MiLo SuaM |
- Parti-parti komunis dijemput ke Perhimpunan Agong Umno 2011
- England, Switzerland, dan Jerman sedang siasat Taib Mahmud
- Syella Kamaruddin nafi kahwin dengan Musa Hassan
Parti-parti komunis dijemput ke Perhimpunan Agong Umno 2011 Posted: 03 Dec 2011 05:00 PM PST TENTU anda masih ingat bagaimana Timbalan Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS diserang pagi petang siang dan malam hanya kerana sepotong ayat "Mat Indera hero sebenar...". Media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin memutar belitkan cerita pagi petang siang malam kononnya Mat Sabu menyokong komunis. Perkasa dan Umno pula membuat laporan Polis beramai-ramai untuk menghangatkan lagi cerita ini. Macam-macam jenis orang ditemubual untuk memburuk-burukkan Mat Sabu yang kononnya menyokong komunis. Sifirnya mudah, isu kecil ini sengaja dijadikan isu nasional supaya orang kampung ayam itik lembu dan kambeng dapat diperbodohkan. Mereka mahu ayam itek lembu dan kambeng benci dengan Mat Sabu. Tapi rupa-rupanya mereka buat perkara yang lebih dahsyat dari itu. Mereka siap jemput parti-parti komunis dari China dan Cuba ke Perhimpunan Agong Umno 2011 [Utusan]. Ini namanya kerja orang gila! Hanya kerana sebaris ayat "Mat Indera hero sebenar...", beratus-ratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Dalam hal ini, kenapa Umno dan Perkasa tak report polis? ReJaM© "Ini namanya muncung berkokok, ekor bergelumang tahi..." |
England, Switzerland, dan Jerman sedang siasat Taib Mahmud Posted: 03 Dec 2011 02:00 PM PST SEBUAH portal berita berpengaruh Kanada, Global News melaporkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud kini sedang disiasat oleh tiga negara, England, Switzerland dan Jerman. Taib Mahmud disiasat berhubung dakwaan mengaut keuntungan daripada hasil pembalakan, mengakibatkan penyusutan teruk hutan-hutan di Sarawak yang dikatakan sebagai antara hutan hujan terpenting di dunia [Global News]. Portal berkenaan turut mendakwa bahawa hasil balak tersebut turut mengalir ke Kanada melalui anak perempuan Taib, Jamilah yang tinggal di negara tersebut. Jamilah merupakan boss sebuah syarikat hartanah, Sakto yang membina empayar jutaan dollar di Ottawa, Kanada. Pihak berkuasa Kanada turut dihubungi agar menyiasat syarikat tersebut oleh sekumpulan aktivis Kanada. Orang Iban di Sarawak masih ramai yang tak dapat elektrik dan bekalan air. Anak menteri bermewah-mewahan di Kanada "bantai" hasil balak Negeri Sarawak. ReJaM© "Balak Sarawak sudah jadi harta Taib Mahmud dan keluarga..." |
Syella Kamaruddin nafi kahwin dengan Musa Hassan Posted: 03 Dec 2011 08:11 AM PST LAPORAN harian metro beberapa hari lalu, menamatkan kontroversi yang tercetus berhubung perkahwinan seorang artis yang didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan "Suami saya bukan VVIP", itulah yang diluahkan oleh Syella berhubung gossip yang tercetus di internet gara-gara beliau enggan mendedahkan siapa lelaki yang dikahwininya dan didakwa menelan belanja sehingga RM15 juta. Syella Kamaruddin, yang pernah popular suatu masa dahulu dengan lagu "menangis dalam hujan" itu bagaimanapun tetap enggan mendedahkan nama suaminya sebagai menghormati permintaan suami. Tan Sri Musa Hassan dilihat turut menafikan gossip tersebut. Beliau berkata "jika benar perkahwinan itu menelan belanja sehingga RM15 juta, saya pun mahu miliki duit sebanyak itu" seperti yang dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris The Star. Difahamkan, gosip itu tercetus kerana wajah lelaki yang mengahwini Syella hampir menyamai wajah bekas ketua polis negara. Tabahan pula gambar-gambar yang tersiar di pelbagai blog sengaja dihitamkan bahagian wajah sebagai menghormati permintaan suami Syella. Gossip tersebut dikesan mula disiarkan di pelbagai blog-blog hiburan dan menjadi perbualan hangat di pelbagai laman sosial terutamanya Facebook. Sumber: [Free Malays] |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan