islam. Aku tidak pasti, Noh Omar itu Islam atau tidak, tetapi apa yang kita tahu Karpal Singh yang jelas nyata Non-Muslim itu pun belum pernah terbitkan video menghina hukum Hudud walaupun beliau masih belum menerima hukum Islam tersebut. Aku malas mahu tulis banyak di dalam isu ini, pembaca boleh baca dan tonton video apa yang dikongsikan oleh rakan kita di SINI (Klik) untuk mengetahui siapakah UMNO itu sebenarnya. |
Semenjak bila Utusan jadi jurucakap PAS Selangor? Posted: 11 Dec 2011 04:15 PM PST Pemimpin datang......pemimpin pergi.....itu adalah fenomena biasa dalam politik.....yang pentingnya dasar perjuangan jangan berubah seperti berubahnya pimpinan. Pendekatan...metodologi.....approach dalam perjuangan boleh berubah mengikut kehendak setempat tapi dasar perjuangan biarlah kukuh bertapak tidak berganjak. Tujuan posting dibuat bukan untuk membela atau menyokong tindakan ke atas Datuk Hassan Ali tetapi mempersoalkan bagaimana tajuk akhbar pencacai itu boleh berbunyi "Hassan Ali digugur"......konotasi sebegitu memberi gambaran seolah-olah ia sudah pasti. Jika Utusan membuat spekulasi sudah tentu tajuk itu akan mempunyai tanda soal (?) di belakang "Hassan Ali digugur".....ini bermakana tajuk berita itu seolah-olah sudah pasti dan sudah mendapat pengesahan dari PAS Selangor tentang pengguguran Datuk Hassan Ali itu. Bagaiamana mungkin Utusan boleh mendapat berita sesahih itu dari blogger pencacai Umno hatta dari blogger pencacai PAS atau pencacai yang self-proclaimed penyokong Pakatan Rakyat? Jadi saya merasakan ada permainan wayang dari segelitir atau beberapa kerat dalam PAS Selangor sendiri yang membocorkan rahsia parti kepada akhbar pencacai. Jika senarai calon wakil PAS yang akan bertanding dalam PRU13 nanti sudah diputuskan oleh PAS Selangor, ia seharusnya menjadi rahsia parti sehingga mendapat pengesahan oleh PAS Pusat. Maka amatlah tidak beretika dan amat malang sekali jika ini berlaku. Ahli PAS Selangor seharusnya faham mainan politik Umno......batang tubuh Hassan Ali tidak penting.....yang penting ialah kelangsungan PAS di Selangor. Umno menggunakan ke'kontroversi'an Hassan Ali untuk mengadu domba sehingga PAS Selangor berpecah. Umno menggunakan nama Hassan Ali kononnya layak menjadi jambatan perpaduan di antara Umno dengan PAS dan apabila Umno melihat kurang berjaya maka sekali lagi Umno menggunakan kononnya Hassan Ali digugurkan dari PRU13 dan ini nampak semacam berjaya kerana ada blogger PAS yang termakan sumpitan-racun Umno ini sehingga menghina Datuk Hassan Ali. Selaku pendokong Gerakan Islam seperti PAS, biarlah kita meraikan kemasukkan seseorang ke dalam PAS dan dalam masa yang sama kita melepaskan seseorang yang akan digugurkan dengan penuh hormat dan mengenangkan jasa-jasa mereka, bukan dengan herdik dan cacian kerana perbuatan itu adalah saling tak tumpah seperti Umno. al-brangionline: PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur sebagai calon PRU-13 SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini. "Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon. "Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon," kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini. Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum. Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat. Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti. Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan. Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan. Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu. Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan. Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari. "Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian)," kata beliau. Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat. "Masih di peringkat akhir perbincangan," katanya lagi.TMI |
Hudud: Soi Lek diberi amaran keras..!! Posted: 11 Dec 2011 06:18 AM PST Sebelum itu, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar mengucapkan 'tahniah' kepada Umno kerana memberi lesen dan permit kepada 'anak angkat' mereka, Soi Lek untuk terus mencerca Islam. Kata-kata sinis tetapi cukup tegas itu ditujukan oleh ahli parlimen Pokok Sena itu kepada Umno yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang 'sepi tanpa suara' apabila Islam diperlekehkan oleh rakan sekutunya dari MCA. Wira Perkasa Malaysia memberi amaran keras kepada MCA dan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar)serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti dari menghina Islam dan hukum hudud. "Biar isu hudud di tentukan oleh orang Islam sendiri. MCA jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai Tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama kamu," tegas ketuanya Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan media hari ini. "Tolong jangan campur urusan Islam. Soi Lek, jangan kamu "menjadi duri dalam daging", "gunting dalam lipatan". Parti MCA ini telah gagal pada Pilihan Raya Umum ke 12 tempoh hari, sepatutnya kembalikan kepercayaan kaum kamu. "Kepimpinan Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan yang menghina Islam," katanya. Ujar beliau, "harus di ingat Perkasa mempunyai pengundi-pengundi di seluruh pelusuk negara, kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU yang akan datang." |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan