Ahad, 4 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kan Dah Cakap.. Ulama Ni Syok Sendiri Saja... Kesian...

Posted: 04 Dec 2011 12:52 AM PST

Niat nak bodek kot-kot dapat jadi calon PRU13 nanti.. Tapi hampeh bila presiden sendiri muak nak dengar.. hehehe


Kesian dengan ULAMA UMNO nie bila perbahasannya tentang usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC yang penuh dengan 'semangat' hanya didengari oleh sebahagian kecil sahaja perwakilan Umporno termasuklah presidennye sendiri Haji Najib yang terus kelihatan keluar dewan sewaktu saat-saat permulaan perbahasan bermula.

Nak buat macamana orang Umporno nie memang hati dah jauh sangat dengan agama Allah... rasa panas bontot je bile dengan usul agama...






Sumber di sini

Bai'ah Umno: Daripada tiru, baik sertai PAS terus

Posted: 04 Dec 2011 12:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Tindakan Umno yang mahu kepimpinan parti itu mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli sendiri, membuktikan mereka mengakui cara yang digunakan PAS.

Ahli Parlimen PAS Baling, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.

"Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya.

"Usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan. Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan yang dilakukan oleh PAS.


"Oleh sebab itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sewaktu perbahasan usul di Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.

Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan.

Tegasnya, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah.

"Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran...kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar.

"Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya yang merupakan bekas imam Masjid Negara.

Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya.

"Inilah salah satu bukti yang boleh dilihat oleh masyarakat...dari segi spiritnya, politik Umno sudah memang terkapai-kapai...jadi apa sahaja yang dia rasa dia boleh capai untuk jadikan tongkat nak selamatkan parti, dia akan guna.

"Takkanlah masyarakat nak terima orang yang pakai tongkat untuk memerintah?" katanya.

Sementara itu, menyentuh dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau berani dan sudah empat kali bersumpah berbanding Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersumpah, Taib berkata, Najib masih belum keluar daripada kejahilannya.

"Kalau itu yang Najib mainkan, maksudnya dia masih belum keluar daripada kejahilan dia...walaupun nasihat dan pandangan telah diberi oleh para ulama dan mufti tapi kalau dia main lagi isu itu maksudnya dia orang yang tak sudi keluar daripada kejahilan," katanya.

Najib sebelum ini bersumpah laknat bahawa beliau tidak mengenali dan tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia, Altantuyaa Sharibuu.

HarakahDaily

Guan Eng Jawab Fatwa Bodoh Umno

Posted: 03 Dec 2011 09:47 PM PST

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

"Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.


"Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

"Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.


"Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

"Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

"Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim.

Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

"Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

"Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela"

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:

negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.

dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.

negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.

negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.

negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.

mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.

menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

"kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Posted: 03 Dec 2011 07:25 PM PST

Berkat kewujudan DAP, Umno sepatutnya boleh congak dah berapa nak rembat lagi

Orang-orang Umno, para pemimpin Umno boleh ludah Quran, pijak Quran, kencing atas Quran, bakar Quran, berzina atas Quran, apa saja dan depa tetap akan menang. Mana boleh tak menang?! Mesti menang sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Orang-orang Umno, para pemimpin Umno boleh gadai tanah orang Melayu, lesapkan tanah rizab Melayu, rogol anak dara orang-orang Melayu depan mak bapak depa, apa saja dan depa tetap akan menang. Mana boleh tak menang?! Mesti menang sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Selagi DAP ada, Umno tetap perintah sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"


Walaupun kerusi majoriti Cina hanya kira-kira 46 kerusi sahaja dan itulah juga jumlah paling tinggi DAP boleh menang, parti itu tetap menjadi penyumbang terbesar kemenangan besar Umno dalam pilihan raya akan datang sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Walaupun pada zahirnya orang-orang Melayu (atau pseudo Malay yang menghina tok nenek depa sendiri dan menderhakai serta memperlekehkan ketetapan Allah yang menetapkan depa sebagai bangsa berkenaan dengan kelaku tak dak maruah mendakwa diri depa sebagai Melayu) dalam Umno memaki hamun DAP berkandaq-kandaq, dalam hati depa sangat berterima kasih kepada DAP sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Walaupun depa tak ambil colok dan sembah sakan-sakan gambar Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, para pemimpin Umno dan lembu kerbau depa bersyukur sangat kepada DAP kerana kewujudan parti itu sebab ramai Melayu takut "kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Mujurlah keyakinan diri Umno telah mati pucuk dan parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu terus meracau macam orang gila walaupun, dengan bantuan kewujudan DAP, mereka sepatutnya sudah boleh menghitung berapa banyak lagi harta negara depa nak rembat selepas menang pilihan raya ke 13 nanti.

Nanti sat, hampa ingat Umno ja yang salah apabila berjaya jadikan Melayu lembu feedlot depa dengan jampi "kalau Umno kalah, DAP perintah!"? Kita yang kontot dengan sifat fatanah untuk menghadapi penipuan Umno itu tak salah?

Kita lebih bersalah!

Pak Bakaq


Penulis Siber Pro- Pakatan Rakyat Mula Dipancing Umno

Posted: 03 Dec 2011 05:13 PM PST

Perhimpunan Agung Umno jelas membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. PRU13 dilihat akan menjadi ujian getir dan pahit bagi Umno. Ketakutan barisan pimpinannya akan kehilangan kuasa telah mencengkam hingga ke tulang temulangnya. Umno juga kelihatan kehilangan pendirian, malahan tergapai-gapai umpama orang sedang menghadapi saat-saat kelemasan.

Keputusan yang dibuat oleh barisan pimpinan Umno juga kini seringkali menjadi flip-flop..yakni berubah-ubah apabila mendapat tentangan rakyat. Mereka berusaha untuk tidak melaksanakan apa jua yang boleh memberi implikasi negatif...namun kerap kali ia keputusan yang mereka buat menjadi negatif juga kesannya.

Umno kini mulai mensasarkan pada penulis siber pro pakatan yang sememangnya tidak terbela oleh barisan pimpinan Pakatan sendiri. Pada 2008 Umno-BN tidak mempedulikan penulis media alternatif ini, lalu pada masa itu media blogging, khususnya dikuasai oleh blogger pro pakatan. Namun sejak akhir-akhir ini Umno-Bn semakin menguasai dunia media alternatif.

Menurut kajian, media alternatif akan menguasai 98 peratus dalam dunia penyebaran maklumat di Malaysia. Medium blog, FB dan twitter dilaporkan akan menjadi wadah terhebat dalam penyebaran maklumat. Ia akan menjadi ledakan mengatasi medium tradisi akhbar. Oleh kerana itu, Umno-BN membiayai kalangan penulis media alternatif pro Umno - BN untuk menjadi panglima perang siber mereka sepenuh masa ataupun setiap waktu

Dalam pada itu, blogger dan penulis siber pro Pakatan sekadar di pinggiran..menulis pada waktu lapang. Pakatan gagal mengenalpasti penulis siber pro pakatan untuk sekurang-kurangnya membiayai kos streamik dan memberi ruang pada mereka untuk menghadiri semua majlis pakatan rakyat. Pakatan Rakyat di empat negeri yang diperintah juga tidak memberi sedikitpun keistimewaan pada penulis siber yang pro pada mereka.

Kini, kuncu-kuncu Umno telah mulai mengenapasti penulis siber pro pakatan. Mereka sedang berusaha mendekati kalangan penulis pro pakatan rakyat ini. Adalah tidak mustahil penulis siber pro pakatan rakyat ini akan ditawarkan habuan lumayan agar reverse hasil penulisan masing-masing.

Khabarnya beberapa rakan penulis siber sudah dihimpit dengan janji manis.

Sumber - Penangdaily

Selama 54 Tahun Umno Perintah, Ini Yang Melayu Dapat??

Posted: 03 Dec 2011 03:26 PM PST


Inilah 54 tahun yang melayu dapat hasil pemerintahan umno.

Siapa yang rule malaysia selama 54 tahun neh? == umno.

Kaum apa? == melayu

Agama apa? == islam


Selepas 54 tahun neh bangsa apa yang makin merempat, terhakis hak2 mereka dan semakin tersepit? == orang melayu.

Agama apa yang semakin dibenci oleh bukan islam akibat amalan yang salah oleh pemerintahan negara? == islam

Jadi siapa yang menjadi mangsa selama 54 tahun neh? ==; orang islam + orang melayu.

Tapi siapa yang dipersalahkan dalam pwtc selama 5 hari neh? == PAS + PKR + DAP = PAKATAN RAKYAT.

Tapi yang pegang malaysia neh sapa? Sapaaa? Bukan pakatan rakyat. Mulut boleh berbicara apa sahaja. Boleh menipu macam2. Tapi bila kita selidik fakta dan data akhirnya kita akan sedar siapa sebenarnya yang sedang dan telah menipu. Boleh sahaja dia tipu manusia, tetapi dia tidak boleh tipu Allah swt. Tidak dulu. Tidak hari neh. Dan tidak akan sampai bila2.

Dipetik dari sini

UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU... semuanya AKU!

Posted: 03 Dec 2011 09:37 AM PST

Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah 'winnable candidate' dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.

Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.

Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka.


Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apa kah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya.

Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak.

Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara.

Se sebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap 'national unity' yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara.

Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya.

Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan.

Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana UMNO.

Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.

Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.

Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas.

Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.

Yang di sebut hanyalah AKU….AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai..AKU, yang boleh memerintah…semuanya AKU.

Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi.. I reckon all of them should go! AND they must go.

Dipeti dari - Aspan Alias

Mukhriz yang ‘tidak berotak’ mengeluarkan teori ‘kuasa asing’ lama ayahnya

Posted: 03 Dec 2011 04:38 AM PST

Timbalan Menteri Perdagangan Mukhriz Mahathir diserang bertubi-tubi selepas memberitahu kongres Umno bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bekerja dengan "kuasa-kuasa asing" bagi perlawanan di Malaysia.

"Mukhriz meracau tidak padan bagi seorang timbalan menteri. Beliau seolah-olah mengikut tabiat bapanya untuk menimbulkan dalam fikiran komplot tidak masuk akal dan tidak wujud. Beliau tidak mendatangkan sebarang bukti bagi membuktikan fitnah beliau terhadap Pakatan Rakyat," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.


"Seperti bapanya, dia adalah pembohong yang jelas. Malah, parti Umno adalah satu ancaman kepada kebebasan semua rakyat Malaysia dan merompak sumber Negara melalui rasuah dan kronisme. Umno adalah seperti kanser yang melemahkan dan perlahan-lahan membunuh negara ini. Mereka mesti dihentikan. "

Bayang pucat

Memanggil Anwar "terdesak", Mukhriz menuduh pembangkang menggunakan demonstrasi jalanan untuk bersubahat terhadap BN. Seperti yang dikatakan Surendran, Mukhriz tidak menawarkan bukti, tetapi itu tidak menghalangnya daripada memanggil Pakatan "alat baru" bagi kuasa-kuasa asing yang tidak dinamakan.

"Sama ada anda sedar atau tidak, pihak pembangkang adalah alat yang barubagi kuasa-kuasa asing. Pembangkang mendapat banyak pembiayaan dan banyak lagi bantuan-bantuan lain untuk mencapai matlamat mereka yang mereka telah cipta sebagai perubahan rejim. Soalan saya ialah, adakah kita akan membenarkan era baru penjajahan berlaku di sini? " Mukhriz memberitahu para perwakilan yang menghadiri kongres pada hari Khamis.

Tetapi tidak ada sambutan bisikan atau kekaguman. Ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia telah mendengar baris ini terlalu kerap sebelum ini. Mahathir akan melabelkan sesiapa yang berada di dalam rekod teruknya sebagai sekumpulan dengan sama ada Amerika Syarikat atau Israel atau kedua-duanya.

Bagi Mukhriz, bayangan pucat autoritarian dan Machiavelli bapanya, sikap yang sama tidak mengejutkan. Ia hanya mengesahkan pandangan ramai yang menghina beliau tiada apa-apa tanpa bapanya.

"Dia tidak mempunyai fikiran sendiri atau idea-idea baru bagaimana untuk membawa Umno ke hadapan. Dia hanya boleh meminjam dari bapanya dan timbul cakap-cakap bahawa bapanya mahu untuk menolak Najib bagi memihak kepada Muhyiddin (Yassin,Timbalan Presiden Umno) supaya Mukhriz boleh bergerak lebih dekat dengan kerusiPerdana Menteri, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini masa depan sedih yang menanti ahli-ahli Umno, mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan seorang pemimpin baru yang berkaliber. Tiada darah baru yang boleh membawa parti ke hadapan. Hanya kasut lama yang akan membuli dan menakut-nakutkan mereka sepanjang jalan."

Menyiapkan dirinya bagi jawatan Ketua Pemuda?

Mukhriz dalam pemilihan dalaman 2009 Umno telah kehilangan jawatan Ketua Pemuda ke saingan sengitnya Khairy Jamaluddin. Walaupun kegagalan untuk mendapatkan sokongan, Mukhriz telah dibuat timbalan menteri manakala Khairy adalah diketepikan kerana melangkah bendul yang terlalu banyak dalam Umno termasuk, Mahathir apabila Abdullah Badawi bapa mertua beliau menjadi perdana menteri.

Adalah jelas bahawa Khairy akan ditunjukkan pintu, dengan Muhyiddin sendiri mengatakan bahawa sayap Pemuda Umno telah kurang berprestasi dan tidak aktif seperti kumpulan sebelumnya.

Sama ada Khairy memilih untuk mempertahankan jawatannya atau membaca tulisan di dinding dan mengambil langkah ke tepi, ia agak pasti Mukhriz akan mendapatkannya.

Dan kali ini, dengan Mahathir yang mempunyai genggaman tangannya pada Umno -terima kasih kepada Najib yang lemah - anaknya kelihatan berkemungkinan untuk menang. Dan ini akan menjadi satu lagi hari yang menyedihkan bagi Umno, yang sudah mempunyai terlalu banyak hari sedih.

Malaysia Chronicle

Najib Cabar Pas Tnggalkan Dap.. Amacam Kalau Umno Tinggalkan MCA Dan Gerakan??

Posted: 03 Dec 2011 03:59 AM PST

Najib cabar PAS tinggalkan DAP

Melangkah ke pusingan akhir persediaan untuk menghadapi "pilihan raya yang paling sukar dalam sejarah negara ini", Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat di hadapan ribuan perwakilan parti itu.

Sambil mendakwa PAS telah diperkudakan oleh DAP, Najib mencabar parti Islam itu meninggalkan DAP.

"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.


Menurut lagi, sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".

"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

"(Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.

Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.

"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.

"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.

Katanya lagi, ia berhubung dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.

"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.

Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.

"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.

"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib.

Beliau juga menyindir PKR sebagai parti anak beranak yang didakwanya mencatatkan rekod sejarah dunia bahawa "paling ramai pemimpin keluar parti".

Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati enam ahli parlimen dan lima ADUN termasuk peguam peribadinya bertindak keluar parti.

"Segala rahsia (dia) pada DAP. DAP ada segalanya, sebab itu, jalan berkepak, jalan lain macam sebab (rahsia) ada di tangan dia," katanya.

Tiada ulasan: